Tuesday, May 27, 2008

Selangor haramkan Islam Hadhari, kata Dr Hassan Ali


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program berkaitan dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad (Pak Lah).


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Hassan Mohamed Ali mengumumkan demikian semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, pada Isnin.


Hassan, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata semua masjid dan surau di Selangor dilarang daripada mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.


Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan Islam Hadhari kerana Islam yang diamalkan dari dahulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.


"Kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," tegas Dr Hassan.

13 comments:

melayuangkat said...

Salam Tuan,

Sebenarnya tidak ada apa bahaya yang dibawa dalam Islam Hadari. Cuma mungkin pada 'nama' Hadari ini agak mengelirukan pada orang umum kerana tidak diperjelaskan dengan baik.

Kegagalan JAKIM menyampaikan apa sebenarnya Islam Hadari ini menyebabkan ia di fikirkan seolah olah sebagai ajaran yang baru.

Memang selama ini kita berpegang pada ajaran Islam yang sebenarnya, sama ada menggunakan perkataan Hadari atau tidak. Isu ini tidak perlu dipolitikkan.

Kalaulah tidak berpegang pada ajaran yang sebenar namanya ajaran sesat pulak. Tentu pihak berwajib sendiri dah lama kena hentam dan ditangkap macam ayah pin.

Jadi, tak perlu HARAMkan ISLAM HADARI ini, cuma gugurkan perkataan HADARI itu sendiri, itu sahaja. Ini perkara kecil. Tak perlulah membayangkan seolah olah kami orang Selangor selama ini telah tersesat jalan kerana Islam Hadari ini.

Ini cuma akan menyebabkan orang Melayu bertambah syak wasangka lagi antara satu dengan lain dan tidak tentu pasal bertambah lagi benci pada kerajaan Pusat. Sudah cukup lah tanaman bibit bibit kebencian ini yang belum pudar lagi bunyinya walau selepas Pilihan raya.

Kasihankanlah pada Bangsa Melayu yang sepatutnya bersatu dan tidak menunding jari sesama sendiri dan mencari secalit alasan untuk berbuat demikian.

Saya rasa Dr Hassan Ali ada tugas amat berat dalam membenteras banyak ajaran tariqat yang sesat dan menyelewang di Selangor mengikut sumber tidak rasmi. Mereka beroperasi berkelompok kelompok dengan bertuan gurukan kadang kadang guru dari negeri Seberang, Indonesia. Ini yang patut dibenteras. Ini sepatutnya di HARAMkan hingga ke akar umbi. Inilah jihad Islam sebenarnya.

InsyaAllah swt, jika kita ikhlas dan jujur untuk menegakkan Syariat Islam, semata mata kerana Allah swt,walau siapa pun kita. Allah swt akan membuka lorong lorong pintu kearah itu dan memberkati hidup kita dengan Rahmat dan Barakahnya dan InsyaAllah swt Negara kita juga akan Selamat dan Sejahtera, InsyaAllah swt.

Syed Imran said...

Melayuangkat,

Masalahnya adalah seperti yang saudara katakan, pada namanya. Kita tahu hanya ada satu Islam dan semua penganut Islam, sama ada Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Druze mahupun Wahhabi, tidak menambah perkataan lain selepas atau sebelum perkataan Islam. Semuanya hanya menyebut Islam.

Inilah kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah, iaitu menambah perkataan Hadhari selpas Islam.

Seperti yang kita sedia maklum, apa yang dianjurkan oleh seseorang pemimpin besar seperti perdana menteri, maka semua orang akan menyokong atau membenarkannya terutama sekali mereka yang makan gaji dengan kerajaan termasuk para mufti dan pihak JAKIM. Oleh itu, rakyat ikut saja.

Masalah lain ialah kepentingan politik. Sering kali kepentingan politik diutamakan daripada kepentingan lain dan ini jelas sekali dalam soal Islam Hadhari. BN (UMNO) kata boleh dan sekarang PR melalui PAS kata tidak boleh (haram).

Anonymous said...

Paktuan,
Niat kerajaan di bawah Paklah adalah murni untuk kembalikan syi'ar Islam,justru di'rebranding' sebagai Islam Hadhari.Aspek ini bukanlah baru.Begitu juga halnya dengan Tarikat.Ada Tarikat Naqsabandiah dan tarikat yg selainnya.Tarikat-tarikat itu, dipelopori oleh guru-gurunya dan Islam Hadari dipelopori oleh Paklah.Itu saja.Kalau Paklah merepet, Kerajaan Selangor harap janganlah merepet juga.

Paklah pun satu hal juga, bincanglah dulu dengan majlis raja & ulamak.Kalau nak rebranding(promosi) bagilah majlis raja/ulamak atau JAKIM atau IKIM saja yg buat.Janganlah terikut-ikut Anwar Ibrahim, dia anjur 'Masyarakat Madani'Paklah pulak anjur 'Islam Hadari'.

Hal ini pernah ditegur oleh Ketua Pengarah IKIM, Dato'Syed kita.Dia kata(lebih kurang), Islam Hadari patut dianjur oleh badan yg sesuai bukan badan politik atau orang politik.

Sekian.

Anonymous said...

Masya Allah!! Mana lebih dituntut ni??? Haramkan pada ajaran yang mengangkat saksi Tiada Tuhan Melainkan Allkah dan Nabi Muhamad itu Pesuruh Allah atau TAK MENGHARAMKAN BABI DAN KILANG ARAK?? (Lihat ucapan Tok Dr.Hasssan ini dalam DUndangan Sel???).

Syed Imran said...

Saudara,

Masalahnya ialah perkataan hadhari ditambah kepada perkataan Islam. Hadhari adalah satu pendekatan yang bukan baru dalam sejarah Islam.

Setahu saya, hanya mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan hadhari selepas perktaan Islam. Dia tiada masalah dengan pendekatan hadhari tetapi tidak mahu perkatan itu dikaitkan dengan Islam seperti yang dilakukan oleh Pak Lah. Mufti-mufti lain hanya berdiam diri.

Masyarakat Madani tiada kaitan dengan Islam tetapi merangkumi seluruh masyarakat majmuk. Oleh itu, ia tidak menimbulkan masalah.

Setakat ini, Pak Lah tiada legasi untuk ditinggalkan kepada rakyat Malaysia sedangkan semua PM Malaysia meninggalkan legasi masing-masing. Jangka hayat Pak Lah untuk memimpin berkemungkinan akan berakhir hujung tahun ini sempena perhimpunan agung partinya, UMNO.

Saya berpendapat mungkin Pak Lah nak tinggalkan Islam Hadhari sebagai legasinya kerana tiada benda lain yang boleh dijadikan legasinya selaku PM.

isyak said...

Ya Allah Ya Tuhan, terkejut benar dibuatnya bila perkataan "HARAM" itu digunakan. Jijik dan begitu keji dan salah sungguhkah perkataan "Islam Hadhari" itu sehingga perlu "DIHARAMKAN"? Saya sangka kita sebagai orang islam, nak2 pulak orang seperti Dr. Hassan Ali, perlukah menggunakan ayat yang sebegitu sekali. Apa salahnya kalau kata "tidak membenarkan/tidak akan menggunakan/ddl" bukan ke sampai juga maksud konteks yang hendak diberitahu umum?

kulatlapok said...

Salam semua,

Ianya tak perlu diharamkan. 'Islam Hadhari'sebenarnya adalah ciptaan politik UMNO untuk merai simpati pengundi sahaja pada PRU11. Ianya menepati perancangannya apabila menang majoriti besar.

Islam Hadharilah yang membuatkan Pak Lah kita tersenyum lebar setelah ciptaannya itu banyak menerima pujian. Seolah-olah konsep itulah yang memberikan kemenangan besar beliau sebagai pembersih palit yang pernah dibuat oleh TDM.

Tetapi rupanya 'Islam hadhari' adalah kosmetik yang langsung tiada bezanya Islam yang telah Allah SWT janjikan melalui Baginda Nabi Muhammad SAW.

Apa BEZANYA? Memang tak ada bezanya. Hanya rakyat (pengundi) yang dapat membezakannya dan terbukti 'Islam Hadhari' yang dicanang kesana kemari membawa impak yang besar kepada UMNO iaitu mereka 'Hilang Kepercayaan Pengundi Melayu Islam'.

Syabas kepada pencipta- 'Islam Hadhari'. Sehingga kini saya sendiri masih tak faham konsep 'Islam Hadhari'.

Al-Quran & Sunah pelengkap dunia dan akhirat.
http://www.kulatlapok.blogspot.com

Bung Karno said...

Pak habib,

Bagi yang bukan Islam, ini modal besar untuk ketawa bila Islam haramkan Islam.

isyak said...

Memang betul bung, Itu ke yang kita nak?? Orang bukan Islam akan gembira lihat kita sesama Islam bergaduh perihal Islam ni. Mana perpaduan kita? Kerana hal ini hendak dipolitikkan sebegini sekali dan akhirnya memakan diri kita orang melayu sendiri?

two-face said...

Kenapa begitu angkuh?

Adakah Parti Islam SeMalaysia adalah benar-benar Islam? Siapakah yang mengiktiraf keIslaman parti tersebut? Adakah ianya lebih Islam kerana namanya Islam? Adakah tindakan mengharamkan ini akan menyatukan umat Islam?

Tepat sekali Bung Karno.

CeO said...

Assalamualaikum,

Islam Hadhari adalah salah satu dari "pendekatan" Islam dalam masyarakat. Dari tinjauan yg dilakukan saya dan beberapa irg rakan2 baru2 ini didapati bahawa, majoriti masyarakat "melayu" kita tidak tahu isi kandungan Islam HAdhari. Mereka pernah dengar Islam Hadhari tapi tidak tahu kandunganya. Hal ini adalah sama dgn hanya membeca tajuk utama sahaja tanpa membaca keseluruhan artikel. Disinilah silapnya.

Kemudian, Islam Hadhari hanyalah berdasarkan ketamadunan masyarakat, pembangunan masyarakat, modal insan.Hal ini adalah separuh dari tuntutan agama. Apa salahnya jika diterapkan seluruh nilai Islam ke dalam sistem kerajaan kita, dari segi perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dll.Terapkan Islam secara menyeluruh. Kenapa tidak boleh dilakukan semua ini??Padahal, pihak kerajaan hendak "claim" negara sebagai negara Islam.Tetapi Islam kah negara kita??Cukupkah pendekatan Islam Hadhari sebagai panduan kpd negara Islam??Lihatlah realiti masyarakat sekarang, sungguh jauh dari agama.Budaya hedonisme sangat berleluasa.

Maka, xsalah jika kerajaan Selangor tidak menerima Islam Hadhari. Kerana ia tidak mewakili ajaran Islam secara menyeluruh.Terima kasih.

tipulagi said...

Masalah nya adalah perkataan yang digunakan - ISLAM HADHARI "Islam Bertamadun" (cuba betulkan jika saya salah tapi inilah terjemaah yang saya dapat) Bila kita buat begitu bermaksud selama ini Islam tidak bertamadun, sedangkan Islam telah wujud dr zaman Rasullah s.a.w. lagi..tidak perlu lagi kita nak tamadunkan islam. Islam adalah agama yang lengkap dan sesuai siring zaman. Tidak perlu ditokok tambah lagi..

Oleh itu, pendekatan yang dilakukan Kerajaan Selangor adalah wajar dan waras. Kerana orang yang menjadi Pencanang Besar "Islam Hadhari" tidak dapat menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Anda semua dapat lihat sendiri bagaimana dia seperti mempermain-mainkan ajaran Islam itu sendiri.. Bukti telah banyak didalam internet. Jadi tepuk dada tanya otak...waraskan fikiran kita insyallah kita akan selamat.

Maslahah Ummah said...

Selangor halalkan projek ternakan khinzir besar-besaran dan haramkan Islam Hadhari bukankah ia sesuatu yang pelik. Saya bukan mahu mengatakan tidak boleh menternak khinzir di Malaysia atau mahu mengatakan Islam Hadhari itu betul. Tapi persoalannya lihatlah apa yang sudah jadi sampai saudara sesama Islam pun di benci hanya kerana satu perkataan. Astaghfirullah.

Sebelum ini pelbagai aktiviti kerohanian dan majlis ilmu dianjurkan atas nama Islam Hadhari. Mana yang lebih penting, perkataan Hadhari atau pengisian aktiviti itu? Bukankah isi lebih penting dari kulit? Oleh kerana perkataan Hadhari, maka habislah semua aktiviti berpengisian murni dilenyapkan. Yang rugi, umat islam juga.

Saya melihat tindakan ini merupakan satu gimik politik untuk meraih perhatian terhadapnya. Saya harap dia lebih baik mengeluarkan idea bagaimana mahu menjalankan aktiviti keagamaan didalam negeri Selangor tanpa memperisukan perkataan Hadhari.Itu lebih afdhal dari mencipta permusuhan dan syak wasangka. Wallahualam.