Wednesday, September 06, 2006

Zam kata Dr Mahathir tak sebijak Kuan Yew

Gelihati saya membaca komen menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin yang menyifatkan mantan bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kurang bijak berbanding dengan mantan PM Singapura Lee Kuan Yew.

Alasannya - Tun melepaskan peluang untuk menjadi menteri kanan dalam kabinet seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Kebijaksanaan Kuan Yew membolehkannya terus berkuasa dan berpengaruh dalam kabinet Kota Singa.

Zam nampaknya dah mula lupa janji dan ikrarnya semasa dilantik menganggotai Dewan Negara oleh Tun. Zam, yang ketika itu tiada pekerjaan setelah tamat khidmatnya dengan Utusan Melayu, berkata beliau akan berkhidmat untuk membantu Tun.

Zam juga pernah berkata bahawa beliau tidak berminat nak bertanding dalam pilihan raya atau dalam parti, dia dilantik sebagai Senator atas sifat profesionalnya dan bukan atas sebab politik. Nah! apa dah jadi. Zam bukan sahaja terbuai laju dengan nikmat hidup sebagai seorang ahli politik yang ada kuasa, tetapi terus berada di awang-awangan sehingga terlupa asal-usul kemasukannya dalam dunia politik Umno.

Teringat saya akan kata-kata seorang ahli fikir: "Makin bijaksana seseorang, makin bijaklah dia menjaga mulutnya."

9 comments:

Anonymous said...

Zam adalah contoh seorang lagi ahli Umno yang tak kenang budi & berterima kasih kepada orang yang telah banyak membantu beliau.

Wasn’t his journey into politics made easy when TDM first appointed him as a senator than chose him as a candidate in the last two GE?

And wasn’t he supposed to be very close to Dr Mahathir?

Demi kepentingan kedudukan Zam, seorang bekas wartawan yang pernah saya hormati,sanggup menggeluarkan kenyataan yang amat lucu.

Sorry Zam I have lost all respect for you.

You, like all the other current Umno leaders, are half blind, half deaf with a half past mentality.

How low can you go Zam?

Hani

Unknown said...

Inilah realiti kehidupan. Kemewahan dan kuasa dengan mudah membuatkan manusia lupa dan alpa. Kepentingan diri mengatasi segala-galanya. Manusia mudah lupa bahawa yang kekal hanyalah Allah. Semua yang ada dimuka bumi bukan milik kita, ia hanyalah satu pinjaman hidup.

Anonymous said...

Zam bukanlah seorang yang bijak. Dia tidak boleh masuk dalam kategori intelek pun walau pun dia tu adalah bekas pengarang media besar. Tanyualah wartawan lama, mereka tidak respect kat Zam pun. Tulisan dia pun bukan ada yang bagus pun dan menolok minda. Itulah sebab dia bergaduh dengan Kalimullah dan Hishamuddin Aun. Mereka setaraf lah tu. Itu pasal mereka bergaduh. Kalau tak setaraf, mereka tidak bergaduh. Ramai ahli politik yang kita temui pun, mereka tak hormat kat Zam pun, tapi sebab dia menteri, kena hormat jugalah. Tambahan pula kalau ada peluang dapat air time. Pendek kata, Zam bukanlah aset untuk rakyat Malaysia terutamanya berketurunan Melayu, tapi dia adalah liabiliti.

Anonymous said...

Zam adalah antara hipokrit baru yang tercetus akibat kekecelaruan suasana sekarang.
Akibatnya, Tun Dr Mahathir secara default menjadi relevan walaupun eranya sebenarnya telah berlalu.
Zam adalah antara penyokong yang hilang punca dan hilang kredibiliti kerana pentadbiran yang dijunjungnya sekarang kucar-kacir.
Contoh terbaru kehambaran ini adalah penarikan balik diskaun saman kesalahan lalu lintas. Ia adalah satu lagi bukti pentadbiran yang kacau-bilau. Daripada laporan media, jelas ada communication gap di antara polis dan Kerajaan. Ini samalah dengan kelulusan penjualan kawalan Pantai Holdings kepada Parkway Singapura.
Apa sudah jadi?
Adakah polis mengambil tindakan sebelah pihak – unilateral tanpa memaklumkan kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atasnya yang juga Perdana Menteri?
Apakah Menteri memberi restu kepada polis tetapi tidak memaklumkan atau mendapat persetujuan Kabinet?
Atau apakah polis telah memaklumkan kepada Menteri bertanggungjawab tetapi tidak mendapat maklum balas lantas membuat kesimpulan bahawa “berdiam diri bererti bersetuju?”
Apa pun kebenarannya, peristiwa ini merupakan satu lagi bukti atau petanda bahawa kita dewasa ini mengalami “the runaway government” umpama kereta api yang tidak terkawal.
Inilah juga yang berlaku dengan penjualan kawalan Pantai Holdings. Berbulan-bulan lalu Menteri Kabinet seperti Najib, Muhyiddin dan Hishammuddin menafikan tahu menahu tentang penjualan itu.
Sehingga 7 Ogos, dalam temu ramah dengan TV3 yang dikendalakan oleh Dato’ Annuar Zaini, Pengerusi Bernama, Perdana Menteri masih mendakwa bahawa tidak ada syarikat Malaysia yang jatuh ke tangan orang asing. Tetapi pada 13 Ogos beliau mengaku yang Pantai Holdings sudah jatuh ke tangan asing.
Apakah Perbendaharaan, Suruhanjaya Sekuriti, Unit Perancang Ekonomi, Bank Negara, Jawatankuasa Terbitan Asing (FIC) dan Bursa Malaysia tidak memaklumkan kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri mengenai urus niaga itu?
Apakah Menteri memberi restu kepada urus niaga itu tetapi tidak memaklumkan atau mendapat persetujuan Kabinet?
Atau apakah Perbendaharaan, SC, EPU, FIC dan Bursa memaklumkan kepada Menteri bertanggungjawab tetapi tidak mendapat maklum balas lantas membuat kesimpulan bahawa “berdiam diri bererti bersetuju?”
Bagaimanakah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet dengan kuasa yang begitu luas dan kawalan yang begitu rapi ke atas media massa boleh mendakwa mereka tidak tahu mengenai kegiatan perniagaan Scomi Berhad, penggabungan berat sebelah ECM Libra-Avenue Resources Berhad dan insider trading oleh Khairy Jamaluddin?

Anonymous said...

Saudara Syed Imran,

Saya sungguh terperanjat dan sekaligus amat dukacita yang Sdr Datuk Zam tergamak membandingkan Tun Dr Mahathir secara begitu negatif dan menghina dengan Lee Kuan Yew.

Zam yang dulunya saya kenal berpendirian keras terhadap LKY. Zam yang dulunya saya kenal juga memulakan kerjaya politiknya atas ihsan Dr Mahathir.

Mungkin orang macam kita sudah ketinggalan zaman, sudah tidak relevan lagi. Mungkin kita nostalgia. Mungkin Zam adalah manifestasi era baru.....

Anonymous said...

kita perlu ingat manusia oportunist sahaja yang berjaya dalam hidup ini. zam saya kira telah cuba untuk menjadi seorang oportunist seperti lain-lain rakannya dalam kabinet. istilah kenang budi tidak pernah wujud dalam kamus orang politik. orang politik yang mengenang budi hanya boleh dibilang dengan jari.

kita ambil contoh di kubang pasu sendiri yang diterajui oleh johari baharom, bekas seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah rendah di jitra yang berkelulusan dari sebuah maktab perguruan di pulau pinang. dia dikutip oleh dr mahathir setelah berjaya 'menendang' saad hj man dari jawatan setiausaha politik dr mahathir. padahal johari berada di bawah saad selama berbelas tahun sebagai naib ketua pemuda. apakah johari yang dilatih sebagai seorang guru pjk seorang yang mengenang budi? apabila dr mahathir bersara, dia dikutip pula oleh pak lah sebagai setiausaha politik dan seterusnya dilantik sebagai su parlimen dan sekarang sebagai timbalan menteri. apa akan jadi bila pak lah pula terpaksa bersara dari jawatan pm? adakah johari akan mengenang budi pak lah apabila pak lah dah tidak ada kuasa? begitulah juga dengan zam, syed hamid, nazri dan ramai lagi yang dalam kabinet, masing-masing perlu menjaga kedudukan kerana bimbang dipecat oleh pak lah badawi.

kalau kita hendak berjaya dalam hidup ini, kita juga perlu menjadi oportunist - tetapi biarlah sebagai manusia yang mengenang budi dan tahu menghormati orang yang telah berbudi kepada kita. jangan jadi seperti anwar ibrahim, seorang oportunist besar yang mementingkan kedudukan dan dirinya. apabila kena pecat, maka berjalanlah ke seluruh negara sekarang mengatakan umno adalah parti perkauman. semasa dia dikutip oleh dr mahathir dahulu, dia tidak pernah terfikirpun bahawa pada suatu masa dia akan dinobatkan sebagai orang nombor dua sebuah parti perkauman. oleh yang demikian, kita tak perlu terperanjat dengan sikap golongan oportunist ini.

Unknown said...

Sdr AKJ,

Kita sama-sama mengenali Zam dan kita tentu tahu apa pendirian dan prinsipnya sebelum dan selepas aktif dalam politik yang ada kuasa.
Sama ada kita anak Kuala Kedah atau Tanah Merah (Kedah) atau Kelawai (P Pinang), kita seharusnya berpegang kpd apa yang kita yakini dan jadikan prinsip. Tidak ramai orang yang berpegang kepada prinsip hidupnya dan Zam adalah salah seorang yang nampaknya telah jauh menyimpang.

Anonymous said...

Sdr Syed Imran,

Idealisme dan keunggulan mungkin sudah mati. Atau, bagi generasi semasa, ia tidak pernah wujud kerana tidak pernah diperkenalkan kepada mereka.

Yang mengerti erti idealisme, mereka mungkin berasa ia tidak praktikal lagi atau, lebih teruk, tidak masuk akal. Sebagai isme (ism), keunggulan telah dan sedang dipertikaikan.

Di negara kita, idealisme boleh menjadi beban yang sangat berat dan boleh menyebabkan seseorang itu tersingkir dan terpinggir, kehilangan kedudukan, kontrak dan mata pencarian.

Beban generasi kita ialah kita diajar dan didedahkan kepada pelbagai isme yang memperkayakan intelek kita tetapi di masa yang sama membebankan jiwa kita.

Jadi mungkin juga ada antara kawan-kawan kita, Zam misalnya, yang tidak mahu lagi memikul beban ini dan mengambil keputusan untuk membebaskan diri mereka daripada segala bentuk idealisme, keunggulan dan perjuanagan, dan hidup untuk kuasa, nama dan harta.

Mungkin kita tidak lagi relevan. Mungkin kita mangsa nostalgia.

PS. MCA baru-baru ini memperingati Arwah Tun Abdul Ghafar Baba dengan mengulangi kenyataan bahawa parti itu terhutang budi beliau. Dulu Umno amat dihormati sehingga pemimpinnya dilantik menjadi Presiden de facto MCA yang pada waktu itu dalam krisis.

Terima Kasih

Unknown said...

Sdr AKJ,
Terima kasih atas pandangan saudara. Saya amat setuju dan turut sama berkongsi pendapat.
Bak kata bijak pandai, manusia mudah berubah dan antara punca yang mempengaruhi perubahan itu adalah wanita, kemewahan dan kuasa.
Sekali lagi terima kasih.