Monday, April 14, 2008

Tren laju - siapa yang untung?

Hasrat YTL Corporation nak bangun sistem kereta api (tren) laju antara Kuala Lumpur dan Singapura harus difikirkan tentang pihak mana yang bakal meraih keuntungan. Malaysia atau Singapura?

Tren yang dikatakan dapat menuju destinasi sama ada dari KL mahupun Kota Singa dalam tempoh masa 90 minit itu bakal meninggalkan kesan mendalam kepada kedua-dua negara jika dilaksanakan.

Jika diteliti, yang bakal meraih faedah dan keuntungan yang lebih besar ialah Singapura, bukan Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) akan terjejas teruk sekiranya wujud satu sistem pengangkutan laju seperti tren yang dicadangkan itu. Sebaliknya, lapangan terbang Changi akan mendapat faedah. Akibatnya, KLIA akan menjadi sebuah lapangan terbang gajah putih.

Bayangkan apa yang boleh ditawarkan oleh pihak Singapura terutama syarikat penerbangan Singapura (SIA) sekiranya wujud perkhidmatan tren laju antara KL dan republik itu. Dengan tawaran yang cukup menarik, para penumpang sudah tentu akan memilih untuk ke Changi dan tidak lagi ke KLIA untuk ke destinasi antarabangsa.

Pihak Singapura juga pasti akan mengadakan beberapa pakej percutian dan pelancongan dengan menawarkan sama perkhidmatan tren laju sebagai salah satu tarikan. Malaysia juga boleh berbuat demikian tetapi daya tarikan melalui Changi jauh lebih besar dan lebih banyak berbanding KLIA.

Malaysia sebenarnya tidak memerlukan perkhidmatan tren laju antara KL dan Singapura. Memadailah dengan menaik taraf perkhidmatan tren KTM yang ada sekarang kepada landasan berkembar menggunakan tren berkuasa letrik, bukan lokomotif diesel seperti sekarang.

7 comments:

sebol said...

Malaysia memerlukan tren laju dari melaka ke KL

prachai said...

Mengapa cuma melihat dari satu arah?

Jika ada tren pantas, pelancong yang tiba di Singapore pun akan lebih terdorong untuk melawat Malaysia. Yang sekarang ni dengan kesesakan tambak Johor dan perkhidmatan KTM yang lesu, sudah cukup membatalkan niat pelancong yang ingin ke Malaysia untuk sehari dua. Yang pasti, Malaysia memiliki aset yang lebih tinggi nilai pelancongannya berbanding Singapore, cuma promosinya di dunia hambar dan akibatnya kedatangan pelancong ke KLIA kurang.

Saya melihat kalau tren pantas terbuka, secara terus ia memaksa pengurusan KLIA lebih berdayasaing. Tak kan KLIA nak takut bersaing dengan Changi! Tunjukkan sedikit keberanian. Katakan Ya kita akan bersaing dan kita akan menang. Itu baru semangat Malaysia Boleh. Ni nampak saja ada saingan dah kecut minta tolong dari pemerintah mana boleh.

Syed Imran said...

Sekarangpun ada promosi di pihak Singapura untuk pelancong ke Malaysia (khususnya Johor). Tapi ia lebih merupakan lawatan harian atau 'day trip'. Bersaing memang bagus tapi kita perlu lihat dari pelbagai sudut. Malaysia dan Singapura adalah pesaing terutama dalam industri pelancongan dan punca utama kemasukan pelancong adalah lapangan terbang. Malaysia nak jadi hub dan begitu juga Singapura. Yang menang sekarang ialah Singapura. Kita jauh ketinggalan. Oleh itu, kita tidak seharusnya mewujudkan sesuatu yang hanya akan merugikan kita. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kemudahan rakyat kita sendiri di dalam negara kita sendiri.

Phantom said...

Saya setuju dgn saudara Syed Imran.
Malaysia tak perlukan keretapi laju dari KL ke Singapura kerana sistem keretapi yg sedia ada sudah cukup cuma Keretapi Tanah Melayu (KTM)perlu menaikkan taraf sistem yang sedia ada. Saya gunakan nama penuh Keretapi Tanah Melayu sebab sudah tiada syarikat-syarikat menggunakan nama Tanah Melayu lagi.

Anonymous said...

Saya juga setuju tidak dilaksanakan tren laju ke Singapura bukan sebab takut persaingan tetapi adalah lebih efektif digunakan wang sebegitu banyak untuk menaiktarafkan kehidupan orang Malaysia. Berilah lebih perhatian kepada rakyat golongan biasa. Fokuskan lebih pada kehidupan seharian rakyat biasa. Pelancungan ini adalah lebih kepada orang yang ada lebihan wang. Naiktarafkan KTM sebab yang menggunakan KTM ialah rakyat biasa.

Anonymous said...

Terima kasih pak syed kerana mengutarakan isu ini. Saya amat bersetuju dgn pendapat pak syed berkenan isu keretapi laju ini. Persoalannya utama bagi saya adalah priority... kenapa perlu disegerakan kemudahan yg hanya akan dinikmati oleh segelintir masyarakat walhal ramai lg warga malaysia yg dahagakan kemudahan asas i.e. sistem pengangkutan yg sempurna utk KL, Penang... lingkaran jalan raya atau lebuhraya yg lebih selamat buat sahabat kita di borneo, atau, bak kata sebol... keretapi laju interstate.. yg dia dok sebok singapore... aper kejadahnya nie?!!!

jika diteruskan juga projek keretapi laju nie... ia membuktikan kerajaan BN hanya mengutamakan golongan2 atasan berbanding rakyat kebanyakan.. tu jer la kesimpulan yg dpt saya buat..

rasyidi radzi said...

Lapangan terbang changi adalah terbaik di dunia.klia jauh ketinggalan ke belakang.xperlu lah ada sistem keretapi laju sedangkan dah ada ktm.buat lah projek mega untuk bantu rakyat malaysia bukan rakyat asing.