Sekalung tahniah saya hulurkan kepada Rohana Mustaffa kerana telah kembalikan sinar kecemerlangan kepada Bernama dalam penghasilan rencana mahupun laporan khas. Syabas.
Agak lama saya tidak membaca penulisan rencana yang cukup menarik dan mempunyai kesan terhadap sesuatu perkara. Rencana bersiri mengenai Kampung Baru mampu meraih Hadiah Kajai anjuran Institut Akhbar Malaysia.
Saya tidak ingat bila kali terakhir wartawan Bernama memenangi anugerah tersebut tetapi jika tidak silap, dalam tahun 1980-an.
Bukan mudah bagi akhbar arus perdana seperti NST untuk menyiarkan sesuatu rencana bersiri yang diedarkan oleh Bernama melainkan ia benar-benar bermutu dan menepati isu yang diperkatakan. Sekali lagi tahniah Ron dan teruskan kecemerlangan untuk Bernama.
17 comments:
Saya orang lama di Bernama mengucapkan Syabas Dan Tahniah pada Pn Rohana dan juga suaminya.
Dear Pak Tuan Syed Imran,
Thank you for your comment on the Kampung Baru articles. I am very honoured to have a posting dedicated to me and my articles. I never thought that the Kampung Baru story would attract your attention and accolade.
From the bottom of my heart Thank You.
Rohana Mustaffa, Bernama.
orang lain pun mampu buat.. dah dia yang nak buat semua, dapatlah nama.. nak pergi trip london pun, dia jugak..bagilah peluang kepada anak buah.. takkanlah dia saja yang nak control semua..bernama macam biasalah.. orang lain pun buat kerja tapi balik-balik orang yang sama dapat nama.. tak heran lah
Tahniah kak Ron,
Sekurangkurangnya kak ana memberi sinar kepada bernama yg "malap" ketika ini..
Moga bernama terus maju dgn GM baru ni..
Nanti Annuar zaini akan kata " saya la yg didik dia ni..."
pak syed... sepatutnya kena ucap terima kasih kepada penyunting meja rencana sdr zulkifli ibrahim yang telah menterjemah rencana itu dengan sebaik-baiknya.
saya lebih menyukai teks yang telah diterjemah ke bahasa inggeris berbanding teks asal yang dalam bahasa melayu.
pak syed pun tahu bagaimana tugasan di bernama. Penyuntinglah yang selalunya mencantikkan sesuatu teks asal. dalam hal ini, rencana pn rohana tidak terkecuali. bacalah teks asal dalam bahasa melayu jika mahu membuat perbandingan.
terima kasih
Saya sedar akan tugas penyunting yang perlu mengalih bahasa sama ada ke bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Sdri Rohana pun pernah jadi penyunting. Itu tugas masing-masing. Tetapi, yang penting adalah hasil kerja yang mampu mengharumkan Bernama. Seperti yang saya katakan, bukan mudah untuk mendapat tempat dalam akhbar arus perdana apatah lagi dalam bentuk rencana bersiri.
Janganlah timbul perasaan dengki apabila memberi ulasan. Ketepikan budaya yang tidak sihat itu.
Pak Tuan Syed Imran,
Tabiat (bukan budaya) dengki, iri hati dan sakit hati di kalangan Melayu di Bernama akan kemajuan atau pembaharuan yang dibuat oleh orang lain akan sentiasa berlaku da berterusan.
Biasalah, orang2 mcm ni sentiasa mengeluh, sakit hati tengok orang lain punyai idea yang lebih baik, lebih diterima dan lebih dihargai.
Sudah berapa kali artikel Bernama mendapat penghargaan oleh Kuda Ranggi? Itu adalah kayu pengukur..dan mereka yang sentiasa menjadi kayu akan terus menjadi kayu lah...sifat kayu akan buruk la lama kelamaan...
Apabila diri diberi peluang untuk berbuat sesuatu dan gagal maka janganlah iri hati dan dengki apabila orang lain lebih berjaya...tabiat lama inilah yang menjadikan Bernama dalam keadaan bagaimana ianya hari ini.
Kayu-kayu buruk ini yang peliknya masih di Bernama...mungkin tidak laku di tempat lain...namun hati tetap sakit dan mata sentiasa berbulu...sebab tidak boleh tengok orang lain berjaya...
Sudah2lah tu...cuba2lah bawa bersabar dan kalau sakit hati sekalipun tidaklah perlu melepaskan geram di blog ini...
Wassallam
Laa....ada juga orang tak suka Rohana...
Bagaimanapun tahniah Puan Ron. Pertama kali saya baca rencana Kg Baru puan dalam akhbar Kumpulan Utusan dan kemudian beberapa media lain. Hari ini pula Sinar Harian. Syabas.
Yalah, komen komen di sana sini seolah-olah memberi bayangan hanya GM baru yang boleh membawa segala kemajuan. lain orang tak ada peranan ke? lain orang cuma jadi penonton ke? atau pelakon?
Apa hal ngko rang ni tak abis-abis
dgn dengki. Cucilah hati kamu dgn banyak2 BERISTIGHAFAR. Sudah rezeki Pn Rohana ALLAH berikan.
Kuda Kerdil.
ron,
tahniah. sangat menarik!
oldcar
sdri ron,
pedulikan kata cerca orang lain...lebih ramai orang suka lihat kita jatuh tersungkur, tetapi tidak ada yang hendak memberi kata pujian jika kita berjaya. kesian bangsa ku - bangsa melayu - tak habis-habis dengan perasaan hasad dengki.
anyway, tahniah, and keep up the good work RON!!!
Pak Tuan Syed,
Saya juga ingin ucap Tahniah kepada Rohana atas inisiaif dan penat lelah menulis rencana mengenai kampung Baru itu. Well done keep it up.
Ron jangan peduli kepada mereka yang dengki dan sakit hati atas kejayaan you.
I pun pernah dicerca kerana selalu saja dapat overseas trips purata 3 kali setahun.
kata-kata orang yang dengki dan irihati itu tidak akan jadi kudis.
Salam,
Tahniah Puan Rohana Mustaffa kerana mengharumkan nama BERNAMA.Juga kepada Jabatan Pengarang yang banyak merencanakan berita2 menarik untuk semua lapisan masyarakat.
Ikhlas Dari Petugas BERNAMA TV
Tahniah kak Rohana...tak sangka orang Bernama mampu buat
APA ni pak syed...kata menang?? mana hadiah kajai???
Saya kata mampu menang. Ada bezanya. Tetapi, hadiah yang diberi baru-baru ini adalah untuk penulisan tahun 2008 bukan 2009. Harap maklum.
Jika nak menang hadiah dalam apa kategori sekalipun, yang pertama hendaklah kemukakan pencalonan kepada pihak penganjur. Jika tak kemuka, sudah tentu tak dapat diadili.
Penulisan sepanjang tahun 2009 hanya dipertimbangkan pada malam anugerah yang akan diadakan pada tahun 2010.
Harap maklum.
Post a Comment