Saya termenung sejenak memikirkan yang mana lebih penting - maruah bangsa atau perkahwinan dua orang yang bergelar artis (penyanyi)?
Dua peristiwa itu berlaku semalam (Sabtu). Majlis persandingan dua orang artis itu turut dipancarkan secara langsung oleh sebuah stesen tv swasta (Astro) sempena konsert sebuah rancangan maya tv (Akademi Fantasia). Kita menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada Khai dan Rosma yang melangsungkan pernikahan mereka.
Mingguan Malaysia, akhbar yang dikaitkan dengan penguasaan UMNO mendapati berita pernikahan itu jauh lebih penting daripada isu maruah bangsa Melayu dan meletakkan berita itu di muka depan.
Saya tercari-cari di mana berita berkaitan kenyataan timbalan PM Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa keris hanyalah satu simbol atau lambang bagi orang Melayu dan tiada kaitan soal maruah bangsa Melayu.
Orang Melayu akan bermaruah jika mereka berjaya dalam segala bidang tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan. Maruah orang Melayu bukan terletak pada sebilah keris.
Mingguan Malaysia meletakkan berita ini di muka dua kerana pengarangnya mungkin mendapati ia tidak sepenting atau sehebat berita perkahwinan dua orang artis keluaran Akademi Fantasia. Mungkin berita seumpama ini dapat merangsangkan semangat juang di kalangan anak muda Melayu. Hanya pengarang Mingguan Malaysia yang tahu jawapannya.
Sebaliknya, Berita Minggu meletakkan berita berkaitan keris itu di muka depan dan berita pernikahan dua orang artis Akademi Fantasia di muka lapan. Tahniah kepada pengarang Berita Minggu kerana dapat membezakan antara berita yang layak diletakkan di muka depan dan yang sebaliknya.
Orang Melayu sebenarnya telalu diasyikkan atau dibuaikan dengan berita dan cerita yang cenderong kepada dunia hiburan. Kita bimbang akan masa depan orang Melayu jika mereka terlalu asyik dan lalai dengan soal-soal hiburan. Benar, kita memerlukan hiburan dalam melayari kehidupan tetapi kita juga perlu tahu had dan batas sempadannya.
Industri hiburan di Malaysia adalah kecil tetapi Malaysia kaya dengan pelbagai anugerah untuk industri hiburannya itu, mengalahkan Hollywood dan Bollywood.
Sebuah syarikat barang kemas terkemuka milik orang Islam sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyokong industri hiburan (sebagai hadiah dan untuk tajaan) sedangkan tiada sumbangan atau tajaan yang serupa diberikan untuk kejayaan anak Malaysia dalam bidang-bidang sains dan tekologi, pertanian mahukan penyelidikan dan juga untuk kemajuan agama Islam.
Nampaknya, dunia glamor begitu penting di Malaysia.
7 comments:
Tuan Syed,
Sometimes when the circulation figures go down, editors feel that only entertainment will help to boost sales. The editor of Mingguan Malaysia was probably thinking that on a Sunday, readers like light reading - forget about Malay issues, high food prices and other ‘sad’ stories. The Berita Minggu editor may have made the right decision but I can imagine some of his colleagues and surbordinates disputing his news sense for not putting that story on the front page.
Hantu Cetak
Setuju Pak Syed, orang Melayu sibuk dan khayal dengan hiburan dan keseronokan yang tidak memberi faedah sedangkan anak bukan melayu menumpukan usaha menambah ilmu dan mempertingkatkan kedudukan dan maruah bangsa. Sedikit demi sedikit anak melayu dibuai dalam dunia hiburan, semakin bertambah penyanyi dan pelakun, semakin kurang ilmuan dan karyawan. Ilmu sahaja yang dapat mengangkat darjat sesuatu bangsa. Apa ada pada glamor. Tunggulah kehancuran warga Melayu.
Tuan,
jangan cepat sangat puji pengarang berita minggu tu. Dia konco Kali yg banyak membantu usaha menjahanamkan orang melayu. Berita Harian/Berita Minggu belanja berpuluh ribu (man hours, newspaper space, promotion, etc) untuk menganjur anugerah hiburan. itu tak merugikan ke?
Tuan jangan buat penilaian dengan sekali tengok aje. Kumpulan Utusan lebih tepat pemberitaannya dari segi laporan yang relevan dan current.
Setaf BH
Terima kasih Setaf BH.
Saya merujuk kepada perkara yang berkaitan sahaja. Kedua-dua syarikat akhbar dikawal dan dikuasai oleh kepentingan politik UMNO. Isu dikawal oleh pihak tertentu tidak dapat dinafikan. Inilah kebebasan yang ada di Malaysia. Bagaimanapun, pada keseluruhannya, BH baik sedikit daripada UM dari segi laporan berkaitan isu politik.
Tuan Syed,
Telah lama saya sedari perkara sebegini,media perdana terlalu memberi keutamaan kepada hiburan.
Terlalu banyak rancangan hiburan dan tak perlu kita sebut dan ini tak termasok anugerah2 yg akan diberikan kpd artis2.Anugerah2 tu pulak dah mcm sama je level je antara kita dgn hollywood dan bollywood.ada pulak disebut Malaywood.tak malu sungguh.
banyak perkara lagi yg perlu kita tumpukan selain dari hiburan.saya berharap sgt menteri2 baru yg dilantik spt menteri penerangan,menteri komunikasi dan menteri di jabatan perdana menteri memberikan tumpuan lebih kpd rancangan2 berbentuk hiburan ini kerana ianya amat melalaikan orang2 melayu.
setuju... apa punya mingguan, saya tidak fikir meletakkan berita artis kahwin hari ahad itu boleh melonjakkan jualan akhbar Mingguan. Siapa sangat Khair dan Rosma? saya kira pemilihan berita untuk muka depan Mingguan itu adalah silap sama sekali, ini la pemikiran nana khalid dan orang-orangnya
bro syed,
kepada saya, editor mingguan malaysia tidak sensitif dibandingkan dengan berita minggu. minta maaf banyak2 kerana saya langsung tidak tahu tentang dunia hiburan kerana yang saya tahu, dalam dunia kewartawanan sendiri, entertaintment dianggap sebagai second class journalism. editor media harus lebih peka kepada soal-soal begini dan bukannya pekak!
Post a Comment