Alkisah oleh perawi hikayat mengenai seorang pemimpin Negara Gangga Sakti yang dikatakan mencari damai abadi di bumi negara asing sedangkan rakyat di bumi asalnya hidup dalam sengsara akibat banjir besar.
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, untuk hidup kaya, kata Memanda Bendahara. Aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya, aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.
Begitulah kata-kata indah yang diluahkan dengan penuh perasaan oleh Memanda Bendahara kepada rakyat dan ketua-ketua kabilah Negara Gangga Sakti. Maka riuh-rendahlah sorakan dan tepukan tangan oleh sang pengampu dan para pengikutnya.
Pada bulan purnama ke-12, Memanda Bendahara menziarahi sahabatnya di sebuah benua nun jauh di ufuk barat bernama Venezuela. Selepas selesai urusaan negara di kota Caracas, di negara yang kaya dengan hasil minyak itu, Memanda Bendahara pun berangkat untuk melepaskan penat dan lelahnya di sebuah negara di benua Benggali Putih yang kaya dengan sejarah Yunani bernama Greece. Dia sempat menikmati kedamaian dan keseronokan selama tiga hari. Dia dimaklumkan oleh Bentara Dalam mengenai malapetaka banjir di wilayah selatan Negara Gangga Sakti.
Memanda Bendahara pun menaiki burung garuda hikmatnya untuk pulang ke Negara Gangga Sakti. Burung garuda itu turun ke bumi di sebuah tempat bernama Senai. Memanda Bendahara kemudian menaiki pepatung ajaib bernama helikopter untuk ke Sri Gading, kemudian ke Muar dan Jasin. Memanda Bendahara menghabiskan lawatannya untuk melihat kesengsaraan hidup rakyat jelata di wilayah selatan negara itu kira-kira lima jam sahaja.
Selepas itu, Memanda Bendahara menaiki semula burung garuda hikmatnya untuk ke sebuah benua sebelah timur bernama Australia. Garuda hikmat mendarat di kota indah permai bernama Perth di mana Memanda Bendahara disambut penuh mesra oleh juak-juaknya di sana.
Semasa di Perth, Memanda Bendahara begitu asyik bermain pukul bola kecil yang diberi nama golf. Alangkah gembira dan bahagia bagi Memanda Bendahara menikmati kedamaian. Selepas bermain golf, Memanda Bendahara teringin nak memancing ikan laut dalam. Maka disediakan bot mewah untuk membolehkan Memanda Bendahara menghabiskan masa memancing ikan di laut dalam.
Keesokan harinya, Memanda Bendahara dengan senang hati merasmikan sebuah restoran milik bersama adinda tersayangnya, Ibrahim. Restoran nasi kandar. Ramailah jemputan yang hadir untuk menikmati nasi kandar Pulau Mutiara. Tidak jauh dari restoran nasi kandar itu, sudahpun wujud sebuah kafe milik orang Terengganu kite, dan beberapa jarak pula Mahsuri Satay House, juga milik orang Negara Gangga Sakti.
Semasa Memanda Bendahara dan juak-juaknya menikmati nasi kandar yang lazat, rakyat jelata di Negara Gangga Sakti yang masih menyambung hidup dalam keadaan yang tidak selesa, bersyukur kerana dapat menikmati nasi kawah, walaupun ia tidak selazat dan seenak nasi kandar di Perth.
Walaupun berada jauh dari tanah air, Memanda Bendahara tetap mengambil berat tentang nasib yang menimpa rakyatnya. Sambil memukul bola golf, fikiran Memanda Bendahara melayang mengingati untung nasib mangsa banjir yang entah sedang memukul bola apa agaknya. Semasa memancing ikan laut dalam, Memanda Bendahara terkenang akan nasib si anak kecil yang kedinginan di pusat pemindahan banjir, dan semasa menikmati nasi kandar, Memanda Bendahara terbayang keenakan nasi kawah yang dijamah mangsa banjir.
Aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya, aku cari mana dia Al-Ghazali, aku cari mana dia As-Shafie, itulah antara ikrar Memanda Bendahara yang turut mengajak rakyatnya supaya sama-sama membongkar rahsia kitab suci, cari panduan.
Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, aku hidup bererti, menikmati damai abadi.
Sungguh indah kata-kata Memanda Bendahara.
11 comments:
Sdra,
Alangkah indahnya bingkisan ini.
Saya amat tersentuh hati membacanya. Apa nak buat, dah nak bah, kan?
Ini semua di luar jangka kita semua.
zaki tok tam,
Anakbukit, Alor Setar, Kedah
Sdr Zaki Tok Tam, terima kasih.
Tidak semua yang berlaku di luar jangka, ada yang boleh diramal dan diteka. Cuma manusia saja yang sering alpa dan leka.
Bah besar di Johor memang tak dijangka. Sebab tulah pemimpin kena tunjuk muka, kena ambil tau dan kena bantu setalam dua, bukan menjadi talam dua muka.
Tapi, cucu Pak Hassan Kwantung yang berasal dari Kampung Perlis, Bayan Lepas dan dibesarkan di pekan Kepala Batas, Seberang Perai, memilih untuk "memantau" dari jauh... ini yang di luar jangka.
Pak Tuan,
Terima kasih pasai publish komen saya. Ini pertama kali saya tulis di sini. Dah banyak kali saya cuba nak lakarkan perkataan tapi tak sampai hajat. Semalam ALLAH sbwt tunaikan, Alhamdulillah.
Sebenaqnya apa yang saya nak tulis ni berjela tapi cuma tokai (cuba kata org melayu, try kata mat salleh) dulu tengok pi macam mana.
Saya berkongsi susur pengalaman dengan Pak Tuan masa kita pernah bertugas di sebuah negeri terpencil di utara (yang dulunya orang suka dok buat lawak perleceh pekan kecik ada satu trapik lite yang selalu buat org rgaphlah!), walaupun masa "tour of duty" kita ni berbeza sangat banyak tahun. Pak Tuan pun kenai saya pasai x la ramai sangat org di agensi yang hormat Pak Tuan dengan gelaran yang saya sebutkan tadi.(Ada 3 syed di ajensi masa saya kerja di sana tapi saya dok hormat Pak Tuan saja sebagai syed dalam ertikata sebenarnya. ada syed perlis, melayu dan ada syed kedah yang rupa x macam syed pun tapi dia kata mai pd kompuak barakhbah, wa'hulam) Masa tu Pak Tuan di Kg Pondok, saya bertuah pasai agensi tu dah maju n pindah ke bangunan mewah (mewah pada lewat 80an pasai ada tiga tingkat, kembaq pulak tu). Lepas saya mai pulak satu ma'rop sintok p bagi pelingkop opis. Tapi takpa la, dia bukan pun wartawan, elok saja daripada dulu dia juai laksa (di Kuala Lumpur)sampai la ni (la ni x tau la, dulu ada la juai laksa perlis campoq dengan kertaih tisu nak bagi kuah pekat!). Pandai buat honaq saja dia ni, pandai bodek ada bapak editor berkepala botak coklat hacks yang cukup suka makan bodek. bapak editor besaq tu pun masa kat agensi saja dia tunjuk terror pasai ramai melayu yang dia sangka akan sokong cukup2, bila dia p ke suratkhabar bahasa orang putih dia simpan teloq dalam lemari kat rumah. Cina naik p main ataih kepala botak dia pun dia buat tak kisah, pasai apa? Pasai dia ada pernah habaq kat membe ketat dia "aku ada banyak bil nak bayaq..anak2 pun kecik lagi", kami yang kerja di suratkhabaq lain pun gelak dengaq cerite dia dan gelaq dia Bill Clinton (kesian la dia (clinton) pasai pi samakan dia dengan melayu yang simpan teloq kat rumah). La ni dia nak tunjuk terror pulak kat cyberspehre. Tak payah la, awak pernah mendukacitakan Melayu yang amat mengharapkan kepimpinan editorial yang amat mantap ketika itu dan yang anda buat ialah tutup mata, tutup telinga, tutup mulut dan ambik gaji hujung bulan (dapat pulak kereta volvo besaq, ish syokla dia ni!) dan anda sanggup biaq p cina laknat tampaq, sepak, taboh dan luku kepala botak anda. Namum itu dah sejarah, dan si botak ni pun dah terima padahnya di berita harian. Biaq pi la.
Yang saya nak cakap di sini ialah, saya dan kita (mungkin ramai yang x akan setuju) maklum bahawa memanda bendahara (is dat ur phrase?) sibuk dengan urusan kerajaan walaupun di luar negara, sepertimana Pak Tun Dr Mahathir dulu. Depa (and i mean kedua-duanya la kot, maafla saya kurang arif) mana ada cuti? Cuti yang boleh dianggap sebagai urusan tidak rasmi adalah kerja dan kerja hendaklah dianggap, kalu tidak silap saya, sebagai ibadah. Takpalah kat memanda bendahara, yang menteri2 dia pi mana? yang kawasan parlimen depa ayaq naik hapuih (bahasa lama kedah)kepala? Depa ni pi mana? takan depa pun urusan tidak rasmi kerajaan kot di luar negara? Bolehkah depa tidoq malam walhal rakyat marhaen yang depa dok dera suroh undi barisan dok dalam genangan ayaq mata?
Saya pun x paham la depa ni pikiaq macam mana (omputih kata "what d heck they were thinking?"). Kalau kita nak buat bandingan x payahla ambik contoh pemimpin dolu-dolu, la ni pun, at lesat dalam masa terdekat ni dah ada. Amik saja contoh depa la, harung ayaq bah p tengok masalah rakyat dan sentuh hati rakyat. Cuma depa ni tidak mendapat publisiti (sebab depa ni tak la kemaruk publisiti macam pak tongkoi itam gelemat kat pwtc!tapi tidaklah bermakna depa x buat, depa buat jugak. Dalam satu tandan pisang pun bukan semua burok, ada yang elok.
Saya nak tambah jugak la, yang dok kutok orang kat alam siber ni depa ada ka p jengok mangsa banjir? Ada ka depa, sekurang-kurangnya usahakan bantuan sampai, tau2 depa ni pandai cakap saja kot? Saya pernah berjanji dengan arwah Tok Wan Rejab saya yang dulu dok Kg Padang, Tongkang Yard (Alor Setar la, jangan inat Scotland Yard saja wujud) bahawa selagi hayat di kandung badan saya akan berusaha tolong orang walaupun saya kadangkala tidak lagi termampu La ni umoq dah x mengizinkan). Saya pun p harung ayaq bah di johor, negeri sembilan dan kuantan untuk tolong orang, ataupun sekurang-kurangnya bawak p toke2 besaq yang want 2 remain anonymous membantu mangsa banjir. Ayaq naik sampai kat ketiak pun ada tapi kami redah la bersama-sama toke2 besaq yang ALLAH dan rahmati mereka dengan kekayaan dan kini mereka cuba menghabiskan sisa2 hidup membantu rakyat marhaen. Depa ni tak percaya dengan dana2 yang sipolan 2 dan sipolan ni buat untuk bantuan mangsa banjir. Depa p sendiri nak bagi, makan sama-sama dan kalu boleh nak tidoq sama dengan rakyat marhaen pasai nak rasa macam mana rakyat rasa sebab bila balik mai kota metropolis depa bola habaq dengan iringan ayaq mata bahawa kesengsaraan banjir di sana sini adalah benar dan bukan dibuat2 oleh penulis blog dan juga media arus perdana.
Jadi, yang saban hari dok bercakap ni tak payah la nak bercakap saja, buat la kerja p tolong orang. Kalu tak mau tolong, pertolongan yang paling senang nak dibuat ialah jangan sangat dok perlece orang lain, kita belum tentu. Hangpa kata kat orang, hangpa pun sama jugak, dok macam tu. Macam la ada satu penulis blog yang seluloi (bahasa lama kedah) dok mengata kat orang, dia ingat orang tak tau ka apa depa dok buat, contohnya di press club? Dia ingat alam blog ni lesen untuk dok mengata kat orang ka? Depa pun dulu pun masa ditatang jadi bapak editor surat khabar omputih pun x la tara mana sangat, macam2 punya cacamarba dok ada, suratkhabar pun hancoq jugak. Sombong jangan cakap la pasai jadi VIP, la ni macam mana? Hanya pasai kita dan orang lain ni x suka dok bawa mulut saja, jangan ingat orang x tau apa depa dok buat dengan bini orang? bini orang anak hakim ka, apa ka? Tup2 kita la ni dah ada lesen, jadi kita pun dok perlekeh orang la sana sini, kalu orang buka cerita pasai kita pulak macam mana? Kalu dulu kita semua jahil masa muda dok buat dosa (maksudnya arak dah jadi macam ayaq oren)takpala, buleh la maap p, tapi kalu dok terbawa2 sampai ke tua (maksud tua ialah dah junjung uban, ikat rambut pulak tu!) ni nampak macam x berapa nak ada agama la, pasai dok pekena (pi tibai buah terlarang pun ada) lagi menatang haram!. Jangan la lancang sangat dok p kata kat orang, orang dok diam bukan makna orang takut atau tak peduli. Orang dok perhati apa yang kita dok tuleh, ingat sikit la. Kalau orang tak peduli, ALLAH nampak apa yang kita dok buat.
Saya tak la kata kat Pak Tuan, sebab dalam banyak2 tulisan Pak Tuan belum lagi la saya nampak bahana yang amat angkara! Saya puji la blogger macam Pak Tuan yang pandai memelihara tingkah laku dan kata-kata. Syabas. Lagipun kalu orang nak kenakan Pak Tuan pun takdak karat lama (read:old stain). Kira2 Pak Tuan ni bersih la daripada depa2 yang macam kata dulang paku serpih tadi ni. Inilah sebabnya saya turunkan komen saya yang agak panjang di sini, mintak mahap banyak2 la Pak Tuan yang amat saya hormati, dulu, kini dan selamanya.
Say ada la dengaq cerita pasai pa Pak Tuan berhenti daripada menjadi penjawat pejabat menteri. Saya sanjung la pasai bab prinsip dan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum lazim dan boleh membangkitkan amarah, pendek kata Pak Tuan tarik diri pasai prinsip. Period. Berapa orang boleh buat macam Pak Tuan? Saya tak tau la sebab tak pernah kerja sampai peringkat tinggi macam tu, saya ni seluloi dok di tepi-tepi saja. Ada orang orang dok makan gaji buat majalah dengan glc gomen tapi dok tutoh gomen macam nak rak, depa ingat orang gomen x tau nak jumpa depa kat mana, kan?
Saya akan tulis lagi kalau sumbangan saya dihargai, tidak la macam kat surat khabar bila depa kata idea saya ni radikal la, komikal la (macam pak sanunsi junid) dan kritikal (bila saya komen pasai bola yang dihonaqkan oleh sesetengah pembesar yang tak tau apa depa bok buat di fam). Insyallah Pak Tuan, kita akan ketemu lagi.
Zaki Tok Tam, Anak Bukit, Alor Setar Kedah.
(di Kg Batu 5, Anakbukit dulunya ada 3 zaki, hence Zaki Tok Tom , Zaki Mat Khiaq dan saya zaki cucu tok tam. rumah depan kg saya ada la rumah arwah pak ee, depa kata pak mentua arwah pak senu, cucu dia kerja dengan Pak Tun Dr Mahathir, anak Pak Usop yang dulu sama-sama naik beskal p sekolah St Michael dengan Pak Tuan Syed Razak Syed Zain mantan MB Kedah, depa la kata).
Sdra Haji Mahfudz Omar, orang kuat PAS asai dpd kg sebelah, Kg ALoq Senjaya. Dia ni dulunya instruktor silat BUNGA (Berjuang Untuk Negara Gagalkan Angkara), jadi jangan la dok melawak lebih2 sgt dengan Bang Pud ni, dia lebaih p, makan moi (buboq nasi)la baru tau, kan?
Pak Tuan,
Tajuk blog ni cukup untuk mendorong saya ni berkongsi pengalaman pasai Nasi Kandaq. Sya bukanlah pakar sangat tapi tahapa saya ini sudah hampiaq2 menyamai pakar, pasai Nasi Kandaq la.
Hari ini, kat ujong2 bangunan kita akan jumpa kedai nasi kandaq, depa la sebut nasi kandaq tapi bagi saya apa yang dijenamakan sebagai Nasi Kandaq ni belum tentu yang piaw, asli, ori dan tulen. Takpalah p pasai orghang kolumpo ni bukannya tau sangat pasai makanan asasi sebahagian besaq masyarakat utara ni, so depa kena na buboh hari2 (maksudnya kena temberang la cukup2 dek mamak) akan item makanan yang disebut nasi kandaq. Bersepah di kolumpo ni kita buleh jumpa kedai nasi kandaq, pendek kata kalu sipal2 pandang, rasa2 macam dok melewaq kat Penang Road la...kunun2nya singgah sat pekena nasiq kandaq. Bagi saya pengemar nasi kandaq ni yang depa dok jaja kat kolumpo ni bukanla sangat nasiq kandaq, nasiq ayaq saja. Mamak yang ada antara depa yang x pernah jejak kaki kat Tanjung pun dok mengaku depa juai nasiq kandaq, dan masyarakat kota yang dok ada hari ni pun tibai la sampai ke siku, macam la depa dok pekena nasiq yang betoi. Saya bukanlah nak katop periok nasiq geng 786 ni juai nasi yang bukan kandaq, cuma nak habaq kat masyarakat kota ni jangan la kita ni tertipu sangat dengan pelbagai jenama nasiq kandaq yang dok berselerak di sana sini. Dalam pada semua yang saya paling suka sekali (yang amat menepati selera masyarakat utara) ialah Nasiq Kandaq Yaseen, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat dengan Wisma Motor (juai Honda) dan di depan dahulunya Klinik Sentosa. Tang ni makan cukup pu'waih (puas)dan seronok. Ibrahimsha yang dekat dgn panggung coliseum dan cawangan2nya di dekat dgn globe pun, pada pandangan dan selera saya, tak buleh lawan. Saya bukan syok sendiri, pi la cuba nak makan pukoi 1pm, kalu x beratoq macam budak sekolah bukanlah Yaseen! Yang lain, pada saya hanyalah pelengkap kepada landskap nasiq kandaq di kolumpo dan yang paling terok sangat ialah kemunculan apa yang saya terma-kan sebagai "Nasiq Kandaq Designer" contohnya Pelita, Kayu dan macam2 lagi. Dekat rumah saya pun ada depa dok tayang dengan bannner di depan masjid habaq kata baru bukak kedai nasiq kandaq, namanya Almaz. Saya pun p la tengok, takdak satupun yang nampak macam lauk nasiq kandaq, yang ada kesemuanya cukup berminyak, ada yang berlenang dengan minyak, yang kalu kita belum dapat penyakit insyallah akan dapat kalu dok seluloi p pekena nasiq ni.
Saya mintak mahap ka kalu kata nasiq kandaq di tanjung p kebanyakkannya (90 persen) dah saya p pekena tapi satupun x macam dekat yaseen! Yang paling dekat rasanya pun kat chicago (ada orang sebut line clear). Yang lain, Pak Tuan, saya dah tokai, belum ada yang buleh tarik saya p makan 2 kali. Kalu makan pun pasai dah xdak pa nak makan dan pasai dah jemu pekena hawkers' food di gurney drive, yang bagi saya satu hadiah cukup istimewa bagi pengunjung pulau mutiara. saya lebih rela tidak ketinggalan makan di gurney drive daripada pekena nasiq yang bukan kandaq di Penang. Kalu di Yaseen, jangan cakapla, dah saya dok pekena kat di situ dah lebih daripada 20 tahun! Orang kata "awat zaki? hang ingat hang di pandai sangat ka pasai nasiq kandaq? sampai dok perlece penang?" saya jawab bukanlah pandai sangat tapi pasai arwah bonda saya daripada jelutown (mahapla sebenaqnya jelutong dan arwah pak pulak dpd aloq setaq) dok bagi saya tanak kari dan gulai selama 30 tahun maka lidah dan isiperut saya dah lali dengan bau, rasa dan keadaan selera sebenaqnya dari penang. saya tidaklah mintak orang lain setuju dengan pendapat saya tapi inilah yang saya nak kata kat sini. disebabkan negara kita bebas dan saya boleh berkata apa sahaja sepertimana orang lain dan saya juga menghormati keistimewaan orang lain untuk bercakap maka saya pun mengharapkan orang lain menghormati keistimewaan saya memberi pendapat, walaupun kadangkala pendapat kita semua tidak sama dan serupa.
seperti yang saya kataakan awai tadi, saya ingin berkongsi pengalaman sahaja dengan Pak Tuan yang asai dpd Tanjung.
Ingat nak jemput Pak Tuan yang saya hormati ni p pekena nasiq kandaq kat Yaseen. Kita nanti sama-sama pekena (bagi saya its a serious biznez bila makan nasiq kandaq) bila kelapangan. KIta nanti pekena ayam negro ka, daging rendang ka, teloq goreng sejorong, kalau suka teloq ikan bole, kuah kari ikan bawai, saya suka makan ketam masak cabai dia dengan kadang2nya udang yang nampak baru la. ambik cabai hijau nanti kepak suap sama-sama dengan nasiq kuah gulai ikan bawai, mintak sama dia apallam (orang dok kata papadom) dan kena ayaq teh o suam sebab kalu teh o panas nanti terbakaq rasanya bibiaq kita, bibiaq Pak Tuan yang merah la! bibiaq saya dah hitam sebab hisap rokok dah 30 tahun belum stop lagi! Saya nanti makan saja taakdak sembang2 kosong sebab nasiq kandaq is a serious business 4 me! kalu org lain takpa la depa suka dok sembang, saya hanya p makan dan balik kalu ada urusan di kolumpo la sebab di aloq setaq takdak nasiq kandaq. di sini hanya ada nasiq lemak, paling pamous ialah nasiq lemak ali. arwah dah dia ni tapi jangan kita pandang hina, income dia juai nasiq kandaq buleh hantar anak dia, siddique (la ni Dato' Siddique TKSU Wisma Putra) p belajaq luar negeri dan dah berjaya,kita yang dok nganga! dulu di aloq setaq ada la nasiq kandaq, satu saja kat deretan kedai di sebelah kiri sebelum jambatan ke pekan rabu atau ke bangunan tunku. Ingat dak? Kalu tak silap Pak Tuan pernah kerja jugaak di aloq setaq, kan? la ni penyakit Nasiq Kandaq Designer pun dah berjankit di sini dengan kemunculan Restoran Nasmir dan satu lagi restoran di sebelah hotel sentosa di jalan putra.
Saja la nak cerita pasai nasiq kandaq, Pak Tuan. Wassallam
zaki tok tam, anakbukit, alor setaq, kedah.
Sdr Zaki Tok Tam, saya perturunkan ulasan dan cerita sdr kerana ianya membangkitkan sesuatu yang nostalgic, kata orang cerdik-pandai.
Kalau sdr nak makan nasi kandar yang paling sedap, mengikut firasat sayalah, pergilah dekat Masjid Kapitan Kling di Tanjong. Orang Tanjong rujuk nasi kandar ini sebagai "nasi kandaq beratoq" atau "nasi kandaq tepi dinding". Dia mula buka kedai pukoi 9.30 mlm dan sdr akan dapat lihat peminat nasi kandaq ini akan beratur untuk membelinya. Sebab tulah orang sebut nasi kandaq beratoq. Cubalah pi pekena sepinggan dua.
Kalau sdr ada rezeki lebih dan ingin melancong ke Perth, jangan lupa singgah di kedai nasi kandar Puteri di sana.
Ulasan sdr yang terdahulu juga menarik, cuma saya nak tanya takpa ka kalau saya siarkan? Bagi saya tiada halangan.
Pak Tuan yang saya hormati...
The Top 5 (depa la dok kata) kedai nasiq kandaq tu saya dah pi pekena, termasuklah sebelah Masjid Kapitan Keling yang Pak Tuan habaq tadi. Dolu2 masa dok ikut mak saya (kalu dah Penang mai mestilah la dok Penang pi jugak) suka dok p beli barang maih (emas) kat deret kedai depan dengan mesjid tu, saya tunggu dalam kereta. Lama kelamaan saya p timpa kelam sama la, kunun nak rasa. Ok jugak, real nasiq kandaq rasa tapi ntah la Pak Tuan, lidah ni dah diasah selera kat Yaseen jugak la, susah jugak nak p tokai kat tempat lain. Bukan pasai pa, makan nasiq tepi longkang ni rasa dia tak berapa seronok la sikit. Macam la dolu2 kita p makan kat Kedai (apa nama dia? dah lupala...saya tau ada 1 syed suka sangat tempat ni dengan kawan hindu dia...) di depan Gamma, opposite dengan Craven A...kedai yang saya tak ingat dah namanya depa kata bila dah ode kena makan dalam kawasan lorong tu menghadap keluaq ke jalan...pasai apa orang tanya? dolu2 kan ada bucket brigade...la ni dah takdak tapi fobia masih menghantui!!
Saya dah try buleh kata semua, di Pulau Tikus ka, Bayan Baru ka, dekat dengan Vistana ka, semua ka...tak tau la kalu ada lagi mamu yang dok berjalan dengan kandar yang ori masih dok juai nasiq kandaq. Last sekali p tanjung last month p cari mi bersin (pasai masa dia dok goreng tu kita yang dok dekat bau saja terus bersin, arwah mak kata mi tonggek pasai dolu2 ramai dok bertinggung saja masa depa makan)
Pasai nak pi sampai tempat omputih saja2 nak makan nasiq kandaq yang Pak Tuan kata tadi ni atau kunun2nya kelangsungan ke sana dan mungkin p singgah p pekan, saya rasa dak kot...Depa juai untuk omputih yang mungkin x pernah dengaq atau tau apa itu nasiq kandaq atau untuk rakyat kita yang dok merantau di sana.
kalu nak sentai (cakap orang kedah la) nasiq kandaq x yah kot nak p sampai sana, saya p penang pun x berapa seronok sangat nak cari nasiq kandaq...Kalu dah sampai ke sana, makanlah makanan depa kot, asalkan yang halal...
Pasai earlier comment, i think it should be ok since u said so...lagipun saya dah hantar p...kan? Up to u la Pak Tuan...asalkan Pak Tuan tau cara to keep Zaki Tok Tam anonynmous but exclusively un-anonymous to u...Terima kasih Pak Tuan...
makan sesuap pantau jb...
sesuap lagi pantau kluang...
sesuap lagi pantai kota tinggi...
The turn of event spoke volumes for the character of the "Memanda Menteri".
Our country is becoming a copycat of other countries, maybe for lack of leadership, maybe for lack of ideas on how to govern, maybe for the depression undergone by the passing of a wife but for the sufferance of a whole nation.
UK have an "eye on London", and now we have an "eye on KL".
US have hurricane Katrina and the insufficent help by Bush and Co, Malaysia has Johor floods and the Memanda Menteri reluctant photographic opportunity help.
I just hope we can copy closer neighbours, Thailand and Indonesia who have toppled the goverments and now have a brighter future ahead.
If only the people have the courage to do so... via the ballot box. Yes, we need a change. I will vote for a change.
Where did I hear thsi from? hehehe
That is the difference of how an ole pro deliver information.
ANywawy Tuan Syed, I got thsoe info from KMU Forum.
Have you hear of BLoggers United!?
Perhasp you shd join the bloggers' chorus of "Bloggers United! No Fear!" by putting its logo on yr blog.
You can get it on KickdeFella blog. some 50 blogs have join the chant...
Thank you. For now let the lone ranger rides alone. But do not get me wrong, I support them.
Post a Comment