Sunday, May 18, 2008

Isu dakwat hitam mulai menjadi cerah



Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum bahawa penggunaan dakwat hitam kekal pada pilihan raya umum ke-12 lalu dibatalkan, banyak pihak membidas SPR terutama pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Alasan yang diberikan oleh Rashid berkisar pada soal keselamatan dan maklumat daripada pihak polis kononnya ada pihak yang membawa masuk dakwat hitam kekal untuk mensabotaj pilihan raya.

Semalam, Rashid mendedahkan bahawa kerajaan sendiri yang meminta SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam kekal dan pihak SPR, yang kita semua tahu bukan bebas, terpaksa akur dengan arahan itu.

Seperti biasa, perdana menteri Abdullah Haji Ahmad menafikan dakwaan Rashid dan bertegas bahawa Kabinet tidak pernah mengarahkan SPR untuk berbuat demikian.

Pak Lah berkata Kabinet hanya memberi "cadangan" kepada SPR supaya tidak menggunakan dakwat hitam kekal pada pilihan raya berkenaan. Amat mudah bagi Pak Lah untuk membuat penafian dan memberi alasan yang cukup lemah.

Sebenarnya, sama ada cadangan atau pandangan, jika ia datangnya dari Kabinet, maka ia dilihat atau diterima sebagi satu arahan lebih-lebih lagi oleh mana-mana institusi yang berkaitan kerajaan. Pegawai kerajaan pasti tidak berani menentang "cadangan" Kabinet?

Oleh itu, alasan Pak Lah amat cetek dan tidak dapat diterima. Ia membuktikan betapa tidak telusnya kepimpinan Pak Lah dan ia juga memberi satu lagi bukti bahawa SPR bukanlah sebuah badan bebas seperti yang didakwa oleh kerajaan.

13 comments:

kulatlapok said...

salamc untuk rakyat Malaysia,

Nampaknya lagu "Bangau Oh Bangau" terus dimainkan oleh pihak Umno atau BN. Masing-masing cuba menyalahkan antara satu sama lain.

Apatah lagi SPR walaupun sebuah badan bebas tapi ianya masih dirantai oleh kuasa pemerintah.

Siapa salahkan siapa? Harap Pak Lah tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memerangkap dirinya sendiri.

Apabila orang kuatnya sendiri telah mendakwa arahan dari kabinet, tapi CADANGAN boleh berbentuk ARAHAN dah akhirnya menjadi PENAFIAN pulak. "PI MAI-PI MAI TANG TU JUGA"

Akhirnya nanti rakyat sendiri dapat membuat penilaian terhadap kredibiliti seorang pemimpin negara dan mengundang "SIGNAL" yang lebih dasyat pada PRU akan datang.

ps* Saya cadangkan dakwat hitam kalau digunakan pada PRU akan datang hendaklah disapukan pada setiap muka pengundi."BARU LE TERANG"

Harris said...

Nampaknya Pengerusi SPR yang akan tamat kontrak pada hujung tahun 2008 ini , sudah mula menggigit tangan yang memberinya makan selama ini . Dan seperti biasa Pak Lah pula telah menafikan bahawa Kabinet yang telah mengarahkan Pengerusi SPR tersebut untuk membatalkan penggunaan dakwat hitam di dalam PEMILU 2008 baru-baru ini .

Begini lah realiti kehidupan apabila sesuatu pihak yang sanggup menggadai maruah diri untuk menjaga periuk nasi di ketepikan begitu sahaja oleh tuan nya sendiri setelah ianya tidak lagi diperlukan .

Apapun , ALLAH SWT sahaja yang sebaik-baik Pemberi rezqi dan bukannya makhluk ciptaanNYA.

Anonymous said...

PRU12 satu undi tak percaya terhadap AAB. Sebab tu takut benar UMNO buat EGM.

Memang rakyat nakkan lebih check and balance tp bukan utk PR memerintah di Parlimen, apatah lagi melalui defection atau cross-over.

PR sepatutnya tuntut AAB berhenti segera. Itu yg rakyat mahu. Kalau betul dah gitu banayak MP BN dlm poket, kenapa tak usulkan undi tak percaya.

Ahli UMNO jgn tertipu. AAB ckp je peralihan kuasa tp kenapa masih nak bertanding jawatan Presiden UMNO lagi?

Dakwat hitam ni satu lagi pertanda takutnya AAB menghadapi rakyat. Sekarang ni takut menghadapi ahli UMNO akar umbi melalui EGM.

Tidakkah ahli UMNO terfikir... AAB sekarang ni PM mewakili UMNO atau pun parti/ pakatan lain ataupun kuasa lain di luar negara?

Anonymous said...

Pada pendapat saya Pengunaan Dakwat hitam ini memang dari awal TIDAK SESUAI untuk pilihanraya di Malaysia.

Mungkin baik untuk negara negara kurang maju yang rata rata peratus penduduk negara itu masih tinggi yang buta huruf dan tidak ada sistem seperti sistem MyKad yang mana MyKad ini Malaysia adalah satu satu Negera didunia yang ada sistem macam ini.

Baik semua pihak tidak lagi timbulkan isu ini dan tumpukan perhatian penuh terhadap masalah serious negara seperti bilangan Pendatang Tanpa Izin yang semakin meningkat mendadak, dan sekarang mereka di mana mana sahaja sehinggakan berniaga digerai gerai!

Ini perlukan kerjasama semua rakyat Malaysia untuk memikiran makanisma membedung lebih ramai lagi mereka yang membolos masuk ke negara kita dan menimbulkan pula berbagai masalah tambahan kepada yang telah sedia ada. WaAllahuAlam.

fahlavee said...

aku rasa mmg berisiko kalau guna dakwat.dakwat tu pon diimport dari india.mmg kita tau org2 india malaysia akan carik dakwat tu kat sana pastu salah gunakan dakwat tu masa pilihanraya nnti.
lagi pon kita kan negara maju,ada sistem komputer,tong undi pon dh lutsinar buat apa nak pakai dakwat.nak sembahyang pon leceh nnti sbb susah nak hilang kesan dakwatnya.kita ni diperkotak katikkan oleh pembangkang yg saja nak besar2kan isu ni.kt negara2 maju lain tak guna dakwat pun.fikirkan dan renungkanlah

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Saya nak tanya apa dah jadi dengan dakwat yang dibeli denan duit rakyat tu?
SPR beli atau tidak dakwat itu? kalau beli mana dia?

Bagi saya Rashid mau pun Paklah dua dua cakap bohong kerana dakwat yang dikatakan itu tak ada sebensrnya period..

Anonymous said...

Wah, Pak Lah nafi? I dah tak baca surat khabar, jadi tak follow sangat cerita terbaru. Macam ni sajalah. Cadangan guna dakwat asalnya arahan kerajaan supaya SPR laksanakan. Maka, pegawai SPR pun pergilah ke serata dunia tengok negara yang guna dakwat. SPR cadang pada kerajaan dengan kosnya sekali. tentulah SPR berani buat setelah ada pesetujuan kerajaan. Kalau tidak duit siapa nak bagi. Lepas tu, SPR umum tak boleh pakai dakwat. Tak logik SPR buat keputusan sendiri. Mestilah SPR dapat arahan. Tapi, kalau Pak Lah nafi, berat punya kes ni. Dengan siapa kita nak percaya ni?

tajudin said...

percayalah, dalam apa keadaan sekalipun, kebenaran akan tersingkap jua akhirnya.

hanya masa yang tentukan.

Syed Imran said...

Menurut laporan SPR membelanjakan RM2.9 juta untuk mengimport 48,000 botol ink berkenaan dari India.

Apa dah jadi dengan dakwat itu....? Mungkin SPR perlu memberi penjelasan.

Seperti yang kita sedia maklum, SPR mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat itu pada 4 Mac, iaitu empat hari sebelum hari mengundi.

Anonymous said...

pak lah patutnya kena tubuh suruhanjaya ni, siasat apa dah jadi dengan dakwat itu, lagi satu siapa bohong, pak lah atau rashid

putrabumimelayu said...

Amat kecewa dan rasa tertipu dengan kenyataan yang berdolak-dalik daripada pihak-pihak yang mempunyai kuasa ini. Apa dah jadi dengan negara kita ini? Terlalu banyak persoalan berbangkit daripada pendedahan di atas. Memang benar, Malaysia Semua Boleh. Cemerlang. Gemilang dan Terbilang!

Bung Karno said...

These boxing matches go like this :

1. S'jaya Penyiasatan D'raja (SPD)
ditangan AAB :
AAB,Zaid &Co. bersorak,
PKR & anti-Tun M bloggerrs
seronok,
penyokong Tun M risau.

2. SPD diumum pada rakyat :
PKR & anti-Tun M bloggers
besorak,
AAB, Zaid & co senyum, senyum,
penyokong Tun M tension

3. Tun M jawab :
Penyokong bersorak,
AAB, Zaid & co masam muka
PKR & anti Tun M bloggers
bengang tapi
hentam jugak & tengah korek
cerita-cerita lain.

4. Rakyat :
Kena bayar nak beli laporan
Kena tunggu court case jugak
Next meal please


Posted by Bung Karno

Anonymous said...

Pak Tuan,

Saya diberitahu Pak Lah kata rejim dia telus! Rupanya tidak! Imam hadhari pun boleh dolak dalik rupanya! Saya merasa tertipulah Pak Tuan. Apa yang boleh kita buat untuk mencari kebenaran ni pak tuan? Ada ke lagi pemimpin yang boleh kita percaya?

matbond