Thursday, March 01, 2007

Bukan Melayu memang mempunyai tempat dalam Bernama

Saya amat tertarik dengan reaksi beberapa orang pemimpin politik bukan Melayu dan pemimpin NGO Cina yang menyambut baik perlantikan Yong Soo Heong (Buyong) sebagai Ketua Pengarang Bernama.

Benar, Buyong adalah KP bukan Melayu yang pertama, tetapi, sebelum ini beberapa orang wartawan bukan Melayu telahpun diberi kepercayaan mengetuai jabatan atau bahagian yang penting.

Dalam sejarah penubuhan Bernama, dua orang Eksekutif Berita (News Executive yang setaraf dengan Executive Editor sekarang) dilantik untuk mengetuai jabatan pengarang - seorang untuk perkhidmatan bahasa Inggeris dan seorang lagi bahasa Melayu. Mereka adalah Chang Yen Fooi dan Abdul Wahab Abdul Majid.

Oleh itu, Chang adalah rakyat Malaysia keturunan Cina yang pertama berjawatan tinggi dalam Bernama. Pada waktu itu, jawatan Ketua Pengarang belum wujud. Apabila Tan Sri Mazlan Nordin dilantik sebagai Ketua Pengarang pertama, Chang dilantik sebagai Pengarang Urusan (Managing Editor), juga satu jawatan tinggi (nombor dua dalam Jabatan Pengarang).

Selain itu, beberapa orang wartawan keturunan Cina dan India pernah memegang jawatan Ketua Penyunting antaranya K.C. Chan dan Tan Tock Saik selain K.C. Leong yang berjawatan Editor Eksekutif, S Sivaselvam, S.N. Rajan dan Tan Jooi Long.

Jadi, perlantikan Buyong bukanlah sesuatu yang baru dalam sejarah Bernama. Yang membezakannya hanyalah nama jawatan. Bagaimanapun, ia boleh dianggap satu sejarah.

Buyong adalah anak Pulau Pinang. Bila pulang ke Penang, jangan lupa singgah di Gurney Drive, lu ki chiak bay liau.

5 comments:

Anonymous said...

Pak Tuan Kuda,

Benarlah Bukan Melayu memang mempunyai tempat dalam BERNAMA. Buyong bukanlah sejarah hebat sebagaimana sejarah hebatnya si Visvakumar. Pengurus Harta, S41? Melompat naik S52? Wah...hebat! Dari Pengurus Harta yang datang lewat, mabuk, naik tanpa duduk PTK pun. Tak ada PTK pun boleh naik. Bukan setakat Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran, jadi Setiausaha Lembaga dan Setiausaha Majlis Penyelia juga! Senangnya. Alkisahnya, bekas GM dulu yang mahukan Pak Sanggup untuk melicinkan kerja-kerjanya. Nah..ternyata licin sungguh, dan licik! Macam-macam ada.

Apa kata orang JPA? Diam saja.

Bernama ni bukan takat nak naik pangkat, undang-undang pun boleh pinda. Bijak-bijak semuanya. Kononya, janji Lembaga lulus!. Senang sungguh. Macam "berhad" pula. Kalau Berhad betul bagus juga, ini, tiap-tiap tahun makin bertambah geran kerajaan. Tak percaya, bak kata Pak Tuan, tanya dengan Jasbeer Singh! Apa cerita? Gomen nak pejam mata ke? Peliknya! Woi..ini duit rakyat oi!!!! Bukan hangpa bercekang mata dapatkan duit pun. Tengok aje bahagian niaga BERNAMA tu. Untung sangat ke? bahagian niaga yang tah hapa-hapa. Macam tongkang pecah, tengok ajelah..berapa ramai Pengurus Kanannya? Dari satu Pengurus Kanan, sekarang ada berapa? Empat? ke Lima???...bisnes ribuan juta...kenalah ramai pengurus kanannya, ye ke? yang pelik, ada Pengurus Kanan, tak ada Pengurus, ada pula Pengurus, mana pegawainya. Suka-suka lantik. Jawatan sendiri bikin. kenaikan sendiri reka. Apa kisah, sapa nak check? Tengok carta organisasi sikit, betul ke? Mari sama-sama tanya Pengurus Kanan Sumber Manusia!

Dengarnya sekarang ni, Pengerusi kena pula tandatangan cek barulah dapat gaji. Eh...macamana ni? Pak Tuan, pernah dengar ke zaman-zaman pak Tuan dulu macam ni? Sejak bila akta bertukar? Akta mana depa pakai?

Pekeliling gomen mana-mana nak pakai, pakai..tak nak pakai sama-sama ubah.

Untung la nasib badan Pak Sanggup sekelian. Malangla BERNAMA, makin lama makin lah nampaknya binasa!

Unknown said...

Nampaknya keadaan lebih teruk dari apa yang saya sangkakan. Bak kata orang, dari luaran nampak hebat tetapi pekung yang membiak di dalam orang luar tak tahu.

Seperti yang pernah saya katakan, masakan boleh si pencuri nak disuruh tangkap pencuri atau si bodoh nak mengajar di tolol ... jahanamlah jawabnya.

Anonymous said...

Pak Tuan,

Setuju dengan komen anonymous itu. Semuanya atas nama pembangunan. Apa yang berlaku untuk perkembangan Bernama. Alasannya. Sampai bila Bernama nak duduk kat takuk tu saja? Betul. Perlu ada perubahan, katanya lagi. Betul. Tutup mata "rakyat" dan senyap-senyap, jadilah pemerintahan "Anarchy". Tanpa kerajaan. Tanpa pengawasan. Kuasa pusing-pusing kat situ juga. Ada kerajaan pun boleh "makan". "Kau buat aku kambus, aku buat kau kambus". Sama-sama kerjasama, tolong menolong. Tak takut sebab "back up " dah kuat.

Pak Tuan,

Tell them involved, "Anarchy means only two things. Death and destruction."

What they earn wrongly will burn them. Maybe not now but tomorrow, maybe not tomorrow, but soon...soon...bangkai gajah nak tutup macamana? Pekung tetap berbau. Baik orang nampak, apatah lagi keburukan. Jaga-jagalah. Duit rakyat nak buat suka hati? Bukan mereka ni sahaja, banyak lagi kalau selak satu persatu.

Anonymous, setiap kezaliman perlu ditentang. Tidak secara lawan kekuatan, secara lisan, tidak secara lisan, secara niat di hati. Biarkan muka-muka yang tidak tahu malu itu bermaharajalela. The truth will prevails. Orang zalim memang tidak bermaruah. Kepentingan diri mereka lebih utama. Jika tiada kuasa manusia yang mampu melawan, ingatlah, mereka juga manusia biasa. Tidak bisa melawan datangnya takdir, tidak upaya menahan sakit, memilih hari datangnya maut. Ucapkan pada mereka "Sama-samalah bertaubat sebelum datangnya ajal. Semoga Tuhan membuka pintu hati mereka yang zalim kearah kebenaran". Ketika maut mengundang mampukah mereka menggunakan "kekuasaan" mereka ketika itu? Ketika itu, baru sedar tubuh itu lemah, nyawa itu hanya dihujung rambut, nafas itu lebih berharga dari duit setinggi gunung. Wahai orang Zalim...teruskanlah kezaliman kamu! Allah itu sentiasa melihat! Wahai orang zalim! Kumpullah harta kamu yang hanya mampu membelikan kamu kain kapan secukup tubuh, keranda semuat badan, tanah wakaf dihujung taman, dua nisan tegak berdiri. Wahai orang zalim! Ketawalah kamu tanpa sedar doamu tidak sampai ke langit. Dugaan Tuhan kau sangkakan rahmat.

Unknown said...

Penyakit yang dihadapi memang kronik. Puncanya tentulah pentadbiran yang lemah kerana orang yang dilantik tidak bertepatan dengan kehendak dan keperluan bidang tugas, kurang dedikasi dan pegangan amanahnya yang boleh dipersoalkan serta isu kepentingan diri.

Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak di Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan penting itu?

Anonymous said...

Pak Tuan,

Soalan yang diajukan memang bertepatan sekali. "Apakah tidak ada orang lain yang lebih layak di Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan penting itu?"

Bukannya tidak ada Pak Tuan, tentunya ada. Jika pemilihan dibuat berdasarkan cara yang betul, bukan berunsur menjaga kepentingan sendiri, tentu ada. Malangnya, bak kata-kata posting di atas, nak cari "Pak Sanggup". Inilah dia kalau tidak ada satu sistem "check and balance". "Depa check, depa Balance". Siapa mau "check" pula sekarang ni? Ada kementerian pun depa tak tengok juga. Badan berkanun, alasannya. Ada JPA pun tak tengok juga. Badan berkanun, depa kata. Badan berkanun ni boleh main suka-suka saja ke? patutla satu ketika dahulu, Tun M suka dengan idea mengkorporatkan badan-badan kerajaan ni. Kelemahan tetap akan ada, tapi tak ada lah alasannya "badan berkanun" lagi! Dan yang paling penting, depa ni tak lah senang-senang nak mengorek duit rakyat lagi! Bila dan "korporat", kita tengok RAJA Mergastua semua ni, boleh jalan tak boleh jalan? Ada untung, boleh makan, tak ada untung, boleh jalan!

Yang dah "expired" tu, kira expired sajalah...kalau barang dah expired digunakan juga, bukankah bawa penyakit? Penyakit kronik boleh bawa mati. Bilalah nak sedar diri? Tak malu kah kehulu-kehilir di pejabat orang keji? Rakyat tengok meludah dalam hati. Tak ada perasaan malu kah manusia-manusia ini? Perumpamaan mengatakan, Habis malu, mati!