Tuesday, May 20, 2008

Hisham kata Mahathir tak bertanggungjawab



Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad umum keluar UMNO, banyak pihak membuat ulasan dan andaian masing-masing termasuk perdana menteri Abdullah Haji Ahmad dan timbalannya Najib Tun Razak. Kebanyakan daripada pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang memberi reaksi yang kita boleh agak akan sedemikian rupanya. Sama ada mereka jujur atau tidak bukan persoalannya kerana orang politik memang begitu, mereka akan menari mengikut rentak.

Tetapi, reaksi atau ulasan ketua pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein Onn agak melucukan dan boleh dikatakan kurang bijak. Hisham menuduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab sedangkan itu adalah hak mutlak Mahathir.

Hisham agaknya buta sejarah. Sebelum berkat-kata, Hisham seharusnya berfikir apa yang hendak diperkatakan. Jangan terlalu ikut perasaan atau emosi.

Apabila Hisham menuduh Mahathir tidak bertanggungjawab, maka dengan sendirinya Hisham menuduh datuknya yang juga pengasas UMNO, Datuk Onn bin Jaafar dan bapanya yang juga mantan presiden UMNO, Hussein bin Onn, tidak bertanggungjawab.

Datuk Onn adalah presiden (Yang Di-Pertua ketika itu) UMNO pertama yang keluar UMNO manakala Tun Hussein Onn tidak menyokong dan tidak menganggotai "UMNO Baru" selepas UMNO asal diharamkan oleh Mahkamah, sebaliknya dia menyokong Parti Melayu Semangat 46.

Jika kita melandaskan hujah kepada apa yang dikatakan oleh Hisham, maka perbuatan atau tindakan Datuk Onn dan Tun Hussein adalah sama seperti Tun Mahathir. Jika Hisham kata Tun Mahathir tidak bertanggungjawab, maka tuduhan yang sama boleh ditujukan kepada Datuk Onn dan Tun Hussein.

Apakah Hisham lupa sejarah atau buta sejarah? Apakah tidak ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk memberi ulasan selain daripada tidak bertanggungjawab?

Hisham harus ingat tiga orang pemimpin UMNO terdahulu tidak menyokong parti atas sebab-sebab tertentu bermula dengan datuknya sendiri, kemudian oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dan diikuti pula oleh Tun Hussein dan sekarang Tun Mahathir. Presiden UMNO yang tidak keluar parti hanyalah Tun Abdul Razak yang pulang ke rahmatullah semasa masih memegang jawatan.

Kita harus terima hakikat bahawa Tun Mahathir berhak berbuat demikian kerana ia dibolehkan oleh Perlembagaan UMNO itu sendiri. Kita tidak boleh halang atau marahkan beliau kerana berbuat demikian dan kita tidak seharusnya melemparkan bermacam-macam tuduhan ke atas beliau. Bukankah UMNO sebuah parti politik yang mengamalkan sistem demokrasi? Tun Mahathir hanya melaksanakan hak demokrasinya. Kita seharusnya menghormati haknya itu.

Sama-samalah kita renungi cogan kata... "UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA"... dan fikirkanlah sama ada ia akan terus berkaitan atau relevan.

21 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara,

Sebenarnya kita semua sama sama terkejut dan Dato Hishamuddin mungkin 'terlepas' kata dalam kekalutan fikiran beliau. Begitu juga orang Melayu lain mesti macam macam kata atau pendapat yang keluar dari mulut masing masing.

Apa yang patut kita semua buat ialah BERTENANG. Memang Tun M berhak buat apa pun keputusan, ini hak mutlak beliau. Mungkin apa yang Dato Hisham maksudkan adalah implikasi keputusan Tun M terhadap orang Melayu disaat sedemikian kritikal.

Apa-apa pun, kita semua bertenanglah. Saya yakin Allah swt Gerakkan hati Tun M untuk buat begini mestilah ada Hikmahnya. Dan Hanya DIAlah yang tahu. Kita hambanya akur sahajalah.

Pemimpin datang dan Pergi. Semuga UMNO tetap kukuh dan berada dilandasan yang betul untuk masa depan orang Melayu, Islam dan Malaysia. InsyaAllah.

Anonymous said...

Kami sokong dibuka lebaran sejarah yg membabitkan Dato' Onn Jaafr dan Tun Hussein Onn.

Kami turut merasakan tindakan Hisham mohon maaf pasal keris sbg tindakan tidak bertanggungjawab...

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan...

Arwah Dato Onn keluar Umno apabila cadangannya untuk dibuka keahlian kepada bukan Melayu ditolak oleh kesemua ahli.

Beliau meninggalkan parti bersama-sama anaknya Hussein Onn, Kapt Hussein Onn.

Anaknya pula Hussein tidak menyertai Umno Baru dan mati sebagai bekas presiden Umno yang tidak lagi menjadi ahli Umno.

Hishamuddin tidak menjadi Setiausaha Parlimen Miti dan kemudiannya Menteri Belia dan Sukan dan kini Menteri Pelajaran jika tidak kerana Dr Mahathir Mohamad.

Hishamuddin tidak akan dengan mudahnya menjadi Ketua Pemuda Umno jika tidak kerana Dr Mahathir yang menyediakan laluan kepadanya, sepertimana Dr Mahathir menyedia laluan kepada sepupunya Najib Razak.

Ketika itu sikit ka calon-calon yang lebih berwibawa yang boleh menandingi Hisham yang perlukan TONGKAT besar bernama Dr Mahathir Mohamad untuk masukd an maju dalam Umno.

Apakah sekarang kita, bukan sahaja membuang tongkat itu malahan menghina tongkat yang pernah kita gunakan sepenuhnya seketika dahulu?

Jika ada orang yang hendak menghina Dr Mahathir pastinya BUKANLAH Hisham atau Najib kerana sekiranya tidak kerana Dr Mahathir belum tentu mereka akan berada di mana mereka berada sekarang.

Sekiranya marah atau kecewa sekalipun, JANGANLAH menghina orang yang pernah berjasa kepada kita kerana jasanya cukup besar. Tidak mungkin jasanya lebih besar kepada orang lain berbanding dengan Hisham dan Najib, dua anak bangsawan yang tidak tahu langsung bercakap Melayu dengan fasih dan perlu mengikuti kursus sebelum dibawa masuk ke dalam Umno oleh Dr Mahathir.

Anonymous said...

Masih ada orang nak layan si Hisham ni. Pada saya dia sudah tidak relevan dalam Pemuda dan akan ditolak oleh UMNO. Dia adalah seorang yang tidak ada karisma. Bila bercakap gelak, gelak, gelak. Ap;a jenis orang entah. Kita harap dia akan tumbang dalam perebutan jawatan dalam Umno nanti. Kalau ada orang yang calonkan dia, memang biul lah orang itu.

Anonymous said...

budak Hisham ni memang bodoh baghal punya menteri.dia cuma pakar bodeh saja.jadi menteri pun Tun yg bawa kerana mengenangkan jasa bapa dan datuk dia memang tungul kayu tak sedar diri.

Bung Karno said...

Pak habib,

Hisham punya fav word : 'tak bertanggungjawab'

Dia ni kelebihannya sebab cucu kepada Jaffar, anak kepada Hussein, sepupu kepada Najib.

Markah lain : 0

Bung Karno said...

Pak habib,

Komen ni ada juga diruang komen blog lain :

Pengunduran Tun Mahathir sebagai ahli UMNO bukan bertujuan untuk menubuhkan parti baru. Ia juga tidak bererti ramai yang akan meninggalkan UMNO.

Tun M berhenti jadi ahli UMNO kerana UMNO kini diketuai oleh seorang Presiden yang tidak dihormati oleh lawan dan kawan. Presiden UMNO hari ini tidak ada wawasan dan tidak ada agenda untuk menjadikan UMNO sebagai parti yang unggul seperti sebelum PU12. Presiden UMNO hari ini adalah seorang yang populist dan 'self-centered' dan mudah diumpan dan diremehkan oleh pembangkang dan lawan parti.

Lebih dari itu, Presiden UMNO hari ini tidak mengendahkan pandangan akar umbi dan gagal menyuntik semangat dan membina kekuatan ahli parti dan rakan-rakan komponen BN untuk menghadapi pembangkang yang semakin berani dan lantang. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak ada ketegasan dalam menghadapi cabaran dan lambat, tidak konsisten dan 'ad-hoc' dalam membuat sesuatu keputusan.

Tun M berhenti kerana malu untuk menjadi ahli parti yang diketuai oleh pemimpin yang lemah dan tidak peka kehendak ahli dan rakan BN. Bagaimanapun beliau tidak akan menyertai parti politik lain kerana akan kembali ke UMNO setelah pertukaran penjawat Presiden.

Seperti biasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Parti akan memandang ringan
perkembangan ini. Begitu juga dengan para ahli Majlis Tertinggi, tentunya akan menyatakan sokongan tak terhingga kepada Presiden parti.

Memang kita berharap tidak ada pemimpin-pemimpin tertinggi seperti DS Najib, TS Muhyidin dan Tengku Razali Hamzah meninggalkan parti kerana mereka adalah harapan untuk membawa perubahan pucuk pimpinan dalam pemilihan Disember ini. Sekiranya tanpa mereka adakah kita mengharapkan DS Ali Rustam, Datuk Nazri Aziz atau TS Mohamad Taib menentang DS AAB sebagai Presiden?

Ketua-ketua Bahagian dan bakal-bakal perwakilan ke persidangan Disember ini juga harus terus kekal dalam parti supaya dapat menetukan hak memilih Presiden. Tebalkan muka untuk terus berada dalam parti sehingga tempoh penetuan ini.

Sambil itu, biarlah Tun M mengkritik DS AAB sebagai pengkritik bebas, tetapi bukan untuk membantu pembangkang. Hanya kemungkinan Tun M menjadi penasihat kepada AP bebas, Datuk Ibrahim Ali, yang akan menubuhkan parti baru.


Posted by Bung Karno at 7:48 AM

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Buat apa habiskan masa melayan si Hishamuddin itu/ Rata-rata orang ahun dia adalah seorang yang otok sifir. Dia bercaka melalui hidung dan tidak ada otak untuk berfikir. Jangan cakap mngenai sejarah dengan dia kerana he is a nut.

Kerajaan Rakyat said...

Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kamu semua sebenarnya telah menderhaka bukan hanya kepada Raja-Raja Melayu tetapi kamu juga telah menderhaka kepada Orang Melayu keseluruhannya dan rakyat Malaysia kesemuanya.

Dan kamu juga telah ……

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

Pak Tuan,

Hishamudin ni tak serius dan tugasnya sebagai ketua pemuda umno dah diambilalih oleh KJ. Jadi dia tak ada kedudukan sebenarnya. Saya denganr dia nak cuba naik jadi naib presiden pulak. What a joke! Lebih baik dia keluar dari pemuda dan cuba nasih untuk MKT saja. Dia tak ada substance sebenarnya. Cakapun merapu. Dan tak tahu mengenang budi pulak tu! Orang macam ni lak boleh pergi jauh. Kalau tak diberi sokongan oleh Tun M, dia dah hanyut lama. Saya tak boleh ingat apa sumbangan beliau sebagai ketua pemuda. U ingat ke Pak Tuan? Nothing outstanding. Mediocre stuff...

matbond

Anonymous said...

Hishamudin, Nazri Aziz jenis cakap merapu dan tak pakai otak, camna la puak2 umno boleh angkat atau calonkan orang yang jenis macam ni sebagai pemimpin.

Inilah salah satu punca kenapa Umno huru-hara, dan sebenarnya ramai lagi yang dalam umno tu yang sememangnya tak guna lansung....

Bertambah huru-hara LAH jadinya...

Anonymous said...

Apa pendapat tuan-tuan nengok body language dia ni masa interview kat Parlimen tadi? Ada congruence tak dgn apa yg dicakapnya?

Husin Lempoyang said...

Nanti dia akan mintak maaf.

Husin Lempoyang said...

Kenapa dia takut?

Katanya sema ahli UMNO, MP UMNO dan MP BN memberi sokongan penuh dan setia pada PM.

Apa nak menggelabar?

Anonymous said...

Dengan kenyataan Hishamuddin itu,jelas menunjukkan bahwa dia adalah anak dan cucu yang biadab!!

Tidak lupa juga tindakan memohon maaf mengenai isu cium keris, Hishamuddin adalah pemimpin UMNO yang BACUL dan tiada kekuatan dalaman. Tidak akan ada perubahan dalam minda bukan melayu sama ada dia mohon maaf ataupun tidak!

Memang pemimpin UMNO adalah terdiri daripada kaki kaki bodek.

Anonymous said...

Pak Tuan, kita nak tengok dan berdoa satu hari nanti, Mukriz jadi PM, kita nak tengok macam mana muka si Hishamudding Husseing Onng ni. Kalau ada berpeluang di mana-mana majlis, saya akan tanya dia ketika itu, apa dia nak kata. Ini kerja tuhan. Dalam politik semua boleh jadi. Antara Mukriz dan Hishamudding, rasanya, Mukriz lagi banyak sokongan. Kita yakin, MUkriz akan jadi PM. Masa itu kkita nak tengok sangat macam mana muka Hishamudding ni. Kita nak sorakkan kat dia,,,oadan muka kau,

maskadove said...

dari dulu sampai la ni... saya rasa menteri pelajaran yang paling bodoh ialah Hisham, ketua pemuda yg paling bengong dan penakut dan yang layak bertanding ketua wanita ialah Hisham, bercakaplah topik apa pun semuanya tak konsisten... kalau dia dah bacui... jangan nak suruh semua ikut rentak lelaki yang tak bertelok macam dia... kalau dah Mukhriz nak bercakap biarlah dia bercakap... itu hak dia dalam sebuah parti yg diasaskan sebagai demokrasi... hanya ketua-ketua dan MT MT yang yes men saja yg dah bagi jadi UMNO dah tak releven lagi... kalau hisham rasa dia tu bijak sangat.. suruh dia ceritha mai apa yg dia dah buat utk majukan ahli PEMUDA.... asas perjuangan UMNO memang cukup sempurna utk orang melayu... tetapi orang melayu yg berkuasa dlm UMNO LAH yg buat UMNO dah tak menjadi parti utk melayu, tetapi telah menjadi parti untuk barua PAK LAH....

ciri-ciri kepimpinan dan keberanian Dato' Mukhriz patut diketengahkan.. orang macam Hisham patut dah lama disepak kebawah... bacui...

Unknown said...

Macamlah Dato' Hisham tu bertanggungjawab sangat.

Bak kata Imuda dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu..."PIIIIIIIRRRRAAAHHH...!!"

Anonymous said...

Pokoknya saya sependapat dengan bung karno. Tidak ragu lagi bahawasanya UMNO sudah tidak relevant lagi. Dari pucuk kepimpinan Presidennya dan kuncu-kuncu pak angguknya hinggalah hishamuddin yang celupar tak berasas dan pantas melenting menghunus senjata..lebih teruk dari sang keldai. Keldai pun lebih baik nilainya..

Anonymous said...

kalu Mukriz jd PM pon atas tiket dia anak TDM.. bukan atas meritnya sendiri... takde aper bezanya dia dan Hisham..

Mukriz.. kalu bukan anak TDM.. pasti dia akan keluarkan statement yg sama mengenai TDM... fikir2kan...

Unknown said...

Salam Tuan Syed,

Hishamuddin, sentiasa mengutamakan parti, bukan buta sejarah, tetapi pejuang bangsa yg sanggup menghunus keris dan menumpahkan darah sesiapa yg cuba mangkhianati bangsa ini, walaupun darah ayahnda dan ninda, syabas saya ucapakan kepada pemimpin ini.