Saya geli hati bercampur marah apabila membaca kenyataan ketua Umno bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Dr Ibrahim Saad yang menyentuh isu masalah orang Melayu Pulau Pinang. Seperti ahli politik lain dari partinya, Ibrahim Saad cuba menjadi jaguh dan pendekar yang kononnya nak memperjuangkan nasib orang Melayu.
Beliau berkata demikian seolah-olah menyangka bahawa orang lain tidak tahu atau lupa akan kedudukannya selaku mantan timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan beberapa jawatan penting lain yang disandangnya sebelum ini. Kenapa tidak melakukan sesuatu untuk menolong orang Melayu jika benar mereka terpinggir dalam arus pembangunan negeri?
Seperti pemimpin-pemimpin Umno lain di Pulau Pinang, Ibrahim Saad hanya pandai bermain sentimen politik, termasuk yang berbau perkauman, semata-mata untuk kelangsungan hidup politik masing-masing.
Kini Ibrahim Saad tampil seperti seorang pendekar dengan bermacam ramuan dan cadangan untuk menolong orang Melayu Pulau Pinang. Bagi saya, orang seperti ini hanyalah pendekar tahi minyak.
Ibrahim Saad, bekas orang kanan Anwar Ibrahim, pernah menyandang jawatan-jawatan berikut dalam pucuk pimpinan Umno Pulau Pinang dan pusat, iaitu Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Timbalan Pengerusi Umno Negeri (sewaktu Anwar jadi pengerusi) dan ahli Majlis Tertinggi Umno.
Beliau juga berkhidmat selama dua penggal sebagai ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya bemula tahun 1986. Beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri dari 1986 hingga 1990.
Mulai Oktober 1990 hingga April 1995 Ibrahim Saad dilantik sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.
Antara jawatan penting yang disandangnya dalam pentadbiran kerajaan negeri dan agensi persekutuan ialah Pengerusi Pusat Industri Kecil dan Sederhana Negeri (SMIC), pengerusi Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, pengerusi Tabung Peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang (1995), dan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Tanah dan Pembangunan Perindustrian Negeri.
Semua jawatan yang disandang oleh Ibrahim Saad bermatlamat untuk membantu dan menolong orang Melayu memajukan diri masing-masing dalam semua aspek pembangunan.
Apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim Saad ke arah itu? Jika beliau telah melakukan sesuatu sudah tentu nasib orang Melayu Pulau Pinang terbela dan sudah tentu mereka tidak terpinggir seperti yang didakwa oleh para pemimpin Umno Pulau Pinang dan disokong pula oleh beberapa kerat pemimpin dari luar Pulau Pinang yang menumpang semangkuk untuk menjadi jaguh.
Setahu saya, semasa Ibrahim Saad berkuasa di Pulau Pinang, antara orang Melayu yang mendapat nikmat adalah seorang yang bernama Aminuddin Saad dan seorang lagi bernama Marzuki Ibrahim. Majoriti orang Melayu masih duduk di takok lama dan jika ada perubahan pun hanya sedikit, itupun atas daya usaha mereka sendiri dan bukan hasil bantuan atau pertolongan Ibrahim Saad.
Oleh itu, amat melucukan ramai orang di Pulau Pinang apabila membaca kenyataan Ibrahim Saad yang mengulas tentang masalah atau isu Melayu Pulau Pinang ketika berucap pada persidangan perwakilan Umno Batu Kawan yang dipimpinnya Sabtu dan Ahad lalu.
Ibrahim Saad adalah contoh kepimpinan Melayu yang ada di Pulau Pinang yang gagal dalam amanah yang diberikan untuk membantu dan menolong orang Melayu. Mereka dengan senang dan tanpa segan silu menuding jari kepada orang lain terutama sekali pucuk pimpinan kerajaan negeri.
Bak kata orang kebanyakan, cakap tak serupa bikin. Pukul rebana menari sendiri.
10 comments:
Sdra,
Walaupun saya bukan anak kelahiran Pulau Pinang, saya kerap juga ke sana. Ada juga kawan-kawan yang bermastautin di sana. Apa yang Sdra sebut dalam komentar ini memanglah tepat. Kenyataan Dr Ibrahim tak lain dari satu kenyatan yang defensif, yang dibuat semata-mata sebagai alasan. Saya melihat ada "denial syndrome" dalam nada beliau, seolah-olah mahu menidakkan keadaan sebenar, seolah-olah tidak langsung mahu mengakui kelemahan atau ketidakupayaan diri sebagai wakil rakyat. Ini tidak jauh beza dengan nasib bolasepak tanahair. Tak menang dikatakan pasukan tak cukup pengalaman; kalah dikatakan pasukan tak cukup kekuatan mental.
Komen Saudara amat tepat. Melayu Pulau Pinang akan terus dipinggir, tak kiralah siapa yang memimpin negeri mahupun negara!
Saya setuju!
Ibrahim Saad memang opportunis!
Sungguh tak malu! Kalau dia dah buat kerja dia dulu, orang Melayu takdelah ketinggalan sampai nak kena komplen sekarang.
Pemimpin UMNO semuanya OPPORTUNIS dengan menggunakan nama bangsa. Keji dan memang sungguh keji.
Saya sebagai bekas ahli Pemuda UMNO Pulau Pinang (Bagan)tahu taktik pemuda UMNO nak dapat duit free. Dah banyak kali dah buat benda macam ni.
Mula-mula, buat cerita, pakat dengan ahli pemuda KL, kononnya PaK Lah ka, Najib ka nak turun mai Penang. Lepas tu amik duit from Penang government, pakat lagi dengan pekerja kerajaan budget untuk pak lah/najib mai...dengan pokok bunga, dengan belon, kereta la...apa semua masuk dalam budget.
bila duit dah dapat, kensel terus semua projek, pak lah/najib tak jadi mai pulak sebab sibuk....benda ni berlaku banyak kali. banyak sangat kali sampai saya rasa duit nak memajukan orang melayu habis dia tangan ketua pemuda bahagian saja.
ini untuk pengetahuan penulis sahaja. mungkin penulis boleh membuat penyelidikan sendiri.
apa apa pun harap berwaspada dengan melayu penang kerana semua sembang bimbang. kalau melayu penang tak tere, masakan ada anak penang boleh jadi legenda filem melayu, P Ramlee.
tapi sedihnya, masyarakat melayu penang akan ketinggalan. tapi salah siapa?
salah mereka dan keluarga mereka.
War caya sama lu.Semua ini betul=betul berlaku.Syabas!!!
Sdr Ali Gemok (Bagan bukan Ali Gemok Bkt Bendera),
Inilah sebenarnya masalah Melayu Pulau Pinang. Masalah pemimpin yang tidak jujur, tidak ikhlas dan tidak sedar diri.
Sekiranya para pemimpin Melayu benar-benar ikhlas, saya percaya nasib orang Melayu akan terbela, sekurang-kurangnya begitulah.
Saya turut menghargai pandangan Kawan. Memang benar apa yang Kawan catatkan itu.
Mungkin pemimpin Melayu Pulau Pinang akan bangun dari kelekaan mereka apabila parti pembangkang (DAP) menang dalam pilihan raya akan datang. Kata orang, baru mereka akan tahu sama ada langit itu tinggi atau rendah.
Teringat saya akan serangkap pantun yang saya sesuaikan sedikit iaitu:-
Pulau Pinang bandar baharu,
Capt Light menjadi raja,
Jika dikenang nasib Melayu
Akan menitis si air mata.
Saya berkesempatan kenal dengan si ibrahim ni sekejap masa dia bertanding di Seberang Jaya. Memang lah masa tu, dia cukup baik sebab masa itu saya ada jawatan dan boleh bantu dia. Hari ini, pada saya dia tak ada nilai satu sen pun. Sekarang dia dah tak kenal saya lagi kut. Saya pun tak ambil pot. Ini macam punya orang, bersepah ditepi jalan.
Dia juga dikenali sebagai Mr. 10%? Itu yang saya dengar, dan apabila saya bercakap dengan peniaga peniaga yang pernah menghantar barangan perkakas dan alatan elektrik, kebanyakannya disponsor orang lain dan dihantar ke rumahnya. Namanya telah lamar dicemar. Apakah ini benar?
saya teringat pengalaman menaiki beca di Penang Street beberapa bulan lalu yang kebanyakannya dikayuh oleh Melayu. perjalanan 10 minit memang terlalu singkat tapi cukup untuk mendengar dan merasai keluh kesah mereka menjadi Melayu di Pulau Pinang. diceritakan oleh seorang abang pengayuh beca tentang kehidupannya yang kais pagi makan pagi. memang sedih
If you wanna know, Dato Dr Ibrahim is a very wealthy man now!!
How do I know? I know so. Go and have a look at his house in Taman Tun Dr Ismail.
This is a guy who turned coat. He was supposed to be a strong supporter of AL having been his Pol sec, but who abandoned Anwar after the latter was sacked from the Govr & Umno, just to retain his posiition in the party.
Dato Dr Ibrahim is a sell-out to the Malays in Pulau Pianang.
All he cares is his position and I bet he made a lot of money when he was the Deputy CM of Penang in the early 90s.
Hani
Dealova, maaf komen sdr terlepas masuk di sini.
Walaupun pengayuh beca terdiri daripada golongan marhain, tidak kiralah sama ada Melayu, Cina atau India, yang penting mereka sering bekerjasama untuk mencari nafkah hidup, saling tolong-menolong apabila menghadapi kesusahan. Inilah yang harus diteladani.
Frankie, saya juga dengar bermacam-macam cerita mengenbai Ibrahim Saad tetapi itu hanyalah dengar cakap. Saya tak pasti kebenarannya walaupun naluri saya condong ke arah mempercayainya.
Post a Comment