Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kekhuatirannya mengenai perbuatan rasuah pada pilihan raya akan datang untuk 'memastikan' kemenangan parti pemerintah.
Maaf saya kata Tun, ini bukan perkara baru. Ia berlaku semasa Tun menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Jadi, saya tidak tahu kenapa Tun nak bangkitkan perkara itu sekarang.
Dalam banyak perkara saya bersetuju dan menyokong pendirian Tun, tetapi ada juga beberapa perkara yang Tun sendiri sedar berlaku dan dilakukan dalam tempoh pemerintahan Tun sendiri. Tun bukanlah manusia yang tidak melakukan kesilapan dan bersifat sempurna. Tun adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Oleh itu, apabila Tun membangkitkan soal rasuah atau salahguna kuasa ataupun penyelewengan dalam pentadbiran dan dalam jentera pentadbiran termasuklah apabila menghadapi pilihan raya, saya kurang setuju.
Seperti yang Tun sedia maklum, saya pernah bekerja di pejabat menteri, Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra semasa Tun berpejabat di Aras 5, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra. Jadi, sedikit sebanyak, saya tahu dan sedar apa yang berlaku dan dilakukan dalam tempoh itu.
Apakah Tun akan menafikan bahawa parti pemerintah menerima banyak sumbangan untuk dana pilihan raya? Selain wang tunai, ada pihak yang memberi sumbangan dalam bentuk kebendaan seperti kemeja-T, topi, air mineral, pemidang dan sepanduk, serta kenderaan (4x4, pickup mahupun jenis salun) untuk kegunaan calon dan jentera pilihan raya. Saya perlu jelaskan bahawa bukan semua kenderaan diberi langsung tetapi sebagai pinjaman semasa pilihan raya.
Bukankah semuanya itu adalah rasuah? Perbuatan atau amalan itu bukan satu perkara baru tetapi lebih merupakan satu amalan biasa dalam musim pilihan raya. Jadi kenapa baru sekarang Tun terfikir untuk meluahkan kebimbangan? Kenapa Tun sendiri tidak mengharamkannya semasa menjadi perdana menteri?
Walaupun saya sedar perkara ini berlaku, untuk membuktikannya adalah sesuatu yang sukar kerana semua pihak akan menafikannya. Semua orang akan berlagak alim, baik dan bersih daripada rasuah. Yang menerima dan yang memberi tidak akan mengaku perbuatan itu. Itulah lumrah tetapi ia juga rasuah.
Sekali lagi, maaf Tun, ada perkara yang perlu di sokong dan ada perkara yang perlu di perbetulkan faktanya.
12 comments:
salam pak tuan
selama 22 tahun memerintah, bukan sahaja rasuah, malah kejatuhan moral kakitangan perkhidmatan awam akibat 'orang baik disalahkan, orang salah dimenangkan'adalah hasil ciptaan Tun Dr M juga.
sebenarnya Tun banyak menutup mata. memang benar pak tuan, utk membuktikan, siapa nak mengaku. kesalahan akhir yg ditinggalkan tun adalah memilih pm dari kepala batas. pm yang paling teruk dalam sejarah malaysia. tun boleh betulkan kesilapannya dengan memohon maaf kepada rakyat malaysia. kemudian perbetulkan apa yg sepatutnya....
Tun, kelesuan badan kehakiman dan keponenan Polis DiRaja Malaysia bermula di zaman tun. Memanipulasi fakta oleh Media Arus Perdana berleluasa di zaman Tun juga? Oh saya terlupa, Tun orang Melayu, Tun Mudah Lupa.
Pak Tuan,
Lets get real. Parti pembangkang juga menerima dana luar dan dalam negara. Nak bukti? memanglah susah.Kalau tak ada dana mana ada parti dalam Malaysia ini yang kaya raya yang boleh belanja berjuta-juta untuk pilihanraya.
Di ceramah-ceramah PAS, dana dikutip daripada para pendengar. Mungkin tak sampai berjuta, tapi lebih kurang samalah dengan apa yang diberi kepada parti Kerajaan semasa pilihanraya. Itu contribution individu dan syarikat kepada kesinambungan dan kestabilan Kerajaan. Di Amerika pun ada fund raising campaign untuk calon ke White House. Rasuah atau tidak its a matter of perception.
Dalam 22 tahun mentadbir negara tentulah bermacam kelemahan yang ada, tapi kalau individu ambik rasuah takkan nak salahkan Perdana Menteri. Baiklah salahkan mak bapak individu tu tak ajar anak jangan ambil rasuah.
Apa yang Tun maksudkan sebagai rasuah ialah apabila pengundi diberi rasuah to influence them in voting.
Yes it happened during Dr M's era too. 22 years what do you expect but can you say that money was a motivating factor for us to keep on voting in the BN?
I'm sure you would agree with me that during Dr M's tenure in office we were confident of his leadership ability to steer the country. We know that through thick and thin he would be there to lead us and pull this country through as he had been proven to have done. You would not deny that i'm sure.
You can be selective in your criticism against Dr M. I agree and I respect that, tapi lets be real and be practical about the whole system of governancelah Pak Tuan.
Some people have made up their minds about Dr M and to them they will always look at Dr M with a jaundiced view. I think you are better at evaluating the big picture.
Thank you for your thoughts. Yes the Tun contributed much, very much to the development of a modern Malaysia and the rakyat, the majority of them, appreciated that. Many people said I was pro-Mahathir and anti-Pak Lah and I leave it as it is. Now it seems that I cannot criticise Mahathir.
There are more skeletons in the cupboard....after all we are homo sapiens and not angels.
Sama ada pak tuan setuju atau tidak dengan pandangan TDM itu hak pak tuan. Jika Pak Tun nak terus bersikap begitu pun tak apa. Tapi dengan mengungkit kesalahan TDM dalam 22 tahun perkhidmatan TDM rasanya apa yg kita boleh dapat. Bab rasuah politik oleh pemberi pinjam yg mengharap balasan, itulah sikap orang berniaga. Soalnya sekarang dlm usia 82 tahun TDM, tak banyak masa lagi yg beliau ada. Dan kita sebagai genarasi yg sedang dan akan melalui zaman ini, apakah tindakan kita dlm memperbetulkan keadaan yg ( pandangan Pak Tuan - kesalahan yg telah dilakukan oleh TDM ). Apakah cukup dengan menyalahkan TDM.
Sekurang-kurangnya TDM ingin dan berusaha memperbetulkan keadaan. Tapi dimana kita... sekadar menyalah perkara yg lepas.. Jika begitu salahkan lah ibu bapa kita sebab kerana mereka lah kita lahir di Malaysia dan jadi orang melayu. Bak kata pepatah biarlah luncai terjun dengan labu-labunya sekali... agar kita puas hati.
ikhlas dari saya
bukan anak syed
Kita tidak mempersoalkan secara menyeluruh atau total apa yang dilakukan oleh Tun dalam tempoh 22 tahun itu. Kita menghargai apa yang telah dilakukannya untuk negara. Ini tidak boleh dipersoalkan.
Dalam pada itu, kita juga boleh mengungkit beberapa perkara yang dilakukannya untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Itu tidak salah.
Apa kena-mengena sama ada anak Syed atau tidak?
salam sejahtera,
Perbezaan pendapat memang ada dan berterusan. Sesiapa yang memegang kuasa sebagai pemimpin, maka menjadi kewajipan mereka memikul amanah ini. Perumpamaanya, apabila seorang lelaki berkahwin maka dia menjadi pemimpin keluarga, maka menjadi kewajipan baginya memimpin keluarganya. Wajip memberi nafkah,mengajar dan seumpamanya.Apabila anak-anak hasil perkahwinan ini membesar, adakah patut ibubapa mengungkit balik apa yang telah mereka buat untuk anak-anak mereka selama ini sedangkan ia adalah amanah dan kewajipan?3 asas untuk sesebuah negara walaupun miskin mesti ada dan di buat oleh pemimpinnya,1)Pendidikan (2)kesihatan (3)pertahanan.
Pembangunan kebendaan adalah berterusan bagi sesebuah negara dan menjadi kewajipan pemimpinnya.
Bagi saya, pemimpin yang di amanahkan kuasa dan menjalankannya dengan penuh jujur dan bertanggungjawab dapat di nilai sendiri oleh rakyat jelata dan sebaliknya.Setiap orang tidak sempurna 100% ini adalah kenyataan tetapi adakah ini menjadi alasan dan asas untuk menutup kelemahan dan kesilapan?
Rasuah ni dimulakan dari akar umbi itu sendiri, pada pendapat saya. Rakyat biasa pasti nak kurang2nya makan free kalau pergi dengar ceramah/mesyuarat/perkumpulan dan sebagainya. Nak sewa tempat, makan, hadiah tangan...ni semua nak kena pakai duit.
Kalau takdak duit, mana boleh kumpul orang.... jadi orang yang berduit jugak la yang akan dapat undi sebab depa boleh buat makan-makan, jamuan-jamuan dan boleh mengkautim dengan hadiah.
Normalla tu, tambahan lagi dengan "whats in it for me?" mentaliti orang sekarang, memang kena give something to get something. Cuma cara pemberian yg coverline atau yg tak terror coverline yang menjadi garis pembezaan antara kantoi rasuah atau tidak.
Tunjukkan saya seorang calon pilihanraya yang kurang dana, dan saya akan tunjukkan seorang yg pasti kalah.
MATBONDKG NAK KATA...
Pak Tuan,
Kalau Pak Tuan berkuasa, mahukah Pak Tuan menamakan menantu kesayangan seagai calon dalam pilihanraya umum? Sebagai ketua, Pak Tuan memang boleh berbuat demikian, dan ini tidak menyalahi mana2 undang parti. Betulkan?
Tapi kalau Pak Tuan buat macam tu, mungkin ada yang kata Pak Tuan cuba mewujudkan satu dinasti kat Msia ni. Mantan PM dulu tak buat macam ni. Dia melarang anaknya jadi calon. Pak Tuan mungkin bukan orang Pak Lah atau Tun M, tapi Pak tuan mungkin boleh bagi pandangan dalam hal ni.
Bak kata Pak Tuan, rasuah pilihanraya mungkin bukan perkara baru. Menamakan menantu sebagai calon macam mana pulak? Apa hukumnya Pak Tuan? Saya tau benda ni belum berlaku lagi, tapi mungkin Pak Tuan boleh bagi ulasan sikit. Terima Kasih.
MATBONDKG
Salah tu taklah. Malahan ada masa bapa dan anak sama-sama jadi calon. Masih ingat Tun Ghafar dan Tamrin? Atau suami dan isteri seperti Tan Sri Abd Kadir Yusof dan Tan Sri Fatimah Hashim?
Ramai yang tidak tahu bahawa adik KM Sabah adalah seorang timbalan menteri diperingkat Kerajaan Persekutuan.
Sebenanya amalan pilih kasih dan pilih keluarga sememangnya berlaku, cuma ianya tidak berlaku semasa Tun Mahathir menjai PM, iaitu tidak seorangpun anak atau menantu Tun terlibat.
Syed,
jawab satu soalan aje - patutkah PM setuju mencalonkan menantunya jadi ADUN atau MP? jgn banyak cakap berbelit-belit. Setuju atau tidak? itu aje
terimakasih Pak tuan! jgn marah, nanti kena jual!
KAWAN
I say, jangan sentimen Bro, orang tanya saya jawab. Itu saja. Ini bukan soal belit-membelit.
Saya tak setuju. Tapi saya juga perlu akui itu hak dia (Pak Lah) dan sama ada kita setuju atau tidak, soal lain, Bro.
Post a Comment