Friday, March 02, 2007

Sorong papan di Bernama

Pada suatu ketika sebelum era Internet, Bernama melancarkan perkhidmatan berita untuk pejabat-pejabat perwakilan Malaysia (Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat) melalui sistem telekomunikasi canggih ketika itu. Ia dikenali sebagai Bernama Embassy News Service. Ia dibiayai oleh Wisma Putra bertujuan untuk membolehkan pejabat-pejabat perwakilan Malaysia di luar negara menerima berita terkini dari tanah air.

Untuk tujuan itu, pemasangan alat penerima yang antara lain sebuah komputer dan decoder perlu dilaksanakan di pejabat-pejabat perwakilan berkenaan.

Nah, inilah satu peluang keemasan bagi pegawai-pegawai tinggi Bernama untuk ke luar negara. Benar, antara pegawai tinggi pada masa itu yang telah dan akan ke luar negara untuk "memasang" peralatan tersebut adalah Pengurus Besar, Setiausaha Lembaga Pengelola, Akauntan, Ketua Pengarang selain pegawai teknikal.

Perkara ini telah dimaklumkan melalui sepucuk surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan pada waktu itu (jika tak silap saya Datuk Mohd Noor Ghani). KSU kemudian memaklumkan kepada Menteri Penerangan, iaitu Tok Mat (Tan Sri Mohamad Rahmat). Tok Mat terperanjat kerana tidak tahu menahu dan dengan itu beliau dengan serta-merta mengarahkan pemergian pegawai-pegawai tinggi Bernama untuk memasang "Embassy News Service" dihentikan. Untuk makluman, pemergian ke luar negara oleh mana-mana pegawai kanan di bawah Kementerian Penerangan perlu mendapat kelulusan Menteri. Inilah cara berkesan yang dikuatkuasakan oleh Tok Mat untuk mengelak apa yang disebut dalam bahasa Inggeris sebagai "junket trips".

Cuba bayangkan jumlah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Bernama, yang ketika itu cukup amat tenat dari segi kewangan (Jasbeer Singh boleh sahkan), sekiranya GM dan SU bersilih-ganti dengan Akauntan atau KP ke benua Amerika Selatan, Eropah, Amerika Utara, Afrika dan Asia untuk "memasang" peralatan berkenaan.

Apa yang cuba saya bangkitkan ialah perbuatan menyalahguna kedudukan dan sikap mengambil kesempatan bukanlah sesuatu yang baru dalam agensi berita nasional Malaysia. Ia telah berlaku dan nampaknya masih berlaku dan lebih serius lagi.

Untuk berlaku adil, perkara seumpama ini tidakpun berlaku pada zaman kepimpinan Allahyarham Syed Zainal Abidin, Allahyahan Datuk Mohd Sopiee, Tan Sri Dol Ramli dan Ahmad Mustapha Hassan. Ia berlaku selepas era kepimpinan Ahmad Mustapha Hassan.

Perbuatan "kurang amanah" dan ketandusan ketelusan di kalangan pucuk pimpinan sesebuah pertubuhan perlu diperangi habis-habisan. Ia adalah satu perjuangan yang tiada sempadan dan batasan.

Rasuah dan penyelewengan ibarat pekong, ia mudah dan cepat merebak.

11 comments:

Lokin said...

Pak Tuan,

Kata-katamu..."Perbuatan "kurang amanah" dan ketandusan ketelusan di kalangan pucuk pimpinan sesebuah pertubuhan perlu diperangi habis-habisan. Ia adalah satu perjuangan yang tiada sempadan dan batasan.

Rasuah dan penyelewengan ibarat pekong, ia mudah dan cepat merebak".

BERNAMA masih dan akan terus bergelumang dengan "najis" dan kekotoran cela yang tidak mungkin boleh disucikan meskipun oleh tujuh air kolah masjid. Harapan tinggal harapan. Perlantikan Pengurus Besar baru yang diharap membawa seribu satu perubahan dan cahaya baru hanya harapan hampa belaka. Si Lalang tua yang otak mulai nyanyuk dan penglihatan telah pun kabur dinobat nafiri sebagai raja boneka. BERNAMA tidak akan bersih. Sebagaimana yang telah hamba katakan dahulu.

Anonymous said...

Jawatan PB memang menawarkan imbuhan yg lumayan. Pendapatan ini halal kerana ianya berpatutan dengan tanggung jawab dan amanah yang digalas oleh penjawat jawatan tersebut. Ia akan menjadi haram apabila kuasa yg diberi disalahgunakan dalam menjalankan tanggung yang sememangnya berat dan mencabar kewibawaan. Di samping memastikan kejayaan dan keuntungan kpd organisasi, seorang PB juga bertanggung jawab kepada kebajikan anak-anak buahnya. PB mesti berlaku adil dalam memperjuangkan kenaikan pangkat atau gaji/elaun dan tidak mementingkan hanya kepada satu puak atau mereka yg pandai bermuka-muka/bodek sahaja kerana semua petugas mempunyai peranan masing-masing untuk membawa kecemerlangan kpd organisasi. An orgnisation is not run by just one section alone.

Providing a conducive environment for the staff to work is primary. PB harus mengambil tahu tentang keadaan/suasana kerja staff. The human resource should update the PB on all matters/issues regarding the staff complaints on pressure by their respective heads. Any reasons given for any resignation or asking for transfer should be investigated and not just swept under the carpet. Sexual harassment is difficult to prove if there is no official complaint from the victim but that does not mean that it didn’t occur. Some people can act pious in front of us. They even shake our hands after every prayer, but we cannot take them at face value. We cannot afford to have such people to manage and run an organisation. Failure to execute our responsibility means that we have failed to honour our pledge (remember that we signed the Surat Aku Janji in February 2002 to uphold the Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000).

Good luck Bernama.

Anonymous said...

Mr Syed Imran,

There was a time when I heard that a certain senior officer in Bernama who had always acted in the interest of a foreign mission, as what Malays called it "TALI BARUT". The famous buzzword these days is "operative" who were said to have infested to the hilt in another big newspaper organization so much so that a very senior position there was occupied by such character.

In Bernama then, the MO was quite obvious and as the senior officer was rather clumsy and conspicious, his "reporting" back to the foreign mission was discovered time and again. But yet the retired top dog, either he realised this occurance or not, allow this senior guy to roam around the office. Finally this senior officer was elevated to a senior and most important position in the editorial department and now even higher up.

This particular senior officer was also dicovered, due to his "loud and unabashly fashion of doing things", to be having an affair with a subordinate, a lady working with the tv division of Bernama. The affairs went on for few good months and all the retired could say, when he was asked about it, was "that's him lah...you know how it is". The senior officer in question was also known to be having a soft spot on a another lady journalist, a widow. Looks like this lady journalist is in for a windfall since the senior officer is fond of her and capable of making mind-boggling and questionable decisions favoring his affection. In no time, it is anticipated that she will enjoy a better position in Bernama. Just sit back and watch and please mark my words.

I thought i heard someone let fly these words the other day: "WHO LET THE DOGS OUT, WHO WHO WHO!?"

GOD saves Bernama.

Unknown said...

Bless you my friend. The dogs are now roaming freely and there is no sign of the dog catcher.

Can a piece of a rotten T-bone be used to trap the dog? One by one that is.

Unknown said...

Sdr Malaysokmo,

Saya menyokong merit dan kekananan dan kedua-dua faktor itu ada pada Buyong. Soal bangsa dan sebagainya tidak harus dijadikan alasan untuk mengetepikan orang yang paling layak menjawat sesuatu jawatan. Itu sepatutnya dan seharusnya dijadikan panduan untuk kenaikan pangkat.

Saya juga melihat kepada kemampuan, kebolehan, kecekapan dan sifat kepimpinan yang ada di kalangan mereka yang berjawatan editor eksekutif di Bernama dan saya dapati Buyonglah yang paling atas. Itu jika dilihat dalam Bernama tetapi jika ditinjau di luar Bernama, mungkin skopnya lebih luas dan calonnya juga lebih banyak.

Saya tidak mahu berpolimik mengenai segelintir mantan wartawan Bernama termasuk orang yang saudara sebutkan kerana "kehadiran" mereka dalam Bernama terlalu singkat. Itu mungkin menjadi faktor kenapa mereka bersikap seperti yang saudara perkatakan, itu adalah satu kemungkinan jika benar apa yang saudara katakan.

Tetapi saya yakin pendirian beberapa orang mantan wartawan Bernama tidak sama. Kami, termasuk saya, ingin melihat Bernama kembali hebat, berita yang disalurkan oleh Bernama mendapat tempat termasuk sebagai berita utama dalam dada-dada akhbar, wartawan Bernama menerima anugerah kewartawanan termasuk Hadiah Kajai, Bernama unggul sebagai sebuah agensi berita yang disanjungi. Sebab itu, Bernama mesti dipimpin oleh orang yang benar-benar layak, ada wawasan dan ada perancangan untuk kemajuan dan keunggulan.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Itu adalah argument lapuk la. Kalau cakap pasai berterima kasih, kenapa Pak Tun Dr Mahathir Mohamad "put his neck" on the line to criticize the rpesent day government? Kalau kita terima pakai argument lapuk dan tidak masuk akal macam ini (kalau sudah biasa makan gaji jangan gigit tangan balik) kita semua tidak bolehlah bercakap tentang apa-apa pun, termasuklah Pak Tun yang critize government. Sepertimana dia criticize the present day "leaders" whom he felt had deviated from the path he had set in motion which is the right way forward, pemberi komen di sini pun berpendirian yang sama.

Komen-komen mengenai keBUSUKkan di Bernama adalah kerana penjawat-penjawatnya, BUKAN kerana bernama sebuah organisasi. Fahamilah ayat itu dan cuba mengerti motif kritikan di sini. Kadangkala, perkara-perkara begini tidak tercapai dek akal mereka, Pak Tuan, macamlah lagu Ilyana yang terbaru yang selalu berkumandang di radio.

Kerajaan dikritik BUKAN kerana kerajaan akan tetapi mereka yang menguruskan kerajaan, UMNO dikritik bukan kerana UMNO akan tetapi kerana mereka yang mentadbir UMNO dan Bernama dikritik bukan kerana bernama, ianya adalah kerana mereka yang kini yang amat dikenali "belangnya" kini menyandang tertinggi di bernama yang kemungkinan besar akan tergelincir dek pengaruh kuasa.

Seperti kata Abraham Lincoln "everyman can withstand adversary, to know a man's character, give him power." Kata-kata itu tepat sekali untuk mengambar situasai negara, kerajaan, kerajaan negeri, glc dan bernama sendiri.

Akan tetapi, MUNGKIN PENJELASAN INI TIDAK TERCAPAI DEK AKAL SESETENGAH MEREKA YANG TIDAK MENGENAL YANG MANA SATU MEMANCING DAN YANG MANA SATU MENGAIL, BEZANYA NYIOR DAN KELAPA, ANTARA TEMBIKAI DAN SEMANGKA, MEMUKAT DAN MENJALA DAN KRITIKAN PROFESIONAL DAN PERSONAL.

Pak Tuan, maaflah, mungkin penjelasan ini TIDAK TERCAPAI DEK MINDA mereka yang kelabu asap ni...

Unknown said...

Saudara,

Memang sukar bagi golongan seperti yang saudara maksudkan itu untuk menerima hakikat dan kenyataan. Minda mereka terbantut agaknya.

Sebenarnya saya sudah mangli, sekadar meminjam kata-kata saudara sebelum ini, dengan orang seperti itu.

Apakah orang pencen mesti duduk diam dan tutup mulut melihat penipuan, pemalsuan, penindasan dan segala jenis kerja yang tidak betul semata-mata kerana dia sudah bersara?

Saya telah menolak satu komen daripada seorang pelawat yang saya percaya bersekongkol dengan pihak tertentu di Bernama semata-mata kerana dia menggunakan bahasa yang tidak sopan. Dia merujuk kepada pendedahan berkaitan projek "office automation".

Walaupun saya mengamalkan sikap terbuka dan melayan komen-komen yang pedas dan kadangkala pahit dan tidak begitu mengambil berat tentang tatabahasa dan susunan ayat, tetapi saya tidak dapat menerima komen yang agak biadab. Komen seperti itu tidak mempunyai tempat dalam blog ini. Harap dia maklum.

Sekiranya si pelawat itu benar-benar berani bertanggungjawab atas komennya itu, kenapa bersembunyi disebalik anonimiti?

Saya tidak perlu membuat laporan kepada BPR kerana apa yang saya dedahkan sudah memadai kerana ia dibaca oleh ramai orang termasuk pegawai BPR sendiri. Saya tidak berselindung disebalik anonimiti tetapi semua orang boleh tahu nama dan latar belakang saya.

Penulis blog terbukti berkesan dalam mendedahkan amalan rasuah, salahguna kuasa dan kedudukan serta penyelewengan yang tidak mampu didedahkan oleh media arus perdana. Lihat saja kes siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Mana mungkin media arus perdana berani berbuat demikian. Mereka sekadar membuat laporan susulan setelah didedahkan oleh penulis-penulis blog yang tidak pula membuat laporan kepada BPR.

Harap pelawat berkenaan masih mampu berfikir dan jangan menggunakan bahasa kurang sopan kerana ia sebenarnya menunjukkan cara anda dididik.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Pakaian kita dan penampilan (BUKAN KETRAMPILAN SPTI MCM MANA SELALU ORG GUNA TAPI TAK TAU MAKNANYA)melambangkan diri, tutur-kata melambangkan peribadi, adap sopan kita semasa makan (tanpa perlu diberitahu supaya bersopan agar tidak menjadi perhatian orang)melambangkan prestasi kita di kamar beradu, cara kita memandu menceritakan tahap kesabaran kita dan tulisan kita mencerminkan minda kita. Ini adalah hakikat dan ini adalah antara yang saya pelajari daripada sebuah pusat pengajian tinggi yang bernama Universiti Terbuka Malaysia yang beribupejabat di Kuala Lumpur. Maksudnya dalam bahasa inggeris ialah University of Hardknocks.

Kalau dah macam tu, maknanya yang tidak tahu menulis untuk berbahas dengan secara profesional dan rasional akan tapi hanya nista-cerca kata-kata hina yang dinukilkan, maka itulah minda mereka. Sepertimana hinanya tulisan mereka, maka begitulah minda mereka. Maklumkan sajalah seperti saya katakan tadi, kadangkala beberapa perkara yang berlaku di sekitar kita tidak kita fahami kerana minda kita tidak sampai ke peringkat itu untuk memahaminya.

Pak Tuan janganlah risau sangat, namun apa salahnya kita melihat sendiri tulisan yang bobrok yang seperti dinyatakan tidak layak dipaparkan di sini. Biarlah kita semua pemberi komen memberi komen untuk melihat apakah ini tahap minda yang ingin mempertahankan "angkara" yang amat sumbang dan membimbangkan di agensi berita berkenaan. Biarlah kita semua membuat kesimpulan sendidi. Bagaimanapun, ianya adalah hak moderator untuk samada menyiarkan atau tidak. Janganlah hanya siarkan yang sedap-sedap sahaja, yang tidak sedap sehingga boleh mencerminkan minda mereka yang "kunun-kununnya" (meminjam istilah Pak Tun Dr Mahathir Mohamad) membela perampok, perompak, pendurjana, pengkhianat, pembelit, pemutar-alam dan macam-macam lagi ingin juga kita baca di sini. Justeru, bolehlah dibuat kesimpulan nyata bahawa sekiranya hebat hujah bahas mereka, maka hebatlah dan sekiranya tidak, maka kesimpulannya mudah sahaja -- minda mereka berada di tahap yang menyedihkan, menyayukan, menyayat hati dan berada dalam kategori mudah-gelak.

Sekali lagi, rasa-rasannya komen ini pun tidak tercapai dek akal mereka. Maklumkanlah, kuasa mengasyikkan dna kuasa memabukkan dan apabila ini semua sudah berada dalam minda, maka mereka akan asyik dan mabuk. Nescaya mereka tidak akan boleh berbuat apa-apapun, selain daripada sentiasa mabuk dan asyik.

Saperti kata Pak Sanusi Junid (yang memetik ayat suci Al-Quran), "selalunya kenyataan itu pahit. Namun itu adalah kenyataan". Saya ingin menambah selalunya kenyataan itu akan sentiasa dihijabkan. Kebenaran selalunya terlindung dek kebatilan. Mungkin potongan kata-kata ini tidak tercapai dek minda mereka yang dengkal itu.

Teruskan perjuangan ini Pak Tuan. Seperti kata Salahuddin pejuang Islam yang sedang membebaskan BaitulMakdis daripada Tentera Salib (sebenarnya Knights Templar yang menyeleweng daripada ajaran Kitab Injil dek kemabukkan dan keasyikkan terhadap wang ringgit)bahawa :"Aku akan meletakkan Bendera Islam di kubah yang paling tinggi sekali di dalam baitul ini, walaupun aku terpaksa merangkak disebabkan kedua kaki aku telah dipancung oleh kafirun itu".

Anonymous said...

Sedih..memang sedih meneruskan tugas di BERNAMA selepas membaca `pekung' dan `kayap' orang-orang atasan di organisasi ini. Sememang nya Bernama ditadbir oleh mereka yang tidak berkelayakan. Usahlah pihak bos-bos ini berkokok mengenai kelemahan staf bawahan ini jika di ekor mereka sendiri bergelumang tahi. `Pekung' sudah dikenal pasti...tiadakah ubat di mana-mana untuk merawatnya atau membasminya terus di muka bumi ini??

Lokin said...

Pak Tuan Kuda Ranggi,

Being foolish is different from being a fool. We all have done foolish things at one time or another. But a fool is a person who is DEFICIENT in judgement, sense, or understanding.

We pity the fool!

Lokin said...

Pak Tuan,

Lama tidak kedengaran berita di BERNAMA kini. Masing-masing sibuk dengan cerita pilihan raya agaknya.

Hakikatnya Pak Tuan nak cerita, PB baru yang kini memegang kuasa sudah mula membuka "langkahnya". Jika kewujudannya sekarang pun begitu diragui, langkah-langkahnya pun tempang jugalah kelihatannya.

Baru-baru ini katanya ada "penstrukturan semula". Staf Komersial yang dari pangkat Eksekutif, melompat naik Manager! HR Manager dan PB sama-sama buat kerja. HR Manager punya idea, kerana selama ni tak dapat tunjuk kuasa. Dengan "lalang tua" AU tak payah nak susah kerja...dia bukan tahu apa. Janji pada namanya jawatan PB dia punya.

Asalnya kedengaran cerita, kena buat sesuatu untuk penstrukturan semula golongan SSM, tapi, yang Komersial juga dapat laba. Naik melompat-lompat macam katak lepas hujan. Tak payah soal PTKlah katakan.

Wahai Pak Tuan, jika tenggelam cerita di laman Pak Tuan, di mana lagi nak melepas beban? Tiadakah sesiapa boleh tengok-tengokkan?