Friday, May 16, 2008

Anak kunci Ka'aba berusia 800 tahun dilelong

Sebatang anak kunci Ka'aba berusia 800 tahun telah dijual untuk 9.2 juta paun (kira-kira RM58 juta) dalam satu lelongan April lepas yang dikendalikan oleh Sotheby's di London.

Anak kunci kurun ke-12, iaitu pada zaman Khalifah Abbasiah (Baghdad, Iraq), diperbuat daripada besi dan berukuran panjang 37 cm. Anak kunci itu dibeli oleh pembida yang dirahsiakan pada harga 18 kali lebih tinggi daripada anggaran sebelum jualan (lelongan).

Anak kunci itu dipercayai digunakan semasa pemerintahan Imam Al Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas.

Menurut Sotheby's anak kunci yang dipercayai wujud antara sekitar 1179-1180 itu pada asalnya berada dalam simpanan persendirian di Lubnan. Selain daripada yang dilelong itu, terdapat beberapa lagi anak kunci Ka'aba yang disimpan di Muzium Istana Topkapi (Istanbul), dalam simpanan Nuhad Es-Said, di Louvre, Paris dan di Muzium Kesenian Islam, Kaherah.

4 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih atas info ini. Anak kunci Ka'aba ini menakjubkan, Siapa agaknya yang bertuah memilikinya.

Unknown said...

Identiti pembeli dirahsiakan. Semoga pembeli itu orang Islam.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Moral daripada kejadian ini adalah bukti kita umat Islam masih lemah kerana apa yang wajarnya berada di tangan umat Islam dengan mudah menjadi milik orang kafir yang melelong untuk tujuan antik.

Bersatulah kita demi membina kekuatan supaya hal-hal seperti ini tidak berulang dalam sejarah Islam masa depan.

Wassalam

Zaib

ummisara said...

Salam...

Apa yang Zaid katakan adalah benar... semoga kita ummat islam sedar...

Semoga pembelinya adalah dari kalangan islam...insyallah