Sekalung tahniah kepada tujuh orang Ahli Parlimen (MP) yang mencatat kehadiran 100 peratus di Dewan Rakyat. Semua mereka hadir pada setiap hari Dewan Rakyat bersidang pada persidangan lepas.
Mereka yang dimaksudkan adalah empat MP dari UMNO dan tiga dari MCA iaitu Datuk Yap Pian Hon (Serdang), Loh Seng Koh (Kelana Jaya), Datuk Razali Ismail (Kuala Terengganu), Datuk Mohamad Aziz (Sri Gading), Tan Sri Ramli Ngah Talib (Speaker), Datuk Lim Si Cheng (Timbalan Speaker) dan Datuk Yusof Yacob (Timbalan Speaker). Tahniah!
Saya lebih tertarik akan rekod kehadiran cemerlang empat daripada mereka iaitu Datuk Yap, YB Loh, Datuk Razali dan Datuk Mohamad kerana bagi Tan Sri Ramli, Datuk Lim dan Datuk Yusof mereka kena hadir persidangan Dewan Rakyat atas tugas rasmi selaku pengerusi mesyuarat atau sidang.
Tetapi, rekod cemerlang ini dinodai oleh ketidak hadiran sepenuhnya MP yang lain. Dewan Rakyat mempunyai 219 ahli dan dari jumlah itu, cuma tujuh ahli yang hadir 100 peratus. Ini satu rekod yang amat buruk bagi Dewan Rakyat!
Selain daripada itu, bagaimana pula rekod kehadiran para menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen?
Semasa perasmian Sidang Parlimen Ke-11 oleh SPBYDP Agong pada hari Isnin, 18 Mac, kita dapati kerusi ahli Kabinet penuh tetapi apabila Dewan bersidang pada keesokan harinya, tempat duduk Kabinet begitu lengang. Bak sering dilaungkan oleh mantan wartawan penyiar NTV7 dalam laporan Edisi Siasatnya, Wan Kamaruddin, apakah jadahnya?
Pak-pak Menteri harus sedar dan ingat bahawa jika mereka bukan Ahli Parlimen, sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara, maka mereka usah nak mimpi jadi menteri. Oleh itu, mereka semestinyalah memberi keutamaan kepada persidangan Parlimen, bukan melihat Parlimen sebagai tak penting.
Awas! Pilihan Raya semakin menghampiri anda, wahai wakil-wakil rakyat!
4 comments:
Pak Tuan,
tang tu bolehlah bagi markah kat depa. kerja di kawasan bagaimana. ramai yang syok bercakap di parlimen tapi pengundi merana, menderita dan dah insaf untuk berjumpa ap ke adun ke. saya teringat ketika 24 tahun dahulu, saya berjumpa seorang adun minta tolong untuk komuniti dapatkan jersi bola. yb tu tolong sungguh. lepas tu minta tolong kawan rapat lanjutkan pelajaran. yb tolong. La ni kalau pi kat depa, takdak masa. sibuk. tapi kalau pasai anak, cucu, keluarga - dia redah api pun tak pa.
Sdr Afrar,
Saya setuju dengan apa yang sdr katakan. Tapi, empat orang yang saya maksudkan iaitu Datuk Yap, Sdr Loh (mantan SU politik Ling Liong Sik), Datuk Mohamad dan Datuk Razali tidak tergolong dalam kategori tersebut.
Dua daripada mereka - Datuk Yap dan Datuk Mohamad adalah ahli politik dan wakil rakyat veteran manakala Datuk Razali (mantan pengarah di Kementerian Pelajaran) dan Sdr Loh adalah wakil rakyat penggal pertama. Datuk Yap dan Datuk Mohamad adalah antara wakil rakyat yang buat kerja dan amalan yang serupa diperlihatkan oleh Datuk Razali dan Sdr Loh. Semangat yang diperlihatkan oleh mereka dalam kehadiran sidang Parlimen membayangkan keprihatinan mereka sebagai wakil rakyat, sama ada di kawasan atau di Parlimen.
hadir ke Dewan satu hal tetapi jika ada tugs yang lebih penting bagaimana mahu 100%? Juga jika hadir tanpa input juga tidak bermakna.
Tahniah kepada mereka yang hadir 100%!
Yang lain tu, apa yang mereka buat?
Post a Comment