Tuesday, April 15, 2008

Foto Perhimpunan Raksasa Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman

Foto Perhimpunan Raksasa Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur yang diadakan pada 14 April, 2008. Foto berikut adalah ehsan daripada MODERATOR, theindiestory.blogspot.com untuk tatapan pelawat ke laman blog ini. Jutaan terima kasih disampaikan kepada MODERTOR atas kebenaran memaparkan foto berkenaan dalam blog ini.






6 comments:

Anonymous said...

Pak Syed.

Saya tidak berkesempatan menghadiri program tersebut kerana menghadiri satu program yang tidak kurang hebatnya di Stadium Ipoh, mendengar pidato menteri besar perak Ir Mohd Nizar kerana saya belum berkesempatan mendengar pidato beliau. Anwar Ibrahim sudah selalu saya dengar tetapi rasa terkilan juga..
melihat kepada perkembangan politik semasa, sokongan kepada pakatan rakyat semakin menerangsangkan walaupun semasa perjalanan pulang ke KL malam tadi ada teman melapurkan bahawa perhimpunan di KSS diganggu oleh Polis walaupun dilakukan dalam kawasan persendirian ini melambangkan sikap "double standard" pihak berkuasa menangani isu yang membabitkan pihak pembangkang tetapi pihak yang satu lagi setiap hari memainkan isu yang merbahaya iaitu isu perkauman dibiarkan seolah-olah digalakkan oleh pihak berkuasa? dimana keadailannya....


United Muslim Organisation
Masih Boikot Produk Belanda

Anonymous said...

masa depan semakin cerah, yang murtad dan korup semakin pudar, yang angkuh dan bongkak terus sunyi, rakyat sudah membuat penilaian, rakyat yang berkuasa itulah yang di panggil pakatan rakyat

Anonymous said...

PAK TUAN, kita mau tanya sama itu polis...pasai apa hampa tak saman ketua2 umno penang yg buat demonstrasi di KOMTAR tempoh hari? awat depa kebaikah? awat takdak tak dapat arahan dari toke hampa di putrajayakah?? Amboi bila PKR / orang2 anwar Ibrahim buat perjumpaan hampa kalut..sampai pi serve notice pukul 6 pagi utk hadirkan diri di balai . ech.ech ech kalut betuilah. Tak hormat langsung kat menteri besar selangor... LA NIE TAHUN 2008..MACAMNI PUN ADA LAGIKAH?? HANYA SAJA DI BUMI MERAPU MALAYSIA BOLEH!!!wahai mata-mata, hampa yang zalim akan ditanya oleh ALLAH di Hari akhirat nanti akan segala perbuatan. Kami pun akan ditanya.Jadi berlaku adil lah pada semua. dalam al Quran suarah Al Maidah ada ayat yg sebut bahawa, berlaku adil itu lebih dekat kepada taqwa..dan kita semua tahu bahawa dgn taqwa kita boleh selamat di hari pembalasan nanti.INSAFLAH DAN JANGAN DOK IKUT BUTA TULI SAJA

Unknown said...

Ya, sayapun nak tanya depa. Awat double standard? Polis kerja untuk sapa?

Setau saya, polis kena taat setia kepada kerajaan yang dipilih rakyat dan mesti adil dan saksama. Tapi nampaknya depa pilih bulu! Kat Penang depa pejam sebelah mata tapi kat Kampung Baru, depa tunjuk garang. Pasai apa?

Kat Penang, betoi-betoi ganggu ketenteraman awam. Depa buat demonstrasi atas jalan raya, di tempat awam tapi apa polis buat?

Kat KL, bukan ditempat awam tapi dalam kawasan persendirian (Kelab Sultan Sulaiman) dan tak ganggu gugat orang awam. Setau saya, dalam kawasan macam tu tak payah mintak permit polis. Sama macam Pak Lah ataupun Najib buat perjumpaan dalam PWTC, tak payah mintak permit polis. Lagi sekali, pasai apa double standard?

Yang ni buat orang marah!

Anonymous said...

pak syed... maybe saya ada jawapan..

kat penang, polis tak amik tindakan pasai perhimpunan tu cuma disertai oleh ratusan.. heheheheh.. takde sapa nak support depa pon.. yg kat kg baru, ribuan... tu yg depa terkedu sgt tu... hehehehehhehe....

nway, saya adalah antara ribuan yg menyertai 'perhimpunan' tersebut... mlm tu, para hadirin cukup terkawal... malah, saya tgk polis pon ilek jer.. ada yg dgr radio kat dlm trak, ada yg membeli belah kat pasar malam segera kat sekeliling padang tu, ada yg dok borak2 sambil hisap rokok... so.. aper isunya?? tugas polis menjaga keamanan... malam tu mmg cukup aman... saya pasti para peniaga kat kawasan sekeliling tu pasti gembira pasal biz diorg tetiba naik mlm tu...

Anonymous said...

tu yang aku marah .. depa bawak mai raksasa sekali pi berhimpun .. kena la panggil polis angkasa gaban pi kacau sat ..