Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kesyukuran dan keinsafan kerana telah diberi nikmat kesihatan dan hayat oleh Allah untuk terus mengisi cacatan maya ini. Saya tidak berpeluang untuk meneliti dan membaca komen dan pandangan yang dikirimkan dalam beberapa hari yang lepas kerana ditakdirkan oleh Allah untuk berehat selama tiga hari dua malam di Hospital Ampang Putri. Alhamdulillah kerana saya diberi peluang untuk terus meminjam hayat sehinggalah dikembalikan kepada Yang Maha Berkuasa.
Sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini, saya akan cuba menulis berkaitan isu-isu yang mengajak kita untuk melakukan kebaikan. InsyaAllah.
Dalam Surah Ali Imran, ayat 109 Allah berfirman: " Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam (menghadapi) sesuatu perkara."
Ayat ini sudah cukup penjelasannya. Apabila Allah s.w.t. telah menerangkan dengan jelas di dalam kitab Al-Quran perintah-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya bermusyawarah, padahal Baginda adalah seorang yang berakhlak mulia apalagi kepada yang lainnya.
Disunatkan bagi seseorang yang menghadapi suatu perkara yang penting bermusyawarah dengan orang yang dapat dipercayai agamanya, pengetahuannya, kecerdasannya, nasihatnya, waraknya dan kesetiaan berterusannya.
Disunatkan pula bermusyawarah itu kepada suatu jemaah yang lebih banyak dengan sifat-sifat tersebut itu, kepada mereka ia utarakan maksudnya dalam menghadapi sesuatu perkara. Tentunya saja dikemukakan pula baik dan buruknya akibat dari sesuatu itu jika ia dapat meraba-raba sebelumnya.
Musyawarah sangat diperlukan lagi pada hak waliyulamr' (penguasa) seperti sultan, kadhi, penegak hukum dan seumpamanya.
Dari Tamin Ad-Dasi r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya - bagi siapa, wahai Rasulullah?
Baginda bersabda: "Bagi Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin umat Islam dan semua orang awam." (Riwayat Muslim)
Umat Islam di Malaysia yang cintakan kedamaian, perpaduan dan silatur-rahim, sudah tentu ingin melihat musyawarah di peringkat tertinggi antara dua orang pemimin yang masing-masing kuat dengan pengaruh dan pengikut.
Sama-samalah kita berdoa dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini supaya pemimpin-pemimpin Islam dapat menyelesai dan membersihkan apa saja masalah dan kekotoran melalui musyawarah.
Apakah terlalu hina dan daif atau terlalu sombong dan angkuh bagi Datuk Seri Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bermusyawarah?
Abdullah dan Mahathir diibaratkan seperti dua ekor gajah yang sedang beradu tenaga. Malang sekali, yang mati adalah seekor kancil yang tersepit di tengah-tengah. Sudah tentu kita tidak mahu melihat perumpamaan ini menjadi kenyataan. Oleh itu, kedua-dua mereka perlu bermusyawarah, seperti yang diperintah oleh Allah.
2 comments:
Saya salahkan sepenuhnya pada Pak Lah dan onus untuk mencari musyawarah terletak padanya kerana:
1. Tun adalah "orang tua" yang jauh lebih tua, bijak dan berpengalaman, maka perlu di hormati
2. Tun sebagai "orang tua" yang layak memberi teguran kepada orang muda dan adat orang muda untuk mendengar teguran dengan hormat.
3. Tun sebagai "orang tua" dan "negarawan" yang berjaya sepatutnya di minta buah fikiran dan pendapat tetapi tidak pernah dibuat. Perkara2 seperti cancellation double tracking dan jambatan johor sepatutnya menjadi "adab" untuk memberitahunya tentang tindakan yang akan diambil.
4. Tun sebagai "orang tua" telah pun menulis mengikut saloran2 tertentu dengan cara2 formal pada peringkat awal isu Proton tetapi telah di ignore. kemudian dia tegur secara terbuka dan baik, tetapi telah di kritik dengan kasar.
5. Tun sebagai "ahli UMNO nombor satu" patut dibenarkan bercakap dengan ahli dan tidak dilakukan spray, diubah sewenang peraturan pembukaan Bahagian, di cungkil cerita2 lama untuk membuat fitnah, di halang untuk menjadi perwakilan, ditahan dan putarbelit kenyataan di suratkhabar, dihina oleh para Menteri, dll.
6. Tun sebagai seorang "tua" tidak patut di hina dan malukan oleh Apparachik kerajaan dan UMNO dengan Pak Lah membenarkan ianya dilakukan.
7. Tun sebagai "senior" dalam Government dan bekas ketua seharusnya menjadi adab untuk dihormati oleh bekas subordinate, walaupun penghormatan formal secara protocol sudah tidak ada.
8. Tun sudah mengambil iktibar dari cara kurang sopan dan biadap Pak Lah terhadap Tun Ghaffar yang tidak diberi appointment untuk menyampaikan resolusi dari Kelab Veteran UMNO hingga terpaksa beratur di Lapangan Terbang menyambut untuk menyampaikan hasrat untuk berjumpa. Pak Lah memalukanTunGhaffar dengan menyuruh Tun menghubongi PAnya. Akhirnya sampai hayatnya, Pak Lah tidak dapat dijumpa. Malah semasa nazak pun Pak Lah tidak dapat datang dan dikatakan memancing di Langkawi bersama Nori dan Dato Halim Mazmin pada malam yang keesokkan harinya Tun Ghaffar meninggal!!!
9. Tun telah menegur dengan amat sopan dan tertib tetapi Pak Lah telah secara terbuka mensalah ertikan maksud teguran Tun awal sebab terlalu sensitif, insecure dan overprotective mengenai keluarga hingga sanggup berperang dari mengkaji teguran Tun.
Sepanjang masa teguran telah dibuat oleh Tun, Pak Lah membiarkan perkara2 tidak baik berlaku dan dengan ini Pak Lah telah biadap dan kurang ajar kepada former boss, orang yang telah memaafkan dia kerana derhaka, orang yang memberi peluang dan laluan mudah untuknya menjadi Perdana Menteri, dll.
Kalau Tunku yang nampak macam patut ditegur dan telah di tegur dengan sopan pun Tun sedia jumpa mintak maaf, maka Pak lah yang banyak bersalah jelas sepatutnya mintak maaf.
Dengan keadaan UMNO tergugat dan lemah dimata rakyat disebabkan bahasa2 dan tindakan2 bodoh Pak Lah dan ketidak cekapan Pak Lah mengurus dan memimpin negara, Pak Lah tidak boleh bersikap takbur dan sombong. Ego harus di ketepikan dan beliau mesti mementingkan UMNO dan negara. Tanpa penyelesaian dengan Tun, UMNO boleh mengalami kekalahan terok di PRU akan datang.
Well laid out, a voice. The buck start at Pak Lah and will only be stop by Pak Lah.
Since he decide to play "cut throat" politics to embarass and shame his predecessor, that same knife will one day "cut his own throat"!
Bengawan Solo
Post a Comment