Saturday, September 03, 2011

Jurukamera BTV gugur di Somalia

AL-FATIHAH.

Saya ingin merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham Noramfaizul Mohamad Nor, 39, jurukamera Bernama TV, atas kepulangannya ke rahmatullah semasa menjalankan tugas di Mogadishu, Somalia.

Allahyarham dilaporkan terkorban akibat terkena tembakan semasa dalam perjalanan ke hotel penginapan bersama-sama beberapa rakan media di ibu kota Somalia.

4 comments:

mr edz said...

sudah takdirnya begitu.

Leman Lawak said...

Salam Tuan Syed,

Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul serta takziah kepada keluarga Allahyarham.

john silver said...

bro syed,
kita ucapkan takziah kepada keluarga beliau. walau bagaimanapun, pengajaran penting dari peristiwa ini ialah apakah rombongan media malaysia melalui penganjurnya mematuhi 'standard of procedures' yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu semasa bertugas di zon perang???

Unknown said...

Terima kasih Leman Lawak. mr edz begitulah kehendak Allah.

John Silver, walaupun PBB ada SOP tetapi setahu saya media Malaysia tidak mengamalkannya. Ada anggota media yang ke Somalia disebut sebagai 'sukarelawan', sedangkan mereka ke sana dengan izin majikan dan menjalankan tugas rasmi.

Dalam kes ini, kita tahu bahawa keadaan di Somalia memang berbahaya. Apabila NGO seperti Putera 1Malaysia ke sana, mereka sudah pasti tahu dan sedar akan risikonya termasuk yang dihadapi oleh media. Oleh itu, Putera 1Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

NGO yang dipimpin oleh Abdul Azeez ini agak aktif walaupun ada NGO lain seperti Mercy Malaysia yang jauh lebih awal dan lebih kerap ke luar negara untuk tujuan yang sama.

Yang membezakan Mercy Malaysia dengan Putera 1Malaysia ialah yang satu tidak mementingkan publisiti manakala yang satu lagi mencari publisiti.