Saturday, March 28, 2009

Pemulihan kepercayaan terhadap UMNO?

(Foto The Star)

Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa syahdu dan pilunya hati ribuan anggota perwakilan dan pemerhati ke Persidangan Agung UMNO ke-59 dan jutaan lagi yang menonton televisyen di seluruh negara, apabila Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir Mohamad turun dari Aras 5 untuk ke pentas persidangan sambil bersalaman dengan barisan kepimpinan UMNO, terutama sekali mantan Presiden dan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad dan presiden semasa Datuk Seri Najib Tun Razak.

Suasana yang penuh bermakna itu disambut dengan tepukan dan titisan air mata oleh sebahagian besar mereka yang berada dalam Dewan Merdeka. Ia adalah satu detik bersejarah yang tidak kurang pentingnya kepada UMNO.

Peristiwa itu jelas akan membawa perubahan besar kepada UMNO yang akan melihat parti itu kembali bersatu dan memulihkan kepercayaan orang Melayu.

Saya percaya sekiranya apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib semasa menggulung perbahasan dijadikan kenyataan dan semua ahli UMNO benar-benar menyokong dan melaksanakannya dengan hati yang jujur dan ikhlas, UMNO dapat mengembalikan kekuatannya dan mendapatkan semula sokongan rakyat.

Seperti yang dikatakan oleh Pak Lah, yang perlu diubah atau berubah bukanlah UMNO, tetapi pemimpin dan ahli UMNO itu sendiri. Jika mereka boleh berbuat demikian, terutama menolak rasuah politik, perebutan jawatan semata-mata untuk mendapat kedudukan, pangkat dan kuasa dan kontrak/projek serta mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri, maka apa yang diharapkan boleh dicapai.

Semuanya terpulang kepada ahli dan pemimpin UMNO.

Satu perkara yang terpaksa ditegaskan ialah saya tetap tidak dapat menerima sesiapa sahaja yang didapati bersalah sama ada oleh Lembaga Disiplin UMNO atau mana-mana badan pengawas lain sebagai pemimpin termasuk bagi sayap UMNO seperti Pergerakan Pemuda.

Jika UMNO serius hendak menangani dan menghapuskan (sesuatu yang bukan senang) rasuah politik, maka UMNO tidak seharusnya menerima mereka yang bersalah sebagai pemimpin di mana-mana peringkat kepimpinan parti. Orang sedemikian tidak boleh diberi jawatan dalam struktur pentadbiran negara.




7 comments:

Anonymous said...

Sdr, saya rasa kalau dihalusi dan disiasat dengan teliti, tak dak seorang pun yang terlibat dengan pertandingan jawatan dalam Umno, baik calon ataupun anggota perwakilan, yang bebas daripada memberi dan menerima habuan, baik secara langsung atau tidak langsung.Habis macam mana?

Balanglama

IbnAbdHalim said...

Apakah UMNO akan berubah? Ya, berubah dari sebuah parti yang korup dan salahguna kuasa kepada sebuah parti yang dapat memayungi seluruh rakyat Malaysia? Hanya UMNO ahli saja yang boleh menjawabnya. Tetapi kalau diteliti kembali daripada hujah-hujah dan saranan-saranan para perwaklilan semasa pengulungan PAU 2009, peluang UMNO berubah sangat sukar. 'Old habits die hard'. Entahlah!

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Dengan kehadiran Tun Mahathir dn sanggup pula bersalaman dengan Pak Lah dan barisan baru UMNO tadi, sebagian daripada masalah UMNO untuk merapatkan semula barisan dapat diatasi. KJ seorang perasuah bukan saya kata tetapi Lembaga Disiplin UMNO sendiri yang berkata, masih terpilih sebagai Ketua Pemuda.Macaman nak rapatkan barisan kerana 99% peratus orang UMNO adalah Islam, yang tidak dapat menghalalkan rasuah. Sayap Pemuda yang dikatakan harapan bangsa dan negara, dicalarkan dengan kemangan KJ, menantu Pak Lah, agar susah nak diubati. Imej UMNO pasti tetap kotor dan persepsi parti korup tetap tidak berubah. KJ patut digantung dan jika boleh dipecat daripada UMNO sekurang-kurangnya satu penggal Pemilihan UMNO (3 tahun).Kalau ini berani dilakukan oleh barisan baru pucuk pimpinan UMNO, saya yakin UMNO akan kembali dihormati, kukuh dan berwibawa.PRU ke-13 akan menentukan nasib UMNO jika KJ tetap bebas dan terus menterajui Pemuda UMNO.
AHLI UMNO 1969

Anonymous said...

mahathir jumpa nik aziz pun berpeluk. Pak lah jumpa Haji Hadi pun berpeluk.

kalau nak di kaitkan dengan peristiwa penyokong mukhriz meng'boo' khairy tiga hari berturut turut, rasanya perdamaian itu sebenarnya boleh di ragui.

perdamaian dalam politik adalah perdamaian yang tak boleh di letakkan harapan.

Anonymous said...

Ingat p.raya 1999,dimana org Melayu menolak Mahahtir?.P.raya 2004 org Melayu kembali menyokong Umno kerana Pak Lah yg mereka anggap warak dan sehingga sekarang pun org Melayu masih sayang pada PakLah kerana perwatakannya yg sederhana,kecuali Melayu yg kehilangan sesuatu kerana ketidaan Mahahtir.P.raya 2008 pula ,bukan org Melayu yg menolak Pak lah tapi org bukan Melayu.Pada pilihanraya 2013 nanti,org Melayu sekali lagi menolak Umno kerana faktor Mahahtir(juga ciri-ciri Mahahtir yg diamalkan oleh Najib),dan di tambah gelagat Kak Ros isteri PM Najib,yg tidak di senangi,manakala org bukan Melayu pula sudah jatuh hati dan setia pada PR,akibatnya Umno hilang kuasa.tamat.

Anonymous said...

Salam...

Pak Syed

Semuanya saya simpulkan dalam peribahasa melayu ini.

INDAH KHABAR DARI RUPA.

Sekian, Wasalam.

Anonymous said...

Kami heran sekali melihat masuknya 4 org dari satu bahagian sekaligus sbg AJK Pemuda. Pemuda bhg2 lain takder wibawa atau tokoh atau macam mana?

Pimpinan patut siasat aduan calon jawtan Pemuda yg kalah tentang amalan tak bagi wakil calun masuk perati proses bilang undi kecuali utk Ketua Pemuda dan Naib sahaja. Begitu juga dgn peranan petugas Ibu Pejabat yg dipersoalkan oleh pengadu semasa bilang undi. Dlm wanwancara Helo M'sia seorang panel juga mengutarakan isu peranan Ibu Pejabat berkaitan dgn pemilihan. Pimpinan patut siasat sekalilah...

Dlm permasalahan politik dan ekonomi semasa, perkara paling penting ialah mengembalikan keyakinan. Jika ada persepsi negatif atau keraguan tentang seseorang bagi jawatan penting dlm parti atau kerajaan, pimpinan baru wajib tidak mengambil risiko berdasarkan transformasi yg ingin dilaksanakan. Integriti perkara pokok beb.

Dulu pimpinan lama buat don't know saja kes seorang yg dapat kedudukan tinggi dlm media tapi tak lepas tapisan keselamatan pd satu ketika. Jgn diulangi lagi kesilapan2 spt ini.

Jgn diperjudikan masa depan agama, bangsa dan negara.

Tegaslah wahai pimpinan baru.