Thursday, November 21, 2013

Harga 'pajakan' Pulau Pinang terlalu murah.....

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mahu harga 'pajakan' yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikaji semula berdasarkan pasaran semasa.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata 'pajakan' yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah dan  Syarikat Hindia Timur (EIC) yang diwakili Francis Light itu terlalu murah dan perlu dikaji semula.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar RM10,000 setahun kepada Sultan Kedah.

Perjanjian 'pajakan' itu dikatakan sah laku selagi ada bulan dan matahari, iaitu yang bermaksud untuk selama-lamanya.

Sepatutnya, apabila Tanah Melayu atau Malaya Merdeka pada 31 Ogos, 1957, Kerajaan Persekutuan  menghapuskan atau menamatkan 'pajakan' yang dibuat berat sebelah oleh pihak penjajah. Malangnya, ia tidak dilakukan dan 'pajakan' itu diteruskan. Apa erti kemerdekaan?  Persoalan ini yang harus diteliti dan diperbetulkan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang.

Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah dan dipajak oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada EIC untuk mendapat perlindungan ketenteraan daripada serangan Siam dan Burma yang mengancam Kedah.

Pada tahun 1790, apabila pihak Inggeris (EIC) belot dan tidak menunaikan janji untuk mempertahan Kedah daripada ancaman Siam ataupun Burma, maka Sultan Kedah melancar serangan untuk mengambil balik Pulau Pinang tetapi gagal.

Kegagalan itu memaksa Sultan Kedah 'menyerah'  Pulau Pinang kepada Inggeris dan baginda dibayar 'honorarium' sebanyak 6,000 "Spanish dollars" (matawang yang diguna atau sah laku hampir di seluruh dunia ketika itu). 

Pada tahun 1800, pihak Inggeris 'merampas' Seberang Perai daripada Kedah, atas alasan keselamatan, dan menamanya sebagai "Province Wellesley" (sempena nama Arthur Wellesley yang kemudian dikenali sebagai Duke of Wellington).

Inggeris 'menambah' bayaran saguhati kepada Sultan Kedah daripada 6,000 kepada 10,000 "Spanish dollars" dan bayaran 'pajakan' itulah yang diteruskan hingga sekarang. Tetapi nilainya tidak sama dan tidak boleh diterjemahkan kepada ringgit dan kupang. 

Untuk makluman, "Spanish dollar" dalam bentuk syiling emas dan syiling perak, dikeluarkan oleh Empayar Sepanyol selepas reformasi matawangnya pada tahun 1497. Matawang ini diguna atau dijadikan matawang dunia sama seperti matawang Amerika Syarikat (US dollar) sekarang.

"Spanish dollar" juga sah laku di Amerika, Utara dan Selatan,  di Eropah dan Timur Jauh terutama di Asia Tenggara yang dijadikan matawang utama sehingga kurun ke-19. 

Jika mengikut nilaian sebenar, 10,000 "Spanish dollars" tidak sama dengan RM10,000 seperti yang dilaksana sekarang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang melunaskan bayaran 'pajakan' kepada Sultan Kedah.

Persoalannya ialah kenapa perlu membayar pajakan yang jelas tidak adil dan lebih merupakan satu penipuan oleh penjajah ke atas Sultan Kedah? Kenapa tidak pulangkan wilayah jajahan itu kepada Kedah?

Seharusnya pentadbiran Pulau Pinang diserah kembali kepada Kedah dan 'perjanjian pajakan' itu dimansuhkan. 

Benar, bayaran 'pajakan' yang dibuat sekarang jauh lebih rendah (terlalu amat murah) daripada harga sepatutnya. Benar juga apa yang dikata oleh Mukhriz iaitu harga tanah di bandar Alor Star lebih mahal daripada harga 'pajakan' Pulau Pinang.

Oleh itu, usah persoal harga 'pajakan' tetapi berusahalah untuk memansuhkan 'perjanjian' itu dan pulangkan hak Kedah ke atas Pulau Pinang. 

Saya ingin lihat Sultan Kedah bersemayam di Istana Anak Bukit, Alor Star  dan Raja Muda Kedah atau Tengku Bendahara Kedah bersemayam di Istana Kedah, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang untuk menandakan yang Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Negeri Kedah Darul Aman.

    


4 comments:

nick said...

It is a curious thing that the issue of "unreasonable amount of lease paid to kedah for the Island of Penang" only surfaces when Mukhriz and UMNO are in control of kedah. The issue never came up when BN was the state govt of Penang (for donkey years) and we didn't hear a whisper when PAS was the Kedah state govt. Why now and why it became an issue since Penang did not negate on the payment? UMNO did not see it fit to return Penang to Kedah upon independence and neither did BN consider Kedah the rightful owner of Penang when it was the state govt!

I think the issue of the measly 10,000 paid as lease for Penang should not be raised unless all of us wants to revisit all the agreement that was not honored by UMNO and BN as Federal govt in relation to its obligation to the individual states especially those controlled by PR. And what about the Petroleum royalty agreement that was claimed to be "non existence" by TDM, father of Mukhriz??? Melayu mudah lupa bahawa perjanjian itu wujud dan wang ehsan adalah pembohongan besar TDM?

Why be selective to revisit an ancient agreement on Penang but selectively and conveniently ignore more recent and binding agreement made by the federal govt of Malaysia. When it was UMNO who dishonored numerous agreements, written and promised, it is acceptable but if it involve PR then it is unfair, unjust or even traitorous.

I don't see any justification for the Malays to urge Penang to fork up more money to pay the lease (after all the kedah malays won't benefit a single sen from it). NOT when the Malaysian govt doesn't even wants to renegotiate the ridiculously low water rate that Singapore pays to Johor for its water! Double standard or hypocrite? Does it apply to UMNO or to DAP? Which ones claims to be an Islamic party but frequently renegades and dishonor written agreement? Which party frequently apply selective prosecution and persecution to the helpless and powerless and protect the powerful but corrupt? You tell me and only then we can talk about why the Malays should be behind Mukhriz to ask for more money from Penang.

I think it would be better for Mukhriz to ask Najib to appoint Kedah SEDC as the consultant for the Malaysian Govt, the fees it will get alone, will dwarf anything Penang could offer and could even surpass the total annual income of the whole state of Kedah! Mukhriz can't ask Najib to pay Kedah SEDC 10% from the total 7.2 billion Najib pays foreign consultant? Mukhriz WAS the deputy minister of trade and industries, don't tell me he doesn't know how to prepare report, paperwork and projections? Mukhriz ran out of ideas on how to increase Kedah revenue that he resorted to strong arm Penang to pay more for the lease? Scratching his head till he's bald and that's all he can come up with? That explained why our foreign investment were pathetic when Mukhriz was there!

Nick.

Anonymous said...

Mukhriz sengaja mencari isu untuk maksud yg cuma dia saja tahu. kenapa dia tidak mengajukan soalan pajakan ini kepada Peguam Negara ataupun Solicitor General? Dari membuang masa menggaru kepala botaknya itu, dia patut meminta AG dan SG memberi pendapat mereka dari segi undang2 samada ideanya ni merapu atau tidak.

Kalau dia tidak percaya kpd SG dan AG, mintalah pendapat daripada konsultan mahal seperti yg dibuat oleh bossnya Ah Jib Ngor.

sri hartamas

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sebelum pulang semula Pulau Pinang, harus kita adakan referendum dulu samada orang Penang hendak masuk semula Kedah atau berada dalam jajahan Penang.

Yang paling mustahak sekali adalah keadaan rakyat penang yang paling diutamakan.

Penang dan Kedah adalah dalam wilayah Malaysia, bukan negara berasingan atau jajahan yang lain seperti zaman dahulu kala.

Adalah lebih baik jika perihal kesejahteraan rakyat penang diutamakan daripada kita mempersoalkan sempadan jajahan negeri.

Ini akan lebih memeningkan sekiranya kita mengkaji dan merujuk Kuala Lumpur yang asalnya daripada wilayah Selangor.

Dato' Mukriz seharusnya membangunkan Kedah secara pada kadar yang sepatutya, bukan menimbulkan kontroversi yang tidak menguntungkan rakyat setempat.

Negeri Kedah pun bukanlah negeri yang kecil atau tidak cukup tanah untuk pembangunan.

Orang Johor

5sal said...

Tak yah duk pikiaq tentang pajakan murah ka mahai ka.Pasai pa hari duk dia duk higaq sgt.kalu pajakan mahai pun bukan boleh kat kerajaan negeri,takut masuk poket yang satu lagi tu.Kalu nak kaya Kedah kaya lama dari PP tu.Banyak hasil bumi,tak cukup ngan padi, balak ada tapi pasai pa masih susah lagi.Ada la sat kut 'KAYA' masa 2008 hingga pertengahan 2013.Lepaih tu miskin balik sampai botak kepala mb kedah duk pikiaq macam nak dapat balik.Timboi isu PAJAKAN.Bagi saya tak kesah mahai ka murah ka janji sampai masa kerajaan BAYAQ.Tak kira la tiap-tiap hari ka,minggu ka,bulan ka atau tahun. Ada rakyat yang macam lembu,tak pa pa melenting. Itu yang UMNOOOOOO seronok tu.