Wednesday, May 28, 2008

P.Pinang ikut Selangor haramkan Islam Hadhari

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengikut langkah Kerajaan PR Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Perak dan Kelantan bila?

Inilah padahnya apabila orang Islam bertelagah sesama sendiri dan Islam dijadikan permainan politik sempit.


Lagi Berita: P. Pinang haramkan Islam hadhari

11 comments:

Anonymous said...

Sudah tentulah Pulau Pinang tak sabar2 juga nak haramkan, Pulau Pinang tu bawah pentadbiran siapa? DAP. Jadi tindakan mereka tu memang sangat boleh dijangkakan.

Apa yang paling menyedihkan orang melayu sendiri yang mempolitikkan agama Islam.

Anonymous said...

P Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, bukan DAP. Entah apa salahnya, Islam hadhari tidak diterima oleh ramai muslimin sendiri. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah kita ada Islam saja, bukan Islam berjenama hadhari.

Zulkifli (anak Kg Melayu,Penang)

Canser vs B17 said...

Islam adalah Islam, Islam yang syumul yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W.

Mengapa perlu adanya "Islam Hadhari". Jika untuk mengelirukan umat Islam yang ada. Jika hendak di tafsirkan sebagai 'Islam Bertamadun" Apakah Islam yang asal tidak bertamadun lagikah.

Bagi saya eloklah diharamkan, dan junjunglah Islam yang asal.

Letting the time pass me by said...

Politik tetap politik... Islam pun nak dipolitikkan..

Budak pompuan yang kononnya memperjuangkan islam dengan suruh tukar uniform pun boleh ditanya keikhlasan beliau...

Al-Quran sudah membenarkan lelaki kawin lebih satu.. Adakah dia benarkan suami dia kawin lebih satu untuk mengikut ajaran Al-Quran?

Anonymous said...

Saja.. Mamak tumpang lalu je!.Oleh kerana blog hang ini Mamak rasa hebat.. terasa dihati nak beri sedikit celoteh!.kalu mai tangan kosong tak sedap hati pulak!.

Sebenarnya Islam Hadahari Pak Lah ini hanya diwujudkan oleh Pak Lah sendiri...untuk mengaburi mata Amerika yang beliau sanjung tinggi.Di masa lalu TDM pernah berkata Negara Malaysia ini adalah sebuah negara Islam..Masa itu Pak Lah masih lagi Menteri kat Luar Negara oleh kerana beliau masa itu berpendapat Orang barat terlalu serong terhadap Islam dan takut dan benci,beliau rekalah Islam hadhari ini untuk menunjukan pemerintahan beliau tak total Islamic...Islam moden punya bukan macam Iran atau Taliban!!!.Sebenarnya nawaithu pak lah bukanlah nak hidupkan ,segarkan tarbiah Islam dalam malaysia.!!.Di Malaysia ini pemimpin kerajaan lebih hebat Islamnya dari Ulamak-ulamak.Ulamak Malaysia pulak satu hal cuma cari makan.kat kerajaan!.Apabila perselisihan hal-hal agama berlaku sepatutnya Ulamak kita kenalah beri nasihat!.Seperti mufti Perlis baru-baru beri pandangan tentang ISA itu adalah salah disisi Islam.tapi adakah pemimpin kita ambil pusing?.Yang wartawan pun satu hal , selalunya gi interbiu orang politik yang hapraak pasai agama..jadi kesimpulannya, mula lah kita kata politik ini tak boleh bercampur aduk dengan Agama!!!Agama Islam Agama Ad-diin..bab politik dalam Islam dipanggil hal-hal jinayat!!!.Apa perlu kena mengena pengaharaman Islam hadahri ini dengan MB atau pun TKM dan parti politik yang memerintah.Mana perginya kuasa-kuasa gabenor dan DYMM Sultan yang mempunyai kuasa mutlak ke atas Agama Islam?.Bukankah baru -baru heboh pasai karpal?.Ini Isu agama...Mamak cuma pening kerana kita ini pi mai pi mai tang tu je!

Unknown said...

Mamak Penang,

bukan Mamak sorang yang pening, ramai yang keliru dan jadi haru-biru.

tipulagi said...

Saya memang sokong Mamak Penang dan Pak Imran.. pi mai pi mai tangtu jugak...al pening lalat sampai naik atap laa kita

Anonymous said...

Hal ini terjadi adalah berpunca daripada orang/parti politik yg nak bodek Pak Lah dan di masa yg sama nak berdakwah, bak kata pepatah 'Sambil menyelam minum air'. Dan kini, dah jadi macam persaingan untuk promosi Islam melalui lebal(label) atau cop masing-masing.Niat yg baik, kalau dilaksanakan dgn cara yg tak baik, maka hasilnya adalah sia-sia saja.Parti PAS dgn caranya dan kini UMNO pula ketengahkan Islam cara dia.Tak ubah macam puak Kristian di Malaysia, di mana terdapat berbagai-bagai gereja dgn segala macam nama.

Sudahlah...wahai para pimpinan! Rujuklah semula bagaimana Nabi Muhammmad SAW laksanakan proses keislaman. Sebenarnya baginda memulakan syiar Islam dengan

1- Strategi atau muslihat yg amat bijaksana.
2- Nabi Muhammad 'tawan' kota Madinah dan penduduknya sekali dengan akhlak yg mulia bukan dengan akhlak yg kontroversi.

3- Baginda perkenalkan dakwahnya sebagai Al-Haq (Tauhid)terlebih dahulu,bukan panji-panji Islam.

4- Baginda hanya, mengistiharkan Islam kepada semua, setelah ianya disempurnakan. Bila ? Pengistiharan itu atau 'penglabelan' Islam hanya dilakukan di satu khutbah Jumaat yg terakhir dalam hidup baginda. Oleh itu, tiada lagi nabi selepas Muhammad SAW, dan tiada label Islam selepas label Muhammad SAW.Wassalam.

Ishak Jr.>

Anonymous said...

Islam Hadhari dah keliru mengharamnya lebih mengelirukan.So Pak Tuan Syed Islam yang mana satu yang betul. Islam Hadhari atau Islam sebelum 2004.Setahu saya Islam hanya satu ia itu Islam yang dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. Selepas baginda wafat tidak ada lagi agama Allah yang baru. Bagi saya Islam adalah Islam yang diturunkan melalui wahyu Allah kepada rasul terakhir. Muhamad s.a.w. Saya dah lama haramkan Islam hadhari, sejak ia diperkenalkan pada 2004 lagi.

Anonymous said...

islam hadhari hanya cara untuk kembalikan zaman tamadun islam yang hebat zaman dulu sebelum orang barat curi semua ilmu kita. kerana dok bodoh berbalah soal kecik... islam hancur. samalah di pinang tu DAP Malaysian Malaysia dah berkuasa. tunggulah jadi Singapore ke 2

Anonymous said...

TO ANON 8.10 AM.
We do not need islam hadhari to regain our past glory. Sayyidina Umar Al Khattab said "Indeed Allah swt has dignified us by ISLAM. So we do not need to search for dignity in anything other than Islam" Allah will only accept our deeds based on two main conditions i.e 1) sincerity i.e. doing the deeds 7 ibadah only for the sake of Allah swt and 2) the said deeds and amal ibadah must be Ittiba' ur Rasul i.e. thew deeds must be in accordance as shown by our beloved Prophet saw. So in conclusion do not be confused by all these issues. just stick to the basic islam as revealed by Allah to our Beloved Prophet and NOT the kind of islam propagated by the ignorant abdullah badawi. hakimi yaacob, anak penang di kl.