Thursday, May 29, 2008

Ezam mausk UMNO...so what?

Saya menerima beberapa e-mel meminta saya ulas kemasukan semula Mohamad Ezam Mohamad Nor ke dalam UMNO.


Itu adalah hak mutlak Ezam. Tetapi ada beberapa persoalan yang ingin saya lontarkan untuk renungan.


Ulasan saya agak ringkas kerana saya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menggemparkan.

Untuk rekod, Ezam keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir setahun lalu dan dengan itu, dia bukan ahli PKR apabila dia merujuk semula kepada UMNO. Fakta ini perlu dijelaskan kerana banyak pihak yang mengaitkan kemasukan semulanya itu dengan PKR. Ini tidak betul.


Bagi saya, hebat sangatkah manusia bernama Ezam ini sehingga perdana menteri sanggup memberi masa yang amat berharga untuknya? Apakah masa yang diluangkan itu lebih penting daripada urusan pentadbiran negara?


Apa dah jadi dengan memo dan bukti yang diberikan kepada Pak Lah berkaitan amalan rasuah seorang menteri kanan? Tempoh yang diberikan untuk Pak Lah bertindak sudah lama berlalu, tetapi kenapa Ezam diam seribu bahasa?


Apa dah jadi dengan peti-peti yang mengandungi bukti amalan rasuah dan penyelewengan yang pernah didakwa Ezam berada dalam simpanan mereka?


Sesungguhnya manusia terlalu lemah.

Wednesday, May 28, 2008

P.Pinang ikut Selangor haramkan Islam Hadhari

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mengikut langkah Kerajaan PR Selangor mengharamkan Islam Hadhari.

Perak dan Kelantan bila?

Inilah padahnya apabila orang Islam bertelagah sesama sendiri dan Islam dijadikan permainan politik sempit.


Lagi Berita: P. Pinang haramkan Islam hadhari

Tuesday, May 27, 2008

Selangor haramkan Islam Hadhari, kata Dr Hassan Ali


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program berkaitan dengan konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad (Pak Lah).


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Hassan Mohamed Ali mengumumkan demikian semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam, pada Isnin.


Hassan, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata semua masjid dan surau di Selangor dilarang daripada mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.


Beliau berkata Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan Islam Hadhari kerana Islam yang diamalkan dari dahulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.


"Kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," tegas Dr Hassan.

Monday, May 26, 2008

Happy 40th Anniversary BERNAMA













Malaysia National News Agency (Bernama) celebrated its 40th anniversary at the Grand Ballroom, Perdana Felda, Kuala Lumpur. Deputy Prime Minister Najib Tun Razak headed the guest list which included several members of the administration, elected representatives, diplomats and Bernama pioneers and staff.




The event was kicked off with a "syair" (Malay poetry) recital by Dr Zurinah Hassan and followed by Dr Firdaus Abdullah reciting a specially composed sajak (modern Malay poetry).




Bernama chairman Mohamad Anuar Zaini delivered the welcoming speech which was longer than it should have been and followed by the deputy prime minister.




The guests were later entertained by veteran crooner Datuk Yusni Hamid, a darling of VIPs including Najib, evergreen singer Rohana Jalil and Bob, a product of a reality tv show.




Ten people who had in one way or the other contributed to Bernama's progress and growth were duly honoured such as Datuk Wahab Majid (first executive editor), the late Yusof Bador (first secretary cum accountant), Tan Sri Dol Ramli (third general manager), Tan Sri Mazlan Nordin (former editor-in-chief and chairman), Ahmad Mustapha Hassan (former general manager), Musa Husain Scully (first news editor who is my sifu), Raju (first office boy/office assistant), Puan Rohana (longest serving staff) and Haji Zain (teleprinter/telex operator).




Unfortunately, Bernama's first general manager-cum-editor-in-chief the late Syed Zainal Abidin's name was left out. Syed Zainal, a gentleman loved by the staff, passed away while serving as Bernama's general manager.




The man who launched Bernama's news service on May 20th 1968, the then Information and Broadcasting Minister the late (Tan Sri) Senu Abdul Rahman's name was also left out even by the deputy prime minister who mentioned Tunku Abdul Rahman (the prime minister and the man behind the formation of Bernama) and his late father's name Tun Abdul Razak. It was an injustice to the late Tan Sri Senu who described the day he launched Bernama's service as the most happiest day in his life. Why the oversight?

Selamat Ulang Tahun Ke-40 BERNAMA

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) merayakan ulang tahun penubuhannya yang ke-40 malam ini. Satu majlis yang dinamakan Majlis Makan Malam Ulang Tahun BERNAMA ke-40 diadakan di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur.


Mengikut jadual, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek akan hadir untuk sama-sama merayakan sambutan ulang tahun BERNAMA.


Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 dengan menumpang sebuh banglo lama milik kerajaan di Circular Road (kemudian ditukar kepada Jalan Pekeliling dan sekarang Jalan Tun Razak), BERNAMA melalui banyak perubahan sesuai dengan peredaran masa dan pergiliran pusaka dan kuasa.


Saya menjejak kaki ke BERNAMA tiga tahun selepas penubuhannya, iaitu semasa ia berpejabat di Wisma Belia, Lornie Road (kini Jalan Syed Putra). Rakan-rakan seangkatan saya semuanya sudahpun bersara dan ada yang telah meninggal dunia.


Selamat Menyambut Ulang Tahun Ke-40. Semoga BERNAMA terus mencatat kejayaan dan mengorak langkah menjadi pemain unggul dalam dunia penyiaran berita dan pemberitaan peringkat serantau, benua dan akhirnya antarabangsa.

Saturday, May 24, 2008

Isu royalti minyak untuk Terengganu




Sama ada ia dikatakan wang ehsan atau royalti minyak, isunya sama saja. Ia sudah berlarutan agak lama. Isu yang diperkatakan membabitkan pembayaran wang tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu.


Dalam perjanjian di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas yang ditandatangani pada 22 Mac 1975, tiada perkataam royalti digunakan. Apa yang disebut dalam perjanjian ialah pembayaran wang tunai mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petrolium 1974 yang menjadi asas perjanjian tersebut:


"Sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan (Petronas) itu hendaklah membuat kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak berkenaan."

(Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974)


Menteri Besar Terengganu semasa dibawah pentadbiran Kerajaan PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku (sila lihat The Sun Jumaat 15 September, 2000) bahawa perkataan royalti tidak disebut dalam perjanjian 1975 tetapi perjanjian itu merujuk kepada pembayaran wang secara tunai sebanyak lima peratus kepada Kerajaan Negeri.


Amat jelas perjanjian itu menyebut bahawa pembayaran hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri dan ini bermakna ia tidak boleh disalurkan kepada pihak ketiga.


Sebelum PAS menerajui Terengganu, bayaran wang tunai itu disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri pimpinan UMNO (Barisan Nasional) tetapi apabila UMNO/BN tewas kepada PAS, ia disalurkan kepada sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) yang dianggotai oleh para pegawai kanan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan Persekutuan.


Kerajaan Persekutuan berhujah bahawa wang tersebut bukan hak Kerajaan Terengganu berlandaskan undang-undang.


Menurut pentafsiran undang-undang, tidak ada negeri di Semenanjung Malaysia berhak mendapat "royalti" bagi perolehan minyak kerana tidak ada minyak ditemui di dalam mana-mana negeri tersebut. Menurut Kanun Tanah Negara 1928, tanah negeri ditakrifkan sebagai meliputi semua tanah di dalam negeri "termasuklah pesisir bawah dan dasar laut di dalam perairan wilayah negeri berkenaan".


Mengikut Emergency Ordinance No 11 1969 pula, takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah tiga batu nautika daripada paras air surut. Di luar tiga batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi perairan kebangsaan. Semua sumber minyak yang ditemui di kawasan itu, sama dalam kes di Terengganu, adalah menjadi hak Kerajaan Persekutuan.


Dalam kes di Terengganu, oleh kerana minyak dijumpai kira-kira 150 kilometer di luar kawasan perairan negeri, Terengganu sebenarnya tidak berhak mendapat apa-apa pembayaran kerana perolehan minyak tersebut ialah di kawasan pelantar benua yang menjadi hak Kerajaan Persekutuan.


Perlu diketahui bahawa dalam perjanjian pembayaran tunai kepada Terengganu, ia hanyalah satu perjanjian persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Negeri Terengganu (ketika itu UMNO/BN) dan Petronas. Dalam istilah undang-undang, perjanjian sebanyak enam perenggan itu tidak merupakan perlunasan kepada penghartaan atau pemilikan harta. Penghartaan terjadi daripada perjanjian atau pemberian. Dalam kes Terengganu, penghartaan secara konsepnya adalah dipegang oleh Terengganu tetapi pada hakikatnya, oleh kerana minyak berada di kawasan pelantar benua yang menjadi milik Kerajaan Persekutuan, maka Terengganu tidak ada asas kepada penghartaan tersebut.


Selama ini, siapa yang mengurus dan mengendalikan wang yang sebegitu banyak selepas UMNO/BN berjaya membentuk semula pentadbiran negeri yang diketuai oleh Idris Jusoh? Wang berjumlah berbilion ringgit itu beralir ke mana? Siapa atau pihak mana yang mendapat faedah?


Jika negeri Terengganu mendapat wang yang sebegitu banyak, kenapa masih ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan? Kenapa masih ada kampung yang tiada bekalan air bersih mahupun kuasa elektrik? Kenapa masih ada kampung yang tiada hubungan jalan yang sempurna ataupun jambatan untuk menyeberangi sungai?


Kerajaan baru pimpinan MB Datuk Ahmad Said turut tertanya-tanya berkaitan isu wang ehsan/royali minyak. Kenapa?


(22 MAC 1975 - Perjanjian mengenai bayaran wang tunai petroliam ditandatangani antara Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Petronas yang diwakili Pengerusinya Tengku Razaleigh Hamzah.)



Friday, May 23, 2008

ICJ sahkan Pulau Batu Puteh milik Singapura






Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICT) di The Hague, Belanda mengesahkan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Middle Rocks disahkan milik Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan di Belanda hari ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM (TV1), enam bulan selepas kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura, menggulung hujah masing-masing.

Thursday, May 22, 2008

Masjid di Singapura adakan klinik guaman percuma

Tiga buah masjid di Singapura telah memulakan klinik guaman percuma kepada jemaah masing-masing, terutama golongan berpendapatan rendah. Masjid-masjid berkenaan - Darul Ghufran, Al-Iman dan Al-Ansar - mula mengendalikan klinik berkenaan Februari lepas.

Masjid Darul Ghufran mengadakannya pada hari Selasa minggu pertama setiap bulan, Masjid Al-Iman pada Selasa minggu kedua manakala Al-Ansar pada Selasa minggu ketiga.

Antara kes yang dikendalikan ialah kes perceraian dan nafkah anak, masalah hutang dan kes harta pusaka. Klinik guaman itu dikendalikan oleh seorang peguam, Abdul Aziz Abdul Rashid, secara sukarela dan percuma.

Setahu saya, tiada masjid di Malaysia yang mengadakan klinik guaman secara percuma walaupun kita mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

Malaysia mempunyai jumlah peguam Melayu/Islam yang jauh lebih ramai daripada Singapura tetapi tiada pula yang menawarkan khidmat secara sukarela dan percuma melalui institusi masjid.

Mungkin para peguam yang menganggotai pentadbiran lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atau yang menyokong Pakatan Rakyat boleh mendahului dan membuka langkah ke arah itu.

Tuesday, May 20, 2008

Hisham kata Mahathir tak bertanggungjawab



Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad umum keluar UMNO, banyak pihak membuat ulasan dan andaian masing-masing termasuk perdana menteri Abdullah Haji Ahmad dan timbalannya Najib Tun Razak. Kebanyakan daripada pemimpin UMNO yang berkuasa sekarang memberi reaksi yang kita boleh agak akan sedemikian rupanya. Sama ada mereka jujur atau tidak bukan persoalannya kerana orang politik memang begitu, mereka akan menari mengikut rentak.

Tetapi, reaksi atau ulasan ketua pemuda UMNO, Hishamuddin Hussein Onn agak melucukan dan boleh dikatakan kurang bijak. Hisham menuduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab sedangkan itu adalah hak mutlak Mahathir.

Hisham agaknya buta sejarah. Sebelum berkat-kata, Hisham seharusnya berfikir apa yang hendak diperkatakan. Jangan terlalu ikut perasaan atau emosi.

Apabila Hisham menuduh Mahathir tidak bertanggungjawab, maka dengan sendirinya Hisham menuduh datuknya yang juga pengasas UMNO, Datuk Onn bin Jaafar dan bapanya yang juga mantan presiden UMNO, Hussein bin Onn, tidak bertanggungjawab.

Datuk Onn adalah presiden (Yang Di-Pertua ketika itu) UMNO pertama yang keluar UMNO manakala Tun Hussein Onn tidak menyokong dan tidak menganggotai "UMNO Baru" selepas UMNO asal diharamkan oleh Mahkamah, sebaliknya dia menyokong Parti Melayu Semangat 46.

Jika kita melandaskan hujah kepada apa yang dikatakan oleh Hisham, maka perbuatan atau tindakan Datuk Onn dan Tun Hussein adalah sama seperti Tun Mahathir. Jika Hisham kata Tun Mahathir tidak bertanggungjawab, maka tuduhan yang sama boleh ditujukan kepada Datuk Onn dan Tun Hussein.

Apakah Hisham lupa sejarah atau buta sejarah? Apakah tidak ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk memberi ulasan selain daripada tidak bertanggungjawab?

Hisham harus ingat tiga orang pemimpin UMNO terdahulu tidak menyokong parti atas sebab-sebab tertentu bermula dengan datuknya sendiri, kemudian oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dan diikuti pula oleh Tun Hussein dan sekarang Tun Mahathir. Presiden UMNO yang tidak keluar parti hanyalah Tun Abdul Razak yang pulang ke rahmatullah semasa masih memegang jawatan.

Kita harus terima hakikat bahawa Tun Mahathir berhak berbuat demikian kerana ia dibolehkan oleh Perlembagaan UMNO itu sendiri. Kita tidak boleh halang atau marahkan beliau kerana berbuat demikian dan kita tidak seharusnya melemparkan bermacam-macam tuduhan ke atas beliau. Bukankah UMNO sebuah parti politik yang mengamalkan sistem demokrasi? Tun Mahathir hanya melaksanakan hak demokrasinya. Kita seharusnya menghormati haknya itu.

Sama-samalah kita renungi cogan kata... "UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA"... dan fikirkanlah sama ada ia akan terus berkaitan atau relevan.

Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Mahathir keluar UMNO

Mantan perdana menteri dan presiden UMNO selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar UMNO dan tidak akan menganggotai semula parti itu selagi tiada perubahan dalam pucuk pimpinan.

Mahathir menyeru ahli-ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan kepimpinan parti sekarang supaya turut berbuat demikian.

Mahathir memberitahu satu forum di Alor Star hari ini bahawa beliau akan kembali kepada UMNO sekiranya belaku perubahan dalam pucuk pimpinan.

Mahathir mengangotai UMNO sejak 1946.



Reaksi ahli UMNO: Mantan setiausaha agung UMNO dan menteri pusat, Tan Sri Sanusi Junid menjadi orang pertama mengikuti jejak langkah Mahathir keluar dari UMNO. Sanusi, yang terkenal sebagai pengikut setia Mahathir, berbuat demikian sebagai tanda sokongan kuatnya kepada Mahathir. Lebih ramai lagi akan berbuat demikian.

Sementara itu, angota Kabinet Pak Lah, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata tindakan Mahathir pasti akan melemahkan UMNO dan beliau tidak menolak wakil-wakil rakyat parti itu akan turut keluar UMNO dan Pak Lah tiada jalan lain melainkan menasihati SPB Agong untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya sekali lagi.

Pak Lah pula melahirkan rasa terperanjatnya atas tindakan Mahathir sambil mengakui bahawa ia akan memberi kesan kepada UMNO. Pak Lah meminta ahli UMNO bertenang.

Sunday, May 18, 2008

Isu dakwat hitam mulai menjadi cerah



Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum bahawa penggunaan dakwat hitam kekal pada pilihan raya umum ke-12 lalu dibatalkan, banyak pihak membidas SPR terutama pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Alasan yang diberikan oleh Rashid berkisar pada soal keselamatan dan maklumat daripada pihak polis kononnya ada pihak yang membawa masuk dakwat hitam kekal untuk mensabotaj pilihan raya.

Semalam, Rashid mendedahkan bahawa kerajaan sendiri yang meminta SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam kekal dan pihak SPR, yang kita semua tahu bukan bebas, terpaksa akur dengan arahan itu.

Seperti biasa, perdana menteri Abdullah Haji Ahmad menafikan dakwaan Rashid dan bertegas bahawa Kabinet tidak pernah mengarahkan SPR untuk berbuat demikian.

Pak Lah berkata Kabinet hanya memberi "cadangan" kepada SPR supaya tidak menggunakan dakwat hitam kekal pada pilihan raya berkenaan. Amat mudah bagi Pak Lah untuk membuat penafian dan memberi alasan yang cukup lemah.

Sebenarnya, sama ada cadangan atau pandangan, jika ia datangnya dari Kabinet, maka ia dilihat atau diterima sebagi satu arahan lebih-lebih lagi oleh mana-mana institusi yang berkaitan kerajaan. Pegawai kerajaan pasti tidak berani menentang "cadangan" Kabinet?

Oleh itu, alasan Pak Lah amat cetek dan tidak dapat diterima. Ia membuktikan betapa tidak telusnya kepimpinan Pak Lah dan ia juga memberi satu lagi bukti bahawa SPR bukanlah sebuah badan bebas seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Friday, May 16, 2008

Anak kunci Ka'aba berusia 800 tahun dilelong

Sebatang anak kunci Ka'aba berusia 800 tahun telah dijual untuk 9.2 juta paun (kira-kira RM58 juta) dalam satu lelongan April lepas yang dikendalikan oleh Sotheby's di London.

Anak kunci kurun ke-12, iaitu pada zaman Khalifah Abbasiah (Baghdad, Iraq), diperbuat daripada besi dan berukuran panjang 37 cm. Anak kunci itu dibeli oleh pembida yang dirahsiakan pada harga 18 kali lebih tinggi daripada anggaran sebelum jualan (lelongan).

Anak kunci itu dipercayai digunakan semasa pemerintahan Imam Al Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas.

Menurut Sotheby's anak kunci yang dipercayai wujud antara sekitar 1179-1180 itu pada asalnya berada dalam simpanan persendirian di Lubnan. Selain daripada yang dilelong itu, terdapat beberapa lagi anak kunci Ka'aba yang disimpan di Muzium Istana Topkapi (Istanbul), dalam simpanan Nuhad Es-Said, di Louvre, Paris dan di Muzium Kesenian Islam, Kaherah.

Wednesday, May 14, 2008

Rakyat Palestin terus menderita









Israel merayakan penubuhannya 60 tahun lalu hasil daripada perancangan sulit England dan Perancis. Pembentukan negara Israel itu dibuat dengan mengusir dan merampas tanah milik rakyat pribuminya, Arab Palestin.

Selama 60 tahun sejak 15 Mei 1948, rakyat Palestin menderita dan terus menderita akibat keganasan dan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis.

Pengganas nombor satu dunia, George W. Bush berada di Israel untuk turut merayakan "kemerdekaan" negara Yahudi itu. Inilah sikap prejudis seorang manusia yang tidak bertamadun dari sudut pengertian sebenar perkataan itu. Manusia yang sanggup menyerang dan menduduki Iraq atas satu pembohongan dan sanggup melihat rakyat Iraq yang tidak berdosa hidup dalam kesengsaraan yang amat dahsyat.

Foto di atas dengan jelas memperlihatkan mangsa kekejaman puak Zionis Laknatullah itu.

Tuesday, May 13, 2008

Masalah bekalan beras - antara kilang dan bendang

Pada tahun 1970-an kita masih mampu menikmati kehijauan sawah padi atau bendang yang terbentang luas di pinggir bandar Alor Star dan kawasan sekitar Bayan Lepas dari Sungai Tiram hinggalah ke Sungai Ara. Pendek kata saujana mata memandang!

Pertengahan tahun 70-an, tanah bendang di sekitar Lapangan Terbang Bayan Lepas mula ditukar syarat daripada tanah pertanian untuk membolehkan pembangunan kilang-kilang elektronik bermula dengan kilang Penang Electronic.

Orang Pulau Pinang ketika itu berkata secara sinis bahawa "kita tak payah makan nasi lagi..." kerana satu demi satu bendang hilang ditelan arus pembangunan terutama oleh industri elektronik.

Di Kedah, bendang yang menghiasi hampir sepanjang jalan ke Kuala Kedah turut berubah wajah. Begitu juga dengan bendang di kawasan-kawasan pinggir Alor Star sehingga ke Gunung Keriang. Bendang diganti dengan kawasan perumahan, kawasan perindustian kecil dan bangunan-bangunan perniagaan.

Apabila kawasan tanaman padi berkurangan maka bekalan padi juga berkurangan tidak kiralah sama ada dihasilkan melalui tanaman dua atau tiga kali semusim. Kurang tetap kurang.

Sekarang, kerajaan baru sedar dan tersentak betapa pentingnya bendang atau sawah padi untuk negara. Apabila harga melambung tinggi dan bekalan tidak mencukupi, barulah nak buka kawasan baru untuk tanaman padi.

Rakyat Malaysia makan nasi, bukan makan cip atau hasilan elektronik yang lain. Apakah hasil keluaran elektronik lebih mustahak daripada padi (beras). Mungkin dari sudut ekonomi (hasil eksport) benar tetapi dari sudut bekalan makanan bagaimana?

Kesilapan kedua yang dilakukan oleh kerajaan ialah apabila ia menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Ia bermula apabila Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diswastakan pada bulan Januari 1996 dan mengambil alih peranan LPN sebagai "penjaga" industri padi dan beras Malaysia.

Segala urusan berkaitan beras, sebagai bahan makanan utama rakyat Malaysia, seharusnya dikawal dan dijaga oleh kerajaan sendiri dan bukan diserahkan kepada sebuah badan swasta yang sudah tentu mementingkan keuntungan. BERNAS adalah sebuah badan atau syarikat swasta (setelah diswastakan).

Kita tidak menafikan bahawa BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, tetapi kita juga sedar bahawa ia adalah sebuah syarikat komersial yang mementingkan keuntungan dalam urus niaganya.

Sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia) pada 25 Ogos 1997, BERNAS sudah tentu memikirkan prestasi syarikat dan laba yang mesti diperolehi.

Tidak seperti LPN yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada industri padi dan beras, BERNAS perlu memikirkan laba dan keuntungan. Para pengarah dan eksekutifnya sudah tentu ingin melihat BERNAS meraih keuntungan sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di BSKL.

Para petani yang mengerjakan bendang sering meluahkan rasa kurang puas hati berkaitan harga padi yang tidak serata dan seragam antara negeri-negeri seperti Kedah dan Perlis dengan Kerian atau Tanjong Karang. Ketidakpuasan hati mereka ditujukan kepada BERNAS dan disini kita dapat mengandaikan bahawa mereka kurang senang dengan BERNAS.

Kita juga mula mendengar desakan supaya LPN diwujudkan semula untuk menjamin kelangsungan industri padi dan beras. Kerajaan mesti bertanggungjawab penuh ke atas industi yang amat penting ini kerana ia membabitkan soal kehidupan.

Sunday, May 11, 2008

UMNO is 62 today






Leading Malaysian Malay political party, the United Malays National Organization or UMNO is 62 today.


If UMNO is a human being, the party can be considered as being in its twilight years, however, democratically it is tightening its members' freedom.
Party leaders, especilly those holding divisional posts, were directed not to issue any press statement or speak to the media on party matters. They were also 'advised' not to hold extraordinary general meetings (EGM) to discuss UMNO's poor performance in the recent 12th general elections and the question of leadership changes.

Recent developments in UMNO can be described as bad omen for the party.

When UMNO celebrated its 30th anniversary in 1976, former party president and the country's first prime minister, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, said that UMNO "is not quite like the UMNO of yesteryear. There have been many alterations in its political set-up and outlook, perhaps because the times have changed". That was 32 years ago.

The Tunku warned that any move that contradicted UMNO's basic policy would spell danger, and so "today's leaders have to be careful before making any change".

Tunku, who took over UMNO's leadership from Datuk Onn Jaafar in 1951, tirelessly reminded his party members that Malaya/Malaysia is a country of many races. "If they cannot live together then the danger is they will fight one another and if that happens, then God help us. I consider it the duty of every leader in this country to work for peace and goodwill".


Wednesday, May 07, 2008

Procurement of defence assets



Malaysia Parliament opposition leader Dr Wan Azizah Wan Ismail said the government should set up an independent commission of inquiry into the purchase of military hardware, especially the Scorpene submarines and the Sukhoi jets.

She claimed that the purchase of two Scorpene submarines worth RM4.5 billion through negotiated tender had attracted attenion as a commission exceeding RM530 million had been paid to Perimekar Sdn Bhd owned by Abdul Razak Baginda.

Dr Wan Azizah told Parliament on Monday that Razak was an adviser to then and current defence minister Najib Tun Razak.

She said in the purchase of the Sukhoi jets worth RM3.2 bllion, IMT Defence Sdn Bhd, a company controlled by former Melaka chief minister Adib Adam, was paid a RM380 million commission.

However, the following day Najib clarified that negotiations for the procurement of the Sukhoi SU30MKM jets and Scorpene submarines had received approvals at all levels and adhered to the procedures required.

Meanwhile, Defence Ministry said in a statement Dr Wan Azizah's allegations that the government paid commissions totalling RM450 million to Razak in connection with the submarine purchase was without basis as no commission was paid.

The statement added that the submarine procurement was carried out via direct negotiations under the terms of the government's procurement procedures with the manufacturer, Armaris (France) and Navantia (Spain), which had received approvals from their respective governments.

According to the statement, Syarikat Perimekar was only given a contract to provide support and coordination services for a period of six years and the contract value of 11.96 million euros was paid in stages in accordance with the progress of the project. The scope of support by Perimekar is to provide facilities and equipment and health insurance for the 27 families of the team members of the project in France and Spain.

As for the Sukhoi jets, the defence ministry said it was done through direct negotiations with Rosoboronexport, a Russian company.

Rosoboronexport had appointed a local company to "facilitate its dealings" in Malaysia which the ministry claimed were "normal business dealings" which did not involve the Malaysian government at all.

I would like to add further information, certainly unclassified, to the above episode:

The Memorandum of Understanding (MOU) between the Government of the Russian Federation and the Government of Malaysia on Military, Military-Technical and Military-Industrial Co-operation was signed in April 1999.

The MOU "opens up" new vistas for further promotion of long-term friendly ties in the field of military-technical co-operation on a mutually beneficial and equitable basis.

During former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad's trip to the Khabarovsk Territory and the Buryat Republic in August 1999, he had an ample opportunity to personally make certain of a vast existing potential for Russia and Malaysia to collaborate in the said co-operation.

In fact, intensive exchange of delegations to negotiate deliveries to Malaysia of the "Igla" Portable Air-Defence Systems, the "Smerch" Multiple Launch Rocket Systems, the "Buk-MI" Air Defence Systems, as well as the 'MI-17I" and "MI-8AMTSh" helicopters.

In december 1999, President Vladimir Putin told Dr Mahathir that Russia is fully prepared to effect deliveries of T-90C main battle tanks, "Project 636" submarines, state-of-the-art multipurpose aircraft and other types of armaments and military hardware.

Putin also placed on record that "all obligations" assumed by Russia in the military-technical sphere will be carried out in full, without any political or ideological strings attached, and with appropriate guarantees.

In 2000, Putin and Dr Mahathir held talks in Brunei when both attended the APEC Summit. Russia was ready to supply additional number of aircraft with further improvement to the system for the technical service and combat operation.

Once again, Putin told Dr Mahathir that Russia is ready to offer a wide spectrum of the newest Russian armaments including "Kilo" and "Amur" class Diesel-Electric Submarines, T-90C main battle tanks, short, medium and long range Air Defence Systems, Anti-tank Missile Systems, helicopters and naval equipment.

Most of the Russian offer was not taken by the Malaysian government. Malaysia opted for the Scorpene submarine, Poland-made T-90 main battle tank, and multiple launch rocket system from Brazil.

Tuesday, May 06, 2008

Raja Petra at Jalan Duta Court Complex






Thank you Kharis for the above photos.

Monday, May 05, 2008

Pengurusan Penang Port perlu diganti


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mahu perkhidmatan feri antara Tambatan Raja Tun Uda di sebelah pulau dan Tambatan Sultan Abdul Halim di sebelah tanah besar diberhentikan semat-mata kerana dikata merugikan.


Sebaliknya, Guan Eng yakin perkhidmatan feri yang merupakan ikon Pulau Pinang sebelum Jambatan Pulau Pinang wujud, mesti diteruskan dan berdaya untung sekiranya diurus dan ditadbir dengan baik dan cekap.


Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat itu yakin perkhidmatan feri itu boleh menghasilkan keuntungan kepada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan apa yang diperlukan ialah suntikan baru dalam pengurusan PPSB.


Apa yang dikatakan oleh Lim Guan Eng ada kebenarannya kerana setelah diswastakan, pencapaian pelabuhan Pulau Pinang yang dikendalikan oleh PPSB tidak memperlihatkan peningkatan seperti yang diharapkan.


Masalah utama ialah orang politik yang dipilih untuk menerajui PPSB dan bukan seorang yang benar-benar ahli atau pakar dalam pengurusan pelabuhan. Inilah antara masalah yang sering dihadapi oleh badan-badan perniagaan atau korporat yang diserahkan kepada orang politik.

Zahrin masih berbisa


Rancangan "Blog" terbitan RTM mengundang tetamu ketiga malam tadi, iaitu Saudara Zahrin Yassin, pengendali blog bernama Sang Kelembai. Terdapat sedikit perubahan (peningkatan) dalam cara pengendali rancangan itu, Hasshim Abu Hanifa, mengemukakan soalan yang agak berkaitan dengan isu yang diperkatakan. Syabas.


Kemunculan Sdr Zahrin selepas Sdr A Kadir Jasin dan Sdr Raja Petra Raja Kamaruddin memperlihatkan kesungguhan RTM, terutama Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chik mendekati dan mengenali penulis blog secara terbuka dan tidak sebaliknya.


Dalam rancangan malam tadi, Sdr Zahrin telah memperlihatkan sikap dan pendiriannya yang tidak berubah (konsisten). Sdr Zahrin juga hebat dalam menghadapi soalan dan tidak hilang bisa apabila menjawab soalan.


Tahniah kita sampaikan kepada Sdr Zahrin Yassin.