Thursday, April 10, 2008

Zahrin Yasin dan Pak Lah

Saya diminta memberi pendapat mengenai Zahrin Yasin a.k.a. Sang Kelembai yang dikatakan mencium tangan Pak Lah. Bagi saya mudah sahaja, itu hak Zahrin dan tidak salah dari segi adat dan budaya.

Walau apapun masalah antara Zahrin dan Perdana Menteri merangkap presiden UMNO, ia tidak seharusnya berpanjangan dan berterusan sehingga akhir hayat. Dalam politik mana ada kawan yang setia dan musuh yang kekal.
Setiap orang ada pendirian, ada pegangan hidup dan ada jati diri masing-masing tetapi semuanya itu tidak kekal. Ia tidak ubah seperti putaran roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah.


Perbezaan pendapat dan pegangan politik tidak seharusnya memutuskan silaturahim. Walaupun kita mengkritik seseorang itu, ia tidak semestinya kita bermusuhan dan tidak berkawan dengannya. Kawan tetap kawan dan kritik tetap kritik.

Kita adalah manusia biasa.

13 comments:

FactFactor said...

salam pak tuan

betul kata pak tuan, walaupun perbezaan pendapat dan ideologi,sepatutnya tidak sampai memutuskan silaturrahim sesama manusia.. dalam erti kata moden, be profesional.. itu yang kita harapkan kepada semua pemimpin-pemimpin kita tak kira dari Pakatan Rakyat dan BN.. insyaAllah..

bagaimanapun , yang jadi persoalan bukan isu "cium tangan" tanda silaturrahim, tetapi perkataan yang kononnya (saya sebut "kononnya" sebab taktau sejauh mana kebenaran perkataan yang diluahkan sang kelembai) sang kelembai berkata seakan berjanji seperti berikut....

" Pak Lah saya akan bersama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!"

Adakah niat sang kelembai
1) sudah betul-betul kona baring dan menidakkan semua pendapat beliau sebelum ini dan menjadi pendokong pak Lah?? atau
2) bertindak sebagai penasihat kepada pak Lah (masih menkritik untuk kebaikan)? atau
3) lain-lain maksud?

itu sahaja pandangan dan pertanyaan saya..

harapan saya, jangan biarkan kuasa dan wang ringgit menguasai kita hingga melupakan perjuangan asal membetulkan kesilapan yang tersembunyi.. amin

salam

Syed Imran said...

Factfactor,
Sayapun dapat maklumat yang tidak pasti benar atau tidak berkaitan isu Sdr Zahrin dan Pak Lah. Ada yang sebut berjuta-juta ringgit. Entah betul entah tidak. Hanya Zahrin yang tahu.

Benar apa yang saudara katakan. Manusia mudah dipengaruhi kuasa dan wang ringgit dan juga wanita. Saya tidak tujukan ini kepada Sdr Zahrin tetapi ia adalah satu kenyataan am yang diketahui umum.

Anonymous said...

Elok lah tuan-tuan tak perlu bincang pasal Zahrin tu. Siapa kenal dia, tentu sudah tahu tabiat dia. Apa pun yang dia lakukan, ia tidak akan mengubah kedudukan bangsa Melayu, itu pasti. Dia nak hendak siapa dan nak sokong orang yang dia hentam kemudian, itu dia punya pasal lah. Kalau siapa nak percaya dia, percayalah. Kalau orang nak persoal kredibiliti dia, persoalkan lah. Pada saya, dia peduli apa dengan kata-kata orang. Itu adalah Zahrin. Di Malaysia ni kena ada orang macam dia, baru meriah.

Anonymous said...

Saya peminat Sang Kelembai. Nak tengok samada tulisan beliau lepas ini masihb ada bab kritik Pak Lah yang diminta berundur ataupun macam media arus perdana sahaja.

Kalau yang kemudian itu, eloklah saya baca atau tengok media perdana sahaja.

Anonymous said...

salam Sdra SIA


Saya tidak tahu la apa cerita sebenar, tapi ini mungkin usaha S/U Agung UMNO yang baru, kelembai ni memang hidup mati dia akan ialah Teuku Nan

Anonymous said...

Pak Tuan,

Secara umumnya slaturrahim memang tak patut putus. Tapi dalam hal zahrin ni, lain sikit. sebagai blogger yg dok selal henam pak lah tapi tiba2 tukar endirian, mesti ada banyak soalan yg timbul. ini soal kredibiliti atau kewbawaan pak tuan. terma kasih..

shahril

D60 said...

Tuan Syed

Satu entry yang membuktikan kematangan penulisnya. Terima kasih kerana tidak terikut2 dengan emosi dan semoga tidak membiarkan ruang komentar dijadikan tempat untuk para pelayar blog memaki-hamun saudara Zahrin, tanpa memahami tindak-tanduknya, seperti yang dilakukan olih blogger yang lain.

Anonymous said...

A man without principle and can't be trusted. Silaturahim it's just an excuse! The fact is $$$$!

Anonymous said...

Dalam usaha bloggers menentang BN kita boleh bahagikan kepada 2 kategori.

Kategori pertama ialah sebagai usaha-usaha murni kerana Allah SWT dan Islam dan satu kategori lagi dorongan survival Nasionalis Melayu semata-mata.

Dari luarannya mungkin sama saja. Mungkinkah bila ada insiden sebegini, ianya bagaikan satu yang membuktikan yang mana satu kaca yang mana satu permata. Siapakah yang sebenarnya berjuang kerana Islam ugama tauhid dan siapa pula yang berjuang kerana Melayu semata-mata(assobiyah).

Tuan-tuan budiman, sama-samalah kita ingat. Assobiyah itu tidak diterima dalam islam (maaf).

Di saat ini kita perlu lebih kritikal tentang kefahaman Islam kita. Mungkin kita kena lebih bertanya kepada para Ulama muktabar supaya kita tidak tersesat berjuang dan akibatnya ia mengundang lebih mudharat.

Bagi saya, saya rasa, sudah banyak petunjuk yang sudah berlaku di persekitaran kita untuk menjelaskan kepada kita siapa umno itu. Dan sekarang ketua umno adalah Pak Lah.

Bolehkah kita harapkan umno untuk memelihara dan menjamin masa depan Islam?

Ikut sejarah, semasa tanah pusaka ini di bawah jajahan british, Raja-raja Melayu masih lagi diberi sepenuh kuasa berkaitan Ugama Islam dan adat istiadat Melayu. Dan akibatnya, Alhamdulillah, kita tengok: islam dapat juga sampai kepada kita sekarang.

Tapi sekarang ini, selepas 50 tahun negara kita merdeka, Nampak seakan-akan kuasa raja-raja melayu sudah tidak lagi sekuat itu. Dan kita seakan-akan bergantung kepada belas ehsan kerajaan BN untuk memelihara kesucian islam.

Saya harap kita tidak lupa dengan gejala murtad yang sudah banyak berlaku di bawah pemerintahan BN. Penderhakaan orang-orang melayu (walaupun hanya segelintir) yang sangat teruk kepada YAM Sultan Terengganu. Mazhab baru Hadhari yang sudahpun terbit. Maka persoalan yang kita timbulkan di sini adalah: adakah UMNO masih relevan kepada orang melayu jika kita sabitkan kepada survival islam di bumi Malaysia tersayang ini?

Anonymous said...

Tentang komen sdr anonymous 10.30pm, sudah ada percubaan peringkat org Melayu/ Islam yg diberi kuasa utk perkenalkan prosedur baru bukan Islam nak masuk Islam mesti kasi tahu family dulu. Spt yg selalu kita nampak memang dlm menjaga hati org bukan Islam di negara ini UMNO/ BN nombor wahid. (Harap PAS/PKR tidak terikut-ikut rentak itu). Sudah tentu sambutan baik diterima mereka dari kalangan bukan Islam.

Tetapi spt sdr anonymous contohkan, isu murtad. Adakah cadangan serius untuk memastikan Melayu/ Islam yg nak murtad, menukara agama, juga memaklumkan kpd keluarga mereka atau kpd umat Islam di negara ini?

Dulu kata pasai agama sensitif, tak boleh bincang. La ni bila bincang, tidak adil asyik tengok sebelah pihak, pihak bukan Islam sahaja.

Pohon penjelasan ikhlas Imam Hadhari, Menteri Agama, Timbalannya, Penasihat Agama dan Menteri Undang-Undang.

Kami juga mahukan kuasa Raja-Raja yg telah terhakis dikembalikan seperti asal kedudukan dahulunya.

Mat Jerman said...

Kalau dah hardcore UMNO tu UMNO jugak.nak hidup.....

Principles are of no value nowadays in comparison to survival.

Melalui sejarah terdekat, orang UMNO ni memang senang flip flop:
1. Bila Tun Dr M berkuasa, semua cium tangan, skrg byk yang mengeji.

2. Khir Toyo pun suruh Pak Lah step down. Padahal dulu "Kami sentiasa membelakangi pemimpin tertinggi, walau apa pun terjadi"

3. Berlambak lagi kes kes flip flop kerana cari makan. (i.e. DS Idris Jusoh)

Hipokrisi atau pun act of survival, lebih kurang sama. Kalau tak support, nanti susah cari makan. Kalau support, nanti orang kutuk.

Kena kutuk nanti orang lupa jugak lama-lama, tapi kalau takdak duit nak cari makan lagi pening kepala.

So, rasional pastilah untuk hidup, untuk cari makan....setuju sajalah ..ikut sajalah...cium tangan sajalah....kalau boleh, tumit pun nak cium....

Bukan semua orang dilahirkan dgn semangat pejuang tulin yg sanggup membakar diri demi keyakinan untuk menegakkan kebenaran.

Bukan semua sanggup masuk jel, sanggup kena buang kerja semata-mata kerana prinsip. Saya pun tak sanggup masuk ISA. Nanti sapa nak bagi anak bini makan?

So, itu terpulanglah kepada Sang Kelembai kalau nak cium tangan ke, nak ikut Pak Lah ke..

Its a free country.

Tapi jangan salahkan orang kalau kena kutuk. Bukan semua orang boleh menerima dengan hati terbuka.

Anonymous said...

Pak Tuan pi mana ni? Dah berapa hari tak update blog! Blog pak tuan tunjuk gambar Pak Lah tidoq dan sekarang dia kata dia bertanggongjawab prestasi merosot BN. Tolonglah bagi sikit komen Pak Tuan oii!!

Shahril

Anonymous said...

Saya rasa , saudara zahrin ni buat begitu bukan pasal pa...
1)die kesian kat paklah ni dulu time kuat punya la ramai sokong bila mahathir cuit, rakyat cuit, semua kata saya sokong paklah, paklah betul, paklah hebat tapi bil dah kalah baru lah nak berani kondem paklah slah lah selama ni, tak betul lah, abis tu sebelum ni awat tak bersuara...dah lembik, terhuyung hayang baru nak hentam
ka...

2)dia kesian sebab paklah ni kalau nak ikutkan dari segi personaliti baik...but as a big leader as pm he just don't have that quality...to be a PM, u have to be extraordinary...he just don't have 'IT'....and ditambahkan oleh penasihat2 dan kaki ampu yang mengelilingi beliau yang memberikan maklumat2 salah...paklah ni kalau jadi ketua kampung atau menteri biasa ok lah...tapi untuk PM..hmm tak sesuai