Wednesday, September 13, 2006

Umno Cheras - retak menunggu belah?

Seorang teman menelefon saya dan bertanya apa yang sedang berlaku dalam Umno bahagian Cheras sehingga menyebabkan ketua bahagian dan ketua wanitanya "membuka pekung di dada" dan mengisytiharkan "perang".

Teman saya tahu akan hubungan antara saya dengan ketua Umno Cheras dan saya pernah menganggotai salah sebuah cawangan dalam bahagian itu. Saya jelaskan kepadanya bahawa saya sebenarnya "terpinggir" dan tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku. Saya hanya mengetahui tentang masalah itu kira-kira dua minggu sebelum Syed Ali Alhabshee "membuka cerita" melalui Agendadaily.com. Saya turut terperanjat dengan apa yang berlaku kerana saya tahu ketua wanita Cheras Faridah Abu Hassan dan Syed Ali saling "bantu-membantu" dan "tolong-menolong."

Umno Cheras boleh diibaratkan seperti air di dalam talam, sekurang-kurangnya itulah gambaran yang didedahkan melalui siaran-siaran media dan buletin terbitan bahagian itu sendiri. Ada pemimpin tinggi parti yang mengambil Umno Cheras sebagai contoh kesepakatan dan perpaduan Umno.

Orang yang taat dan setia di bahagian itu mendapat habuan dan ganjaran sewajarnya termasuk anugerah bergelar "Datuk" ataupun bintang dan pingat Persekutuan dan Negeri. Perkara ini sudah menjadi asam-garam dalam Umno dimana pangkat dan kedudukan menjadi rebutan dan orang yang menerimanya pasti akan tidur lena.

Rupa-rupanya apa yang digambarkan hanyalah satu babak dalam sandiwara yang dipentaskan untuk tontonan. Umno Cheras dihebahkan sebagai sebuah bahagian yang tidak menghadapi masalah dan bersatu. Semuanya beres dan "bisa diatur" oleh pucuk pimpinannya. Macam mana sekarang, beb?

Pucuk pimpinan Umno Cheras seharusnya sedar akan kewujudan api yang memakan sekam. Tidak semua orang yang ada sekelilingnya jujur dan ikhlas dan boleh dipercayai. Sedarlah sesuatu kejahatan yang berlaku secara sembunyi-sembunyi ataupun sesuatu fitnah dilakukan secara senyap-senyap tetapi akhirnya diketahui setelah rahsia itu terbongkar. Sedarlah dan bangunlah daripada halimunan.

Kepada Syed Ali dan Faridah, fikir-fikirkanlah maksud bidalan Melayu ini - bila antan dan lesung berlaga, ayam juga yang kenyang. Siapakah "ayam" yang berkepuk dalam Umno Cheras?

Kepada teman yang menelefon saya, harap maklum bahawa khidmat dan pandangan saya sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, permintaan saudara supaya saya mengambil peranan "orang tengah" tidak berbangkit kerana saya sedar di mana saya berada.

Saya berpegang kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

"Orang yang diminta nasihatnya adalah dipercayai. Jika ia memberi nasihat maka berikanlah nasihat yang ia sendiri ingin melaksanakannya untuk dirinya sendiri."
(At-Tabrani)

16 comments:

Anonymous said...

BUDAYA UMNO
Saya terbaca artikel mengenai UMNO Bahagian Cheras ni dan saya tidak terkejut seperti penulis kerana sememanya begitulah budaya UMNO.

Selagi pemimpin boleh "bela" dan beri "laluan" untuk mereka mencari makan, mereka akan sokong mati-matian. Pemimpin itu akan diibaratkan seperti "ahli syurga" walaupun buat kerja-kerja menempah neraka.

Tetapi bila pemimpin tu dan "letih" melayan, penyokong akan sifatkan pemimpin itu sebagai penting diri, "makan seorang" dan "tak buat kerja" kerana akan muncul pemimpin baru sebagai "ahli syurga" untuk membela mereka.

Pergolakan dalam UMNO sentiasa akan berlaku bertambah lagi jika ada calon pengganti Ketua Bahagian.

Almarhum Dato Onn Jaafar dalam penutup ucapan terakhirnya sebagai Presiden UMNO berkata" Inilah bangsa Melayu, bila sokong yang kita harap, sokong membawa rebah, harapkan pagar, pagar makan padi".

Kata-kata Dato Onn itu memangnya benar. Belum terjumpa orang Melayu nak sokong bangsanya jika "tak masyuk". Melayu sanggup berurusan dengan bangsa lain jika ia lebih menguntungkan mereka dan tak pernah pikir soal sanggup rugi kerana bangsa.

Meminjam petikan kata-kata Almarhum HAMKA: "Pemimpin ibarat air, sifat air hendaklah bersih dan barulah boleh membersihkan...Bagaimana hendak membersih jika air itu sendiri tidak bersih".

Nasib Tun Dr Mahathir adalah mangsa budaya UMNO juga, sepatutnya Tun lebih mengetahui budaya UMNO setelah pimpin parti "keramat hidup" tu selama 22 tahun. Sekarang Tun tidak ada kuasa...macam mana mereka layan pandangan Tun? Mereka sifatkan mulut Tun Dr Mahathir sekarang sebagai "mulut neraka" yang boleh menjahanamkan Melayu dan parti. Memang Melayu mudah lupa.

Saya simpati nasib Tun walaupun saya kecik hati bila Tun kata Melayu "haprak" - satu penghinaan kepada orang Melayu. Yang sedih ramai pula pemimpin UMNO masa tu ketawa dan seronok bila Tun kata mereka "haprak" - Apa punya orang saya pun tak faham...

Mereka tak faham "haprak" tu samalah maksud dengan "pariah" bagi orang utara.

Begitulah Melayu terpinggir di Pulau Pinang. Apakah yang UMNO boleh buat selain dari beretorik dalam tambatan. Melayu Pulau Pinang memang dah buat kesilapan demi kesilapan dari dulu, kini dan harap-harap bukan untuk selamanya.

Dulu Tanjong penuh dengan Melayu+mamak tetapi mereka beri laluan kepada MCA untuk memimpin, bila tengok MCA tak peduli orang Melayu, mereka beralih pula beri kuasa kepada Gerakan sebagai pembangkang.

Bila Gerakan dah masuk BN dan sekarang tak pedulikan mereka, Orang Melayu baru sedar mereka cuma menang sorak tapi tanah tergadai...sekarang mereka minta pula nak jadi Ketua Menteri. Lawak boria betul la...Itulah budaya UMNO.

Unknown said...

Para pemimpin parti Umno yang pernah saya anggotai sudah jauh menyimpang. Pemimpin Umno yang ada sekarang, bukan semua tetapi kebanyakannya, berjuang bukan kerana kepentingan bangsa tetapi kepentingan diri. Mereka saling mengejar jawatan, kemudian pangkat dan yang menjadi sasaran utama mereka adalah harta dan kekayaan. Rebut-merebut dalam parti kerana apa? Bukan kerana nak memperjuangkan nasib anak bangsa, tetapi kedudukan, jawatan dan kemewahan hidup. Mereka nak berlagak dan menunjuk kepada masyarakat bahawa mereka "orang berada, orang kenamaan, VVIP yang selalu terbang ke merata ceruk rantau dunia yang fana ini dengan menduduki kerusi empuk di kelas satu atau kelas business. Mereka cukup bangga dengan keadaan itu. Mereka lupa bahawa pangkat, jawatan, harta dan kemewahan yang ada adalah hak Allah yang boleh ditarik balik dalam sekelip mata pada bila-bila masa. Sebab itulah Tun berkata Melayu mudah lupa.
Inilah dilema kepimpinan Melayu dalam Umno.

Anonymous said...

Saya ingin memetik dari website agendadaily yang ada berkenaan isu ini mengenai satu tabiat yang saya pandang remeh tapi budaya UMNO yang memang sudah berbeza.

Dari petikan itu, saya perhatikan yang semua mesyuarat diadakan di hotel. Tidak kurang 8 mensyuarat yang diadakan di hotel di dalam laporan agendaDaily itu.

Soalan saya (bukan kepada Tuan Syed, cuma kepada umum): kenapa tidak digunakan sahaja dewan-dewan dan pejabat-pejabat UMNO yang sedia ada?

Kenapa perlu kita asyik bermesyuarat di hotel?

Adakah perbelanjaan di hotel itu ditanggung sendiri ataupun dibayar sendiri?

Ini cuma contoh budaya membazir walaupun kerajaan menasihatkan rakyat agar "ubah cara hidup" memandangkan harga petrol yang meningkat.

Best la kalau asyik ada perbalahan, makan kat hotel. Mana tak gaduh manjang je UMNO sekarang ni, selalu makan free.

Anonymous said...

Umno Cheras tetap jadi contoh dulu, sekarang dan selamnya. sekarang bolih buat contoh macam mana mahu lancar perang memerang satu dengn lain. takkan orang bertanding G7 pun kecoh macam ni. sudah mati demokrasi dalam umno ka?

warisang tokku said...

Memetik kata2 Tok Nan MB Pahang, ahli2 Umno kena tukar lambang keris di panji2 Umno. Mungkin ahli2 Umno Cheras mula allergik tengok keris sehingga mahu tikam menikam tidak kira lelaki perempuan lagi.

Sudah lumrah manusia suka berebut2 kuasa. Dalam proses mendapat kuasa terpaksa cantas2 kedudukan orang lain. Tidak kiralah beretika ke tidak, asal dapat capai matlamat untuk dapat/kekal kuasa.

Kawan baik boleh jadi musuh dalam waktu belum kering dakwat pena bulu ayam.

Ada benarnya pesan Tun bahawa melayu mudah sangat lupa macam dalam pemilihan wakil 7 Kubang Pasu. Lansong tidak logik Tun tidak ada jasa kepada Kubang Pasu.

Macam itu juga dekat Umno Cheras, lupa ke Ketua Bahagian kepada jasa2 Ketua Wanita Bahagiannya sehingga begitu sekali beliau diaibkan? Masalah dalam kelambu selesai dalam rumah bukannya di tepi highway PLUS.

Dalam keadaan perang pasti ada yang menang, yang terkorban dan yang raih untong. Fikir2kan lah wahai pemimpin seagama sebangsa senusa.

Anonymous said...

Apabila meniliti krisis umno ceras didalam agendadaily saya bolih simpulkan begini:1)Ada satu pihak sedang mencanangkan bak kata dulang paku serpih,kata kat orang aku yang lebih;2)Dato Fatimah itu dilantik olih kaum kaum wanita bukan olih kaum adam untuk menjaga hal ehwal kaum hawa.Rasanya tidak berhak langsung kepala kaum adam itu mencadangkan Dato fatimah letak jawatan.Sekurang kurangnya biarlah sesama kaum hawa yang ada mengatakan pimpinan Dato Fatimah tak efficient.Tidak sebaliknya.Kalau benar.

Unknown said...

Kata-kata Mat Keri ada kebenarannya. Bagi saya, Umno tetap Umno, yang berubah adalah orang yang memimpin, tak kiralah diperingkat mana. Bak kata rang tua, lain hulu lain parang. Inilah keadaan Umno sekarang - ada kelas!

Ya, benar kata Aminsyukur. Saya teringat kata-kata berikut, berikan pujian di depan umum, berikan kritikan secara empat mata. Jangan aibkan orang lain secara terbuka. Jangan mengecam mereka yang sudah berusaha tetapi gagal, jika benar mereka gagal. Kecamlah mereka yang gagal berusaha.

Kepada anonymous saya katakan bahawa yang baik pun contoh apatah pula yang tidak elok.

Nama ketua wanita bukan Fatimah tapi Faridah. Diapun ada pengaruh dan ramai penyokong bukan saja di kalangan kaum hawa tetapi kaum adam.

Saya setuju dgn saudara, kenapa Faridah harus letak jawatan semata-mata atas desakan orang tertentu. Umno milik semua ahlinya dan bukan sebuah syarikat milik keluarga. Tak kenalah untuk mendesak dia letak jawatan.

Unknown said...

Sdr Rusli Ismail,
Inilah musibah yang menimpa Umno.
Dalam ingatan saya, belum berlaku keadaan dimana ketua bahagian menghentam ketua wanitanya secara terbuka. Tindak balas ketua wanita mengisytihar perang juga sesuatu yang baru. Nampaknya, Umno Cheras sekali lagi memberi dan menjadi contoh kepada bahagian-bahagian lain.

Sama-samalah kita amati nasihat yang diwasiatkan kepada kita oleh Sayedina Ali bin Abi Talib r.a.

"Barang siapa yang ingin menjadikan dirinya pemimpin, ia hendaklah mula-mula memimpin dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain."

Nak jadi pemimpin seseorang itu kenalah tunjuk contoh dan teladan yang baik. Berkelahi dan bertelagah secara umum adalah satu sifat yang tidak elok yang tidak seharusnya jadi salah satu sifat pemimpin.

Seperti kata Sayedina Umar Al-Khattab: "Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat."

Jika Syed Ali ataupun Faridah Abu Hassan meminta nasihat daripada orang yang benar-benar ikhlas dan jujur, bukan seperti orang yang berada dikeliling mereka sekarang, masalah ini sudah pasti dapat diselesaikan sebelum ia meletus bak gunung berapi.

"sesungguhnya, kesederhanaan yang lebih utama ialah ketika kaya, dan kemaafan yang lebih utama ialah ketika berkuasa." (Khalifah Umar bin Abdul Aziz)

Anonymous said...

Pak Syed, nampaknya Datuk Faridah ambil tindakan yang betul sebab wartawan tanya beliau depan bossnya iaitu Datuk Seri Rafidah. Pelek kenapa hal diperingkat wanita bahagian disabitkan dengan wanita malaysia.

Tindakan Datuk Faridah memang dijangkakan olih kerna dia perlu mempertahankan maruah diri, marwah wanita bhagian, marwah bossnya, dan marwah wanita malaysia.

Apakah Datuk Syed Ali fikir selama ini Umno Cheras jadi contoh sebab usahanya seorang diri sahaja? Mustahil gitu Pak Syed. Datuk Faridah jadi ketua wanita bahagian sebelum Datuk Syed Ali pimpin bahagian cheras.

Masing2 kena periksa diri sendiri jangan seronok cari salah orang sahaja. Malu pulak kalau orang tegur pemimpin ala diktator. Kurang cantik cuci selimut di tempat awam.

Anonymous said...

Tentang Umno Cheras - retak menunggu belah ni ingin saya memberi pandangan mengenai macam manakah ciri ciri ketua sesuatu organisasi seperti UMNO Ceras sepatutnya.Izinkan saya huraikan dalam bahasa inggris untuk kelancaran penhuraian saya ini.

I hope it is comprehensible to Dato Syed Ali Alhabshi: It is only natural that not everyone becomes a leader; however, those who follow will no longer accept old fashioned leader, full of authoritative ideas and who impose new leadership authority on others. They want leaders with well- rooted human values and who will respect talents and contributions given by others. They want to feel enthusiastic in all their actions.

People want leaders that can create an atmosphere of dynamic,peace and harmony.. They reject intimidation or manipulation, and want to be recognized as an important part in this political organization and changing times.
But first,a leader must look within himself to find new ways of influencing people and changing the course of the organization. It is the leader that must be the first to change;. The leader then gathers followers, but not those that only do what they are told. Leaders want mature and responsible people that can look ahead. As a result a partnership will be formed with those people who are personally committed to themselves and the success of the organization.

There are three types of authority.
Authority granted by position: here we include the title, the position occupied in the organization, and the power bestowed on a person.
Authority of personality: These are natural influential qualities, where the leader is recognized by others because of his behavior and mode of action.
Authority of knowledge. In this type of authority, we count on technical and professional know-how, apart from other types of knowledge that are essential in certain areas.

In the past, there was a tendency for leaders to be supported by the position that they held in the organization. Nowadays the tendency has shifted to the other types of power, where personality and acquired knowledge through good education background are essential.But one thing that everyone agrees on, is that a leader must have character and personality. These are the moral qualities by which a person is judged, apart from other values such as: intelligence, competence and special talents.

Wassalam

Unknown said...

Agreed, sad to say that most of the good qualities you mentioned seems to be "Greek" to Umno divisional leaders and above, except for a handful of them.
Nowdays, to be a leader in Umno you must engage in money politics.

Unknown said...

Sdr Azli,

You described the situation well and boldly. Leaders must be brave enough to set aside their ego and put the interest of the party above self interest. Thank you for your views.

Anonymous said...

Pandangan Pak Don Aiman pada jam 7:38 itu patut di berirenungan yang dalam dan ikhlas olih ahli ahli cawangan Ceras yang di anggap sebagai cawangan contoh itu.

Renunglah dengan lah baik baik terutama sekali para juak juak camp Dato'pak syed Ali.Rasa rasanya ada kena sekali pada kedudokan Dato'.

Perbaikilah kelemahan yang ada demi untuk kebaikan cawangan.

Anonymous said...

UMNO BAHAGIAN CHERAS

Saya sebagai seorang ahli UMNO Bahagian Cheras memang terasa kelainan berbanding bahagian lain.

Ajk Umno Bahagian Cheras tidak di anggotai oleh golongan yang berwibawa, seperti professional atau ahli perniagaan yang berkebolehan, ianya dipenuhi dengan beberapa pengangur, kerani dan lain - lain yang tidak dapat membawa kemajuan kepada parti Umno itu sendiri. Semuanya Pak Turut.

Perkara ini terjadi disebabkan Ketua Bahagian yang menolak pertandingan jawatan diadakan. Jika ada yang cuba bertanding, Ketua Bahagian akan meminta mereka menarik diri.

Kononnya pertandingan akan membawa perpecahan, sedangkan beliau mendapat jawatan tersebut melalui pertandingan.

Bagi saya Umno Bahagian Cheras adalah tempat untuk ahli - ahlinya berkenduri dalam majlis - majlis yang dianjurkan Umno Bahagian, tidak lebih dari itu.

Unknown said...

Kepada pengulas yang nampaknya taksub menyokong Syed Ali, saya panjangkan kesyukuran dan berdoa semoga anda semua benar-benar ikhlas dan jujur menyokong. Bukan kerana duit atau hal-hal kebendaan. Itu hak anda untuk menyokong. Semua orang politik dan yang menyokong orang politik nak hidup. Tetapi, saya amat tidak setuju dengan beberapa kerat penyokong Syed Ali yang agak melampau mengutarakan kata-kata seolah-olah mereka adalah malaikat yang tidak melakukan dosa. Kalau nak ampu dan nak bodek Syed Ali atau mana-mana pemimpin politik yang anda suka, itu pun hak anda. Saya bukan budak yang masih berhingus. Saya juga terlibat, di minta tolong, menjadi wakil kepada ketua cawangan Tynton View untuk mengundi Syed Ali dalam perebutan jawatan dgn Mokhtar Samad. Saya bersengkang mata hingga awal pagi dan saya tidak dapat atau minta satu sen pun. Saya tahu banyak orang, saya percaya semua yang menulis komen menyokong Syed Ali, dapat habuan lumayan. Apa yang berlaku semasa pertandingan di Maluri Valun Inn itu ada dalam buku nota saya. Jadi, tolong jangan nak tunjuk lagak dan hentam saya tak tentu fasal kononnya nak pertahankan kepimpinan "bersih" Syed Ali. Saya harap, tidak ada orang yang nak cabar saya, nanti habis saya londek, tak kira bulan Ramadan atau tidak. Oleh itu, komen kaki ampu dan kaki bodek Syed Ali tidak akan saya siarkan.

Anonymous said...

Saya sokong sepenuhnya kata Tuan Syed Imran. Politik wang tidak dapat dielak dalam politik. Penyokong - penyokong kuat adalah terdiri dari orang - orang yang mendapat keuntungan dibawah seseorang pemimpin.

Memang diakui Umno Cheras telah mengadakan banyak program, tetapi Umno harus dijalankan sebagai parti politik dan bukannya syarikat korporat di mana ketua memilih semua pegawai bawahannya.

Saya cadangkan biar Umno Bahagian Cheras lebih terbuka dalam isu pertandingan, bukankah itu politik namanya.

Dengan pertandingan banyak ketidakpuasan hati dapat di selesaikan. "The best man win"

Menyentuh isu Dato Faridah,saya amat terkejut dengan kata - kata beberapa orang ajk wanita dalam AgendaDaily. Kerana mereka itu amatlah rapat dengan beliau. Kenapakah selama ini tiada ajk wanita bahagian yang mengadu. Saya lihat semua ajk wanita bersama dengan beliau dalam semua majlis yang dihadiri beliau, bahkan berjalan keluar negeri juga.

Janganlah kerana sesetengah pihak yang tidak suka kepada beliau, semua pun menghentam beliau. Dimanakah letaknya kesetiaan kepada pemimpin.