Kenyataan mantan perdana menteri Singapura yang kini bergelar menteri mentor, Lee Kuan Yew, yang lebih merupakan satu usaha membakar semangat penduduk majoriti keturunan Cina di republik kecil itu, tidak boleh dipandang ringan oleh penduduk majoriti di Malaysia dan Indonesia.
Kuan Yew cuba memberi satu gambaran dimana rakyat Singapura mesti berani dan tegas menyatakan "tidak" kepada Malaysia dan Indonesia, dua buah negara jiran yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Kuan Yew juga mengingatkan rakyat pulau singa keturunan Cina tentang nasib saudara seketurunan mereka di Malaysia dan Indonesia yang menghadapi bermacam tekanan dan penindasan berbanding dengan orang Cina di republik sekangkang kera itu.
Hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia akan menghadapi dinamika dan pertimbangan baru yang memerlukan penanganan bijak dan matang, bukan dijuruskan kepada sudut perkauman atau keagamaan.
Pada pendapat saya, pendekatan ini penting kerana politik kerantauan sentiasa berubah hasil dari bermacam keadaan termasuk ekonomi, politik dan agama. Saya menyebut agama kerana "keganasan" telahpun dijadikan salah satu ancaman terhadap keselamatan serantau dan yang menjadi sasaran adalah penganut Islam, tak kiralah sama ada dinamakan Jemaah Islamiah (JI) atau Kumpulan Militan Malaysia (KMM) ataupun Abu Sayaf dan pejuang pemisah di selatan Thailand.
Oleh itu, Singapura terasa terancam oleh dua jiran terdekatnya walaupun selama ini Malaysia mahupun Indonesia tidak memperlihatkan permusuhan terhadap pulau Sang Nila Utama itu.
Memandangkan Kuan Yew dan anak buahnya yang memerintah Singapura begitu takutkan bayang-bayang, mereka melihat hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia sebagai telah memasuki era baru yang memerlukan penanganan tegas dan berani.
Kita akui bahawa hubungan Malaysia-Singapura telah lama dan akan terus menghadapi pasang surutnya memandangkan faktor hubungan kaum Melayu-Cina dan pertalian persaudaraan di kedua-dua belah Selat Johor.
Ia bukan perkara baru, tetapi apabila Kuan Yew menimbulkan secara terbuka isu perkauman yang mengaitkan kaum Cina di republik itu dengan kaum Cina di Malaysia dan Indonesia, suhu kepanasan sudah pasti melonjak.
Kuan Yew seharusnya mengenepikan bayang bebanan sejarah dan sebarang prasangka terhadap Malaysia dan Indonesia. Beliau harus sedar bahawa kedua-dua jirannya itu, walaupun kadang kala sakit hati akibat tindak tanduk pemimpin Singapura, tidak ingin bermusuh dengan negara bandar raya itu tetapi ia bukan bermakna kita mengalah apabila dicabar.
Bukankah selama ini semua masalah dan tengkarah yang berlaku di antara ketiga-tiga jiran itu telah dihuraikan dalam suasana persahabatan? Kenapa Kuan Yew membangkitkan satu isu lain yang seolah-olah ingin mewujudkan satu keadaan tegang di rantau ini?
Sebagai jiran yang dekat, Singapura seharusnya lebih prihatin dalam mengendalikan isu berbentuk perkauman seperti yang dibangkitkan oleh Kuan Yew. Mungkinkah Kuan Yew berani berbuat demikian kerana dia tidak akan berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Kita tahu bahawa Singapura melihat dirinya sebagai Israel Asia Tenggara dan republik itu memiliki kekuatan ketenteraan yang paling canggih dengan dibantu oleh Amerika Syarikat. Tetapi, kita perlu ingatkan Singapura bahawa kedudukan dan keadaan di Asia Tenggara tidak sama dengan di Asia Barat. Malaysia dan Indonesia bukan negara Arab dan Singapura bukan rejim Zionis Yahudi.
5 comments:
Agaknya ke mana pergi taring pemimpin-pemimpin kita yang vokal dan sanggup mempertahankan kepimpinan negara? Kes ini juga harus dilihat untuk mempertahankan negara dan kepimpinan negara.
Mereka mempertahankan pemimpin bukan mempertahankan negara.
Akhirnya Najib Tun Razak bersuara bagi pihak kerajaan Malaysia. Najib "terpaksa" memberi ulasan apabila ditanya oleh pihak media dan diulas oleh media bukan rasmi dan bukan arus perdana melalui kemudahan internet.
Di mana kewibawaan dan jati diri?
Why did Dato Najib take such a long time to respond?
Perhaps he wants to weigh the pros & cons of coming out with a respond to LKY's statement and the effect it would have on his political future in view of the present scenario in Umno & in the country
You knowlah how Pak Lah is coddling up to Singapore & how our foreign policy has changed to let's-play-golf-and-I-slap-yr-back diplomacy.
Wrong move & wrong statement by Najib could be detrimental to his political future.
Hani
You are correct when you said that any wrong moves or wrong statement by Najib would be detrimental to his political career.
Apart from that, I noticed that most of the ministers lacks guts and courage to speak up. Till now, our foreign minister Syed Hamid Albar, is keeping mum. As a foreign minister, he should be the first to counter what Lee Kuan Yew said since the minister mentor of Singapore mentioned Malaysia.
Sad to say that the son of "Singa Umno" to me is not even a lion cub.
Post a Comment