Thursday, May 29, 2008

Ezam mausk UMNO...so what?

Saya menerima beberapa e-mel meminta saya ulas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohamad Nor ke dalam UMNO.


Itu adalah hak mutlak Ezam. Tetapi ada beberapa persoalan yang ingin saya lontarkan untuk renungan.


Ulasan saya agak ringkas kerana saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menggemparkan.

Untuk rekod, Ezam keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir setahun lalu dan dengan itu, dia bukan ahli PKR apabila dia merujuk semula kepada UMNO. Fakta ini perlu dijelaskan kerana banyak pihak yang mengaitkan kemasukan semulanya itu dengan PKR. Ini tidak betul.


Bagi saya, hebat sangatkah manusia bernama Ezam ini sehingga perdana menteri sanggup memberi masa yang amat berharga untuknya? Apakah masa yang diluangkan itu lebih penting daripada urusan pentadbiran negara?


Apa dah jadi dengan memo dan bukti yang diberikan kepada Pak Lah berkaitan amalan rasuah seorang menteri kanan? Tempoh yang diberikan untuk Pak Lah bertindak sudah lama berlalu, tetapi kenapa Ezam diam seribu bahasa?


Apa dah jadi dengan peti-peti yang mengandungi bukti amalan rasuah dan penyelewengan yang pernah didakwa Ezam berada dalam simpanan mereka?


Sesungguhnya manusia terlalu lemah.

20 comments:

isyak said...

Kalau betul Ezam tu seorang pemimpin yang berkaliber dan disanjung tinggi pengorbanannya (seperti apa yang saya lihat dalam beberapa blog lain), ini adalah satu kerugian bagi PR dan satu advantage untuk BN.

Apa pula kata Anwar agaknya?

Anonymous said...

mmg amat menyedihkan sebagai salah seorg penyokong PKR apabila mendengar Ezam menyertai semula UMNO... tp apa nak hairan... ini la dunia politik... malah pengasah UMNO sendiri pernah keluar parti dan menubuhkan parti baru... kita tunggu lak pengasas UMNO baru.. adakah beliau akan menubuhkan UMNO baru baru....

satu lg... PKR tu bukan Ezam... malah PKR tu bukan Anwar atau Azmin atau Wan Azizah... PKR adalah milik rakyat yang mempunyai ideologi politik yg sama iaitu KEADILAN... jd.. katakan Anwar sertai semula UMNO.. PKR tetap akan PKR.....

Anonymous said...

Ezam tiada pendirian, dia dijanjikan sesuatu oleh Pak Lah. Walaupun dijelaskan tiada keistimewaan memasuki UMNO, mungkin bukan sekarang, tapi 2-3 bulan lagi dia dapatlah. Mark my word

kulatlapok said...

SALAM TN SYED,

PENGUMUMAN PAK LAH DALAM SATU MAJLIS MEDIA TIDAK UBAH SEPERTI PENGUMUMAN TUN DR. MAHATHIR KEPADA MEDIA TENTANG KEMASUKAN ANWAR KE UMNO SUATU KETIKA DAHALU. MASIH KAH KITA SEMUA INGAT?

PERISTIWA ITU BERLAKU 26 TAHUN DAHULU, APABILA MAHATHIR DENGAN BANGGANYA MENGUMUMKAN AYAM TAMBATAN BARUNYA KEPADA MEDIA. PADA KETIKA ITU RAMAI RAKAN TAULAN YANG SAMA BERJUANG DENGAN PAK SHEIKH KITA TU KESAL DENGAN TINDAKANNYA MEMASUKI UMNO YANG SEBELUM ITU PALING KUAT MENGHENTAMNYA.

SEKARANG NOSTALGIA ITU SEPERTI MENGIMBAS KEMBALI DENGAN PENGUMUMAN PAK LAH TENTANG KEMASUKAN EZAM PULA KE DALAM UMNO BEZANYA DISINI EZAM DULU ADALAH AHLI UMNO KINI CUMA IANYA HANYA MERUJUK SEMULA.

APA PUN KITA TUNGGU DAN LIHAT SELEPAS KEMASUKANNYA SETELAH BERHEMPAS PULAS MENGHENTAM KERAJAAN UNTUK MENDAPATKAN SUATU PERUBAHAN (REFORM) SERTA MENENTANG KEZALIMAN YANG BELIAU CANANGKAN KE SANA KEMARI SEBELUM INI.

MUNGKIN BELIAU SUDAHPUN MENDAPAT HIDAYAH DARIPADA UMNO YANG SELAMA INI TERSASAR PERJUANGANNYA BERSAMA ANWAR. DALAM SATU SLOT MEDIA SELAMA 5 MINIT DI TV3, BELIAU MENYATAKAN HASRAT MAHUKAN PERUBAHAN DALAM MEMPERJUANGAKAN BANGSA MELAYU.

DALAM SATU HAL LAIN BELIAU MENDAKWA KERAJAAN YANG DIBAWA OLEH PAKLAH SEKARANG INI BENAR-BENAR MENEPATI CITARASNYA MEMRANTERAS RASUAH. SEBAB ITU IANYA SALAH SATU FAKTOR KENAPA BELIAU BEGITU CONDONG KE LAMAN UMNO SELAIN DARIPADA NASIHAT RAKAN-RAKAN LAMANYA DALAM UMNO.

APA PUN SELEPAS INI KITA TUNGGU DIMANA KEDUDUKANNYA SELEPAS KEMBALI KE PANGKUAN KELAURGA (UMNO) TERSAYANG. MENURUT PAK LAH EZAM TIDAK AKAN DIBERI LAYANAN ISTIMEWA NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA BELIAU SELEPAS INI BEBAS MENGEKSPLOITKAN DIRINYA DALAM MEDIA ATAU MAJLIS-MAJLIS ANJURAN KERAJAAN.

PIHAK MEDIA TIDAK TERAGAK-AGAK AKAN MEMBERI SELUAS-LUASNYA RUANG KEPADA EZAM TERUTAMA KENYATAAN-KENYATAAN YANG BAKAL DILONTARKAN KEPADA BEKAS KETUANYA 'DSAI'.

TIDAK SEPERTI DAHULU KEMUNCULANNYA SENTIASA DISEKAT MALAH DIBURU OLEH PIHAK BERKUASA. ITULAH MALANGNYA KALAU BERTAPAK KEPADA PARTI PEMBANGKANG DAN UNTUNGNYA KALAU BERADA DALAM PARTI KERAJAAN.

MUNGKIN REFORMASI UNTUK DIRINYA DAHALU TIDAK MEMBERI KEUNTUNGAN POLITIK PADA DIRINYA.

PS* TIDAK ADA SEORANGPUN YANG BENAR MELAINKAN KALAM ALLAH.

WALLAHUALAM.

http://www.kulatlapok.blogspot.com.

Syed Imran said...

Kulatlapok,

Benar, Dr M adakan sidang media khas apabila mengumumkan kemasukan Anwar ke dalam UMNO. Apa yang dilakukan Pak LAh adalah sama cuma keadaan dan kewibawaan orang yang terbabit agak berbeza.

Kemasukan Anwar ketika itu disifatkan oleh media sebagai satu "coup" ke atas PAS oleh Dr M. Kedudukan Anwar pada masa itu cukup hebat bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa terutama di kalangan negara-negara Islam. Oleh itu mana-mana parti politik yang berjaya memikatnya pasti akan dapat faedahnya. Itulah kelebihan Anwar berbanding Ezam. (Dr M sudah tentu menyesal sekarang).

Kemasukan atau penerimaan semula Ezam sepatutnya dirujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO kerana dia pernah jadi ahli parti itu. Tetapi Perlembagaan dan peraturan parti nampaknya telah diketepikan oleh Pak Lah. Inilah sandiwara politik.

A Voice said...

Ezam kembali untuk menyelamatkan sahabatnya Khairy yang akan ditanam hidup-hidup.

Ezam, Azmin, Anwar Ibrahim, Abdullah dan Khairy sudah lama tidor sekatil.

Baca artikel saya Hishamuddin: Ura-ura mahu kekal jawatan Ketua Pemuda

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Memang benar manusia yang bernama Ezam adalah amat lemah.Eazam adlah seoran opotunis dan gila publisiti.
Ezam masuk semula UMNO bukan kerana kerana perjuangan ttapi smata untuk mencari publisiti muruhan.Mula sekarang Media Arus Perdana pasti membuat liputan setiap ceramah dan perjumpaan anjuran khas untuk Ezam. Saya tidak hormat kepada orang tidak ada pendirian dan dayus seperti Ezam ini.

Anonymous said...

Peti tu sebenarnya tak pernah ujud. Hanya ciptaan untuk menipu dan menaikkan darah golongan reformasi

CeO said...

"politik adalah satu bisnes menjual 'kata2' dan propaganda, apabila untung mereka akan berkuasa dan apabila rugi, mereka akan sengsara...." -C e O-

Fikir2kan lah....Inilah politik. Politik hanya utk hipokritis!!

tajudin said...

ha ha ha saya rasa paragraf yang terakhir dalam artikel ni, sedap betul didengar....

mendayu-dayu.

tipulagi said...

So what?? saya sokong pak habib..
Apa nk kecoh kan seantara Malaysia Ezam masuk balik UMNO? Semua ni mainan politik. Tidak mungkin zaman sekarang orang politik membuat keputusan yang tidak akan menguntungkan diri sendiri.. For rakyat?? Go Head laa sapa peduli... buat apa nak perjuangkan nasib raykat kalau kantung sendiri kosong... baik ambik peluang untuk penuhkan kantung dari pening dan migrain memikirkan nasib rakyat..

So fikir-fikir kan laa.. orang politik memang dah dah tahu... klu tak tahu dont be a politician esp. dalam UMNO

The Eugenist said...

Salam Pak Tuan..

Setuju dengan kenyataan Pak Tuan..

Manusia tak belajar dari sejarah, sebab itu sejarah berulang.

UMNO dah obselete..

HESMEL FAZNEE FAISAL

mohd salleh said...

masa UMNO lemah, dia terimalah apa saja termasuk sampah-sampah !apa
jadi jika UMNO kuat, tak laku muka-muka politikus-politikus murah itu. itu-lah wajah-wajah mereka sebenar !

Bung Karno said...

Pak habib,

Peti-peti ezam tu kini berada dalam simpanan paklah sbg pertukaran ezam masuk balik UMNO.

Cuma paklah tak tau peti-peti tu kosong macam penyimpan baru tu jugak.

Anonymous said...

Pak Tuan, saya tengok macam ni saja. Umno begitu terdesak hinggakan Ezam masuk semula dalam parti pun dijadikan satu majlis media. Takkan depa tak sedar, Ezam masuk dua tiga orang, tapi orang Umno yang meluat beribu orang. Saya dah mula dengar orang Umno bercakap, apa kemaruk sangat ke pemimpin Umno sedangkan Ezam masuk parti balik pun nak diperbesar-besarkan. Kalau beginilah berterusan, dah sahlah Umno diambang kehancuran.

Anonymous said...

pak habib,
saya tidak etuju jika dikatakan UMNO terdesak sebab tu terima Ezam, kalau nak kata PL dan KJ yang terdesak, ye.... dalam hal ini, saya salute muhyiddin, kata-katanya penuh dengan bermacam makna

kuda-trojan said...

Salam Kepada Rakan Bloger Semua,

Janganlah kita menghina, mengherdik, membuat fitnah dan perkara yang sewaktu dengannya sesama kita. Wahai saudaraku, janganlah kamu ikut membuat dosa sesama orang ISLAM. Fitnah itu adalah lebih berat dosanya dari membunuh. Saudara Ezam Mohd Nor merupakan mentor saya, berilah dia peluang untuk membuat reform dalam parti barunya, sama-samalah kita berdoa semoga Allah S.W.T memeliharanya, semoga Kuda Trojan saya tidak lupa apa yang diperjuangkannya.

Cuba saudara fikirkan, pernahkan anda semua merasai hidup dalam penjara semata-mata utk memperjuangkan kebenaran? Saya rasa ini tidak berlaku pada kita semua tetapi Kuda Trojan saya pernah mengalaminya. Saya percaya dan yakin Kuda Trojan saya akan membawa “enam kotak rahsia” untuk menawan kota Putrajaya, Insya Allah

Justeru itu, sama-samalah kita menyokong perjuangan Kuda Trojan dan memberi peluang kepadanya. Sesungguhnya Allah berpihak kepada yang benar.

"Kita akan terus lawan, tidak hari ini hari esok, tidak minggu ini minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini tahun depan" Lawan Tetap Lawan!

http://kuda-trojan.blogspot.com/

The Trader said...

Saya ingin mengutarakan perihal bangsa Melayu terutamanya di perimeter luar bandar yang masih lambat mengejar cita-cita pendidikan, ekonomi dan globalisasi. Ramai yang masih membiarkan anak-anak berhenti sekolah seawal umur 13 tahun, berbicara soal politik yang tidak kesudahan di kedai-kedai kopi sedangkan peluang-peluang terhidang terus hanyut disambar bangsa-bangsa lain yang zahirnya minoriti tetapi punyai jiwa dan rohani yang kuar untuk membina bangsa yang kuat dari segi pendidikan dan ekonomi. Bangsa India yang dahulunya terbelakang pun sudah mara merebut pelbagai peluang yang terhidang. Orang Melayu masih berkabilah dengan agenda politik partisan di kedai-kedai kopi. Siapa pun yang menang pada PRU 12 yang lalu orang Melayu tetap hanya gah dengan sorakan yang tak ubah seperti Pak Kaduk yang Menang Sorak tetapi Kampung Tergadai.Perihal Ezam sertai UMNO pun bukanlah satu isu yang membangunkan umat Melayu dari segi pemikiran ataupun ekonomi jadi sepatutnya tak perlu disensasikan berita macam tu. Media pulak patutnya hentikan propaganda politik yang sebegini dan lebih baik isi slot berita -berita mereka degan isu-isu pengembangan ekonomi atau motivasi-motivasi pemikiran di kala Malaysia sedang dilanda arus pemodenan yang tak bersempadan.

Diver.Miskin said...

the trader... begini la pemikiran org melayu yg kita perlukan... org melayu nie terlalu emosional.. PRU12 dah lama abih... aper la lagi nak bertelagah... nie la masanya utk buat kerja.. buktikan utk 5 tahun ini yg kalian mmg berkhidmat utk rakyat..

media massa la... cukup la tu... hidangkan la pada kami semua sesuatu yg ilmiah.. TV3... sekalung tahniah walaupon masih sarat ngan propaganda.. tapi diselitkan juga ruangan utk utk usahawan tempatan... paling saya tertarik anak muda kelantan dgn perniagaan ikan kelinya... berita2 cam nie la yg perlu dibanyakkan.. tarik minat rakyat utk berusaha...

salam

http://divermiskin.blogspot.com

schoolrunner said...

EZAM...persona-non-grata
Sekurang-kurangnya kita dah jelas siapa dia sebenarnya. Orang2 mcm ini yang kita perlu perhatikan HATI-HATI. Yang dia perjuangkan dan laungkan selama ini adalah rhetoric semata2. Dia ada agenda tersendiri.