Pada tahun 1970-an kita masih mampu menikmati kehijauan sawah padi atau bendang yang terbentang luas di pinggir bandar Alor Star dan kawasan sekitar Bayan Lepas dari Sungai Tiram hinggalah ke Sungai Ara. Pendek kata saujana mata memandang!
Pertengahan tahun 70-an, tanah bendang di sekitar Lapangan Terbang Bayan Lepas mula ditukar syarat daripada tanah pertanian untuk membolehkan pembangunan kilang-kilang elektronik bermula dengan kilang Penang Electronic.
Orang Pulau Pinang ketika itu berkata secara sinis bahawa "kita tak payah makan nasi lagi..." kerana satu demi satu bendang hilang ditelan arus pembangunan terutama oleh industri elektronik.
Di Kedah, bendang yang menghiasi hampir sepanjang jalan ke Kuala Kedah turut berubah wajah. Begitu juga dengan bendang di kawasan-kawasan pinggir Alor Star sehingga ke Gunung Keriang. Bendang diganti dengan kawasan perumahan, kawasan perindustian kecil dan bangunan-bangunan perniagaan.
Apabila kawasan tanaman padi berkurangan maka bekalan padi juga berkurangan tidak kiralah sama ada dihasilkan melalui tanaman dua atau tiga kali semusim. Kurang tetap kurang.
Sekarang, kerajaan baru sedar dan tersentak betapa pentingnya bendang atau sawah padi untuk negara. Apabila harga melambung tinggi dan bekalan tidak mencukupi, barulah nak buka kawasan baru untuk tanaman padi.
Rakyat Malaysia makan nasi, bukan makan cip atau hasilan elektronik yang lain. Apakah hasil keluaran elektronik lebih mustahak daripada padi (beras). Mungkin dari sudut ekonomi (hasil eksport) benar tetapi dari sudut bekalan makanan bagaimana?
Kesilapan kedua yang dilakukan oleh kerajaan ialah apabila ia menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Ia bermula apabila Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diswastakan pada bulan Januari 1996 dan mengambil alih peranan LPN sebagai "penjaga" industri padi dan beras Malaysia.
Segala urusan berkaitan beras, sebagai bahan makanan utama rakyat Malaysia, seharusnya dikawal dan dijaga oleh kerajaan sendiri dan bukan diserahkan kepada sebuah badan swasta yang sudah tentu mementingkan keuntungan. BERNAS adalah sebuah badan atau syarikat swasta (setelah diswastakan).
Kita tidak menafikan bahawa BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, tetapi kita juga sedar bahawa ia adalah sebuah syarikat komersial yang mementingkan keuntungan dalam urus niaganya.
Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia) pada 25 Ogos 1997, BERNAS sudah tentu memikirkan prestasi syarikat dan laba yang mesti diperolehi.
Tidak seperti LPN yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada industri padi dan beras, BERNAS perlu memikirkan laba dan keuntungan. Para pengarah dan eksekutifnya sudah tentu ingin melihat BERNAS meraih keuntungan sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di BSKL.
Para petani yang mengerjakan bendang sering meluahkan rasa kurang puas hati berkaitan harga padi yang tidak serata dan seragam antara negeri-negeri seperti Kedah dan Perlis dengan Kerian atau Tanjong Karang. Ketidakpuasan hati mereka ditujukan kepada BERNAS dan disini kita dapat mengandaikan bahawa mereka kurang senang dengan BERNAS.
Kita juga mula mendengar desakan supaya LPN diwujudkan semula untuk menjamin kelangsungan industri padi dan beras. Kerajaan mesti bertanggungjawab penuh ke atas industi yang amat penting ini kerana ia membabitkan soal kehidupan.

7 comments:
Tuan Syed,
Selain bijak mengawal bekalan beras untuk memastikan bekalan mencukup, kerajaan juga mesti bijak mengurus maklumat mengenai beras. Semenjak duamenjak ini kerajaan mengeluarkan banyak statement yang boleh mengelirukan pengguna dan mungkin menyebabkan berlakunya pembelian panik. Contohnya saya terbaca kerajaan kata bekalan beras mencukupi untuk 15 hari.Rundingan dengan thai untuk mendapat beras nampaknya tidak lancar kerana thai nak jual pada US1,000 setan. Lepas itu kata di Sarawak boleh tanam padi tapi bukan sekarang kena tunggu dua tiga tahun lagi kerana infrastruktur belum ada. Emak saya bila dengar maklumat macam ini terus suruh saya beli beras dan untuk stok. Petang tadi pergi supermarket lagi, tengok satu orang sorong troli dengan 10 kampit beras, saya pula naik risau beli sekampit lagi. Apalah kerajaan ini tidak ambil kursus crisis managementkah. Masing-masing ahli politik, menteri nak buat statement, nak tunjuk jaguh dan menjadi hero masa krisis macam ini. Saya penuh yakin kerajaan dapat mengurus hal beras dengan baik tapi uruslah information mengenai beras dengan lebih baik supaya rakyat tetap tenang, sabar dan tidak panik.
Rosli Dhoby.
Sdr Rosli Dhoby,
Benar apa yang saudara katakan. Oleh kerana kurangnya maklumat sebenar yang dikeluarkan oleh kerajaan, maka timbullah masalah. Orang ramai mulai ketakutan dan panik lalu membeli lebih daripada sepatutnya. Tiada kawalan sama sekali. Selain itu, penyeludupan melepasi sempadan juga berlaku. Saya tidak pasti sama ada orang Singapura dibenar membeli beras di Malaysia, jika dibenarkan, maka bertambahlah masalah bekalan untuk rakyat di Johor.
Sekurang-kurangnya, kerajaan dah ambil langkah kawal harga beras super 5 dan super 15 tempatan, dalam pada itu harga di pasaran dunia terus naik.
Pak Tuan,
Depa senanglah kata satu hari makan sesuap nasi dan digantikan dgn makanan lain..
cakap senang saja
Pak Syed
Betoi. Satu masa dulu di area bayan lepas / batu maung / pantai seagate (dulu mana ada pun nama pantai seagate) merupakan kawasan sawah padi dan jangan lupa, kawasan tu juga adalah kawasan orang Melayu.
Tapi "berkat" pemerintahan Gerakan dan Gerakan Baru - sesudah join BN pada 74), maka lihatlah hasilnya.
Tanah-tanah bukan sahaja ditukar menjadi kawasan perindustrian tapi juga secara tak langsung merupakan "hidden agenda" bagi menyahkan orang Melayu dari Pulau Pinang.
Saya tak mau komen panjang. Pak Syed orang lama, lagi berpengalaman dan tinggi ilmu dari saya.
Cuma Persoalannya: Apa yang org Melayu yang ada jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti Dato' Berahim Soud, Dato' Rashid (suma tu Timb Ketua Menteri), Dato Azhar (Exco gila meroyan yang nak kensel suma projek RMK9 di PP kononnya untuk mengajar pengundi di PP yang mengundi pembangkang walhal dia tensen sebab dia dipukoi canangkan sebagai bakal TKM menggantikan Dato Rashid selepas PRU 12 haritu) serta tak lupa DS Anwar Ibrahim yang mempunyai "siong" dalam Kerajaan Persekutuan.
Yang nyata, dari zaman Lim Chong Euu sampaila zaman Koh Tsu Koon pun, Melayu dah dinyah dan dihapus kira dah dari PP. Hanya cara dan kaedah saja berlainan. Chong Euu dengan cara yang "kasar" dan Koh Tsu Koon pula dengan cara "tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tapi Melayu mau kasi nyah buang"
Apa la nasib Melayu PP.
Bila jadi macam ni, terasa sangat akan kedaulatan Sultan yang selalu disebut sebagai "Payung Rakyat". Dan memang PP dan ditakdirkan tak bersultan.
Yang ada pun Mee Sultan saja. Pak Syed musti tau punyala mee tu. Tu pun dah tak sedap dah lepas bapak dia (penggoreng asal) dah meninggal dunia.
Kerajaan sekarang sibuk dengan party tak sempat nak fikir masaalah rakyat
pak syed,
pernah kah kerajaan bn belajar dari krisis...gula, tepung, minyak dan entah apa-apa lagi.
seluduppun satu hal jugak. bukan rahsia siapa dia penyangak yang kerap dok seludup diesel dan beras.
mai la jalan dan cuba-cuab la siasat apa yang berlaku di sempadan bukit kayu hitam. memang enar sukar nak buktikan tapi kalau cerita tu datang dari sumber yagn layak dipercayai, peratus kebenaran itu adalah tinggi.
balik pada soal beras, sepatutnya kerajaan tegas menangani perkara ini. fakta mesti tepat. fungsi bernas MESTI diperbetulkan. mana lebih penting rakyat atau syarikat.
tak kan nak suruh rakyat makan maggi, gandum, roti, ubi atau apa-apa saja bila harga beras naik.
mudah sangat nak nasihatkan rakyat. depa tak pa la. duit makan sampai anak cucu pun tak habis. rakyat marhain macam mana?
kawan lama...ber
Memang kerajaan perlu lebih tegas dalam bab ni. Melibatkan beras ni, tak leh bawak main2! Tapi memang sekarang pun satu dunia tengah krisis makanan, jadi kita rakyat pun kena jadi pengguna bijak dan pandai menilai dan memilih apa cara yang terbaik untuk diri masing2. Tak boleh lah jugak nak harap kerajaan je. Kena bersiap-sedia menghadapi apa yag berlaku, dunia pun rakyat makin ramai makanan pun jadi tak cukup, ada lagi krisis2 global lain yang akan tiba!
Post a Comment