Sunday, April 27, 2008

Raja Petra hebat dalam rancangan Blog RTM


Malam ini, RTM mengudarakan kali kedua rancangan Blog dan tetamu khas bukan calang-calang penulis blog (blogger) iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin.


Saya cukup bangga menonton Raja Petra menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh hos rancangan itu, Hasim Abu Haniffa. Sungguh hebat manusia bernama Raja Petra ini.


Setelah menonton rancangan pertama dimana sahabat saya Datuk A Kadir Jasin muncul sebagai tetamu dan diikuti oleh Raja Petra, saya berpendapat pihak RTM perlu mencari hos baru kerana Hasim Abu Haniffa bukan hos yang sesuai.



Tahniah kepada Raja Petra kerana begitu tegas dan berani meluahkan pendapat dan menjawab soalan yang diajukan kepada saudara. Syabas.


20 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan Pak Tuan bahawa Hashim tu tak sesuai jadi hos untuk rancangan ini. Dia tak faham soalan yang dia tanya sendiri. Inilah akibat menghafal soalan yang disediakan oleh orang lain atau soalan yang dia rasa bijak tapi sebetulnya, soalan bodoh. Apa pasal si Hashim tu cuba bertanya mengenai soalan yang nampak sangat nak memerangkap tapi terlalu ceteklah pulak. Sepatutnya rancangan ini adalah untuk berkongsi maklumat. Dia kena baca banyak lah kalau mahu jadi hos.

Anonymous said...

Pak Tuan.,

program Blog ni bincang hal politik ke hal blog? saya tak nampak benda baru dalamnya. hashim abu hanifah perlu digantikan dgn hos lain - itu saya setuju...

saya tunggu giliran [ak tuan keluar pulak!

Pak Turut

Anonymous said...

Memang hebat Raja petra ni.

Lapangkan masa tengok gambar2 berkenaan Pak Lah.

http://warisankini.blogspot.com/2008/04/sabar-pak-lah-filem-pramlee-kata-kena.html

Pa'chik said...

oh.. hashim tu kalau lam berita pagi.. seronok benar dia ngutuk kerajaan PR...

Anonymous said...

Pak Syed..


come on..betui tu raja pet hebat...segala-gala nyer hebat..bagi gua dia penin la pak syed..pak syed lagi paham kut..moga bangsa ku agama ku adat resam ku selamat menghadapi melayu-melayu yg ape american haaaahaaaa saya panggil melayu attaturk..

Anonymous said...

Pak Tuan....Hos rancangan sepatut nya membuat kajian mendalam tentang blog dan juga pesonaliti yang hendak di-temuramah nya. Nyata sekali hos tidak dapat melakukan tugas dengan baik dan kelihatan sungguh cetek pengetahuan nya.

Walau bagaimana pun memang sungguh sukar mempertahankan sesuatu yang "tidak benar"...oleh itu RPK dengan mudah sahaja "mempermainkan" soalan soalan hos dengan berkesan sekali.Itulah yang amat ketara antara yang hak dan yang bathil. Dapat di-lihat dengan sejelas jelas nya!

Anonymous said...

Hebat apa ke bendanya? Bukan nya Wali Allah.

Seperti dijangka kalau ada saja dari RTM (Establishment) memang ada saja lah yang salah.

Kalau pandai sangat awak saja lah jadi hos, awak juga lah saja jadi PM, lagi bagus.

Anonymous said...

orang yang macam Hashim itu merupakan identiti RTM, itu yang menyebabkan penonton malas buka tv1

rastom said...

Pak Tuan dan rakan rakan,

Hashim dan ramai lagi petugas di bilik berita RTM tidak bersedia dan dan tiada pendedahan kepada "keterbukaan" yang cuba dilaksanakan setelah bertahun tahun terdidik dalam sejenis bentuk jurnalisme terpimpin. Seperti yang Tuan Anon 10:38 cakap, mereka bukan saja perlu baca banyak, tetapi perlu tau dan menjiwai semangat zaman (zeitgeist) dan intisari apa itu blog, apa itu web site dan apa itu portal. Kena ada new skill lah. Mendiang MGG Pillai walaupun semasa hidup dulu daripada generasi lama tetapi dia cepat adopt teknologi baru, pun Datuk Kadiaq nampak sudah selesa memblog jiak dibandingkan dengan jurnalis muda. Ini orang muda, nampak langsung tidak bersedia untuk berhadapan dengan subjek yang aktif di dalam medium yang baru.

Anonymous said...

Encik Hassim Abu Hanifa bukanlah seorang yang sesuai atau mungkin dia mengikuti arahan bosnya. Tapi nyata, jika pemikiran hos itu adalah pemikiran RTM/BN/UMNO, memang pandangan itu adalah pandangan yang amat kuno dan sebab inilah ia tidak menerima kepercayaan pengundi yang pemikiran sudah jauh ke depan.

Kenapa kestabilan perlu dikaitkan dengan kebebasan bersuara?

Hos itu juga berkali-kali berkata "Kerajaan sekarang sudah bersifat terbuka". Ini jelas menunjukkan pengakuan yang Kerajaan bersifat autokratik sebelum ini. Namun, kalau keterbukaan itu hanya berbentuk luaran dengan sekadar menjumput blogger ke arus media perdana, itu hanyalah smokescreen untuk mengabui mata rakyat.

Syabas saya ucapkan kepada RTM1 kerana makin berani untuk menyiarkan interview sedemikian.

Saya rasa Pak Tuan punya 5 minutes of fame pun mungkin tak lama lagi dan saya pasti speaking from the heart with the truth will be very welcomed in our media.

Anonymous said...

assalamualaikum. pak tuan, mengenali hashim dia tidak pernah buat homework sebelum kendalikan satu-satu rancangan! dia blurr seolah-olah baru bangkit dari `tidur.' berlagak seperti orang tahu tapi sebenarnya tak tahu apa-apa! RTM dan Hashim sama tak pernah berubah. Nak bercakap pasal blog tapi tak pernah kunjungi blog dan kaji apa itu blog.

RTM carilah hos jemputan lain yang lebih mengethaui apa tu blog. janganlah letak hashim sebagai hos MEMALUKAN!!! Ya benar-benar MEMALUKAN!!!

Anonymous said...

pak tuan,

raja petra bukanlah hebat sangat. kelentong pun banyak. nampak hebat kerana pandai bercakap, pusing n putar belit sikit sikit!

raja petra nampak hebat pasal hos hashim bengap, malas membaca, tak buat homework, berlagak mcm terrer tapi entah apa-apa.

selagi hashim jd hos rancangan ni, selagi tulah dia akan menyerlahkan kebengapan/kebodohan dan kedengkalan ilmu berkaitan perkembangan blog di negara ni. Noktah!

Anonymous said...

Alamak saya sudah miss. Takde kar youtube ke?

Author said...

Salam ,
-Memang Raja Petra Nampak hebat, tapi saya terfikir ..boleh kah Sweeden dibuat perbandingan Good Governance? kita mempunyai pelbagai kaum Melayu, Cina, India dan lain, Manakala Sweeden satu bangsa yang dominan anglo..,
-satu lagi bila Raja Petra kata Islam bermula dengan Teori? apa yang dimaksudkan beliau teori?
-kita pelu bebas?tanpa sekatan undang2?
-cuma tersurat memang Hebat RaJa Petra...Tersirat?? anda semua dapat menilai..

Anonymous said...

bro syed,
saya pasti hashim tidak buat homework dan tidak ada knowledge langsung tentang bloggers. raja petra tidaklah sehebat manapun. blogs mula diperkenalkan di malaysia apabila anwar ibrahim dipecat dari kerajaan dan umno. ketika itu begitu ramai bloggers yang muncul di laman-laman web yang dicipta reka dan sepanjang pengetahuan saya, tidak seorangpun blogger pun yang dikenakan tindakan ISA. apakah tidak wujud keadilan dan ketelusan kerajaan ketika itu, walaupun majoriti bloggers yang menghentam dr mahathir dan kerajaan. peter petra tak tahu ke ataupun sengaja buat-buat tak tahu? seperkara lagi ialah peter petra menyamakan agama islam sebagai teori seolah-olah ianya sama seperti teori politik - komunisme, sosialisme dan sebagainya. saya tak hendak menuduh kefahaman dia tentang islam.
saya tak sabar nak tengok pula bro syed dijemput oleh rtm. kalau dapat berbicara selama 30 minit, saya kira satu tempoh yang elok kerana 15 minit seperti yang dikata oleh kadir jasin adalah terlalu pendek. all the best to u bro syed dan tahniah kepada bro in-law u kerana berani. tapi suka saya ingatkan, tak banyak beza antara bodoh dan berani, berhati-hatilah semasa bertindak kerana ramai yang sedang perhatikan dia.

Unknown said...

John Brown,

Terima kasih sajalah atas kepercayaan saudara. Sebenarnya, saya tidak berminat jadi tetamu rancangan itu. Saya lebih suka menulis. Maaf.

Anonymous said...

pak syed ,

Hashim memang tidak sesuai menjadi hos rancangan berbentuk intelektual ini

Pada saya Datuk Kadir Jasin adalah calun yang paling sesuai sebagai Hos memandangkan pengalaman beliau sebagai pengamal media dan penulis blog yang berpegalaman

Hashim tidak dapat meletakkan diri beliau sebagai orang tengah dalam membicarakan soal blog ini dan kelihatan beliau sentiasa bias kepada politik pemerintah


United Muslim Organisation
Still Boicot Dutch Product

Unknown said...

Apbila saya sebut dia hebat, saya merujuk kepada cara dia menangkis dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang hos yang agak mengecewakan.

Saya pun tidak bersetuju apabila dia menyatakan Islam bermula dengan teori tetapi tidak pula disanggah oleh hos.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Tuan Senang Besar said...

tuan syed,

I just managed to watch the recorded interview of RPK on YouTube.
Part 1 - http://www.youtube.com/watch?v=09S2tyeYPC4 Part 2 - http://www.youtube.com/watch?v=YpFoaay8ACU Part 3 - http://www.youtube.com/watch?v=slTrT8cjzHQ

My opinion is that RTM must feel that they are doing the wrong thing by inviting RPK to the studio. they couldn't censor the interview because they're trying to portray the image of the 'new RTM'. on the other hand, RPK had no reservations to kick the government's butt in every word he utter.

not to mention destroying the already intimidated host.

johan jaafar would have been a better choice.

;)

Tauke Wayang said...

Aku pun tengok waktu RPK on air.
Memang terkulat-kulat pengacara tu nak menyerap jawapan RPK.

Hehe.