Friday, May 23, 2008

ICJ sahkan Pulau Batu Puteh milik Singapura






Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICT) di The Hague, Belanda mengesahkan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Middle Rocks disahkan milik Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan di Belanda hari ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM (TV1), enam bulan selepas kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura, menggulung hujah masing-masing.

14 comments:

Canser vs B17 said...

Mula-mula Pulau Temasek, kemudiannya Pulau Batu Putih, selepas ini Pulau WPI.

Syabas kepada kepimpinan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO.

Maka tercatatlah satu lagi kisah "HARI INI DALAM SEJARAH' dan UMNO berjaya, Malaysia BOLEH, Gemilang, Terbilang, Cemerlang dan Berbelang-belang.

kulatlapok said...

Rakyat Singapura tentunya sorak gembira apabila pulau sekangkang kera yang menjadi isu antarabangsa akhirnya sah menjadi milik jiran tetangga.

Yang malangnya kita ibarat kaca terhempas ke batu. Rakyat Malaysia hancur dan kecewa dengan keputusan Mahkamah Antarabangsa itu.

Walaupun berbagai fakta yang dikemukakan tampak menyakinkan menyebelahi kita namun mahkamah memberi alasan yang mewajarkan
Singapura sah memilikinya.

Walaupun pulau rebutan yang tidak bertanah, tetapi ianya begitu penting bagi kedua-dua negara saling mahu menguasainya.

Kita terkenal dengan negara yang terlalu berlemah lembut dan mudah memberi kepercayaan kepada orang lain yang akhirnya walaupun mendakwa tanah milik kerajaan Johor tetapi tidak mengambil berat atas status pemilikannya.

Rupanya kepercayaan yang diberikan itu akhirnya mereka mengambil kesempatan untuk terus menguasainya. Apapun sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Unknown said...

Keputusan ICJ adalah kemenangan besar untuk Singapura (bekas wilayah Kesultanan Johor dan Tanah Melayu) dan kejatuhan maruah yang amat teruk untuk Malaysia. Apa lagi yang dapat dikatakan.

Malaysia harus melakukan sesuatu dalam kadar yang segera agar Pulau Pisang di luar pantai Kukup, Johor yang juga mempunyai sebuah rumah api yang diurus tadbir oleh Singapura tidak terlepas ke tangan republik itu.

kulatlapok said...

Benar kata Tuan Syed,

Kerajaan (kementerian luar) perlu membuat sesuatu agar tidak lagi terguris perasaan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama serta berbagai parti. (pembangkangpun warganegara jugak)

http://www.kulatlapok.blogspot.com

Anonymous said...

kata win-win konon, pooraahhh

Bung Karno said...

Pak habib,

It must be Singapore's suggestion that both sides will not appeal the result.

Singapore knew in advance, Malaysia kowtow in advance. It must be that Malay (PM's)famed generosity that gave away the Pulau.

S'pore submarine base is coming up there in 5 years'.

Anonymous said...

Kata Rais Yatim, Malaysia juga tidak kalah kerana dapat Middle Rocks. Jadi kedudukannya 1 Singapura dan 1 Malaysia. Setidak-tidaknya 'batu' yang kita dapat tu boleh dijadikan tempat memancing kepada kaki pancing dari Malaysia. Atau yang baiknya kita boleh buka cawangan baru UMNO di sana dan letak Ezam jadi ketuanya....kan Malaysia semuanya Boleh!!!!!

Unknown said...

Ali Kecik,

Itulah kata-kata orang yang bakar jambatan...

Bung Karno,

They will claim Johor next... with the help of another "letter" written by Johor state official!

Anon 6:34,

selain dijadikan tempat memancing, boleh juga dijadikan tempat untuk para pemimpin kita bertapa mendapatkan ilham macam mana nak tambah kekayaan...

Anonymous said...

rais kata win-win stuation, yang kita hendakkan bukan ketul batu, bukan rumah api tapi kedaulatan ! apa punya menteri dalam keadaan kalah pun nak bermadah-madah. stupid !

Anonymous said...

Salam Pak Tuan...

Daripada awal saya ikuti perbicaraan kes Pulau Batu Puteh ni.....saya dah boleh agak Malaysia akan kalah..

Kalau diikutkan Singapura, mereka hntar Timbalan Perdana Menteri,S jeyakumar sbagai peguam bagi pihak singapura...Kita hntr sapa? Mcm nak tak nak jer ngan Pulau Batu Puteh tu.

Pulau Batu Puteh tu asalnya bawah kawasan kesultanan johor. Ikut kepala saya, saya sanggup perang nak pertahankan kedaulatan negara keatas pulau tu. Buat apa nak bicara2? Memang hak kita! Nak berbaik dgn negara jiran konon!

Kawan saya dari Indonesia kata kat saya, Megawati kalah kepada Bambang dalam pemilu presiden yang lepas pasal kes kalah dalam hal tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan.
Kalau kat Malaysia, apa yang akan jadi agaknya Pak Tuan?

"Kita tak kalah, kita menang jugak"
Pigiraahhh....!

p/s: Nanti nak tgk Pulau Batu Puteh besar mcm Pulau Langkawi.

Skuad Peninjau

Unknown said...

Skuad Peninjau,

bak kata orang bijaksana ... macam Belanda dapat tanah... itulah sikap mereka.

Anon 11:26 Madah Pak Menteri tak dapat tutup keaiban dan maruah bangsa. Kalau di Jepun atau Korea, menteri dah letak jawatan atas sifat bertangungjawab.

Anonymous said...

win-win.....tergelak dengarnya. dapat batu yang tenggelam bila air pasang....timbul bila surut. nak buat apa dengan dua tiga ketul batu tu. jom kita pakat berdiri ramai-ramai.

Anonymous said...

Sebenarnya, kita bangsa yang teruk. Kalau nak diikutkan hati, apa guna susah-susah nak tuntut pulau itu. Dulu, kan ke Singapura tu hak Malaysia. Kita serah pada depan, sekarang, negara yang kita punya dulu tuntut benda-benda lain pula. Apa kita nak kata tu. Media kita pula tidak sepatutnya nak memperbodoh-bodohkan rakyat. Kita kalah lah. Janganlah nak kata win-win. Inilah masalah orang Melayu yang tidak mahu mengaku kalah. Itulsh sebabnya dalam PRU12 BN kata dia menang dan masih mendapat kepercahyaan rakyat. Betullah, lebih satu undi pun kira menang. Tapi dari segi moralnya, depa out. Orang dah tak peduli pun.

rommel said...

Malaysia mmg dah kalah awal2 lagi. Kalau kat jepun, mau buat harakiri pasal malu kalah. Tapi menteri buat muka selamba je..Win-win..

Org singapure tgh pesta skrg ni. Next Pulau Pisang...