Peletakan jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang dibuat oleh ADUN Penanti dari Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Mohamed Fairus Khairuddin adalah berpunca daripada 'pakatan sulit' dalam parti itu sendiri.
Fairus menggunakan perkatan 'konspirasi' yang membawa maksud satu 'pakatan sulit' yang sememangnya berniat jahat untuk menjatuhkannya.
Saya dapati bahawa dalam kerajaan campuran bernama Pakatan Rakyat, banyak masalah nampaknya berlaku dalam PKR dan bukan DAP mahupun PAS.
Tumbangnya pentadbiran PR di Perak (yang masih dipertikaikan) berpunca daripada tindakan tiga orang ADUN PR yang mana dua daripadanya adalah ADUN PKR. Peletakan jawatan ADUN PR bagi kawasan Bukit Selambau di Kedah juga dari PKR dan sedikit masalah di Selangor, terutama sekitar Klang dan Kapar juga membabitkan wakil rakyat PKR.
Dalam hubungan pentadbiran PR di Perak, tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana ia kini berada di Mahkamah.
FAIRUS BERADA DALAM PARTI POLITIK YANG SALAH
Akhir tahun lepas, saya berpeluang menghadiri satu majlis rasmi di Pulau Pinang dimana Fairus hadir selaku wakil Ketua Menteri. Buat pertama kali saya berpeluang mendengar Fairus berucap dan saya dapati dia memiliki ciri-ciri seorang pemimpin.
Beberapa orang tokoh dan pemimpin veteran Melayu yang saya temui mengaku hakikat itu dan hampir semua berpendapat bahawa Fairus berada dalam sebuah parti politik yang salah. Pendek kata mereka bersetuju bahawa Fairus tidak dapat meniti tangga kejayaan kerjaya politik jika terus berada dalam PKR. Saya setuju.
Dari segi kelulusan akademik, Fairus adalah yang terbaik di kalangan wakil rakyat Melayu di Pulau Pinang. Dia boleh diibaratkan sebagai sebutir mutiara yang perlu digilap tetapi dia menghadapi keadaan sebaliknya.
PKR nampaknya telah menggugurkan sebutir intan untuk digantikan dengan sebutir kaca yang cuba menjadi intan. Itulah yang dapat saya katakan.
Di mana letak punca kemelut politik dalam PKR jika tidak di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nampaknya Anwar masih tidak berubah. Dia masih dengan sikap "one upmanship' dan semua orang, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP, mesti ikut cakapnya. Cuti Fairus selaku timbalan ketua menteri juga diluluskan oleh Guan Eng atas arahan Anwar.
Awal-awal lagi Anwar telah menunjukkan 'ketuanannya' dalam PR apabila dia secara terbuka menjatuhkan air muka Fairus apabila dia 'menegur' pemimpin muda itu. Tegurannya itu mendapat liputan meluas dalam media arus perdana yang sentiasa menunggu 'berita' sedemikian.
Tindakan Anwar bukanlah sesuatu yang boleh dilihat sebagai ketelusan kerana ada perkara dan ada isu yang tidak boleh didedahkan kepada umum tetapi dibincang secara tertutup di kalangan kepimpinan parti. Inilah yang tidak dilakukan oleh Anwar.
Perbuatan 'mengaibkan' orang lain terutama seseorang yang bergelar pemimpin di khalayak bukanlah sesuatu yang elok dan kena dengan adat serta budaya Melayu. Fairus telah melaluinya dan hanya Tuhan yang tahu isi hatinya ketika itu.
Sekiranya Fairus masih ingin meneruskan perjuangannya dalam arena politik, tempatnya bukan dalam PKR dan jauh sekali DAP. Dia ada dua pilihan iaitu PAS atau UMNO dan jika ditanya pendapat saya, jawapannya adalah PAS.
6 comments:
Tuan Syed,
This news published in Star. If what reported in this news is true then it make no different and no point for Mohd Fairus to switch to any other party BUT if he is a clean person then may be you're rite..
Thank you
------------------------------
Rasuah kuari: SPRM dijangka siasat Fairus
Tuesday, 24 March 2009 13:24
(mStar Online) - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin dijangka akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan berkaitan syarikat kuari di Pulau Pinang.
Sumber mengatakan bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh kes rasuah yang mengaitkan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang salah seorang daripadanya dikatakan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
Katanyanya lagi keterangan Fairus perlu direkodkan sebelum beliau pergi jauh, kerana beliau dipercayai mampu membantu siasatan ini.
Sabtu lalu, Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dengan alasan mahu menyambung pelajaran.
Beliau juga menafikan terlibat sebagai mangsa konspirasi politik PKR.
Tambah sumber itu lagi, SPRM juga dijangka akan memanggil beberapa orang saksi yang mendakwa mempunyai bukti dan dokumen yang berkaitan bagi kes berkenaan.
Pada 27 Februari lalu, Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmad mendedahkan penyelewengan dua pemimpin PKR negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.
Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akuan peribadi mereka.
Bukit Selambau anak tiri Pembangkan, read it here
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/bukit-selambau-anak-tiri-pembangkang.html
Yes, I am aware of the report. It is not surprising that the SPRM is quick to investigate such 'reports'. To be called by the SPRM is nothing new but when reports were lodged against the PM and DPM, no such acion were taken by the SPRM.
option yang berkemungkinan:
1) kembali ke UMNO dan bersama memerangi musuh dalam selimut (jika benar ada konspirasi) dan membersihkan nama melali pelbagai media yg sedia ada
2) bertindak secara bertanggungjawab dengan melepaskan segala jawatan termasuk ADUN andai benar bersalah seperti andaian di mana-mana
3) bersikap berdiam diri mengenai isu ini dan menumpukan sepenuh komitmen pada tanggungjawab sbg ADUN dan membuktikan bahawa segala andaian adalah tidak benar
Anda tidak mengenal Si Fairus Mangkuk Hayun ni secara peribadi... maka bolehlah anda cakap puji dia melambung2.
Cuba test berborak dengan dia sejam dua, percayalah persepsi anda akan berubah 300%.
Angkuh! Sombong! Berlagak Nak Mampos.
Cuba berborak dengan org lain lepas tu anda compare dgn si kaki ponteng ni.
Saya pernah dua tiga kali berborak dgn dia sebelum tup-tup dia jadi Timb. Ketua Menteri.
Dah tau sangat sifat bongkak dia. Suka sangat memandang rendah dgn or lain.
Ini bukan fitnah, tapi realiti hidup pengalaman sendiri.
Baguslah dia berhenti. Ciri2 Akhlak sebagai seorang pemimpin hancus...Berucap boleh laa...
Nak trau akhlak dia senang jer...apa yg ditulis dalam blog ALAHAI...FAirus...itulah sikap beliau yg sebenar.
Jadi saya tak salahkan blogger tersebut. Kerna saya sendiri mempunyai pengalaman yg sama.
Ikhlas ,
Rakyat Malaysia.
Sdr Karim,
terima kasih atas pandangan saudara.
memang saya tidak mengenalinya ecara peribadi ataupun pernah berieteraki dengannya.
Ulasan saya adalah hasil daripada pandangan "first impression".
Post a Comment