Akhirnya, Lee Kuan Yew bertemu dengan ruasnya - Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun dengan tegas membidas Kuan Yew sebagai seorang yang sombong kerana sengaja membangkitkan isu kaum Cina di Malaysia, yang kononnya dipinggirkan, lapor Bernama dari Kijal, Terengganu.
Kuan Yew tidak menghormati negara jiran, apabila dia mendakwa kaum Cina di Malaysia (dan di Indonesia) dipiggirkan secara sistematik, kerana ia adalah sesuatu yang sensitif.
" Kita juga boleh tanya apa kedudukan orang Melayu di Singapura, kenapa mereka tidak dibenarkan dalam tentera memikul senjata atau pun dilatih menggunakan senjata," tanya Tun.
(Di sini saya ingin memperbetulkan sedikit kenyataan Tun, sebenarnya orang Melayu dibolehkan memikul senjata dan dilatih menggunakan senjata semasa dalam kerahan tenaga. Tetapi, setahu saya, orang Melayu tidak dibenarkan memasuki atau berada dalam unit-unit sensitif dan canggih yang menggunakan teknologi terkini dalam angkatan tentera Singapura. Setakat ini, pangkat paling tinggi yang pernah disandang oleh orang Melayu/Islam dalam tentera Singapura adalah Kolonel.)
Mengenai menteri mentor Singapura, Tun Mahathir berkata; "Dia berasa dia kuat, dia dah jadi sombong, dia pun tak hairan dengan jiran-jiran. Itu sebab dia sengaja bangkitkan perkara itu sedangkan dia tahu ini adalah perkara yang sensitif di dalam negara kita."
Kepada Kuan Yew, Tun Mahathir memberi nasihat ini: "Awak jaga periuk nasi awak sudahlah. Awak tak laku, awak pun bukan bijak sangat. Dalam satu kumpulan yang kecil, mungkin awak nampak bijak."
Cuba bandingkan kenyataan tegas dan berani Tun Mahathir dengan kenyataan separuh berani yang dikeluarkan oleh Najib Tun Razak, itupun setelah didesak oleh media. Kenyataan Lim Keng Yaik, Tsu Khoon dan Ong Ka Ting lebih menyengat daripada Najib.
3 comments:
kita mengharapkaN SUARA-SUARA orang seperti hishamuddin hussein omm, syed hamid albar, nazri aziz dan lain-lain bercakap mengenai soal ini dengan jiwa malaysia, bukan jiwa diplomatik kerajaan. ini lah isu untuk menunjukkan anak jantan. bagi media, mana nst?. siapa pengulas yang handal-handal di situ. Kali dan Brendan dah tentulah tak boleh tulis. Hishamuddin Aun apa tunggu lagi. Kisah Mat Rempit tu bagi junior reporter yang tulis lah. Tunjukkan semangat patriotik tu sikit.
Ini bukan perkara main-main, Sesiapa yang bertanggungjawab sepatutnya dibuang serta merta. Dalam amalan persuratkhabaran yang lepas-lepas, apabila akhbar itu melakukan sesuatu kesalahan besar, ketua pengarangnya kena bertanggungjawab dan dibuang atau dengan cara terhormat perlu meletakkan jawatan. Tujuannya adalah untuk menjaga kewibawaan akhbar, menunjukkan ketegasan agar akhbar rakyat dan pemerintah tahu bahawa penyiaran apa juga maklumat di akhbar adalah tugas yang benar-benar serius Ini bukan kesalahan pertama. Nama NST amat penting, tak kiralah di mana kesalahan itu dilakukan. Tidak dapat dielakkan, sesiapa yang menerajui akhbar itu perlulah secara hormat meletakkan jawatan. Ini adalah maruah diri anda dan jalan terbaik yang perlu anda lakukan. Tan Sri Abdullah Ahmad atau Dolah Kok Lanas henya melakukan kesalahan kecil kerana menulis mengenai sikap orang Arab yang bukan lah rahsia. Tapi, dengan alasan ia boleh menjejaskan hubungan dengan Arab, dia dibuang. Nordin Sopie, Munir Majid, Zam. Kadir Jasin, Nazri Abdullah, Johan Jaafar meninggalkan jawatan masing-masing atas kesalahan yang hampir sama. Dalam kes ini, siapa yang patut meletakkan jawatan? Kalimullah, Brendan atau Hishamuddin Aun?. Kalimullah tidak ada jawatan eksekutif pun, nak buang macam mana. Brendan pula bukanlah ketua mutlak. Hishamuddin adalah pembuat keputusan mutlak.
Bagi pemerintah, kesalahan ini perlu dianggap sebagai kesalahan yang serius. Sebab, pastinya akan berlaku lagi kesalahan-kesalahan yang lain selepas ini oleh akhbar lain pula. Jangan nanti tindfakan berpilih pula yang berlaku. Nama kerajaan akan kotor.
tuan syed,
kuan yu cuba menduga lautan malaysia sekarang ni. dalam ke cetek. kalau cetek, tentu selamat buat kuan yu untuk turun laut, berenang dan mandi-manda. kencing dalam laut kita pun boleh. berak pun ok, cibuk dengan air kita.
mintak maaf, mungkin bahasa ini kesat sedikit. tapi kuan yu langsung tak berbudi bahasa dengan kita. dituduhnya kita meminggirkan orang bangsa dia di malaysia. seolah-olah dia tidak tahu berapa senang orang china di sini berbanding dengan kaum melayu di singapura. ini pun namanya rubbing salt to injury. statement kuan yu bukan menghasut kaum cina tapi menghasut orang melayu.
tu sebab saya marah sangat dengan orang muda macam khairy yang pergi sekolah tinggi-tinggi tapi masih tak berotak. dia nak main isu bangsa, nak kata melayu dipinggir di pulau pinang tapi bila kuan yu bukak mulut apasal tak bidas, tak lawan? kenapa, takut tak dapat layanan bila ke singapura? pak mertua tak bagi? takut ditegur kalimullah dan brendan pereira?
sekurang-kurangnya, bagi saya, najib bukak mulut jugak. kenyataannya memang tak kemana kalau banding dengan tun mahathir, tapi usahlah kita banding yang tak patut dibanding. cukup dengan berani bersuara. semoga lain kali najib tak tunggu terlalu lama sebelum bukak mulut.
Post a Comment