Monday, May 19, 2008

Mahathir keluar UMNO

Mantan perdana menteri dan presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar UMNO dan tidak akan menganggotai semula parti itu selagi tiada perubahan dalam pucuk pimpinan.

Mahathir menyeru ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan kepimpinan parti sekarang supaya turut berbuat demikian.

Mahathir memberitahu satu forum di Alor Star hari ini bahawa beliau akan kembali kepada UMNO sekiranya belaku perubahan dalam pucuk pimpinan.

Mahathir mengangotai UMNO sejak 1946.



Reaksi ahli UMNO: Mantan setiausaha agung UMNO dan menteri pusat, Tan Sri Sanusi Junid menjadi orang pertama mengikuti jejak langkah Mahathir keluar dari UMNO. Sanusi, yang terkenal sebagai pengikut setia Mahathir, berbuat demikian sebagai tanda sokongan kuatnya kepada Mahathir. Lebih ramai lagi akan berbuat demikian.

Sementara itu, angota Kabinet Pak Lah, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata tindakan Mahathir pasti akan melemahkan UMNO dan beliau tidak menolak wakil-wakil rakyat parti itu akan turut keluar UMNO dan Pak Lah tiada jalan lain melainkan menasihati SPB Agong untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya sekali lagi.

Pak Lah pula melahirkan rasa terperanjatnya atas tindakan Mahathir sambil mengakui bahawa ia akan memberi kesan kepada UMNO. Pak Lah meminta ahli UMNO bertenang.

14 comments:

Anonymous said...

Suatu tamparan yang amat hebat kepada pucuk kepimpinan UMNO dan mencerahkan lagi peluang bakal perdana menteri kita yang baru.. Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Pemimpin datang dan Pergi, begitu juga Pengikut Parti. Apa apa pun diharap UMNO tetap kukuh dan berada dilandasan yang terus memperjuangkan yang terbaik untuk Malaysia khasnya orang Melayu.

Kami hormati keputusan Tun M. Mungkin pada usia begini Tun M mahu lebih banyak masa untuk berIbadah pada Allah swt dan bermain dengan cucu cucu.

Semoga Tun M akan terus mendapat ketenangan dengan tidak lagi terlibat dengan Politik. Semoga juga Allah swt akan terus memberkati Tun M, Tuan Syed Imran dan Malaysia.

Anonymous said...

hahahah...che det sebenarnya dah ketaq lutut pasai kes linggam... nie salah satu cara dia nak tekan pak lah... mmg org tua nie dlm keadaan tertekan sebenarnya...

Anonymous said...

Salam Pak Tuan...

Pak Lah......time's up for him, takkan tak paham paham orang tak nak die. Saya jamin bukan Tun sorang yang buat camtu. Lepas ni beribu-ribu ahli umno akan ikut Tun.

Pak Lah is a fail leader. Tak layak nak ketuai malaysia dah. U have wasted ur first term as PM. Tolong la letak jawatan. Sayangla kat parti umno ni. Tun bukan nak mintak apa pun, dgr la nasihat orang tua ni.

Saya mengagumi Tun atas keberaniannya. U'll never be alone Tun!

Jika Umno tak berubah jugak, mereka memang deserve their doom fate PRU 13 nanti. Tolongla berubah!

Skuad Peninjau

Husin Lempoyang said...

Husin harap janganlah Dr Mahathir itu dibiarkan sorang! sorang! macam mana peristiwa Dol Said tewas dalam Perang Naning ke II.

kulatlapok said...

itulah bunyinya orang yang kecewa sangat dengan kepimpinan UMNO sekarang. Tindakan Mahathir itu akan meruncingkan lagi pemasalahan UMNO yang kini menghadapi ketidakpercayaan orang-orang melayu sendiri.

Sehingga kini masih tak habis-habis lagi pemasalahan Ketuanan Orang-orang Melayu dibincangkan sehingga ke dalam Istana.

Bangsa asing sekarang hanya sebagai pemerhati aje. Lantakle kome katanya.Akhirnya melayu sesama melayu dengki mendengki seperti yang dah terjadi zaman kesultanan Melaka yang membawa kehancuran istitusi tersebut.

Akhirnya Melaka tinggal "Batang Melaka" je.

Anonymous said...

Wahai ahli-ahli UMNO jika syang parti mari kita ramai-ramai keluar dari UMNO sebagai bukti kita tidak lagi boleh terima Pimpinan Pak Lah.

kulatlapok said...

kesian Pak lah,

Kalau saya menjadi Pak Lah adalah lebih baik saya memilih menjadi Sultan. Sebab jadi Sultan rakyat tak boleh nak tegur malah dapat pembelaan lagi.

ps* Aku masih tertunggu-tunggu laporan polis dari Pemuda UMNO Terengganu.

Anonymous said...

mana hilang tagline 'UMNO.. Dulu Kini dan Selamanya'????

Mat Jerman said...

Saya pasti, ramai yang TIDAK akan keluar dari UMNO.

Umum mengetahui, ramai yang cari makan dalam UMNO. Inilah masa untuk ahli parti menangguk di air keruh. Inilah masa untuk naik ke atas kalau orang atas keluar. Rugila keluaq UMNO time macam ni. Soru boleh miss.

Tun M keluar UMNO, tak mengapa, dia dah gaji besaq sebagai penasihat Petronas, pencen lagi, anak millionaire....tak heran la dalam UMNO ka luaq UMNO ka, still no problem for Tun M.

2 hari selepas pengumuman video Linggam yang mana Tun M antara 6 yang dikaitkan, keluar UMNO ini pulak berlaku. Susah untuk semua tidak mengaitkan kedua-dua insiden ini.

Sanusi Junid pun tadak jawatan apa sangat dah. Tak heran la dia berhenti.

Sejarah UMNO telah banyak kali membuktikan, pengikut UMNO akan setia kepada pemimpin yang berkuasa. Kalau tadak power nak bagi kontrak, sorila aku nak ikut hang. So, ramai la akan stay in UMNO and pledge loyalty.

Besok lusa akan keluar la tajuk tajuk akhbar :
"Kami setia di belakang kepimpinan tertinggi UMNO"
"Parti lebih penting dari individu"
"Saya setia dengan Pak Lah"
"Itu keputusan peribadi"


Sandiwara politik Malaysia ini sungguh hebat. Malaysia mungkin tidak pernah menghasilkan filem yang tahap Hollywood mahupun Bollywood.

Who needs film when theres so much drama in real life?

Malaysians are a lucky lot!

Anonymous said...

Dunia politik Melayu dah gawat akibat kepimpinan Pak Lah yang kucar-kacir dan tiada visi.Tindakan Dr Mahathir turut mencerminkan kekecewaan orang Melayu pada umumnya yang mahu Pak Lah gulung tikar. Tindakan ini juga mencerminkan bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi.....

Anonymous said...

Ini kali pertama dalam sejarah UMNO memperlihatkan kepincangan antara pihak pimpinan dan ahli UMNO itu sendiri. Keputusan Tun M. kita kaji dan tolong dengar komen orang-orang veteran UMNO. Mereka nak apa??? Nak kan supaya UMNO berbalik kepada perjuangan asal mereka membela nasib rakyat bukan membesarkan periuk nasi mereka masing-masing yang tamak, rakus dengan mengaut kemewahan hidup untuk kesenangan diri sendiri. So.. bagaimana nasib rakyat sekarang.. mereka nak dengar ke keluhan mereka... rakyat mendengar dan melihat kepincangan dan selepas ini rakyat juga yang memutuskan sama ada UMNO itu adakah berada di landasan yang betul.

Anonymous said...

anon @ 6.37am..

tindakan che det mencerminkan kekecewaan melayu?? bagi melayu berkepentingan mungkin.. tp rakyat kebanyakkan tidak... che det dan pak lah, dua2 sama... dua2 adalah lambang kekecewaan org melayu... jika pak lah mementingkan menantu dan rakan2 menantu... che det apa kurangnya.. golongan korporat diutamakan.. rakyat kebanyakan hidup melarat.... che det juga la yg merogol sistem kehakiman.. merobek perlembagaan.. sebut je la.. aper yg che det tak buat ketika 22 tahun memegang kuasa???

kini che det rasa apa yg Tunku rasa.. kini che det rasa apa yg Tun Hussein rasa... Allah Maha Adil...

Anonymous said...

kukukukuku.....

masalah mcm ni la yg bagi peluang utk org luar ambil peluang....

sebaiknya, ambil pendekatan spt Rasulullah, yakni melalui musyawarah. Melarikan diri? Itu hanya tindakan pengecut berorientasikan sekular.

Rakyat semakin hilang kepercayaan, UMNO, sejarah pemerintahan yg panjang sama sekali tidak berguna pabila ahlinya makin korup dan mementingkan diri.....

kukukukuku....