Thursday, January 18, 2007

Durian runtuh sakan di Batu Talam

Rakyat di Batu Talam, Pahang sedang dan akan menikmati durian runtuh. Runtuhan kali ini cukup sakan. Semuanya kerana ada pilihan raya kecil.

Beratus juta ringgit akan mengalir ke Batu Talam dalam bermacam bentuk projek, majlis-majlis perasmian dan peruntukan-peruntukan segera untuk "kepentingan dan keselesaan rakyat."

Bagi para petugas parti politik yang mendokong pemerintah, merekajuga dapat habuan masing-masing. Semuanya kerana ada pertandingan walaupun orang yang menawarkan diri untuk menentang calon parti pemerintah hanyalah umpama seekor anak kucing yang nak lawan harimau Malaya.Janji ada pertandingan maka adalah habuan.

Umum tahu bahawa calon parti memerintah akan menang mudah. Oleh itu, pilihan raya kecil kali ini tidak akan memberi apa-apa isyarat penting sama ada kepada parti yang memerintah atau puak pembangkang.

Kepada rakyat di Batu Talam, bersyukurlah atas nikmat yang datang mencurah-curah. Ia adalah satu rahmat.

6 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan,

Inilah yang dikatakan tuah para penduduk (tidak sahaja pengundi) di Batu Talam. Sebelum ini dun ini hanya terkenal disebabkan kes kematian bekas ADUNnya dan selepas itu Batu Talam hanyalah satu daripada ratusan dun di negara kita. Justeru inilah seperti yang dikatakan oleh Pak Tuan bahasa masa sudah tiba untuk durian runtuh. Alhamdulillah.
Disebabkan maka deam pilihanraya kecil di malaysia adalah seakan-akan pesta (namum ada jugak pihak yang berbuat kerja bersungguh-sungguh) maka rakyat di sana akan menikmati limpah ruah dan ditatang sebagai raja untuk tempoh yang singkat namun tetap ditatang. Maka beruntunglah mereka, sekurang-kurangnya ada yang akan dibela, dilayan dan didengari setiap rintihan, keluhan dan pelbagai masalah mereka.
Setelah terbabit dengan beberapa pilihanraya kecil bermula dengan dun sanggang, parlimen telok kemang (port dickson), dun ketari (pahang), dun indera kayangan (perlis), dun lunas (kedah), pilihanraya negeri sabah sehinggalah ke dun anakbukit (tempat saya sendiri) dan parlimen pendang serentak saya dapati pilihanraya kecil bukan sahaja untuk proses demokrasi malahan ianya juga untuk proses meraikan rakyat dalam ertikata yang sebenarnya. Bersyukurlah mereka yang sedang diraikan dan jangan diambil kesempatan keatas para pembesar negara dan negeri walaupun mereka selalunya lebih ramah dan tamah daripada biasanya pada ketika ini. Sekurang-kurangnya rakyat di Batu Talam akan dibela, terbela dan menerima pembelaan yang sewajarnya.
Inilah yang dikatakan demokrasi dan keindahan kedemokrasi di Malaysia, rakyat akan memilih calon yang mereka sukai dan parti-parti politik mempunyai pilihan untuk bertanding atau tidak bertanding. Pada hari penamaan calon sendiri telah kita lihat perjalanan demokrasi apabila parti pembangkang memilih untuk tidak menyertainya. Demokrasi mempunyai pelbagai dimensi dan ini adalah satu daripadanya.

Zaki Tok Tam, Anakbukit, Alor Setar, Kedah.

Anonymous said...

Tuan Syed

Komen ini bukan untuk tajuk di atas tapi saya cuma ingin mengucapkan tahniah sebab masih terus menulis dan akan terus menulis, itu kan semuanya kerja kita yang bernama penulis/wartawan/reporter atau journalist.

I know I'm kind of terlambat but I just got to know about your blog and I am so happy to read lots of things esp about Penang and other stuff too.

Sebagai anak Penang, kadang-kadang masih ada lagi yang kita tak tau banyak sejarah dengan lebih mendalam esp about nasib melayu Pulau Pinang and other things as well.

Walaupun saya berada jauh jutaan batu dari Pulau Pinang tapi jiwa tetap bersama Pulau Pinang bak kata pepatah orang melayu -tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat dilahirkan - I know that your are not Melayu Tulin, (hehehehe-we share the same boat but mine its from the west meet east 100 years ago).

Blog you ni sudah tentu akan menjadi satu lagi favorite blog, selain blog-blog by other x journalist or editor, all the x msian journalist yang kesemuanya power-power belaka.

Sebagai anak buah you dekat bernama dulu, walaupun tak sempat bertugas di KL, before you retired, I am so proud to see you back in writting and have your own blog that you can write what ever you want.

Sebagai permerhati dari jauh tahniah sekali lagi dan saya berharap Tuan Syed akan terus menulis.

NER(my initial at the agency)
Big Apple

azli faqih said...

Pak Syed,
'raya' sakan rakyat2 di batu talam pada tahun ni. 2007 rakyat2 batu talam akan sambut 3 atau 4 kali 'raya'. itulah spt mana kata pak syed, tuah yg mampu membawa rahmat kpd rakyat biasa.

namun, satu perkara jgn dilupakan iaitu 'jasa' yg telah dicurahkan oleh calon bebas - kalau umur jadi ukuran macam anak kpd pak syed ataupun saya sendiri!!!

teringat saya kpd 'tales' david n goliath, thalut n jalut atau chelsea united lawan batang berjuntai united dalam soccer match! probability of upset is vry remote kata penganalisa2 politik geliga.

berbekalkan dgn modal rm5K dan mungkin rm2-3k lagi utk belanja print name cards, belanja minum di kedai kopi n petrol kenderaan utk evening drive oleh calon bebas telah berjaya 'mengasak' pihak2 "upper dog" utk mencurah durian runtoh kpd warga2 batu talam.

'dont take things for granted' mungkin menjadi moto pihak2 perancang strategik "upper dog". berbaloi ke dgn belanja yg telah dan bakal dicurahkan? kalau ditakdirkan berlaku upset mcm mana agaknya?

namun, itulah hakikatnya bila rezeki dah dtg bergolek2 jgn sekali2 ditolak, bala jgn dimohon.

Syed Imran said...

To NER, thank you for visiting my blog from The Big Apple. Well, modern technology such as the internet provides opportunities and cyberspace for people like me to freely (not that free any more) to express our views and comments that can be appreciated by people like you, from anywhere in this borderless world. Once again thank you and take care.

Anonymous said...

Bro Syed,

This could be off-topic but i had to let it out of my mind (meaning share with u lah) after browsing tru the tv channels (rtm in particular) tonite, Saturday, Jan 20/07. And the end of the surf, i have a bad taste in my mouth after yet been fooled again by our information minister that the new news buletins for 2007 on rtm is completely new, refreshing and will be enticing to the public. I for one was not amused by what i saw and my conclusion is that mr zainuddin maidin failed to at least capture my imagination, let alone to be an ardent. In short, RTM (for that matter the minister himself yesterday admitted he took it as a personal satisfaction should the public refers him as Menteri RTM, whatever that means) is still the same SSDD ( that is same shit different day). Sadly the format of the news buletins, the news treatment and the presentation left A BIG room for improvement and if that was the best they could do, then they do not know shit about tv news. This is depressing since the minister was a newsman (he said so) and still regards himself as one and never really a politician. For once, he is right -- he aint no politician but then again after seeing the news buletins i wonder whether he was or is really a newsman? There is one word to sum up my conslusion -- pathetic. And if this is the best they (or he) could do, then God helps RTM la in this case! This is a clear case of they not knowing what to do and how to do it, and because of my close association with Malay folks back home i like to use one of their maxims -- jangan tak buat! Plz correct me if i am wrong here but since news if the only programme that rtm could do to maintain their image, then they failed miserably, time and again. And thats not yet talking about the prime time news buletins, which is the mother of all pathetic! Do you know that rtm hires one ibrahim yahya (former berita harian reporter) with an RM 13,000 salary with a 2-litre car to improve news gatheringa nd presentation as a news (sometimes refered to as media) consultant, just news and news alone and even that rtm news is still far from being what it was before, and that is not even comparing it with the other stations, let alone the standard benchmark which is BBC.

I was told that ibrahim yahya was given a free hand to take rtm news to the top and his two-year contract which expired dec last year will be renewed because "he has not found his touches" to improve rtm news over the last 2 years. Such is the sad and pathetic state of affairs in rtm. The best part is nobody is penalising rtm or the minister, lest the prime minister is unaware of all these.

retired news editor, kuala lumpur

Syed Imran said...

The appointment of the so-called "consultant" with such a handsome pay is in fact a disgrace to the RTM newsroom. I failed to see any improvement since that appointment. In fact, RTM is not my first choice or source of information (news that is). To be honest, RTM is far behind TV3 and NTV7. It is only ahead of Astro News (part of it from Bernama TV).

RTM must be corporatised and be free from ministerial control. RTM must be placed under a new management comprising prefessionals if the station is to be competitive.