Friday, April 18, 2008

Isu ladang ternakan babi dipolitikkan








(Keterangan gambar: Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Tanjung Sepat, Dr. Karim Mansor (UMNO) sedang posing di sebelah kandang babi semasa mengikuti rombongan Kerajaan Negeri BN pimpinan Dr. Khir Toyo meninjau sistem ternakan babi secara moden di Jerman).


Yang cadang Kerajaan BN, yang nak laksana Kerajaan PR


Isu cadangan pembukaan sebuah ladang ternakan babi secara moden yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor semasa dibawah pentadbiran Dr Khir Toyo nampaknya telah dijadikan satu isu politik oleh orang BN (UMNO) sendiri.

Saya perlu membuat ulasan kerana nampaknya orang yang pernah menyokong projek swasta itu kini menjadi antara yang paling lantang menentang. Ini yang tidak betul dan perlu diperbetulkan agar rakyat tidak dikelirukan.

Kita akui bahawa di Selangor terdapat tidak kurang daripada empat ladang ternakan babi yang telah menimbulkan banyak masalah berkaitan pencemaran air, pencemaran udara dan mengotori alam sekitar.

Oleh itu, kerajaan negeri Selangor pimpinan BN membuat keputusan untuk memusatkan ladang ternakan babi di satu kawasan khas dan diselenggarakan secara moden. Ladang yang dicadangkan itu dijamin tidak akan mencemar udara, air mahupun alam sekitar kerana ia akan dikendalikan secara 'kitar semula'. Kita sokong sebarang usaha untuk melindungi alam sekitar seperti yang dicadangkan itu.

Untuk tujuan itu, kerajaan negeri pimpinan Dr Khir Toyo telah menghantar serombongan ahli Exco dan pegawai kanan meninjau projek seumpama itu di Eropah dan antara negeri yang dilawati ialah Jerman.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor adalah antara orang yang begitu lantang membantah sedangkan dia telah melawat beberapa ladang ternakan babi secara moden di Eropah.

Yang pasti, projek bernilai beratus juta ringgit di Ladang Tumbuk itu tidak akan dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor tetapi oleh sebuah entiti persendirian milik bersama Persatuan Penternak Babi Kuala Langat.

Kenapa ia tiba-tiba dijadikan satu isu panas semata-mata kerana pentadbiran kerajaan negeri bertukar tangan daripada BN kepada Pakatan Rakyat? Bukankah dari segi mutu alam sekitar projek yang dicadangkan itu boleh dan dapat mengatasi masalah pencemaran yang begitu ketara sekarang?

Apakah ia tidak akan menjadi isu sepanas yang ditiupkan oleh media tertentu sekiranya BN terus berkuasa di Selangor. Bukankah ia projek yang terilham semasa BN memerintah Selangor?

Nampaknya orang BN termasuk Datuk Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang saya kenali semasa menjadi Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, turut melakukan lagak tari berlainan semata-mata kerana negeri Selangor kini diperintah oleh Pakatan Rakyat dan bukan BN. Noh berkata ladang ternakan babi secara moden itu adalah hadiah Kerajaan PR kepada rakyat Selangor. Noh oh Noh, kenapa sampai begitu jauh saudara lari daripada kenyataan? Bukankah ia satu projek yang dirancang oleh Kerajaan BN dan mahu tidak mahu, ia adalah sesuatu yang elok dari segi menjaga alam sekitar dan menjamin tidak berlaku pencemaran yang begitu teruk sekarang? Janganlah kerana berbeza fahaman dan pegangan politik membuatkan kita alpa dan lupa akan kenyataan.

9 comments:

Anonymous said...

Hal cik komeng jadi besor. Hok cadang pung dia, hok bantah pung dia.Hok gi ladang cik komeng pung dia jugok

Jack in the Box said...

Saya dan saya rasa ramai orang dah meluat dekat BN ni

dulu, Geram
lepas tu, Marah
dah lepas marah, naik Benci
sekarang ni dah Meluat

Bilamana dah meluat, dah tak ada marah cuma dah tak boleh tahan, apa dia cakap pun kita tak nak dengar, malah bunyi suara pun begitu annoying sekali... lepas meluat ni orang melayu selalunya dia mengamuk

haritu dah mengamuk sekali di peti undi saya rasa lepas ni orang Umno pulak yang nak mengamuk dengan ketua mereka

My insurance agent told me that the BN/Umno goon who was supporting the idea stood to gain RM50 per pig sold.... I don't know whether this is true but I can tell you that I want to believe because this is an Umno practice.... semua benda dia letak tol.... perception is king

Anonymous said...

Saya mohon maaf tak setuju dgn cadangan nak buat industri berskala besar di Malaysia.

Sedangkan Thailand yg ramai bukan Islam pun, industri ternakan utama ialah ayam, bukannya babi. Ia cuma akan manjatuhkan imej Malaysia di mata dunia-dunia Islam yang lain.

Dan saya tidak peduli samada BN atau Pakatan Rakyat. Inilah pegangan saya.

Orang-orang bukan Islam di negara ini pun bukan semua makan babi. Mereka duk tibai jugak ayam KFC, ikan dsbnya. Contohilah Jepun yg banyak makan ikan kalau nak kuatkan minda dan menjauhkan makan ayam inject dan red meat spt babi.

Sehingga kini belum ada perangkaan demand dan supply babi di Malaysia tapi bukanlah rahsia lagi kebanyakannnya di eksport ke Singapura dll negara.

Cukuplah imej Islam Malaysia tercemra dengan adanya pusat judi skala besar di Genting. Kalau tak sokong judi, sepatutnya tak sokong juga mentransformasi Malaysia menjadi Pusat Babi.

Contohilah Singapura yg lebih kedepan - nak babi import sajalah. Asalkan negeri dan negara tak tercemar. Banyak mana dah buat keluar wang untuk membersihkan sungai2 di Malaysia yg telahpun tercemar dan banyak mana lagi yg nak keluar duit awam untuk menampung "externalities' angkara babi. dari segi kos benefit, banyak keburukan dari kebaikan.

Memang malang nasib kg2 Melayu tradisi yg nak dijadikan tapak pusat babi itu. Apa akan jadi dgn nilai tanah di sana? Tak adakah lain-lain tapak yg lebih sesuai. Dah pi lawat Jerman dan Bangkok, napa tak pakai piawai mereka? kat sana jarak dari pusat babi dengan petempatan ialah lima jam perjalanan naik kenderaan. Kenapa mentang-mentang kawasan orang-orang Melayu/Islam kampung, mesti ambil mudah, piawai pun entah ke mana?

Kerajaan BN khabarnya mencadang. kerajaan PR meneruskan. Kerajaan manakah yg boleh diharap akan membela untung-nasib penduduk-penduduk yang terlibat?

Pembuat2 keputusan dan jurukomen-jurukomen yg tidak terlibat secara langsung tentulah dlm keadaan lebih senang krn impak secara lamgsung tidak akan dirasai.

Cuba letak pusat babi itu dekat rumah pembesar-pembesar terlibat, tak kira Islam atau tidak. Mau ke?

Kalau ada wisdom, anngaplah ada blessing in disguise masih belum terlambat kaji semula. Janganlah kerana nak cari populariti dgn "rakan kongsi", main setuju saja.

Kabinet Selangor hendaknya tok sah jadi "half-past" six :)

Anonymous said...

Dr Karim hanya "thumbs up" kerana babi babi itu adalah babi Yang Berhormat iaitu lebeh berhormat dari kawan kawan kita didalam politik BN seperti Samy Ulu or atau Dr Chua. Jangan marah bangsa kita yang hanya ingin memjukan orang orang kita. Jika kita dapat jual satu babi kepada setiap rakyat Republik Rakat Tiongkok (RRT), bangsa kita akan jadi kaya. Hidup babi babi Dr Karim!

DIN said...

Setengah hari bersama TUN di Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/2008/04/setengah-hari-bersama-tun.html

Raksaksa BN said...

layari: www.raksasabn.blogspot.com

Khir Toyo Si Kaki Pembelit

Sungguh lantang suara bacul Dr. Khir melaungkan salakan supaya peralihan kuasa segera dilakukan.Mungkin ada yang tersedak ketika ini apabila bekas MB Selangor ini mula berani berkata sesuatu mengenai korupsi, nepotisme dan membuat analisis senario politik semasa.
Namun, meskipun untuk menyuarakan sesuatu itu hak beliau tetapi perlulah diingatkan agar mencermin dahulu diri sendiri sebelum membuka pekung orang lain.

Penulis tidak mahu memperkatakan tentang pandangan lelaki ‘botox’ ini, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan adalah pendirian Dr. Khir sendiri terhadap perjuangan yang di laungkannya selama ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin ramai yang sedia tahu (tapi pura-pura tak tahu) bahawa bekas doctor gigi ini dahulu seorang peniaga..

Bukanlah beliau ini peniaga karpet atau ‘bisnesman’ yang punya syarikat besar, tetapi pernah jugalah terlibat dengan perniagaan ‘atas angin’. Sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam kabinet dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau adalah pemimpin yang betul-betul ‘putar alam’.
Jika kita sangkakan Anwar Ibrahim si kaki belit, rupa-rupanya Khir Toyo pun pembelit.

Ceritanya begini, suatu ketika dahulu kerajaan negeri Selangor telah menawarkan penjualan tanah kepada rakyat Selangor dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM10 kaki persegi,(mungkin mahal sangat) maka Khir Toyo sendiri yang telah membeli tanah tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah beliau membeli tanah tersebut dengan harga yang begitu murah.Menurut sumber penulis, Khir Toyo telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 2 untuk setiap kaki persegi.

Bayangkanlah betapa murahnya dari harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada bekas MB ini. Mungkin kita boleh kata ianya rezeki Khir Toyo dapat harga murah, tetapi apa yang dikatakan pembelit tahap cipan si doktor gigi ini ialah tanah yang dibelinya itu kemudiannya telah dijual kembali kepada seorang pembeli cina dengan harga lebih dari RM 10. Bayangkanlah betapa untungnya Khir Toyo dengan hasil penjualan tanah tersebut kepada lelaki cina itu. Lebih menakjubkan lagi, kerajaan negeri yang waktu itu dibawah kuasa lelaki ‘botox’ ini telah membeli kembali tanah tersebut daripada lelaki cina terbabit.

Ini bermakna tanah tersebut tidak kemana-mana, kembali ke tangan kerajaan negeri sebab perniagaan olok-olok Khir Toyo yang menguntungkan ini. Sudah tentu apabila kerajaan negeri membeli kembali tanah itu, dengan harga yang berbeza. Jika penulis jual tanah pun, tentu penulis ‘up’ lagi harga yang penulis beli. Jadi, kesimpulannya disini siapa yang rugi? Fikirkanlah berapa kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini untuk membeli kembali tanah tersebut? Siapa punya rancangan? Siapakah yang menjadi ‘master mind’ dalam permainan jual-beli tanah ini?

Secara jelas, kerajaan negeri jual tanah-Khir Toyo beli dan jual pula kepada orang cina- orang cina terbabit pula jual balik kepada kerajaan negeri.Tidakkah lucu? Sekarang ini, timbul pula isu babi.Bermacam-macam bantahan kita lihat dari banyak pihak.Termasuklah ‘si botox’ ini.

Akhbar tempatan melaporkan:- Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas. Tentu kita terperanjat dengan pendedahan berani dan drastik dari ahli BN sendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

Waktu itu terbayang dibenak penulis betapa panasnya punggung Khir dan kroni-kroninya bila keluarnya kenyataan dari Dr. Lee. Mungkin niat Dr.Lee itu baik kerana ingin menutup mulut orang yang ‘kencing haprak’, putar belit dan tidak habis-habis membuat kritikan kepada kerajaan Selangor sekarang..Bahkan, Ketua biro MCA itu juga kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Walhal selama ini, Khir Toyo dan kroni-kroninya itulah yang begitu teruja dengan projek pemodenan lading babi terbabit.Apatah lagi ianya di luluskan sendiri oleh Khir Toyo sendiri? Siapalah kita untuk melawan cakap Menteri Besar…”ini negeri kuasa dia maaa…” Arakian isu Babi menjadi ‘front page’ media arus perdana, Khir Toyo pula sudah berpeluh-peluh maka keluarlah pula kenyataan darinya.Ini kita boleh lihat sendiri melalui Blog Khir Toyo sendiri.

Antara petikan beliau:- “Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.”“Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik.

Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.” Ikhlas ke apa yang dikatakan itu? Sudah-sudahlah Dr Khir, anda cuba memanipulasikan fakta.

Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga lading-ladang babi ini.

Tetapi Khir membalas dalam Blog beliau:- “Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.” Usah putar-belit lagi Dato’ Seri Khir… Memang isu ini sensitif, tapi takkan hanya sensitif pada keharaman makan babi untuk orang islam sahaja, bagaimana pula dengan keharaman makan rasuah di kalangan islam?

Yang bab ini, pandai pula senyap!Mana ada ‘statement’ kata nak buat sampai jadi pengeksport, tapi hanya domestik Mufti Perlis sendiri cakap tidak salah kalau projek untuk memelihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tetapi salah kalau sampai niat hendak pergiatkan industri babi.

Fikir-fikirkanlah…

Anonymous said...

Pak Syed ,

Saya kalau boleh tak mahu menyentuk isu babi ini kerana sensitive melibatkan kaum-kaum di Malaysia , jika kita Tanya orang hindu kenapa tidak makan lembu, jawapan yang kita terima adalah kenapa pula kita tidak makan Babi…tetapi kalau hari-hari keluar kedai mamak pun ada yang bercerita mengenai isu ini saya terpaksa juga meluahkan apa yang terbuku.

Pegangan hidup saya adalah:

“ Jika Kita Menghurmati Hak Orang Lain Orang Lain Juga Akan Menghurmati Hak Kita”

Isu babi ini adalah antara modal UMNO untuk menghentam PR (Pakatan Rakyat) yang menerajui Selangor hari ini. Ditambah lagi dengan peranan Media pro BN yang menghangatkan suasana maka berombak-ombaklah isu panas ini.

Mengikut lapuran jabatan haiwan, terdapat kira-kira lebih kurang 130 tempat pemeliharaan babi di sekitar Selangor dengan kepadatan kurang dari 300,000 ekor untuk kegunaan KL&Selangor .

Kandang-kandang ini bukan baru wujud selepas 8 Mac 2008, ada yang telah wujud sebelum merdeka lagi dan yang menjadi masalah di sini adalah pencemaran air , tanah dan udara (bau najis haiwan tersebut) begitu ketara sekali oleh kerana itulah Kerajaan Negeri Selangor (PR) meneruskan projek memodenkan penternakan babi yang teknologinya di bawa masuk dari German. Projek ini yang telah diluluskan oleh YB Dr Khir Toyo semasa beliau menjadi Menteri Besar.

Tetapi apa yang kita lihat pada hari ini , YB Dr Khir telah menghantar rombongan pergi melawat pusat belaan babi di German dan orang yang sama yang sudah menujukkan isyarat bagus dan membawa ketua kampung sekitar sepang melawat ke German tiba-tiba sahaja mengatakan projek ini tidak bagus ,tidak cukup itu mengajak orang-orang kampung membuat tunjuk perasaan membantah projek tersebut.

Kita tidak mahu nanti penganut hindu keluar ke jalan raya membuat tunjuk perasaan mengesa kerajaan menharamkan peyembelihan lembu kerana lembu adalah binatang suci penganut hindu.

Kerajaan Negeri Selangor hanya mengesyorkan tempat ( Ladang Tumbuk Sepang memang penempatan Cina ) dan segala kos di tanggung oleh pengusaha itu sendiri dan semua tempat ternakan lain akan ditutup berperingkat-peringkat

Rasa saya ada 3 cara untuk menyelesaikan isu ini :

1.Musnahkan semua Babi yang ada di sekitar Selangor untuk memenuhi tuntuan penduduk melayu/Islam

2.Biarkan Kandang-kandang yang sedia ada dan membiarkan alam sekitar tercemar

3.Lakukan perubahan dengan mengadakan system pemeliharan moden dan tertutup ini.

Dan alhamdullilah Kerajaan Selangor (PR) telah bertindak bijak dengan memilih pendekatan yang ketiga supaya dapat memelihara kesejahteraan semua pihak, saya berharap semua pihak akan akur dengan keputusan ini agar keamanan Negara akan sentiasa terjamin.ingatlah babi itu hak bukan islam dan umat islam juga berhak mendapat persekitaran yang bersih.

Akhir sekali saya menyeru kepada rakan-rakan baik dari UMNO,PAS,PKR dan lain-lain supaya meberhentikan provokasi kaum dan berharap Media mengambil pendekatan yang serupa supaya kita dapat sama-sama membangunkan Negara kita Malaysia.




United Muslim Organisation
Boikot Barangan Belanda

Anonymous said...

Pendapat-pendapat yg baik perlu disepadukan agar keputusan yg dibuat selaras dengan kehendak semasa. Keamanan negara menjadi perkara pokok. Keamanan negara juga menuntut kesatuan bangsa. Majoriti bangsa di Malaysia adalah Melayu yg perlu menjaga ketuanannya. Apa yg ada skrg belum cukup memastikan negara kita aman selamanya. Harap sama-sama kita bersatu

fahlavee said...

tak semestinya apabila bergambar dikandang babi bermaksud setuju.
saya masih ingat projek pelupusan sampah yg dicadangkan di semenyih.penduduk juga dibawa ke jepun untuk melawat tapak pelupusan disana.tapi apabila kembali kesini prijek dibatalkan kerana penduduk tidak setuju. so ada kemungkinan BN juga akan membatalkan projek tersebut. jgn main tuduh2 melulu..nak salahkan BN saja mcm BN tak penah berjasa kepada rakyat.