Tuesday, April 01, 2008

Exco Bayangan atau bayang-bayang?


Barisan Nasional (BN) melalui UMNO Pulau Pinang yang merupakan satu-satunya komponen BN yang mengisi kerusi parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, telah membentuk apa yang disebut sebagai Exco Bayangan.

Pembentukan Exco Bayangan parti pembangkang itu disambut baik oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Lim Guan Eng (Foto sebelah).

Ketika mengumumkan pembentukan tersebut, pengerusi BN Pulau Pinang Dr Koh Tsu Koon berkata semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang mewakili BN, akan mengawasi pentabiran kerajaan negeri.

Exco Bayangan itu diketuai oleh ADUN Penaga yang juga setiausaha UMNO Perhubungan Negeri, Azhar Ibrahim. Untuk ingatan, Azhar adalah pemimpin UMNO yang mengepalai tunjuk perasaan tanpa kebenaran polis di KOMTAR dan dia jugalah orang yang mendesak pemecatan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir oleh ketua pemuda UMNO tanpa menyedari bahawa ketua pemuda tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Exco Bayangan akan bertemu dari masa ke masa untuk menilai pencapaian kerajaan negeri dan memberi maklum balas kepada pihak atasan BN. Tidak tahu pula kita sama ada barisan yang diketuai oleh Azhar ini dapat berbuat demikian atau mampukah mereka berbuat demikian.

Tsu Koon berkata matlamat pembentukan Exco Bayangan itu untuk memastikan kerajaan negeri menunaikan semua janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya dan Azhar menambah mereka akan membuat yang terbaik untuk rakyat. Apakah kerajaan BN yang turut disertai Azhar sebelum ini telah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat?

Azhar dipertugaskan mengawasi portfolio pertanian dan industri asas pertanian, kemajuan luar bandar, dan penanganan masalah banjir.
Dr Hilmi Yahya yang pernah menjadi timbalan ketua menteri mengawasi perdagangan antarabangsa dan pembangunan industri, hal-ehwal tanah dan pembangunan tanah; Shabudin Yahaya untuk hal-ehwal agama Islam, kemajuan usahawan dan koperatif, dan hubungan masyarakat; Jahara Hamid mengawasi perancangan ekonomi, pelajaran dan sumber manusia, sains teknologi dan inovasi; Arif Shah Omar Shah pula berkaitan kerajaan tempatan, pengurusan trafik dan alam sekitar; Roslan Saidin mengawasi perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna; Jasmin Mohamad ke atas kerja raya, kemudahan awam dan pengangkutan; Mohamad Farid Saad ke atas pembangunan pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan; Mahmud Zakaria mengawasi kesihatan dan kebajikan dan masyarakat penyayang; Syed Ameruddin Syed Ahmad ke atas perancangan bandar dan desa dan perumahan; manakala Zabariah Wahab mengawasi belia dan sukan, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Pembentukan Exco Bayangan diharap dapat mewujudkan satu sistem pengawasan dan pengimbangan yang mampu mengawasi perjalanan kerajaan negeri. Itulah harapan ketua menteri Lim Guan Eng.

Tetapi, beliau berkata ia tidak akan memberi kesan sekiranya tidak bersifat konstruktif (membina), objektif (bermatlamat) dan memainkan peranan yang benar-benar sihat. Pendek kata, ia tidak sekadar satu sandiwara politik.

Guan Eng, sama seperti majoriti rakyat Pulau Pinang, tidak ingin melihat pembentukan Exco Bayangan oleh BN sebagai satu cara untuk cuba 'menutup' tindakan-tindakan kerajaan BN yang lepas.

Saya melihat pembentukan Exco Bayangan itu sebagai satu tindakan yang baik tetapi sejauh mana keberkesanannya belum boleh dihuraikan. Semuanya bergantung kepada sama ada semua 11 ADUN UMNO (BN) itu benar-benar bersemangat dan beriltizam tinggi untuk menjalankan tugas dan amanah yang diberikan itu.

Jika dilihat daripada prestasi mereka yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Exco dalam kerajaan negeri pimpinan Tsu Koon, dan mereka yang bergelar ADUN sebelum ini, kita mungkin kurang yakin. Semasa kerajaan BN memerintah, apa yang tidak ada untuk mereka membantu dan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi masalah masih wujud dan ketidakpuasan rakyat diperlihatkan pada pilihan raya 8 Mac lepas.

Kita harap Exco Bayangan tidak akan menjadi Exco Bayang-bayang, hilang cahaya hilanglah bayang-bayang.


Lim Guan Eng - Ketua Menteri yang menjanjikan pembaharuan dalam pentadbiran negeri. Rakyat perlu memberi peluang kepada pentadbiran pimpinan Guan Eng untuk membuktikan kemampuan mereka. Guan Eng dan barisan Exco DAP-PKR pasti akan melakukan yang terbaik kerana mereka tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal. Rakyat berpeluang membuat perbandingan kerajaan mana yang lebih baik - BN atau DAP-PKR-PAS apabila tempoh kerajaan negeri tamat kelak. Sekiranya rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Guan Eng, mereka sudah tentu akan memberi mandat yang lebih besar kepadanya, dan jika buruk prestasi maka kerajaan Guan Eng akan dicampak sama seperti mereka mencampak kerajaan BN. Berilah peluang kepada Guan Eng untuk membuktikan kemampuan dan kebolehannya mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang

10 comments:

Anonymous said...

salam.
saya rsa exco bayangan ini adalah lebih cenderung ke arah nak mengawasi takut2 perbuatan mereka yang lampau dpt dikesan oleh exco yg baru & didedahkan kepada umum..
mengenai utusan harini,sya sedikit berasa risau tentang apa yg berlaku di perak,berkenaan exco kaum india yg tidak jadi hendak letak jawatan...
tolong lah kuatkan kesatuan barisan rakyat...moga2 nex election akan dpt jdi majoriti..

Anonymous said...

Tuan Syed,saya ingat ini bukan lagi bayang-bayang tapi dah gila bayang kot.

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan yang dihormati…

Saya bersetuju dengan cadangan itu dan mendapatinya suatu idea yang baik.

Mungkin ini adalah satu-satunya idea yang paling bernas pernah dikeluarkan oleh Umno Pulau Pinang.

Idea ini telah lama dipraktikan oleh negara-negara Barat di mana parti pembangkang membentuk Kabinet Bayangan sepertimana Parti Buruh membayangi Parti Konservatif seketika dahulu.

Dua belas tahun yang lalu semasa berada di Heathrow saya pernah mendengar ucapan penting di televisyen Ketua Pembangkang Parti Buruh Tony Blair enam bulan sebelum partinya memenangi pilihanraya umum dan membentuk kerajaan.

Mukaddimahnya ialah “I am Tony Blair, MP of Sedgefield and Chief of Shadow Cabinet For Conservatives” dan selepas beliau seorang lagi ahli parlimennya juga memulakan ucapan dengan kata kata “I am …and I am Shadow Secretary of Defence”…

Mereka menerima-pakai gerak politik ini secara serius. Orang Pulau Pinang macam mana?

Ketika itu Blair sedang membentangkan cetakan biru dan perimudi Parti Buruh sekiranya mereka memenangi pilihanraya umum pada tahun itu.

Idea yang baik akan tetapi bolehkah depa di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang buat seperti orang lain?

Jangan idea saja baik tapi perlaksanaannya seperti, meminjam kata-kata Pak Tuan, gila bayang saja…Ataupun buat kabinet bayangan di negeri untuk melepas geram dengan penuh emosi?

Mungkinkah gerombolan parti-parti pembangkang yang sedang siap sedia ke Dewan Rakyat tidak lama lagi juga sudah membentuk Kabinet Bayangan mereka sendiri?

Salam dari Mergong, Alor Setar

Anonymous said...

Sorry Bro , Off topic a bit.

I ve noticed most of the Malaysia-Today's bloggers never stop bashing on NEP, Malay, UMNO & Tun M especially.

I smell a lot of rats there everytime there is an article on Tun M & Ku Li, these bashing comments came rushing in on the average of 40 to 50 in nos.

They never stop comparing how great is LKY's Dinasty administration & not surprisingly even during the GE 12 campaign our brother DSAI & his DAP brothers were very proudly boasting it to the people.In fact i cant recall any critics at all from
DSAI & DAP on WPI issues & all those dubious dealings between PL/KJ & TEMASIK groups.

Im being practical here. If it wasnt because of Tun M consistently voicing out againts Pak Lah & his HP6 cabinets administrations, i guessed the rest wont have the guts to follow thru.

To those who thinks that Singapore administration is so great, just open up a bit & surf around some of singapore's political sites to see whats happening down there.

Try read some of the articles (e.g Lee Kuan Yew administration a big Divide,If You Think Singapore is Great at http://singaporedissident.blogspot.com).

Its not surprise though, when reps of both side PL & Anwar are very fond of meeting & updating
each other & probably their master down there. Seems more like the master is changing the infamous & useless puppet.

Just when we thought we finally see the light, to me its more like LARI DARI MULUT BUAYA MASUK MULUT SINGA, neither way we are doomed.

Rats Sensor

Anonymous said...

“Denial Syndrome” itu adalah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada mereka ini, Semasa barisan Nasional berkuasa mereka lakukan apa sahaja tanpa ada halangan dari pembangkang ,membolot harta kekayaan Negara ,membahagikan – bahagikan kontrak kerajaan sesama mereka tanpa rasa bersalah malah memperolehi tanah-tanah secara tidak beretika semua ini dilakukan semasa 50 tahun Barisan Nasional memerintah…Enough is enough.

Pada pendapat saya cabinet bayangan yang diujudkan ini hanyalah merupakan “cooling down period” bagi bekas-bekas Exco Barisan Nasional serupa orang lepas pencen kadang-kadang mengigau juga nak ke pejabat atau kalau dalam bahasa tentera “Kursus Peralihan” sebelum bersara terus.

Dari satu sudut yang lain ianya sangat baik untuk “check & balance” supaya kerajaan negeri yang ada sekarang menjalankan tugas dengan sempurna ,terima kasih kerana ingat meningati dan sepatutnya juga Pakatan Rakyat melakukan tindakan yang serupa di Parlimen.

Dan apa yang terjadi di negeri-negeri yang di perintah oleh pakatan rakyat seperti di Selangor misalnya ada ura-ura dari JKKK yang sedia ada akan melakukan sabotaj kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, Mereka hanya akan menerima arahan dari Barisan Nasional atau Kerajaan Pusat.tindakan ini bukan sahaja satu pebuatan khianat kepada masyarakat setempat tetapi juga menjadi punca perpecahan masyarakat kampung.

Pada mereka Negara ini adalah hanya milik UMNO dan parti pembangkang adalah pengacau dan tiada hak untuk menjadi sebahagian dari masyarakat.

Saya berharap Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri yang lain dapat memantau perkara ini dan jika perlu membubarkan JKKK ini dan mengantikan dengan JKKK baru yang boleh berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik.



United Muslim Organisation

berukggers said...

Salam, Tuan Syed

Saya selalu akses blog tuan dan sering juga mendapatkan pendapat dan juga maklumat2 dari blog tuan.

Hari ini 1 April saya telah membina sebuah blog untuk tatapan semua rakan2 bloggers.

Saya namakan blog saya sebagai BERUKGGERS. Sila lah melawat blog saya di www.berukggers.blogspot.com

Sekian terima kasih

Anonymous said...

Aduhai Rakyat Beruk, Kenapa bagi nama teruk sangat. Bagi lah nama sikit supaya sejuk telinga mendengar.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Dlm posting terbaru RPK ada cerita tentang Maybank bayar terlampau banyak sangat untuk beli Bank Indon. Takder ke Shadow cabinet yg nak investigate siapakah tangan ghaiab yg memaksa Maybank berbuat demikian. Mungkin boleh timbang ripot kat SC, BSKL, Commercial Crime atau lain-lain agensi?

Anonymous said...

apa komen sdr terhadap laporn dlm utusan hrini 5/4/08,setelah hampir sebuln memerinth,lg byk urmh urut dibenarkan di selangor.
logik ke dlm tempoh 3 minggu lebih kerajaan bru dinilai sebegitu?

Unknown said...

Saya percaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak meluluskan sebarang lesen untuk rumah urut. Tidakpun disebut atau diumumkan selepas mesyuarat Exco. Kemungkinan besar rumah urut berkenaan, jika benar ianya wujud seperti yang didakwa, adalah tanpa lesen dan perkara sedemikian bukan sesuatu yang baru. Ia berlaku sejak zaman pemerintahan kerajaan BN. Satu perkara yang perlu diketahui, lesen sedemikian diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang anggotanya sekarang dilantik oleh kerajaan BN kerana tempoh perkhidmatan mereka belum tamat. Jadi, tidak betul untuk menuduh kerajaan baru bertangungjawab.