Wednesday, January 31, 2007

Memanda Bendahara belum dapat ilham ...

Menurut sahibul hikayat, Memanda Bendahara Negara Gangga Sakti telah mengutus bicara kepada rakyat jelata bahawa beliau belum mendapat ilham untuk "membuka gelanggang" kepada rakyat memilih pendekar masing-masing mewakili mereka di Panca Persada Singgahsana Keadilan.

Memanda Bendahara meluahkan isi hatinya itu kepada para perutus dan pelaung yang bertanya kepada beliau tentang perkara itu. Mereka memberitahu Memanda Bendahara bahawa rakyat jelata tertanya-tanya bila pemilihan itu nak diadakan. Rakyat mula gelisah gundah gulana dan ingin benar tahu bila Memanda Bendahara nak berbuat demikian. Para perutus dan pelaung sedar bahawa rakyat jelata dah mula naik bosan dengan pemerintahan Memanda Bendahara!

Para perawi rasmi dan yang tidak rasmi, para pengamat dan para pengampu pun sedia maklum bahawa Memanda Bendahara sukar mendapat ilham kerana beliau sering menaiki Garuda hikmat ke merata ceruk dan rantau dunia yang fana ini. Mereka sedar bahawa Memanda Bendahara sanggup berada di negara Tikus Lompat untuk merasmikan teratak makanan ala-benua Sang Dewa Mahabrata yang juadahnya dikandar atas bahu si penjual.

Rakyat juga tertanya-tanya kenapa Memanda Bendahara terlalu asyik ke bumi lain sedangkan Memanda-Memanda Bendahara sebelum ini tidak lah sekerap itu. Bahkan, mereka percaya Memanda Bendahara yang bermastautin di Seri Buana Paradana Putarajiwa adalah yang paling banyak menghabiskan urusan di bumi-bumi lain.

Memanda Bendahara, nampaknya, memperlihatkan ketakprihatinannya terhadap resah gelisah rakyat. Dia berada di bumi asing semasa rakyat menderita dan hanya singgah selama lima penanak nasi untuk dirakam oleh para perawi sebelum mengembara semula ke bumi si Tikus Lompat.

Macam mana nak dapat ilham? Itulah yang diperawi oleh para munsyi dan penyair marhain.

Dalam pada itu, tersebar luas perutusan dari benua Benggali Putih bahawa Memanda Bendahara telah membeli Garuda Hikmat yang amat besar dan mahal. Garuda itu diterbangkan pula ke sebuah negeri lain untuk dihiasi dan diandami agar cukup empuk dan cukup nikmat untuk digunakan.

Memanda Bendahara memaklumkan kepada rakyat bahawa Garuda Hikmat bernama Ehbas Kencanawali itu tidak diperolehi oleh kera-jagaan tetapi oleh Serikat Kagarudaan. Kera-jagaan hanya membayar ufti kepada Serikat Kagarudaan untuk Garuda Hikmat Ehbas Kencanawali.

Rakyat semakin bingung. Bukankah Serikat Kagarudaan kepunyaan Khazanah Gangga Negara. Bukankah Khazanah Gangga Negara adalah hak milik kera-jagaan dan bukankah Memanda Bendahara sendiri yang memegang teraju pengikatnya. Kepelikan yang diperlihatkan oleh Memanda Bendahara amat tidak disenangi oleh rakyat.

Memanda Bendahara tidak perlu merenung bintang dan bulan di langit atau merujuk kepada pawang Kejukering di bumi Bertih Perputih atau meminta nasihat ahlilnujum Kalingakarut dari benua Mamakandar atau tukang telek Limaubadwi dari bumi Kwantung Lang untuk ilham! Para lubalang dan juak dah bersedia nak turun gelanggang... pada bila-bila masa yang diminta oleh Memanda Bendahara. Ayuh....sama-sama kita kandar!

I like America, But ...

I would like to share a poetry by Majeed Al-Barghouthi, a strong supporter of the Arab Resistance Movement.



America fights freedom fighters in Palestine, Lebanon, Iraq and Afghanistan;
She wants to keep away the war
And winds take fires to her door.

Hatred is made in the United States,
Just count how many war-gates
Her war-lords had created.
And yet, Americans ask why they are hated!

There is no love in American bombs;
They penetrate the hearts and minds
That they say they want to win
And they keep coming in and in.

From the North Pole to the Antartica,
You can see dark spots of America.
Her politicians invent hatred and horror
In the name of war on terror.

I like America, but not her cowboyism
It's like a swastika blended with Zionism.

Tuesday, January 30, 2007

Blogging and the law

When I started blogging last year, I was told by a friend to be cautious and careful of the various laws and regulations of the land. I assured him that as a former employee of a government agency, I am aware of it and was ready to impose "self-regulating mechanism" to ensure the integrity of my blog.

It is no secret that the state of affairs pertaining to journalism and blogging, for that matter any where on earth, bordered on both the controversial as well as the non-controversial, depending on which side of the fence one is in. It is pertinent to observe a self-regulating mechanism bearing in mind that laws relating to freedom of speech and expression are within the context of nation-building.

As a Malaysian blogger, I am subjected to the Printing, Presses and Publications Act 1984, Defamation Act 1957, Sedition Act 1948, Internal Security Act 1960, Contracts Act 1950 and the Penal Code plus the rules and regulations implemented under the Multimedia Development Corporation and the Water, Energy and Telecommunications Ministry, which, as far as I am concerned, "stifle" the little freedom that I have to blog.

To the government, the laws are there to protect the people or organisations from "irresponsible parties" seeking to destroy or damage their character and standing in public. Not all bloggers are "irresponsible."

Responsible bloggers who do not hide behind pseudonyms accepted the authority's need to regulate the Internet. We are aware of the problem of pornography, sex, lies and sedition which can spark off racial or religious rifts.

Blogging or blogs have gained increasing notice and coverage since 2002 for their role in breaking and shaping news stories. In Malaysia, with the expanding and increasing availability of the Internet, more and more people are turning to it for information and to seek knowledge.

In 2004, the role of blogs became increasingly mainstream as political, social, culture and the arts and human-rights commentators. In the United States, for example, both the Democratic and Republican parties conventions credentialed bloggers , and blogs became a standard part of the publicity arsenal.

However, the emergence of blogging has brought a range of legal liabilities. The major area of concern are the issues of proprietary or confidential information, and defamation.

For example, in June 2004, eight Royal Dutch Shell Group companies collectively obtained an Interim Injunction and Restraining Order against a Shell whistleblower, a Malaysian geologist and former Shell employee, Dr John Huong.

The proceedings are in respect of alleged defamatory postings attributed to Dr Huong on a weblog hosted in North America but owned and operated by an British national, Alfred Donovan, a long term critic of Shell. The Shell action is directed solely against Dr Huong. The case was scheduled to be heard in the High Court of Malaya in Kuala Lumpur in August last year. I am not aware of the status of the case.

In Britain, a college lecturer contributed to a blog in which she referred to a politician (who had also expressed his views in the same blog) using various uncomplimentary names, including referring to him as a "Nazi". The politician found out the real name of the lecturer (she wrote under a pseudonym) via the ISP and successfully sued her.

In Singapore, two ethnic Chinese were imprisoned under the republic's anti-sedition law for posting anti-Muslim remarks in their blogs.

As lawyer-politician Dr Rais Yatim once said, "However advance the cyber world may be, Malaysia's security and the public order laws will remain a balancing factor for a long time to come. They are the insurance premium for the peace of the majority."

Responsible bloggers need not worry. We are aware of our rights, we know where the border-line is and we write without prejudice.

Sunday, January 28, 2007

Batu Talam: Kemenangan tak sehebat kempen

Kemenangan calon parti campuran Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam hari ini, Ahad 28 Januari, 2007 sememangnya diduga oleh semua pihak, termasuk calon bebas yang berusia 22 tahun Ng Chee Kuan.

Calon BN Abdul Aziz Kassim, 47, memperolehi 6276 undi manakala Ng mendapat sokongan 419 undi. Sebanyak 385 undi dikira rosak oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Ini mungkin undi protes.

Kemenangan yang membabitkan pertandingan antara gergasi dengan si kerdil tidak boleh dijadikan ukuran atau contoh untuk apa tujuan sekalipun. Ia terlalu berat sebelah dan boleh dikatakan sebagai bukan satu pertandingan.

Jentera penggempur BN yang dikepalai oleh Timbalan Panglima Perang Najib Tun Razak dan disokong oleh panglima-panglima divisyen dan batalion terdiri daripada para menteri besar dan ketua menteri, pak-pak menteri dan timbalan menteri, ibu-ibu menteri dan timbalan menteri, anggota-anggota pangkat rendah terdiri daripada barisan pemuda, wanita dan puteri serta askar-askar berjalan kaki telah bersilih-ganti "berperang" di Batu Talam walaupun kelibat musuh tidak kelihatan. Turut sama pegawai-pegawai simpanan berpangkat rendah terdiri daripada barisan Exco dari negeri-negeri.

Selain itu, ketumbukan sokongan logistik mengandungi askar-askar upahan dari Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Jabatan Kemas, Pemaju-Pemaju Masyarakat dari Felda dan Felcra dan pakar-pakar perang saraf dari RTM dan Media Prima dikerah membantu.

Kekuatan yang diperlihatkan oleh jentera BN memang gagah, besar dan hebat. Pihak lawan tidak memiliki walau satu platun askar untuk menentang musuh. Kekalahan jelas terbayang pada hari pertama peperangan bermula.

Berbaloikah kemenangan ini? Perbelanjaan beratus juta ringgit yang dikeluarkan dan bakal dilunaskan kemudian sebenarnya tidak berbaloi dan lebih merupakan satu pembaziran semata-mata untuk memenangi konflik kecil ini.

Jumlah perbelanjaan turut meliputi elaun-elaun yang perlu dibayar kepada beratus-ratus kakitangan awam, sama ada yang tetap, sementara atau kontrak yang ditugaskan dalam ketumbukan sokongan logistik dan perang saraf. Mereka perlu dibayar elaun perjalanan (pengangkutan), elaun lojing dan elaun makan selama bertugas di Batu Talam.

Askar-askar upahan dan askar berjalan kaki dari semua negeri yang mewakili sektor siasah juga perlu ditanggung makan-minum mereka, tempat tidur dan wang untuk mengisi petrol dan sebagainya. Seperti biasanya, siapa yang nak kerja tanpa mendapat faedah tertentu atau semua perbelanjaan ditanggung beres? Inilah budaya siasah di Malaysia.

Panglima-panglima divisyen dan batalion yang ke Batu Talam atas "urusan rasmi" seperti merasmikan tadika, sekolah, ladang, atau kedai yang dah lama siap dan dihuni atau meninjau kawasan banjir, juga akan membuat tuntutan yang diperuntukkan kepada mereka. Percayalah, jumlahnya bukan kecil.

Jadi, hebatkah kemenangan BN di Batu Talam? Berbaloikah perbelanjaan besar yang dikeluarkan?

Burung kakatua mula bersuara

Satu budaya, jika ia boleh dianggap sebagai budaya, ialah perangai burung kakatua yang sering menjadi amalan dan ikutan ramai pihak termasuk golongan wartawan dan orang politik.

Budaya kakatua akan terserlah sehari dua selepas pemimpin besar seperti Perdana Menteri membuka mulut dan mengulas mengenai sesuatu perkara atau perkembangan yang boleh dikatakan menarik dan cukup bernilai dari sudut berita.

Burung kakatua akan mengulangi apa yang disebut oleh tuannya walaupun selalunya, dia sendiri tidak faham atau tidak arif tentang perkara yang diperkatakan termasuk yang berkaitan hal ehwal undang-undang. Semua nak komen, semua dengan tiba-tiba menjadi arif malah lebih arif daripada Yang Ariff Tuan Hakim.

Komen PM Pak Lah di London seperti yang dilaporkan oleh media tempatan berkaitan satu kes saman ke atas dua orang perawi maya, turut menjadi satu bahan kupasan oleh si kakatua.

Sebelum PM buka mulut, tiada pula ulasan khusus seperti yang disiarkan oleh akhbar The Star hari ini, Ahad 28 Januari. Kakatua di The Star yang terbang dari Bukit Mertajam itupun memberi ulasannya yang panjang lebar mengenai kebebasan dan tanggungjawab. Saya kurang pasti sama ada si kakatua Bukit Mertajam ini sendiri faham apa yang dimaksudkan sebagai kebebasan dan apa pula tanggungjawab?

Kakatua lazimnya akan mengulangi apa yang disebut oleh tuannya tanpa mengira sama ada ia tepat, betul atau merupakan satu bahan propaganda yang ada kepentingan tertentu. Jika hitam dikatakan kelabu, maka si kakatua akan menyatakan kelabu tanpa mengusul periksa sama ada ia benar-benar kelabu.

Itulah sifat si kakatua, ikut saja apa yang disebut oleh tuannya sedangkan ia tidak memahaminya sama sekali apa yang diperkatakannya.

Di Malaysia, bilangan kakatua seperti ini agak ramai dan bertaburan seantero negara. Banyak yang menumpang hidup dalam arena politik tuan besarnya dan tidak kurang pula jumlahnya yang mengisi kerusi-kerusi empuk di syarikat-syarikat dan pertubuhan media cetak dan elektronik.

Sesungguhnya kakatua tidak mampu untuk berfikir dan menurut Plato, orang yang tidak berdaya untuk berfikir ialah seorang yang bodoh!

Saturday, January 27, 2007

Is this prejudice?



Is this news report (New Straits Times Thursday, January 25, 2005) prejudice? or pre-judgement? or misjudgement? or hasty conclusion? or bias?

The NST report quoted several lawyers and "experts" in reference to what Prime Minister Abdullah Ahmad (Badawi) said in London as reported by the NST (January 24) when he was asked to respond to the suit being taken against bloggers Ahirudin Attan and Ooi Chuan Aun.

According to Allport in his book "The Nature of Prejudice" (1954), there are differences between "ordinary pre-judgements," which all of us periodically engage in, and prejudice, a special type of pre-judgement.

"Pre-judgements becomes prejudices only if they are not reversible when exposed to new knowledge." He argues that "we emotionally resist evidence that contradicts our prejudices unlike that which occurs with ordinary pre-judgements. Thus, we have a third key ingredient of prejudice - resistance to new knowledge."

"... prejudice is an antipathy based upon a faulty and inflexible generalization. It may be felt or expressed. It may be directed toward a group as a whole , or toward an individual because he is a member of that group."

Friday, January 26, 2007

Dear Prime Minister where is Kampung Baru's cultural bazaar?

On Friday, Jan 19, an afternoon fire razed 40 stalls and shophouses in Kampung Baru, Kuala Lumpur. About three years ago, a dozen stalls were razed and 38 families living in an adjacent squatter colony made homeless.

The fire, at the famed Pasar Minggu site, could be avoided if only the government implemented what was promised to the residents.

For the record, Prime Minister Abdullah Ahmad (Badawi) pledged to develop the Pasar Minggu site into a multi-million-ringgit cultural bazaar following fire which left the place in ruins and displaced dozens of families. That was in January, 2004.

Abdullah said then that the project would help beautify the area and create new economic opportunities for the residents. He said land problem was not an issue because he understood that it was state land.

The Pasar Minggu was once a favourite destination for local as well as foreign tourists. However, it lost its shine to other entertaintment venues in the city due to poor management and lackadaisical attitude of the KL City Hall.

Earlier, City Hall announced its plan to develop Kampung Baru into an international cultural centre, showcasing traditional Malay culture and cuisine. Three models were shortlisted but till now, there is no sign of the project.

It was reported then that redeveloping the Pasar Minggu will cost RM80 million and the cost of the whole project was estimated to be more than RM100 million. That was three years ago but so far nothing has been done to implement it.

The second fire this month could have been avoided if City Hall had implemented the project as promised by none other than the Prime Minister himself.

If City Hall is unable to implement the project, I am certain the Culture, Arts and Heritage Ministry headed by Dr Rais Yatim will be happy to take over and who knows, when the centre is ready, the Datin will be on stage to sing Ayam Den Lopeh.

Thursday, January 25, 2007

Court to hear strike out application on Feb 22

The KL High Court will hear blogger Ahiruddin Attan's application to strike out the injunction suit filed by Kalimullah Hassan, Hishamuddin Aun, Syed Feisal Albar, Brendan Pereira and the New Straits Times (NST) on Feb 22.

The injunction application by the plaintiffs will only be heard after the strike out application and decision. This was decided in chambers of the KL Civil Court 2 at Wisma Denmark, today.

Bloggers and friends present at the court to give moral support to Ahiruddin - Datuk A Kadir Jasin, Datuk Ahmad A Talib, Jeff Ooi, Sang Kelembai, Noraina Samad and elder sister Maria, Agendadaily's Rosli Ismail and yours truly.

This case has attracted the attention of foreign print and electronic media and we should thank those involved for providing the opportunity to expose Malaysia to the world. Well, we are promoting Visit Malaysia Year and we need the publicity, in what ever way.

Sunday, January 21, 2007

Saman oh saman! Macam kat Singapura pulak!

Saya turut bersimpati dengan dua orang rakan perawi maya, iaitu Ahiruddin Atan dan Jeff Ooi yang menerima notis saman daripada gergasi media tempatan NST. Semuanya kerana mereka mengamalkan hak dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan meluahkan pandangan.

Episod ini mengimbaskan kepada saya erti "kebebasan" seperti yang diamalkan oleh pemerintah di Singapura. Saman adalah satu senjata yang diguna dengan berkesan oleh barisan pemimpin Singapura untuk "memufliskan" pihak yang menentang mereka sekaligus menamatkan kerjaya musuh poliitk.

Saya percaya Rocky dan Jeff tidak akan dimufliskan tetapi episod ini mencabar erti kebebasan bersuara, kebebasan untuk menyebar dan mensarwajagatkan maklumat melalui alam siber, alam maya seperti yang terkandung dalam piagam dan hak asasi manusia.

Saya tidak berani memberi ulasan berlebih-lebihan .... tidak mahu dituduh menghina mahkamah. Apa yang berani saya tegaskan hanyalah sokongan kepada Rocky dan Jeff.

PEMENANG genap 80 tahun

Semasa di Pulau Pinang, saya berkesempatan menghadiri majlis rumah terbuka Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) sempena menyambut Ma'al Hijrah. Kehadiran saya dan isteri adalah atas jemputan Presiden PEMENANG yang juga sahabat lama kami, Datuk Seri Mohamad Yusuf Latif.

Majlis itu diadakan di Rumah PEMENANG di Jalan Pemenang yang terletak antara Jalan Kelawai dan Persiaran Gurney.

Tahun ini, PEMENANG akan genap berusia 80 tahun dan satu majlis besar-besaran akan diadakan untuk merayakan ulang tahun tersebut. Saya dimaklumkan oleh Datuk Seri Yusuf bahawa majlis itu akan disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Rais Yatim.

Setahu saya, PEMENANG adalah sebuah persatuan Melayu yang berdaftar yang tertua di Malaysia. Ada persatuan lain yang mungkin lebih tua tetapi tidak berdaftar.

Pada majlis sambutan Ma'al Hijrah yang merupakan satu acara tahunan PEMENANG, beberapa orang termasuk dua orang sahabat saya dipilih menerima pingat dan sijil selaku Tokoh Ma'al Hijrah PEMENANG.

Saya dapati semua penerima, kecuali seorang, berumur antara 50 tahun dan 84 tahun. Seorang penerima berumur 40 tahun dan pada pendapat saya, pemilihannya agak kurang tepat. Orang yang saya maksudkan ialah seorang Prof-Madya dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang dipilih sebagai tokoh penulisan dan budaya. Sebagai seorang yang lama berkecimpung dalam bidang penulisan, saya tidak nampak sumbangan besar "tokoh" ini untuk membolehkannya diberi anugerah itu oleh PEMENANG. Saya tidak tahu kriteria yang digunakan oleh PEMENANG.

Di majlis itu juga saya berpeluang menemui rakan-rakan lama termasuk rakan sekolah Abdul Shukor Salleh, mantan naib ketua kepada Soh Chin Aun dalam pasukan bolasepak kebangsaan, Datuk Azmi Merican, timbalan presiden PEMENANG, Datuk Rafique, Sdr Sheikh Mohamad, Sdr Abdullah Sultan, Cik Gu Azmi, Cik Gu Mohamad Ali dan beberapa kenalan yang lain.

PEMENANG juga sedang merancang untuk mengadakan satu perhimpunan perpaduan Melayu tanpa mengira fahaman politik di Stadium Bandar Raya, Jalan Datuk Keramat pada satu tarikh yang akan ditetapkan. Perhimpunan itu bertujuan untuk merayakan ulang tahun ke-80 PEMENANG dan ulang tahun ke-50 Malaysia. Datuk Seri Yusuf berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad (Badawi) akan dijemput untuk merasmi dan memberi ucapan.

Jika tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan turut sama dalam perhimpunan itu.

Pulau Pinang masih dipenuhi sampah

Kita masih ingat teguran sinis mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai taraf kebersihan Pulau Pinang yang disebut sebagai Mutiara Timur tidak berapa lama dahulu. Tun merujuk kepada Pulau Pinang sebagai "Darul Sampah" atau negeri sampah sarap.

Selepas teguran itu dibuat, maka bertindaklah pihak-pihak yang diamanahkan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk membersihkan segenap sudut pulau daripada sampah sarap. Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon pun turut melenting.

Mungkin setahun dua selepas itu keadaan agak bersih. Ya mungkin. Itu sangkaan saya sebab saya tinggal di Ampang.

Tetapi, sejak pulang untuk berehat dan mententeramkan fikiran di kampung halaman di Kelawai, saya dapati Pulau Pinang masih kotor. Pulau Pinang masih Darul Sampah. Inilah satu kenyataan yang amat pedih untuk saya luahkan. Apa boleh buat, memang kotor.

Semasa berjalan pagi di sepanjang Persiaran Gurney (Padang Kota Baharu), saya dapat lihat betapa buruknya sikap manusia yang sesuka hati membuang sampah seperti puntung rokok, kotak rokok, bungkusan-bungkusan makanan, bekas kotak dan tin minuman dan sebagainya merata tempat. Apa yang lebih menyedihkan kebanyakan sampah itu dibuang atau dicampak tidak jauh dari tong sampah yang disediakan. Jika dialih pandangan ke arah laut, kita dapat lihat sampah sarap bertaburan atau terapung-apung dilambung ombak. Jika air surut, sampah sarap yang dibuang itu kelihatan lebih jijik bercampur selut.

Seorang pekerja MPPP yang ditugaskan mengutip sampah sarap itu memberitahu saya bahawa beginilah keadaan setiap hari. Katanya dalam loghat Utara: "Depa tak tau guna tong sampah. Apa punya manusia kamipun tak tau." Benar kata-katanya itu, manusia yang bertamadun dan mempunyai sikap sayangkan negeri dan negara, tak akan bersikap sedemikian. Mereka mungkin lupa akan kata-kata "negara bersih, rakyat sihat".

Keadaan yang sama dapat dilihat di Padang Kota Lama atau Esplanade. Semasa air pasang, kita dapat lihat berpuluh malah beratus-ratus sampah dan sisa buangan terapung-apung dalam laut.

Semasa saya ke situ awal hari ini, Ahad 21 Januari, terdapat dua buah kapal persiar yang membawa pelancong dari Eropah sedang berlabuh. Ramai pelancong turun ke darat dan menaiki beca roda tiga atau lancia untuk bersiar-siar di sekitar bandar raya Gerogetown. Mereka sudah tentu dapat melihat "kebersihan" yang disajikan di laut dan tidak kurang pula yang berada di darat.

Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan mestilah lebih tegas dan serius untuk membersihkan Pulau Pinang. Sungai Pinang masih kekal dengan baunya yang busuk dan airnya yang berwarna hitam pekat, Padang Kota Baru dan Padang Kota Lama masih belum bersih, pantai peranginan di Batu Feringgi dan Teluk Bahang pun tak seperti dahulu dan kadang kala kejernihan air laut kelihatan tercemar. Kehijauan bukit yang mengindahkan lagi pantai, mula ternoda apabila pihak berkuasa negeri meluluskan projek-projek pembangunan di lereng dan di atas bukit. Apakah tiada tempat lain untuk mendirikan rumah atau kediaman mewah?

Pulau Pinang nampaknya akan terus kekal sebagai Darul Sampah. Sedih... tetapi inilah hakikatnya jika manusia sendiri tidak mementingkan kebersihan.

Ia akan terus begini jika manusia masih pentingkan diri sendiri, masih bersikap tamak dan masih menganggu gugat keindahan dan kesempurnaan alam semula jadi seperti yang dianugerahkan kepada kita oleh Tuhan.... bencana yang menimpa adalah atas perbuatan manusia sendiri.

Thursday, January 18, 2007

Durian runtuh sakan di Batu Talam

Rakyat di Batu Talam, Pahang sedang dan akan menikmati durian runtuh. Runtuhan kali ini cukup sakan. Semuanya kerana ada pilihan raya kecil.

Beratus juta ringgit akan mengalir ke Batu Talam dalam bermacam bentuk projek, majlis-majlis perasmian dan peruntukan-peruntukan segera untuk "kepentingan dan keselesaan rakyat."

Bagi para petugas parti politik yang mendokong pemerintah, merekajuga dapat habuan masing-masing. Semuanya kerana ada pertandingan walaupun orang yang menawarkan diri untuk menentang calon parti pemerintah hanyalah umpama seekor anak kucing yang nak lawan harimau Malaya.Janji ada pertandingan maka adalah habuan.

Umum tahu bahawa calon parti memerintah akan menang mudah. Oleh itu, pilihan raya kecil kali ini tidak akan memberi apa-apa isyarat penting sama ada kepada parti yang memerintah atau puak pembangkang.

Kepada rakyat di Batu Talam, bersyukurlah atas nikmat yang datang mencurah-curah. Ia adalah satu rahmat.

Tuesday, January 16, 2007

At last PM flew in to flooded Johor

Which is more important? The ASEAN Summit in Cebu, the Philippines or the unexpected major flooding of nearly the whole state of Johor? Some will argue that the ASEAN Summit is important but I, and most probably the majority of straight thinking Malaysians, will say the welfare of our own rakyat is most important.

Better late than never, as the saying goes... and this morning, PM Adullah Ahmad (Badawi) finally flew in from Cebu to Senai and then by heli to Kota Tinggi to visit the poor folks known as flood victims. He was accompanied by the Son of the Lion of UMNO, Syed Hamid Albar (the Lion Cub), the local MP. The Lion Cub, being the MP, should be there much earlier. His deputy or another Cabinet minister could stand in for him in Cebu. I was told that the Lion Cub, or the Circus Lion or Singa Sarkas to others, celebrated his birthday in the Philippines. Happy Birthday!

Let us continue to help, in what ever way, to our Malaysian brothers and sisters, sons and daughters, fathers and mothers, grandpas and grandmas, irrespective of race and creed, who are affected heavily by the natural disaster, be it in Johor, Pahang or Sabah. This is not the time to play politics. This is the time to unite as our national motto proudly pronounced: Unity Is Strength. Today, they are suffering, who knows, tomorrow or some time in the future, we will be suffering and they will be helping us. Help them now by donating cash, food, drinking water, clothings, blankets, sanitary needs, milk for the babies and small kids... anything useful.

Friday, January 12, 2007

From SEAPC to MPI and soon MPF

Malaysian Press Institute (MPI) chairman Datuk Azman Ujang was quoted by a local tv station as saying that the Malaysian Press Institute (MPI) is to be upgraded as a foundation similar to the well-known Thomson Foundation. I failed to trace a Bernama news item on this subject.. ??

The government, according to Azman who is also Bernama's editor-in-chief, promised to allocate RM5 million to the proposed foundation. To my friend Azman, tahniah and syabas.

Many do not know that the MPI was established to replace the South-East Asia Press Centre (SEAPC) located at Jalan Ampang, fronting the Rubber Research Institute. The centre was housed at a government bungalow.

The centre conducted courses such as basic journalism and specialised news coverage. It was also supported financially by the United Nations (UNESCO) and the American Peace Corps, among others. The SEAPC was later moved to Manila and is known today as the Press Foundation of Asia or Asian Press Foundation.

In 1971, a group of cadet reporters from Bernama attended the basic journalism course at the centre conducted by Jack Glattback (UNESCO) and Mike Anderson, the US Peace Corps volunteer. Prominent journalists from the print media were invited to share their expertise and experience as crime reporter, court reporter or feature writer.

The Bernama cadets that attended the 1971 course - Joseph Loh, Jamaluddin Yusof (later TV3 sports desk), Nawal Ismail (now script-writer), Sajad Hussein, the late Norijah Mohd Nor, Sujiah Salleh (later academician), Nizamuddin Muhammad (later TV3 news desk (pioneer)), and Abdul Ahmad (later Dewan Bahasa) and me. I might miss a name or two due to my poor recollection.

Wednesday, January 10, 2007

Antara nasi kandar dan nasi kawah

Alkisah oleh perawi hikayat mengenai seorang pemimpin Negara Gangga Sakti yang dikatakan mencari damai abadi di bumi negara asing sedangkan rakyat di bumi asalnya hidup dalam sengsara akibat banjir besar.

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, untuk hidup kaya, kata Memanda Bendahara. Aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya, aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.

Begitulah kata-kata indah yang diluahkan dengan penuh perasaan oleh Memanda Bendahara kepada rakyat dan ketua-ketua kabilah Negara Gangga Sakti. Maka riuh-rendahlah sorakan dan tepukan tangan oleh sang pengampu dan para pengikutnya.

Pada bulan purnama ke-12, Memanda Bendahara menziarahi sahabatnya di sebuah benua nun jauh di ufuk barat bernama Venezuela. Selepas selesai urusaan negara di kota Caracas, di negara yang kaya dengan hasil minyak itu, Memanda Bendahara pun berangkat untuk melepaskan penat dan lelahnya di sebuah negara di benua Benggali Putih yang kaya dengan sejarah Yunani bernama Greece. Dia sempat menikmati kedamaian dan keseronokan selama tiga hari. Dia dimaklumkan oleh Bentara Dalam mengenai malapetaka banjir di wilayah selatan Negara Gangga Sakti.

Memanda Bendahara pun menaiki burung garuda hikmatnya untuk pulang ke Negara Gangga Sakti. Burung garuda itu turun ke bumi di sebuah tempat bernama Senai. Memanda Bendahara kemudian menaiki pepatung ajaib bernama helikopter untuk ke Sri Gading, kemudian ke Muar dan Jasin. Memanda Bendahara menghabiskan lawatannya untuk melihat kesengsaraan hidup rakyat jelata di wilayah selatan negara itu kira-kira lima jam sahaja.

Selepas itu, Memanda Bendahara menaiki semula burung garuda hikmatnya untuk ke sebuah benua sebelah timur bernama Australia. Garuda hikmat mendarat di kota indah permai bernama Perth di mana Memanda Bendahara disambut penuh mesra oleh juak-juaknya di sana.

Semasa di Perth, Memanda Bendahara begitu asyik bermain pukul bola kecil yang diberi nama golf. Alangkah gembira dan bahagia bagi Memanda Bendahara menikmati kedamaian. Selepas bermain golf, Memanda Bendahara teringin nak memancing ikan laut dalam. Maka disediakan bot mewah untuk membolehkan Memanda Bendahara menghabiskan masa memancing ikan di laut dalam.

Keesokan harinya, Memanda Bendahara dengan senang hati merasmikan sebuah restoran milik bersama adinda tersayangnya, Ibrahim. Restoran nasi kandar. Ramailah jemputan yang hadir untuk menikmati nasi kandar Pulau Mutiara. Tidak jauh dari restoran nasi kandar itu, sudahpun wujud sebuah kafe milik orang Terengganu kite, dan beberapa jarak pula Mahsuri Satay House, juga milik orang Negara Gangga Sakti.

Semasa Memanda Bendahara dan juak-juaknya menikmati nasi kandar yang lazat, rakyat jelata di Negara Gangga Sakti yang masih menyambung hidup dalam keadaan yang tidak selesa, bersyukur kerana dapat menikmati nasi kawah, walaupun ia tidak selazat dan seenak nasi kandar di Perth.

Walaupun berada jauh dari tanah air, Memanda Bendahara tetap mengambil berat tentang nasib yang menimpa rakyatnya. Sambil memukul bola golf, fikiran Memanda Bendahara melayang mengingati untung nasib mangsa banjir yang entah sedang memukul bola apa agaknya. Semasa memancing ikan laut dalam, Memanda Bendahara terkenang akan nasib si anak kecil yang kedinginan di pusat pemindahan banjir, dan semasa menikmati nasi kandar, Memanda Bendahara terbayang keenakan nasi kawah yang dijamah mangsa banjir.

Aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya, aku cari mana dia Al-Ghazali, aku cari mana dia As-Shafie, itulah antara ikrar Memanda Bendahara yang turut mengajak rakyatnya supaya sama-sama membongkar rahsia kitab suci, cari panduan.

Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, aku hidup bererti, menikmati damai abadi.

Sungguh indah kata-kata Memanda Bendahara.

Tuesday, January 09, 2007

PM Yahudi akui keberanian Sayyed Hassan Nasrallah

Perdana Menteri Israel Ehud Olmert mengakui bahawa pemimpin Hezbollah Sayyed Hassan Nasrallah adalah "orang paling berani di dunia".

Pengakuannya itu disiarkan oleh laman web akhbar harian Yahudi "Yediot Aharonot" pada 2 Januari lepas. Bagaimanapun, menurut akhbar "Al-Akhbar", lima minit selepas kenyataan dalam bahasa Hebrew itu tersebar luas, pengendali laman web itu membatalkan berita tersebut.

Olmert mengeluarkan kenyataan itu semasa diwawancara oleh seorang wartawan Romania apabila beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun "Nasrallah seorang pemimpin pertubuhan 'pengganas', dia adalah orang yang paling berani di dunia, dia tidak gentar menghadapi apa saja dan bekerja untuk masa depan secara cekal dan dengan penuh pengalaman."

Bagaimanapun, pita rakaman wawancara itu telah dirampas oleh pihak berkuasa Yahudi daripada wartawan Romania itu. Dia kemudian dibenarkan mengadakan semula wawancara setelah membuat pengakuan yang dia tidak akan menyebut tentang kenyataan Olmert yang dianggap sebagai "terlepas cakap" itu.

Monday, January 08, 2007

Why is Pulau Pisang lighthouse manage by Singapore?

Malaysia is celebrating her 50th year as a free nation this year. As a sovereign state, we manage and administer our own affairs and our assets.

But, this is not the case as far as the Pulau Pisang lighthouse is concerned. It is being managed and controlled by Singapore's Maritime and Port Authority (MPA).

Pulau Pisang is located at the Melaka Straits off Kukup, Johor. It is a Malaysian territory but local fishermen are not allowed to fish there by the Singaporean authority. Why?

Why can't we manage and maintain the lighthouse at Pulau Pisang?

------------------------------------------------------------------------------------

MENGAPA RUMAH API DI PULAU PISANG DIKAWAL OLEH SINGAPURA?

Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-50 sebagai sebuah negara merdeka tahun ini. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, kitalah yang mentadbir dan mengurus semua hal ehwal dan aset negara.

Tetapi, lain pula ceritanya mengenai sebuah rumah api di Pulau Pisang. Ia dikendali dan dikawal oleh pihak berkuasa Singapura (Maritime and Port Authority of Singapore).

Pulau Pisang terletak di Selat Melaka, di luar pantai Kukup, Johor. Ia adalah wilayah Malaysia tetapi para nelayan tempatan dilarang oleh pihak berkuasa Singapura daripada menangkap ikan di situ. Kenapa?

Apakah kita tidak mampu mengurus dan mengawal rumah api di Pulau Pisang?

Friday, January 05, 2007

Off-peak Singapore cars should not be on our roads

The Malaysian High Commission in Singapore has denied reports in the republic's newspapers that restrictions on their off-peak cars (OPCs) have been imposed by the Malaysian authorities from New Year'S Day.

High Commissioner Datuk N. Parameswaran said in a statement Thursday that the government of Malaysia "has no intention of restricting the entry into Malaysia of any OPCs at any time."

He said Malaysia welcomed visitors from Singapore and expressed hope that they would enjoy the various events and attractions during Visit Malaysia Year 2007.

I beg to differ. Singapore's OPCs should not be allowed on Malaysian roads.

The OPC scheme replaced the Weekend Car Scheme on 1 October 1994. The Weekend Car Scheme was introduced when I was residing in Singapore on employment pass. The scheme offers new and and existing car owners the option to save on car registration and road taxes in return for reduced usage of the car.

An OPC can be freely driven on Sundays, public holidays and during the following non-restricted hours:-

> Mondays to Fridays from 7 pm to 7 am. (The OPC cannot be on Singapore roads from 7 am to 7 pm)

> Saturdays and eve of New Year, Lunar New Year, Hari Raya Puasa, Deepavali and Christmas from 3 pm onwards.

If the owner of an OPC need to use his car during the restricted hours, he will need to display a $20 (about RM45) a day licence.

Note: The registration number plates of the OPC are in red. A seal is affixed onto the number plate by the authorised Inspection Centre approved by the Land Transport Authority.

Now, if an OPC is not allowed on Singapore roads, that is during its restricted hours, then why should it be allowed on Malaysian roads?

Normally, the owner on an OPC will drive during the non-restricted hours to Malaysia, sometimes for the whole week and as far as Penang. Then he will return to Singapore during the non-restricted hours to escape from paying $20 per day.

If the car is involved in a fatal road accident in Malaysia, what about the third party insurance coverage?

To my knowledge and I stand to be corrected, insurance companies only provide third party coverage during the non-restricted hours, that is when an OPC is legally allowed on the road. When the OPCs are in Malaysia, most of the time during restricted hours (according to the Singapore OPC Scheme), there is no insurance coverage.

What will happen if the OPC is involved in a fatal accident, involving Malaysians, while being driven on Malaysian roads?

Wednesday, January 03, 2007

Murid tahfiz mati syahid

Beberapa hari sebelum dunia memasuki tahun baru masihi, lima orang murid sebuah tahfiz dari Kedah mati syahid dalam satu kecelakaan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungkai, Perak. Kelima-lima mereka masih kanak-kanak kerana berusia bawah 12 tahun.

Saya amat sedih kerana sempat menemui mereka pada 26 Disember lalu di persinggahan Rehat dan Rawat Tapah menuju Kuala Lumpur. Mereka adalah dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur untuk mengutip derma untuk Pusat Tahfiz Amal, Simpang Empat, Kuala Kedah. Saya bersama isteri dan kakak ipar dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke ibu negara.

Semasa berhenti pada waktu untuk solat Zohor di Tapah, saya lihat mereka ke hulu dan ke hilir meminta sumbangan daripada orang Islam untuk tahfiz berkenaan. Mereka tidak pun meminta derma atau sumbangan daripada yang bukan beragama Islam.

Salah seorang daripada mereka menghampiri saya dan menyatakan tujuan mereka. Saya menderma RM10 dan sebagai balasan, saya diberi sebotol kecil Gel Herba Sakti keluaran Al Mansur Marketing Sdn Bhd, Sungai Petani, Kedah. Saya mendapat tahu kemudian bahawa tahfiz berkenaan ada hubung-kait dengan Al Mansur. Selain gel, penderma juga diberi takwim Hijrah(kalendar) dan barangan lain keluaran Al Mansur mengikut jumlah derma yang diberikan.

Dua hari kemudian, mereka terkorban semasa dalam perjalanan pulang ke Kedah. Saya terperanjat apabila melihat foto wajah murid yang saya temui tersiar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah pihak pentadbir pusat tahfiz berkenaan telah menyalahguna dan mengeksploitasi kanak-kanak itu untuk mengutip derma. Laporan media ada menyebut bahawa ibu bapa atau penjaga murid berkenaan tidak tahu-menahu yang mereka dibawa dengan sebuah van ke Kuala Lumpur untuk mengutip derma.

Kanak-kanak adalah dilindungi undang-undang daripada semua bahaya termasuk apa jua jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi.

Selain itu, di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terutama Fasal 19 dengan terang dan tegas mewajibkan semua negara yang menandatangani konvensyen itu memberi perlindungan ke atas kanak-kanak dari semua bentuk kekerasan fizikal dan mental, penyalahgunaan, perlakuan salah dan eksploitasi.

Kelima-lima murid pusat tahfiz itu telah disalahguna untuk menagih derma dan perbuatan itu jelas melanggari Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak PBB.

Tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Kita tidak mahu mendengar lagi murid-murid sekolah yang tidak berdosa menjadi korban kerana "dipaksa" menjual barangan tertentu sambil menagih derma untuk apa tujuan sekalipun.

Murid-murid sekolah, sama ada sekolah kerajaan, sekolah swasta atau sekolah agama rakyat, tidak seharusnya disuruh mengumpul dana untuk sekolah dalam apa cara sekalipun termasuk jogathon, walkathon, Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau untuk aktiviti sekolah. Murid-murid ke sekolah untuk menimba ilmu bukan untuk menagih derma atau mengutip sumbangan daripada orang ramai.

Kelima-lima murid Pusat Tahfiz Amal, Simpang Empat, Kuala Kedah telah syahid dan Insya Allah, roh mereka akan ditempatkan di Jannah.