Monday, April 19, 2010

Minum arak tetap haram dan ada ruang untuk bertaubat

Minum arak hukumnya haram. Itu yang pasti dan tidak boleh dipersoalkan.

Soal calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang mengakui pernah minum arak semasa zaman "jahiliahnya" juga satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan.

Ramai umat Islam yang berjawatan tinggi pun pernah buat begitu bahkan ada yang masih dengan tabiat "jahiliah" itu.... termasuk orang UMNO.

Cuma, kita tidak pasti sama ada mereka, terutama Zaid Ibrahim, telah bertaubat dan tidak lagi meminum arak. Jika dia telah bertaubat, alhamdulillah dan kita tidak seharusnya membangkitkan perlakuan yang berlawanan dengan ajaran Islam yang pernah dilakukannya.

Perbuatan menghina atau memburuk-burukkan orang lain pun dilarang oleh Islam.

Yang menghairankan saya ialah kenapa baru sekarang nak ungkit tabiat atau perbuatan itu?

Kenapa perbuatan Zaid Ibrahim meminum arak tidak dijadikan isu semasa beliau berada dalam UMNO dan berjawatan menteri? Adakah ianya "OK" apabila Zaid bersama-sama UMNO dan tidak apabila dia tidak bersama-sama UMNO?

Haram tetap haram, tidak kira kedudukan dan taraf hidup seseorang itu dan kita juga mesti terima hakikat yang seseorang itu diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dan kembali patuh kepada ajaran Islam. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka bukan kerja kita.

11 comments:

man dego said...

Kemana pinya calun bebas melayu itu ? Mengapa tarik diri? ada apa-apa ke?. Melayu.. melayu... macam mana nak melayu

Unknown said...

Man Dego,

inilah sandiwara politik pilihan raya kecil dan ia lazimnya dirancang dan ada pula habuannya.

kedua-dua calon bebas hilang wang pertaruhan sebanyak RM10,000 dan tidak mustahil ada pihak yang akan menggantikan kehilangan itu termasuk ditambah dengan bonus yang lumayan.

Syed Amat said...

Pak Habib,

Saya nak bagi dua komen, satu dari sudut pandangan politik dan satu lagi dari sudut moral.

Bagi saya, bila sebut pasai menghina atau memburuk-burukkan orang lain dalam politik adalah sebhgian dr mainan. Pilihanraya sblm ini pun pembangkang guna tektik yg sama hingga porak peranda rumahtangga calon UMNO. Bagi saya ini perbuatan lebih hina, hingga mengakibatkan keruntuhan rumahtangga.

Bebalik kepada isu pokok, tabiat suka mabuk adalah suatu sikap yg amat buruk. Budaya mabuk berkait rapat dgn sikap berpoya2. Seorg yg gemar berpoya2 tidak layak utk memimpin masyarakat kerana amalan tersebut memerlukan modal yg besar dan mendedahkan seseorang itu dgn budaya rasuah. Oleh itu rakyat patut diberitahu tentang perkara ini agar pemimpin yg dipilih adalah benar2 layak jadi pemimpin.

Bagi saya, pembangkang juga patut mendedahkan siapa pemimpin UMNO yg suka mabuk walaupun beliau kini berada dikedudukan tinggi dlm pentadbiran kerajaan. Bersihkan kepimpinan negara dr pemimpin yg kuat berpoya2. Masalah yg terjadi dlm masyarakat kita, kita masih boleh berkompromi dgn sikap2 buruk spt ini. Bila si pemabuk kata dia telah bertaubat, kita terima bulat2 dan beserah kpd Allah utk memberi balasan. Taubat dan "TAU BUAT" adalah dua perkara yg berbeza.

Kita kena bersihkan negara kita dr pemimpin yg rendah akhlaknya, tidak kira pemerintah atau pembangkang. Sampai bila rakyat Malaysia terpaksa makan nasi mentah, yg dihidang dlm 2 jenis pinggan yg berbeza. Satu pinggan plastik dan satu lagi pinggan kaca. Namun nasinya tetap mentah dan boleh membuat kita sakit perut.

Unknown said...

Syed Amat,

Saya setuju. Apa yang saya maksudkan ialah kenapa bangkitkannya sekarang sedangkan ia tidak timbul semasa Zaid berada dalam kerajaan. Itu saja.

Haram tetap haram sama ada seseorang itu penyokong atau penentang mana-mana pihak. Itu yang saya cuba tegaskan.

Apabila sesuatu perbuatan itu diharamkan oleh agama, ia bukan lagi soal politik mahupun moral, ia adalah 100 peratus soal agama.

Syed Amat said...

Pak Habib,

Sepatutnya pembangkang pun harus pikul tanggungjawap utk membongkar segala bentuk keruntuhan akhlak dikalangan org politik. Mengapa harus tunggu "hang bukak lubang aku, aku pun boleh bukak lubang hang"? Dengan kata lain, menipu rakyat la tu. Dua2 sama.... UMNO dan Pembangkang. Sbb tu saya kata dua2 tu serupa nasi mentah, memudaratkan kesihatan kita. yg beza hanya cara persembahan.

Syed Amat said...

Nie nak sembang topik keluar sikit dr politik... :D.

Budaya mabuk dewasa ini amat berleluasa dan bagi saya amat membimbangkan terutama melibatkan anak melayu yang beragama islam. Dimana silapnya?

Saya pernah berdepan dgn seorg staff yg menjadi pemabuk setelah isterinya lari mengikut org lain. Saya panggil beliau dan bertanya, "Kalau saya suruh org sediakan daging babi lepas tu suruh kamu mkn, kamu mahu tak?". Dia jawap "Tak nak". Saya tanya dia lagi, "Apsal kamu tak nak?". Dia jawap "Haram". Saya terus ceramah kat dia "Abis arak yg kamu minum tu tak haram?" Dia diam. Alhamdullilah dia berubah dan kini dah naik pangkat jadi Penolong Pengurus..

Apa yg nak disampaikan, kalau kita tgk peminum arak dikalangan muslim skrg ini, sedikit pun tak merasa jijik utk meneguk air haram tu, tapi berasa amat jijik utk menyentuh daging babi dan anjing. Kita patut menkaji pasai apa benda ini terjadi. Jika ada perasaan jijik dikalangan peminum arak ini seperti mana jijiknya mereka hendak menyentuh babi dan anjing, kita akan dpt membendung budaya ini.

Sekadar pendapat... :)

Unknown said...

Syed Amat,

Saya pun hairan dan tiada jawapan kenapa orang Melayu begitu jijik dengan babi tetapi tidak dengan arak dan perbuatan lain yang hukumnya haram.

d'enricher said...

Tuan Syed,

Itu lah beza nya orang yang berilmu dengan orang yang tidak.

Kita kat Malaysia ni, orang melayu kategorinya Islam. Itu pasal ada masanya orang kata masuk melayu kerana pada istilah pelembagaan kita orang melayu tu semestinya Islam.

Kalau saya kata orang melayu minum arak, orang Islam minum arak tapi orang Iman tidak akan sekali kali melakukan perkara tersebut.

Kerana apa???

Kerana orang yang beriman faham hukum, begitu juga dengan banyak perkara lain yang berkaitan dengan agama. Ramai orang nak bercerita tentang agama, tapi Ilmunya ???

Akhirnya, kalau belum cukup ilmunya, hati hati apabila berdebat bab agama. maaf kalau ada yang tersinggung.

Nabi bersabda yang bermaksud : "Agama itu nasihat", maka saya sampaikan lah.

A.Alshukor

askar melayu said...

Syed
Pada saya, soal arak ni ditujukan kepada PAS. Ulamak besar yang mengkafirkan orang UMNO dan dengan itu telah mungkin berjuta anak tak bertaraf di Malaysia TETAPI bila Zaid Ibrahim masuk PKR menjadi putih bersih seperti bayi baru lahir. Dan juga bila orang bukan Islam membaca ayat alQuran sebaris dua didakap dan dicium.

Saya amat bersetuju dengan saudara - "minum arak tetap haram dan ada ruang untuk bertaubat" tetapi bolehkah ulamak besar PAS bertaubat kerana mengkafirkan umat Rasullulah SAW yang berbeda pahaman politik?

Mungkin akan keluar fatwa,dikira bertaubat jika masuk PKR. Seperti kata saudara,ini bukan lagi soal politik atau moral.

Unknown said...

A.Alshukor, terima kasih atas nasihat saudara. Saya amat setuju bab perbezaan antara orang berilmu dengan yang tak berilmu dan antara orang yang beriman dengan yang tidak.

Askar Melayu, mungkin benar ia dituju kepada PAS kerana Mustafa Ali dah pun jawab. Bak kata orang, siapa yang makan cili dialah yang merasa pedasnya.

Seperti yang pernah saya tulis, bab kafir bukan kerja manusia terutama para ulama PAS, itupun jika benar mereka ulama, kerana saya yakin ulama sebenar tidak akan dengan mudah mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka termasuk dari sudut berlainan mazhab apatah lagi fahaman lain seperti politik. Oleh itu, saya senang dengan ulasan saudara. Terima kasih.

HeroHuruHara said...

Tak minum arak pun ramai ahli politik Melayu Islam yang MABUK.

Ramai yang berpangkat VVIP dan berjawatan tinggi (menteri dsbnya) MABUK CINTA dengan wanita cantik

Ramai yang baru terjah karier politik dan MABUK DUIT

Ramai yang dah lama dalam politik MABUK JAWATAN

Ada juga yang sudah selesai Pilihanraya Umum MABUK KERUSI

DAN akhir sekali ramai yang sudah dipinggirkan MABUK DARJAT (mahukan gelaran tinggi Tun, Tan Sri, Dato Seri dan seumpamanya)

PALING KESIAN selalunya tukang tampal poster yang selalu mabuk asap rokok kerana berjaga lewat pagi tunggu line clear