Perdana Menteri Israel Ehud Olmert mengakui bahawa pemimpin Hezbollah Sayyed Hassan Nasrallah adalah "orang paling berani di dunia".
Pengakuannya itu disiarkan oleh laman web akhbar harian Yahudi "Yediot Aharonot" pada 2 Januari lepas. Bagaimanapun, menurut akhbar "Al-Akhbar", lima minit selepas kenyataan dalam bahasa Hebrew itu tersebar luas, pengendali laman web itu membatalkan berita tersebut.
Olmert mengeluarkan kenyataan itu semasa diwawancara oleh seorang wartawan Romania apabila beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun "Nasrallah seorang pemimpin pertubuhan 'pengganas', dia adalah orang yang paling berani di dunia, dia tidak gentar menghadapi apa saja dan bekerja untuk masa depan secara cekal dan dengan penuh pengalaman."
Bagaimanapun, pita rakaman wawancara itu telah dirampas oleh pihak berkuasa Yahudi daripada wartawan Romania itu. Dia kemudian dibenarkan mengadakan semula wawancara setelah membuat pengakuan yang dia tidak akan menyebut tentang kenyataan Olmert yang dianggap sebagai "terlepas cakap" itu.
No comments:
Post a Comment