Wednesday, November 06, 2013

PRK Sungai Limau - yang menang adalah penduduk

Dalam menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, Kedah yang mengekalkan calon PAS dengan majoriti kurang daripada yang diperolehi pada PRU 13, Kerajaan Barisan Nasional (BN) mencurahkan kira-kira RM16 juta kepada kawasan pilihan raya itu.

Jumlah peruntukan pembangunan, sumbangan dan bantuan itu menghasilkan tambahan undi kepada BN sebanyak 465 sahaja.

Hasil daripada pilihan raya kecil itu sebenarnya memanfaatkan penduduk Sungai Limau, bukan PAS ataupun UMNO. Inilah kelebihan apabila berlaku pilihan raya kecil.

Apa yang menarik perhatian dan julung-julung kali berlaku ialah penganjuran apa yang disebut sebagai Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia yang diadakan sehari sebelum hari mengundi di Bukit Besar, kawasan undi yang dikatakan benteng kuat PAS. Tujuannya adalah untuk meraih sokongan pengundi kepada UMNO/BN.

Dalam karnival itu, penduduk Sungai Limau ditawarkan beras,  gula, tepung pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Beras seberat lima kilogram dijual pada harga RM5 berbanding harga pasaran antara RM18 dan RM20, gula pasir dijual pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan tepung gandum pun dijual pada harga RM1. Penawaran harga murah itu memberi faedah kepada penduduk dan inilah satu rahmat pilihan raya kecil kepada mereka.

Selain karnival, kerajaan Persekutuan meluluskan beberapa peruntukan untuk penduduk Sungai Limau, antaranya RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

Penduduk juga mendapat bantuan perumahan dan cermin mata (kaca mata) bernilai RM2.8 juta, RM2.5 juta untuk tukun tiruan, RM500 ribu untuk jeti perikanan dan RM802,700 untuk program bantuan azam tani MARA, RM300 ribu untuk masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru pra-sekolah agama KAFA dan 33 buah masjid, RM30,000 untuk pinjaman TEKUN dan RM19,700 dalam bentuk zakat AgroBank.

Faedah dan habuan yang diperolehi rakyat apabila berlaku pilihan raya kecil jauh lebih besar dan banyak daripada apa yang mungkin diperolehi semasa pilihan raya umum. Kawasan atau kampung mereka pun menjadi terkenal apabila pemimpin-pemimpin negara dan media berkampung dan memperlihatkan keprihatinan terhadap masalah rakyat. 

Apakah harus berlaku pilihan raya kecil untuk membolehkan rakyat mendapat sebegitu banyak faedah sedangkan sebelum itu boleh dikatakan menteripun tak masuk kampung, apatah pula Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri. Ramai yang tidak tahu akan kewujudan kampung-kampung nelayan dan petani di Sungai Limau. 

Sekarang seluruh negara tahu dimana letaknya Sungai Limau!      





1 comment:

bat8 said...

Tuan,

Jika kita perhatikan trend tektik UBN didalam PRK pasca PRU 13, terutama di kawasan luar bandar ialah memukau para penggundi dengan janji-janji pembangunan berskala mega( kadang2 kita lihat pun tak masuk akal). Disamping dengan taburan wang segera dalam pelbagai bentuk yang sering digunakan sebelum ini dengan sedikit pembaharuan merupai cheap sale supermarket.

Umpan pembangunan berskala mega ni kita lihat di PRK Kuala Besut tempohari. Umpan pembangunan mega pesisir pantai yang siap dengan model photoshop benar-benar memukau hati p3ngundi termasuk orang-orang PAS.

Tapi setelah sekian lama PRK Kuala Besut berakhir, berita mengenai pembangunan berskala mega itu sudah tidak kedengaran lagi. Tukang kempen no.1 projek tu pun aka TPM dah membisu seribu bahasa.

PRK Sg. Limau pun dibuat dengan sedikit pengolahan dari cara yang sama. Kali ini dihambur pelbagai peruntukan berjuta-juta kepada sekolah2. Tunggu le time lepas PRK nanti habuk pun tarak.

TDM memberi ulasan yang menarik tentang kempen UBN dalam PRK Sg Limau. Walaupun ia bertujuan untuk menghentam Najib tetapi logiknya ada. It just showed how desperate is UMNO and how "DUMP" th3y are. Bagi anak ayam dengan dedak sekali????......siapa yang .bengap ke tol tahap gaban ni? hahaha.

Pengundi PRK Sg. Limau telah perdajaikan UBN cukup-cukup. Bagi cermin mata percuma, anak ayam, jualan murah gula & beras sebenarnya adalah satu penghinaan kepada para pengundi PRK Sg. Limau. Padam muka dengan UMNO bila mereka ambik semua yang diberi tetapi memastiman UBN makan d3bu ( bite the dust).

Jadi mari kita berdoa agar akan ada lagi PRK dimasa hadapan. Kita nak t3ngok lagi sekali siapa perdaya siapa. Siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh. Orang kata, the table is being turned slowly but surely against UMNO!

HOREYYY....HOREYYY