Sunday, May 11, 2008

UMNO is 62 today






Leading Malaysian Malay political party, the United Malays National Organization or UMNO is 62 today.


If UMNO is a human being, the party can be considered as being in its twilight years, however, democratically it is tightening its members' freedom.
Party leaders, especilly those holding divisional posts, were directed not to issue any press statement or speak to the media on party matters. They were also 'advised' not to hold extraordinary general meetings (EGM) to discuss UMNO's poor performance in the recent 12th general elections and the question of leadership changes.

Recent developments in UMNO can be described as bad omen for the party.

When UMNO celebrated its 30th anniversary in 1976, former party president and the country's first prime minister, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, said that UMNO "is not quite like the UMNO of yesteryear. There have been many alterations in its political set-up and outlook, perhaps because the times have changed". That was 32 years ago.

The Tunku warned that any move that contradicted UMNO's basic policy would spell danger, and so "today's leaders have to be careful before making any change".

Tunku, who took over UMNO's leadership from Datuk Onn Jaafar in 1951, tirelessly reminded his party members that Malaya/Malaysia is a country of many races. "If they cannot live together then the danger is they will fight one another and if that happens, then God help us. I consider it the duty of every leader in this country to work for peace and goodwill".


9 comments:

Texas said...

It's time for this party to be buried forever. After all, this is not the real UMNO. The real UMNO was deregistered in 1987. Oh, by the way, for all those in UMNO who has been trying to play up religion, race and language, please remember that UMNO is actually ENGLISH and not BAHASA.

Anonymous said...

Texas, walau siapa pun anda, jika akan nak kembumikan diri anda sendiri. Silakanlah. Kalau tak suka UMNO diam sahajalah. Apa DOSA BESAR UMNO pada kamu?

Manusia yang paling dasyat adalah yang cepat lupa jasa dan pengorbanan orang lain terhadap dirinya, bangsanya, agamanya dan negaranya.

Dia sendiri komen guna Bahasa Inggeris, nak komen UMNO guna bahasa Inggeris. Singkatan ini untuk memudahkan sebutan dari singkatan BMnya itu sahaja.

Benda remeh macam ni pun nak ditengah dan besarkan. Macam awaklah pakai TEXAS kenapa tak pakai singkatan atau pengenalan tempat di Malaysia sahaja contohnya BATANG BERJUNTAI ke?

Anonymous said...

harap2 post aku jugak tidak diremeh2kan..

Anonymous said...

Umno tetap relevan tetapi pemimpinnya sekarang tidak lagi relevan.Jika mahu melihat UMNO terus maju dan tidak terkubur pada pilihan raya umum ke 13, pucuk pemimpin umno mesti ditukar pada pilihan raya parti disember ini.

Melayu Bukan UMNO said...

Saudara/i Anonymous,

Dosa besar UMNO :

1) Menggunakan nama Melayu dan Islam untuk kepentingan diri sendiri dan kroni.

2) Memecah belahkan perpaduan antara kaum di Malaysia dengan mengugut, mencabar dan merendahkan bangsa lain.

3) Mendahulukan kepentingan pemimpin lebih dari kepentingan rakyat, agama dan bangsa.

4) Menggunakan duit kerajaan sebagai duit UMNO, duit haram digunakan untuk membuat mesyuarat2 UMNO. Mengajak rakyat untuk makan duit haram ini.

5) Merosakkan nama bangsa Melayu dengan tindakan tidak professional, kata-kata yang tidak rasional, keterlibatan dengan rasuah dan kronisme, zina dan aktiviti haram di kalangan pemimpin dan pengikut UMNO.

Dosa UMNO adalah dosa kepada semua rakyat.

Sudah tiba masanya parti UMNO berkubur kerana ia sudah tidah relevan. Seperti parti-parti di India, Mexico.

Banyak lagi dosa UMNO, cukuplah sekadar di sini.

big easy said...

kepada 'anonymous' yang mengkritik texas.

kenapa tak letak nama sendiri?

adakah anda Tuhan yang nak mengadili dasyatnya seorang manusia (dan saya rasa dasyat tu adjektif yang tak sesuai bagi manusia).

apa kena mengena jasa dan pengorbanan umno dahulu dengan umno sekarang?

umno sekarang hanya berjasa kepada ahli-ahli berdaftar umno dan bukannya orang melayu yang bukan ahli. bukan lah semua juga ahli-ahli umno yang berdaftar tu dapat merasa keistimewaan yang di laung-laungkan. ia hanya diberi kepada segilintir kroni-kroni elit dan eksklusif yang kononnya mahu mengangkat martabat bangsa dan negara.

Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya adalah parti akar umbi kaum melayu yang menuntut kemerdekaan. disebabkan haluan radikal yang dibawa oleh PKMM, United Malays National Organization (UMNO) telah ditubuhkan - yang merupakan hasil pakatan pihak british dengan pemimpin-pemimpin melayu elit dan bangsawan.

jadi siapa UMNO itu sebenarnya? benarkah ia berjasa kepada orang melayu? ;)

politik parti perkauman akan tidak lagi relevan di masa hadapan malaysia.

melayu perlu berdikari, berani dan bangun untuk bersaing dengan rakyat malaysia yang lain. bukan mengharapkan keistimewaan dan pemberian.

atau melayu hilang punca? dan rasa takut dan bimbang terus menghantui dan terus-terusan menyalahkan kaum-kaum lain?

ini adalah kebangkitan rakyat - yang terdiri dari pelbagai bangsa.

sahut cabaran dalam perubahan!

Anonymous said...

Kita TIDAK PERNAH Menyalahkan Bangsa Lain, tetapi diri dan Bangsa kita sendiri. Satu Penyakit orang Melayu ialah tak boleh lihat Bangsa Sendiri Kaya dan senang.

Oleh kerana majority Melayu UMNO yang senang sebab itu kena kutuk sebab dengki.

Memang saya sokong kebangkitan rakyat. Sampai bila kan kita nak ditolong oleh kerjaan??? TETAPI adakah kita semua, semua 18 juta orang Melayu telah sedia dan benar benar boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain.??Kalau sudah sedia, ALhamdulillah!!

Tak payah nak rebut kontrak, tak payah MARA atau ada MARA, UiTM lagi pun sekarang ini dari beratus Penuntut yang buat Medics di UM 10 sahaja orang Melayu. Tapi tak pe lah, sebab orang Melayu rasa tak mahu ditolong lagi.

OK lah macam ini. KITA cadangkan semua firma Cina, Bank Bank, Kilang Kilang ambil SAMA RATA pekerja mereka. Jangan yang kerja remeh temeh saja ambil Melayu begitu juga Ananda Krishnan, ambil majority 50% pekerja mereka semua Melayu di syarikat syrikat beliau.

Begitu juga kontrak kontrak tak payahlah bagi kat Melayu. Buat mendatangkan FITNAH saja. Orang UMNO dapat Orang ni tak dapat. Biar bagi saja pada CINA. Orang Melayu jadi kuli sajalah tak payahlah pening kepala nak kendali projek.

Kena buka syarikat, ambil pekerja MElayu yang dikategorikan rata rata Malas, ambil saudara mara sendiri kerja pun kena kutuk, ambil orang tak kenalkan dia pula buat perangai. Kena ada hutang keliling pinggang dengan bank. Ia lah nak business bukan senang nak sama rata dengan Cina.

Akhirnya bila senang, orang Marah pulak, kata jadi kronilah, ada yang nasib tak baik orang hantar Hantu Raya, Pelesit (Sebab hati sakit tengok orang Melayu pakai Mercedez)

Akhirnya kita orang Melayu semua SAMA RATA. Tak ada yang BOSS atau PEMILIK SYARIKAT Terutama di bursa bursa KLSE. Kita semua pakai Proton atau Kancil saja. Semua sama..tak usah duduk di banglo..semua rumah teres.
PM kalau Melayu pun duduk rumah teres. Jangan ada Jet peribadi, naik Air Asia.

Barulah Orang Melayu puas hati. Sebab semua sama.. Barulah Orang Melayu PUAS.

zv said...

Sdra Pak Tuan Syed yang dihormati...

Tahun ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organization) baru berumur 20 tahun. Ia lahir pada tahun 1988.

Umno yang ada hari ini ditubuhkan (dan berdaftar) pada tahun 1988 dengan alamat asal setiausaha penajanya, Mohamed Rahmat di No 8 Jalan Setiajasa, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Pendaftaran itu adalah berdasarkan kepada arahan pertama jawatankuasa penajanya yang juga mengadakan mesyuarat pertamanya di kediaman Menteri Penerangan itu.

Umno asal yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah dibatalkan pendafatarannya oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi keputusan Hakim Harun Hashim pada 14 Februari 1988.

Ahli berdaftar Umno yang pertama, yang ketika itu disebut sebagai Umno (baru) ialah Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000001 dan ahli keduanya ialah Ghafar Baba (Timbalan Pengerusi Penaja) yang bernombor keahlian 0000002 manakala Mohamed (Setiausaha Penaja) bernombor keahlian 0000003. Ahli keempat Umno atau bernombor keahlian 0000004 ialah Husein Ahmad, Ketua Penerangan Penaja Umno (Baru).

Mereka inilah Bapa Umno yang ada hari ini kerana mereka telah menyumbang kelumpuk wang yang pertama untuk Umno didaftarkan secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Umno (Baru) hanya pulih daripada segi semangat, falsafah dan perjuangan dan dengan itu layak memperolehi harta Umno asal pada 1998, iaitu 10 tahun selepas ditubuhkan dan setelah memuaskan hati Mahkamah Tinggi Malaya bahawa Umno (Baru) adalah sama merupakan kesinambungan kepada Umno asal daripada segala segi iaitu perjuangan, perlembagaan, keahlian dan pelbagai perkara lagi untuk mengusulkan satu keperluan yang paling mustahak dan mendadak -- memperolehi semula hartanya yang ditadbir sementara oleh Pemegang Amanah.

Antara hartanya ialah Menara Dato' Onn di Jalan Tun Ismail yang juga merupakan Ibu Pejabat Umno.

Setelah memuaskan hati dan setiap keperluan Mahkamah Tinggi Malaya maka Umno Baru dibenarkan mewarisi segala harta dan milikan Umno yang dibatalkan pendaftarannya sebelum itu.

Hanya beberapa bulan selepas keputusan itu sahaja barulah Umno dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya menerusi suatu usul untuk mengugurkan perkataan “Baru“ daripada nama pendatarannya.

Justeru, munculah Umno yang pada hari ini berusia 20 tahun. Namun kita tidak pernah diberitahu bilakah tarikh sebenar Umno yang ada hari ini didaftarkan, lantas ianya adalah tarikh lahirnya.

Selama ini kita diberitahu bahawa 11 Mei 1946 adalah hari ulangtahun Umno sedangkan itu adalah hari kelahiran Umno asal yang telah terkubur dek keputusan mahkamah oleh Harun Hashim yang sudah pun meninggalkan kita semua.

Hanya daripada segi semangat sahaja bahawa Umno kini berusia 62 tahun, mengambilkira tarikh kelahiran Umno dan kesinambungan perjuangan parti dari 1946 hingga sekarang.

Namun, dengan tidak mengiktiraf dan menerima serta mengingati bahawa Umno pernah dibatalkan pendaftarannya pada 1988 maka kita telah dengan sengaja melupakan episod penting dalam sejarah parti.

Kepada Umno saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan Teruskan Perjuangan Untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Kepada Orang Umno (bukan Ahli Umno) saya rayu agar segala apa yang berbunyi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair hendaklah sentiasa diperlihara.

Saya adalah Warga Umno yang bernombor keahlian 2822585 serta berdaftar sebagai Ahli Biasa di Cawangan Umno Pekan Anak Bukit, Bahagian Umno Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

Zukri Valenteno
Mergong, Alor Setar, Kedah
www.utarawan.blogspot.com

Kawanyob said...

Pak Tuan,

Umno boleh kembali hebat jika Pak Lah undur dan buat kerja lain. Dia dah tak diterima lagi. Ngapa dia masih nak kekal. Dia kata dia nak pulihkan Umno. Mana dia boleh buat demikian sedangkan dia asyik lelap bila ada briefing. Sekarang Guan Eng dah mula bercerita tentang kelemahan dan kerakusan pemerintah BN dibawah Pak Lah.

Elok beredar aje Pak Lah ooi!