Datuk Seri Anwar Ibrahim is making his political comeback, a decision welcomed by many in Malaysia. The former deputy prime minister said this in an interview with the BBC and carried by malaysiakini.com.
"I think we are ready for a change," he was quoted as saying. That is correct Brother Anwar, we definitely are looking for a change, for the better and not for the worse.
Anwar correctly said that Malaysia "has lost its competitiveness. Corruption is endemic, far worse than before." He also admitted that there were racial tensions.
Malaysia is scheduled to go to the polls by 2009 but speculation is rife predicting a snap elections before the end of the year.
Welcome back to the national political arena, Brother Anwar!
7 comments:
selamat berjuang pak sheikh. nanti harap pak sheikh laksanakan perkara-perkara yang tak sempat disempurnakan ekoran tragedi 1998. senarainya terlalu banyak .. rumah setinggan, korupsi dll
Interestingly, Datuk Seri Anwar came to the U. of Cambridge last night to speak on social distributive justice. Though I do not follow the scene in detail, it is still sad to hear that endemic corruption is still so rampant in the country and the elite exploit their positions to the tune of hundreds of millions of ringgit. Though he has stated his intentions to advocate change, my question is why now? Why not then when he was DPM? What's the difference between now and then? Why does he think things will change? It is easy to say things must change until one is put in the position of power....incidentally, I met Datuk A. Nazri Abdullah as well....
Pak Tuan Syed Imran,
Bolehkah kita percaya Anwar Ibrahim boleh menyelamatkan kita semua daripada segala bala rana yang dok ada hari ini? Bolehkah? Bukankah dia antara AIDS masa era Dr Mahathir? Ketika itu AIDS adalah Anwar Ibrahim, Daim dan Sanusi..Bayangkanlah sendiri apa apa dia AIDS ni...Jangan2 nanti Anwar pun sama macam dok ada hari ini. Dua kali lima, lima pun kali tiga...pi mai pi mai dok tang tu jugak la...
Saya percaya bahawa Anwar akan kembali dengan segala dendam politik yang membara. Dengan kuasa yang ada di tangan maka akan berlakulah segala macam political purges yang tidak akan berkesudahan. Bolehkah kita lupa bagaimana orang sumbat kita dalam bilik kecil selama 6 tahun? Bolehkah? Bolehkah kita dengan mudahnya melupakan bagaimana orng pisahkan kita dengan anak2 dan isteri selama 6 tahun, dimalukan di khalayak ramai dan kini kita kata "saya ok, saya dah maafkan depa..life goes on!" Bolehkah dipercaya kenyataan macam ini. Saya kurang yakin, malahan tidak percaya langsung dengan Anwar yang tiada bezanya dengan yang dok ada hari ini.
Seperkara lagi yang amat menjolok mata saya ialah nasib Pulau Pinang. Nasib umat Melayu Pulau Pinang tidak berubah sebelum Anwar dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang serentak dengan kemenangan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno pada 1993. Sejak itu pun nasib Melayu Pulau Pinang tidak berubah sampailah beliau dipecat daripada Umno pada 1998 dan jawatan itu diambilalih oleh Abdullah Haji Ahmad. Dua kali lima dan lima kali tiga jugak la sebab sejak 1998 sampai sekarang nasib Melayu Pulau Pinang dok macam tu jugak. Macam ada member nasiq kandaq saya dok kata la. "Kita amalkan dasar tolak ansur di Penang. dasar ini membahagiakan semua pihak terutamanya depa. Depa dok tolak..kita dok ansur pi...tolak ansur ala Penang la tu.". Saya kata nasib Melayu Pulau Pinang belum terbela walaupun terdapat 2 timbalan presiden umno dan timbalan perdana menteri datangnya dari pulau pinang sejak 1993 secara berturut-turut. Pasai apa? Sebab hari ni pun orang masih dok kata "Bila la kerajaan nak bela nasib Melayu Pulau Pinang?" Jangan dok cari salah dan sebab Melayu Pulau Pinang kena ditolak ansur dengan cerita dongeng "pasai ketua menteri bukan umno" sebab itu cerita yang tidak masuk akai dan tak logik. Kalau ketua menteri melayu pun kalau depa dok saja tak buat apa2 pun tak jadi jugak, apatah lagi jawatan timbalan presiden, timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi barisan nasional adalah lebih tinggi daripada kuasa ketua menteri. Kalau depa buat kerja seperti yang orang Melayu dok harapkan maka tidak akan kedengaranlah masalah dan cerita-cerita nasib melayu pulau pinang. pasai depa dok pebetoi tempat depa saja -- dulunya cerok tok kun jadi macam bandar satelit dengan segala kemudahan dan kini kepala batas pula mengambil alih status itu. pi tengok sendiri la tapi penang baik tanjung dan bagan dok macam tu lagi -- dua kali lima dan lima kali tiga.
Jadi, bolehkah kita percaya dengan anwar ibrahim? saya lebih percayakan tengku razaleigh hamzah sebagai penyelamat yang lebih berwibawa dan tepat untuk memartabatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair. walaupun saya tidak mengenali tengku razaleigh akan tetapi naluri politik saya memberitahu bahawa beliau lebih layak dan seperti kata seorang penyokong beliau yang masih setia sehingga ini -- aspan alias -- "Tengku Razaleigh Hamzah was the best prime minister malaysia never had". And to put in it today's context -- Tengku Razaleigh Hamzah is a better prime minister, period. I could not disagree.
Mat Kodiang
Very fruitful indeed. Thank you for your inputs.
I welcomed Anwar's active participation in Malaysian politics because I am certain that it would be for the good of the country.
Yes, Anwar is not perfect, but who is? Both Tun Dr Mahathir and Tun Musa Hitam were sacked by Almarhum Tunku. Both returned to active politics and were once described by the media as the best combination - the Two M Administration. But, what happened to them? Anwar was brought in by Tun Mahathir and groomed to be the next PM. It did not materialised and Anwar was sacked and charged in court and sentenced to jail.
In politics anything is possible. Anwar could provide some answers to the nation's woes, who knows.
Any input on Nazri Aziz, the other controversial political figure?
Mat Kodiang,
dalam keadaan dan keperluan tertentu, kita perlu membuat pilihan. Manusia lazimnya berubah apabila lebih matang dan melalui pengalaman tertentu. Itulah harapan saya.
Saya mengharapkan perubahan dan saya ada sedikit keyakinan yang Anwar telah berubah.
TUan Syed
Anwar tidak berubah tetapi lebih mendalam dendamnya.
Masaalah negara sekarang adalah kelemahan kepimpinan dan nepotisma kuasa & habuan. Saya bertanya adakah ANwar menegur Abdullah? Malah dalam interview dengan BBC, ingin say amemetik laporan berikut, Anwar berkata:
He called Datuk Seri Abdullah 'a very decent, placid man' but said 'the corrupt system is very much in place'.
Di pujinya orang yg menjadi punca porak peranda negara. Malah mahu ditunjuk jari kearah Tun. Kalau tuduhan itu di terimapakai, bukankah Anwar bersama juga?
Saya tak terima tuduhan tanpa cerita sepenuh. Cerita saya apa Dato KJ, NAsaruddin Jalil, Dato Kamaruddin MD Noor, Hasni & Rahim Ghouse, dll mereka buat berkecimpung dgn business dan korporat yg bukan kebolehan mereka?
Dimana peluang2 yg telah di berikan? Bukan ke di jual segera hanya utk dibazir sebagai modal politik? Tidak dibina sykt yg diberi saham. Malah ada yg mereka curi saham org Melayu yg membina sykt tersenarai tersebut.
Anwar sekarang sedang target a swing of 40% non Malay vote for Keadilan. Apa yg dia sudah sanggup buat? HApus DEB. Sedia berlga bahu dgn Artikel 11/Islam BAshing. Bersekongkol dgn uslim Killer islam Wolfowitz, albright, estrada, BUsh dll hingg amemuji merek amembawa demokrasi ke negara2 islam.
Orang yg berani melawan akan digeruni bila dia berkuasa. Dia akan menjadi degil. Sekarang pun dia sudah lari dari tujuan perjuangan dan balik kepada sikap lamanya halobakan kuasa. Merek ayg juangkan kebebasannya dah tidak dipedulikan.
Anwar tidak akan berubah. Awaluddin marifatullah Anwar. Masa mu sudah tiada lagi ... dengar cakap Tun Dr Mahathir. Dia yg memberi kamu peluang dan dia yg kamu derhaka. Berhentikan saman menyaman terhadap TDM. Kamu tidak pernah sehebat TunM.
Saya faham maksud saudara. Memang ada kebenarannya.
Apa yang cuba saya tonjolkan adalah keadaan dan suasana politik sekarang memerlukan penyertaan seorang yang "pintar berpolitik" seperti Anwar Ibrahim. Sebagai orang politik, segala tindakan dan cakap politiknya sama seperti mana-mana politikus yang sudah tentu mempunyai agenda tertentu. Saya melihat dari sudut kekalutan dan sandiwara yang sedang berlaku dan dipermainkan oleh politikus UMNO dan orang seperti Anwar dapat, sama ada menyedarkan mereka daripada halimunan atau memberi satu kejutan untuk balik ke pangkal jalan.
Mengenai Tun Dr Mahathir, saya akur bahawa tidak ada seorangpun ahli politik UMNO yang ada sekarang berada setaraf atau sebaris dengan Tun. Jadi, tidak perlu kita nak samakan mereka dengan Tun kerana mereka, termasuk Abdullah Badawi, Anwar, Najib, Nazri, Rafidah atau pun Muhyiddin bukan bandingan dan tandingan Tun.
Saya masih berpendapat bahawa Anwar dapat berperanan dalam arena politik tanah air. Dia dapat membuatkan orang lain sentiasa berwaspada dan tidak lalai. Suka tak suka, Anwar ada kelebihannya dan ada kekuatannya tetapi ini tidak bermakna dia akan berkuasa selagi berada di luar UMNO.
Post a Comment