Saturday, May 23, 2009

Perlukah sebuah lagi jambatan di Selat Tebrau?

GAMBAR HIASAN DARI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG yang sedang dinaik taraf.


Lain padang lain belalang, lain pemimpin lain pula cadang(nya). Itulah yang dapat saya katakan apabila cuba mengamati cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina sebuah jambatan baru menghubungkan timur Johor dengan timur-laut Singapura.

Setahu saya, cadangan mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad ialah untuk menggantikan tambak dengan sebuah jambatan. Bukan bina sebuah jambatan baru disatu kawasan lain.

Dua perkara penting harus dipertimbangkan sebelum DS Najib teruskan cita-citanya itu yang sudah semestinya, mendapat sokongan PM Singapura Lee Hsien Loong, kerana ia lebih menguntungkan republik itu berbanding Malaysia.

Perkara pokok pertama yang harus diingati ialah aliran arus air laut di Selat Tebrau yang kini tersekat kerana adanya tambak. Jika tambak diroboh dan diganti dengan jambatan, maka aliran dan arus laut akan pulih seperti sediakala yang bakal memberi manfaat kepada hidupan laut dan menambah rezeki nelayan.

Kedua, dari sudut keselamatan tambak menjadi penghalang untuk bot-bot dan kapal-kapal ronda Kastam, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Penguatkuasaan Maritim Malaysia ataupun Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sekarang, bot dan kapal peronda agensi keselatan dan penguatkuasaan Malaysia terpaksa berlayar melalui selatan Selat Singapura untuk dari bahagian barat Semenanjung ke bahagian timur Semenanjung atau dari timur ke barat. Jika tambak diroboh dan diganti dengan jambatan, masa perlayaran jauh lebih cepat hanya melalui Selat Tebrau tanpa perlu mengambil laluan jauh melalui Selat Singapura. Faktor ini mesti diambil kira demi keselamatan negara.

Perkara pokok kedua yang mesti dipertimbangkan sebelum memikir untuk membina jambatan dari Penggerang ke Singapura ialah kedudukan Pelabuhan Pasir Gudang.

Kita semestinya mengambil kira sama ada jambatan yang dicadangkan itu boleh menjejas kedudukan strategik Pelabuhan Pasir Gudang atau tidak. Jika laluan kapal besar termasuk VLCC untuk ke Pasir Gudang bagi tujuan pembaikan dan sebagainya terjejas dek adanya jambatan, maka kita tidak seharusnya membina jambatan di kawasan itu.

Sekiranya kedudukan Pelabuhan Pasir Gudang terjejas, sudah tentu ia menguntungkan pelabuhan di Singapura. Ini yang harus difikirkan, iaitu keutaman negara.

Kita tahu bahawa pihak Singapura telah merasai kesan daripada keberkesanan Pelabuahn Tanjung Pelepas (PTP) dan mereka telah mengambil tindakan tertentu termasuk manambak laut luar pantai Jurong dengan harapan dapat mengurangkan saingan daripada PTP, jadi kenapa kita pula mahu membina jambatan yang mungkin menjejas Pasir Gudang?

Malaysia harus berhati-hati dan tidak terburu-buru membuat sesuatu keputusan dalam hubungan dua hala dengan Singapura. Walau apapun yang hendak dibuat, sama seperti Singapura, kita seharusnya bersikap berhati-hati kerana kita tidak mahu peristiwa Batu Putih berulang. Semoga pisang tidak berbuah dua kali.

Biarlah apa yang hendak dilakukan benar-benar menguntungkan kedua-dua pihak atau "win-win situation" yang betul. Bukan "win-win" seperti dalam isu Batu Putih, mereka dapat isi (daging) kita dapat tulang.


16 comments:

Anonymous said...

Tuan Syed,
Peribahasa lama "Pisang berbuah dua kali" tidak sesuai dipakai dalam kontek penulisan Tuan syed ini. Bukankah pisang berbuah dua kali itu mengambarkan keuntungan? yang kita tidak mahu ialah pisang berbuah kecubung, yang membawak maksud menghasilkan racun dan kerugian.
Wassalam.
-makan gaji.

Anonymous said...

Saya rasa kita dapat lihat lagi satu PM yang tidak ada telor bila berhadapan dengan Singapura, mereka bantah untuk merobohkan tambak johor, cepat-cepat PM kita mencadangkan pembinaan jambatan ketiga dengan berbagai alasan untuk menutup akan kecilnya telor. Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah agar tambak diroboh agar air laut dapat lepas, dengan itu akan memberi penambahan dan nafas baru bagi kehidupan marin dan untuk jangka panjang dapat membantu nelayan kecil di Johor menambah rezeki mereka. Tindakan yang bacul dan takut akan dengan Singapura ini membuat rakyat makin menjauhkan diri dari BN dan UMNO, tunggulah PR umum akan datang.

buyong said...

Peibahasa melayu ada berkata " keluar mulut rimau, masuk mulut buaya".

Sama la macam kita rakyat malaysia.

Unknown said...

Bab pisang tu saya terima. Kadang-kadang peribahasa lama tak boleh pakai dalam konteks tertentu. Terima kasih.

Nak berdepan dengan pemimpin seberang tambak memerlukan keberanian dan kebijaksanaan sebenar. Pemimpin republik itu telah menarik nafas lega apabila Tun M lepas jawatan PM.

Pak Lah gagal dan kita harap, dan berdoa, semoga DS Najib tidak mengulangi kesilapan apabila berdepan dengan pemimpin pulau singa itu.

Anonymous said...

Boleh sesiapa beritahu kenapa PM-PM kita ni lebih tertarik dgn pendapat Singapura dari pendapat sendiri ?

Singapura ade rahsia yg rakyat Malaysia tak tahu kut ?

Nani Cheras.

Unknown said...

Untuk pengetahuan semua, mantan PM Singapura yang kini bergelar menteri mentor, Lee Kuan Yew, pernah berkata bahawa negaranya perlu sebuah pentadbiran yang kuat (saya tambah - termasuk dari segi ketenteraan) untuk mengekal hubungan baik dengan Indonesia dan Malaysia, dan untuk berinteraksi dengan ahli-ahli politik Indonesia dan Malaysia yang, menurutnya, melihat Singapura sebagai sebuah negeri Cina, dan menjangkakan atau mahukan Singapura supaya "sensitif" dan memenuhi permintaan-permintaan mereka (Indonesia dan Malaysia).

Jika diteliti kenyataan di atas, Singapura melihat Indonesia dan Malaysia sebagai "satu ancaman" termasuk dari segi keselamatan. Oleh itu, negara pulau itu mesti sentiasa berada pada tahap yang "kuat" dan siapsiaga seperti yang kita dapat lihat hari ini. Singapura memiliki persenjataan canggih yang mengatasi apa yang dimiliki oleh Indonesia dan Malaysia termasuk empat buah pesawat AWACs (E2C), iaitu yang tidak dimiliki oleh sama ada Indonesia mahupun Malaysia. Republik itu mengamalkan dasar "serang sebelum diserang" terutama oleh dua buah negara jirannya. Dua buah kuasa yang sentiasa berada di belakang Singapura ialah Amerika Syarikat dan Israel (penasihat keselamatan).

Oleh itu, Singapura tidak akan dengan mudah "tunduk" kepada kedua-dua negara jirannya sekiranya ia sendiri tidak mendapat faedah atau merugikan mereka.

Dalam suratnya kepada mantan PM Abdullah bertarikh 29 September 2006 yang diedarkan kepada media Singapura, Kuan Yew berkata:

"On the bridge and half bridge to remove the Causeway, you made the position of your government clear; that Malaysia respects legally binding agreements and acts in accordance with international law. This made unnecessary a reference to ITLOS and the International Court of Justice that would otherwise have been unavoidable. This respect for the law is the basis for sound long-term relations between us."

ITLOS ialah International Tribunal For the Law of the Sea iaitu sebuah tribunal untuk mendengar dan menghakimi perbalahan membabitkan isu kelautan. Isu tambak Johor, umpamanya, boleh dirujuk kepada ITLOS oleh Singapura sekiranya Malaysia mengambil tindakan unilateral. Kegagalan membina "jambatan bengkok" ada kaitan dengan faktor ini.

askar melayu said...

Syed
As the government-in-waiting, PR should issue an official stand on the issue. Surely PAP's little brother DAP have something to say about all this.

Where's and who's the shadow Foreign Minister?

Unknown said...

Askar Melayu,

Sayapun tidak tahu siapa menteri luar "Kabinet Bayangan" Pakatan Rakyat.

Semasa bertugas di Singapura pada era pentadbiran Kuan Yew, saya berpeluang ke pangkalan udara Paya Lebar atas undangan MINDEF republik itu. Saya adalah antara beberapa orang yang dipilih memasuki sebuah simulator RSAF. Apa yang menarik perhatian saya ketika itu ialah latihan "dog fight" yang diprogramkan. Pelatih juruterbang RSAF menjalankan simulasi "berjuang" dengan pesawat musuh. Pesawat Super-Skyhawk RSAF berjuang dengan sebuah pesawat "musuh" di ruang udara. Pesawat musuh adalah jenis F5E, bukan MiG19 atau MiG21. Adakah ia satu kebetulan kerana TUDM ketika itu menggunakan pesawat F5E?

Hasil daripada lawatan itu juga saya mendapat tahu bahawa sebaik sahaja pesawat AWAC RSAF berlepas landas dari Paya Lebar, liputan radarnya menjangkau sehingga Kuantan.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Apa nak takut, kita kan ada kapal selam scorpene...... komisen je jejak $500 juta, takkan tak leh lawan Singapore..kalau radar dia nak sampai kuantan ke pekan ke, apa nak takut.....kita selam je dalam laut kat tambak johor mesti Singapore terencat :)

Unknown said...

Yang kita bimbang ialah kerana komisyennya terlalu besar, kapal selam tu tak ikut spesifikasi sebenar, selam punya selam, tak timbul-timbul pulak.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Pisang pasti akan berbuah "berkali kali". Mana dia pelabur dari negara-negara Arab?

-terjual-

Skuad Peninjau said...

Salam.
Pak Syed,

Tun M tengah tahan mulut dia daripada nak memuntahkan kritikan ke atas Najib.
Hal singapura ni memang buat dia tak berapa berkenan.
Tapi, kalau ada 1-2 hal lagi yang dia tak senang, dia akan memakai baju pahlawan balik, macam dulu masa perang Pak Lah-Dr M.
Dr M masih ada dia punya Imperial guard, Najib kena hati hati.
Pak Lah dah met his waterloo.
Macam mana agaknya dengan Najib?

Anonymous said...

Tuan Syed,
kita sudah hilang pulau batu puteh ni kita nk bina jembatan ketiga pulak? apa sebenarnya rational disebalik idea tersebut? kalau kita perhatikan dari tuas ke changi iaitu dari barat ke timur (sinapore)hanya memerlukan masa setengah jam perjalanan saja dan cuba bayangkan dari bandaraya jb ke desaru atau penggerang dgn. trafik jam yg. teruk saya rasa ambil masa 2 atau 3jam yg. untung rakyat singpore yg. nk pergi mandi2kat desaru cukup dekat baik duit tu belanjakan buat jalan dan lebuh raya untuk kemudahan dan keselesaan terutama warga johor itu lagi baik
yang pasti otak PM Singapore lebih baik dari otak PM kita kerana kita selalu "give way" pada mereka saya tabik dan respect pada Tun Dr Mahatir yg. berani dan tegas dlm situasi berdepan dgn. singapore
wassalam...;-)

Unknown said...

Kita hilang Batu Putih kepada pihak yang lebik bijak dan rajin buat kerja rumah sebelum ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Apakah selepas ini kita akan biarkan jet-jet pejuang mereka mencabuli ruang udara negara di selatan Johor "dengan kebenaran", biarkan mereka membangun tanah KTM di Tanjong Pagar dan memindahkan stesen bersejarah itu ke Kranji, dan adakah kita akan sambung perjanjian bekalan air mentah? Semuanya berkemungkinan jika pemimpin kita terlalu bertolak ansur dan mudah menyerah kalah.

Jika rakyat terus digula-gulakan dengan ungkapn "win-win situation" sedangkan kita kalah!

Berkaitan ulasan Skuad Peninjau, saya kira DS Najib masih menikmati bulan madu dan masa akan tiba apabila tempoh manis itu akan berakhir. DS Najib perlu berhati-hati.

Anonymous said...

aku dah jadi panas dgn najib nih. kalau 2008 aku x mengundi sebab marah dgn pak lah, next PRU most probably aku akan sokong pembangkang sebab najib pulak.

[b]From Utusan 23/05/2009[/b]

[b]Mendedahkan perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "jambatan ketiga bukan untuk menggantikan Tambak (Johor), tambak akan kekal kerana Singapura tidak nampak justifikasi untuk menggantinya.

"Singapura hanya mahu melebarkan lagi tambak tersebut, termasuk membina landasan rel bagi memudahkan laluan orang ramai dan barangan, ini satu langkah yang akan dilakukan [u]dalam tempoh terdekat[/u] bagi mengatasi kesesakan di situ," tegasnya lagi.[/b]

[color=Blue][b]Kenapa faedah & kepentingan singapork yg najib ambil berat??? kenapa kepentingan dan faedah2 yang bakal Malaysia dapat dengan merobohkan tambak di dalam wilayah Malaysia langsung diabaikan malahan nak besarkan lagi tambak tu "secepat mungkin a.k.a dalam tempoh terdekat"[/b].[/color]


[b]"Kita perlu faham bahawa kita memerlukan persetujuan dan kerjasama Singapura untuk menggantikan Tambak."

Menjawab soalan sama ada projek jambatan bengkok atau lurus bagi satu hari nanti menggantikan Tambak Johor masih relevan, Najib menegaskan, cadangan tersebut [u]tidak lagi dirundingkan ekoran keengganan kerajaan Singapura[/u].

"Kita ada masalah (menggantikan Tambak Johor dengan jambatan baru) kerana mengikut perjanjian, kita [u]perlu mendapatkan persetujuan daripada Singapura[/u], kita tidak boleh buat secara unilateral (satu hala).[/b]

[color=Blue][b]Malaysia memerlukan kebenaran singapork untuk robohkan tambak & buat jambatan dalam negara sendiri??? Kalau betul kenyataan nie, najib perlu tunjuk "perjanjian" tu kepada rakyat. maksudnya Malaysia sebenarnya dibawah kekuasaan singapork & Malaysia x bebas untuk buat apa2 tanpa persetujuan singapork. Rakyat perlu tahu fakta ini. Dedahkan "perjanjian" itu wahai PM ku yg makin aku benci.

Ini melibatkan kedaulatan Malaysia yang rakyat Malaysia selama nie percaya bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang medeka dan bebas dari cengkaman kuasa asing. Kenyataan najib menunjukkan Malaysia sebenarnya bukanlah negara yg merdeka dan bebas. Kenyataan najib menunjukkan Malaysia sebenarnya dijajah oleh singapork.[/b][/color]


[b]Saya pula tidak mahu melalui laluan yang sama, yang pernah dilalui sebelum ini, kita sudah melalui laluan itu tiga kali dan ia telah mencetuskan banyak masalah.[/b]

[b][color=Blue]Kenapa najib jadi pengecut dan penakut untuk berdepan dengan singapork??? ini sikap PERDANA MENTERI Malaysia??? penakut & pengecut kepada negara luar?? tunduk kepada desakan negara asing?? dimana sikap patriotik najib??? inikah nilai 1Malaysia yang najib nak tanam dalam rakyat Malaysia???[/color][/b]


[b]Hsien Loong pula dalam ucapannya pada sidang akhbar itu menjelaskan, beliau telah menceritakan kepada Najib mengenai sejarah meningkatkan hubungan darat antara Malaysia dan Singapura.

"Saya menyatakan sokongan kepada matlamat meningkatkan hubungan dan memudahkan pergerakan antara rakyat di kedua-dua negara.

"Saya juga mencadangkan alternatif-alternatif lain termasuk melebarkan Tambar (Johor) dan membina landasan rel bagi membolehkan lebih ramai penduduk berulang alik menggunakan tambak tersebut," katanya.[/b]

[color=Blue][b]Apa punya bagus gile punya anak Lee Kuan Yew cerita kat najib sampai terus dia setuju nak besarkan tambak johor "dalam masa terdekat". Terus tunduk dan menurut "arahan" yang anak Lee Kuan Yew keluarkan tanpa memikirkan kehendak rakyat Malaysia??? Kenapa najib terus mengikut acuan pak lah dan tunduk kepada segala kehendak singapork???[/b] [/color]

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sebagai rakyat negeri johor (Johor Bahru), saya ingin nyatakan bahawa sebenarnya kita sangat emosional dalam isu perihal Malaysia- Singapura.

Ramai yang tidak sadar bahawa pada jam 7-8 pagi dan 5-7 petang, puluhan ribu rakyat kita yang menyeberang ke Singapura. Penutupan tambak Johor amat menyusahkan mereka yang berulang alik ke Singapura.

Pembukaan CIQ yang baru juga tidak disenangi oleh ramai orang Johor Bahru kerana jalan baru ke CIQ adalah lebih sempit dari yang lama. Ini memburukkan lagi kesesakkan.Tambahan lagi CIQ yang baru "by-pass" bandar Johor Bahru menyebabkan kekurangan pengunjung dan menjejaskan perniagaan di situ.

Sebenarnya, apakah motif yang jelas untuk Jambatan bengkok dan Jambatan ketiga.

Saya dimaklumkan bahawa mengikut undang undang antarabangsa, kita tidak boleh merobohkan tambak/jambatan yang menggabungkan antara 2 negara walaupun pada kawasan jajahan negara kita.

Saya juga yang berasal dari Johor Bahru tidak senang dengan Jambatan Bengkok yang menyakit mata memandang. Struktur jambatan ini akan kekal lama, ia merupakan pintu masuk pengunjung dari Singapura dan luar negara. Oleh itu satu jambatan baik yang mencermin impressi yang baik harus dibina.

Jambatan yang baru juga semestinya mengenakan Tol dan ini sebenarnya menguntungkan pihak ketiga termasuk juga kontrak dan "political milage" orang tertentu.

Pendek-kata, buang semua perasaan tidak tentu hala, kerajaan harus berterus terang apakah objectif sebenar jambatan bengkok dan jambatan ketiga.

Ini bukan soal berani atau tidak berani tetapi bodoh atah tak bodoh. Nampaknya, Negara kecil di Selatan negara kita mempunyai kelebihan dari soal kepandaiaan dan perihal menjaga perihal rakyat mereka.

Syed Jay_Bee