Friday, March 23, 2007

Bernama to operate new radio station

Bernama, the national news agency under the supervision of Information Minister Zainuddin Maidin (ZAM), is set to operate a new radio station. It would be the first major project under Azman Ujang, the recently appointed General Manager.
(Bernama, pertubuhan berita nasional Malaysia yang terletak dibawah seliaan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin (ZAM), telah siap sedia untuk mengendalikan sebuah stesen radio. Ia adalah projek besar yang pertama sejak Azman Ujang dilantik selaku Pengurus Besar)

The station, to be operated from Angkasapuri's International Broadcasting Centre (IBC), is to be headed by journalist Openg Net.
(Stesen yang akan beroperasi dari Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di Angkasapuri (Bukit Putra) itu akan diketuai oleh seorang wartawan, Openg Net)

Little bird told me that Azman decided to go ahead with the project, backed strongly by ZAM, although it did not receive favourable feedback from experts in the field.
(Saya diberi tahu oleh satu sumber bahawa Azman memutuskan untuk meneruskan projek yang mendapat sokongan kuat ZAM itu walaupun ia tidak mendapat sokongan maklum balas yang baik daripada para pakar dalam bidang berkenaan)

I wonder whether Azman, in particular, or Bernama in general, have any clue of whatsoever on how to run a radio station. It is a well known fact that our airwaves are nearly congested with hundreds of radio broadcasts not only from local and well established operators but also from all over the globe.
(Saya tertanya-tanya sama ada Azman, khususnya, atau Bernama pada amnya, sedar sama sekali tentang cara-cara untuk mengendalikan sebuah stesen radio. Umum mengetahui bahawa ruang gelombang udara kita hampir dipenuhi oleh pancaran siaran beratus-ratus stesen radio yang dikendalikan oleh pengendali-pengendali berpengalaman dan ternama dari dalam dan juga luar negeri)

It seems to me that Bernama failed to learnt from its experience in Time Highway Radio (THR). (Nampaknya Bernama tidak mempelajari atau mengambil iktibar daripada pengalaman semasa bersama-sama THR atau Time Highway Radio)

Bernama was told to operate its radio station from IBC simply because the agency could not afford to purchase the expensive broadcasting equipment. So, make full use of the "old" IBC equipment. I said "old" because in the world of broadcasting, electronic and digital technology, new and more sophisticated equipments are produced nearly every other year.
(Bernama diarah untuk mengendalikan stesen radio itu di IBC kerana agensi berita itu tidak mampu untuk membeli peralatan penyiaran yang mahal. Jadi, gunakanlah sepenuhnya peralatan IBC yang agak lama itu. Saya katakan "lama" kerana dalam dunia penyiaran, teknologi elektronik dan digital, peralatan-peralatan baru dan canggih diperkenalkan saban tahun)

Bernama has to present its project proposal paper for the radio station and a huge allocation projection was submitted. Certain people would benefit financially.
(Bernama perlu mengemukakan kertas cadangan berkaitan projek stesen radio itu dan satu unjuran peruntukan yang besar telah dikemukakan. Sudah tentu ada pihak yang akan mendapat ganjarannya).

39 comments:

Anonymous said...

Bro Syed Imran,

I smell a fish yet again!
Big fish, small fish, medium size fish, large size fish -- they are all the same...FISH and they rot very fast! well unless the fish master has a bad nose that he/she could not smell a fish...he he...

Once again my sympathy goes to the loyal and ordinary joe and jane in bernama who have no clue whatsoever ON the happenings in the agency. My enmity and disdain are to the robbers, pillarges, looters, thieves, scammers and schemers who wear suit and kebaya -- they all are the same -- they are thieves! And they have no shame at all and it stinks to the high heaven. The fact that baffles me is that these heinous crime are being done and the loot are carried out through the front door and in full view of the others including innocent bystanders! They will use the ill-gotten money to feed their family and many many years later they wonder why their little girls turned out to be bohsia, gro and bargirls after hitting 18 and their little boys grew up to become gangsters and school dropouts or even looters like you know who.

Unless the real credible professionals are headhunted to arrest the decline in Benama, the agency will rot in regression and in perpetuity. As it is now, the is no hope lah for bernama and these thieves will be protected by a master-thief watching afar from a some hill named after a former prime minister.

NONAME from NOWHERE but my eyes and ears are EVERYWHERE...

Anonymous said...

MMMMm.. Duit lagi la ni..Woo station radio, dapat lagi kat BESSAR la ni.Dengar-dengar cerita para-para pekerja station ni dah buat site visit mana nak beroperasi diketuai oleh penasihat. Lagaknya macam masih jadi kepala kat BERNAMA ni. Bak kata orang orang tua "GILA TALAK". Panggil staf bernama tunjuk sana tunjuk sini nak buat office radio.

Anonymous said...

Bukan gila talak sangat, tapi gila kuasa! Kuasa mengasyikan dan kuasa memabukkan dan apabila kuasa di tangan maka mereka akan asyik dan mabuk!! Tidak siapa boleh buat macam Pak Tun Dr Mahathir yang melepaskan kuasa ketika tersangat berkuasa. Nampaknya mantan bendahara ikut sunnah Rasulullah yang berhenti makan bila tengah sedap.

Lain cerita di bernama. Inilah yang akan berlaku apabila minda kecil dan setakat paras kepala lutut diberikan kuasa yang besar, maka ianya tersangat sukar dan sayang dilepaskan begitu sahaja. minda yang tidak berpendidikan tinggilah katakan. Akan tetapi sombong yang amat sombong punya manusia.

Seperti kata Pak Ibrahim Pendeklah, "kita sama-samalah tengok sapa kena!". Dalam konteks ini siapa yang nak dapat habuan, siapa yang kena kerja macam hamba abdi dan siapa yang akan dipersalahkan apabila projek radio ini gagal dan pastinya ia gagal. Apa benda yang bernama nak siarkan yang belum disiarkan oleh radio lain? Katanya Pak Menteri "cadang" (yang bermakna kena ikut!) bernama popularkan muzik dangdut disamping siaran maklumat. Bukankah Jabatan Penerangan sudah punyai saluran radio untuk maklumat dan hampir 80 peratus bahannya datang daripada bernama. Dalam tadbir urus korporat ini dikatakan redundancy atau "buek kojo bangang ko ni jang" kata sahabat saya daripada Rembau! Akan tetapi apakah para pemegang kuasa di bernama mengerti akan maksud perkataan tadbir urus korporat atau ketelusan, ataupun pengurusan kewangan yang berhemah (prudent financial management).

Mereka ini seakan-akan hidup dalam dunia yang vacuum, macam lah orang lain tidak mengetahui apa yang mereka sedang honarkan di bernama!

BERITA DARI GUNUNG LEDANG

Unknown said...

Radio yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dah (ter)lepas. Orang lain dah kebas! Jadi, radio yang akan diperkenalkan oleh Bernama akan buka peluang kepada orang lain untuk meraih laba dan habuan. Ada projek ada rezeki. Harimau sarkas pun ada rezekinya.

Lokin said...

Pak Tuan,

Projek radio ini bukanlah projek besar Azman Ujang. Jika Pak Tuan masih ingat, projek menaik taraf sistem jabatan editorial juga bukanlah projek besar Azman Ujang. Kedua-dua projek "BESSAR" ini telah "dicipta" sebelum ini lagi oleh mantan Pengurus Besar yang lalu. Azman Ujang sekadar pelicin proses untuk kelulusan yang mana mantan dulu tak sempat.

Projek Besar Azman Ujang yang sebenarnya ialah membuat rombakan secara besar-besaran di BERNAMA. Kenaikan pangkat mendadak buat "kroni-kroni", pertukaran 24 jam atau lebih tepat lagi, pertukaran kurang dari 24 jam buat yang bukan "kroni" dan dengarnya, bakal memecat 16 petugas yang gagal diserapkan ke BESSAR. Selain itu, tunjuk hebat dengan telefon di telinga dan menekan blackberry setiap saat setiap masa. Itulah antara "projek-projek besar" Azman Ujang.

Tentang radio dan banyak perkara, Azman Ujang tidak tahu apa-apa pun.

Perlantikan Openg Net juga bukanlah oleh Azman Ujang. Azman Ujang tidak tahu apa-apa pun. Azman Ujang hanyalah "boneka". Boneka yang tampil kalut, kosong pemikirannya , merapu kata-katanya, itulah Azman Ujang.

Stesen radio ini pula dengarnya bukanlah beroperasi dari IBC sebaliknya dari Tingkat 15 Wisma BERNAMA sahaja. Dimana lagi nak buat konti percuma kalau tidak di bangunan sendiri? Jimatkan kos operasi. Jimat kos nak bikin konti. Renovation free! "Untung" masuk poket lagi!

Tiada orang lainkah yang boleh menjalankan projek ini? Openg Net, dilantik atas dasar apa? Pernahkah Openg Net menguruskan saluran radio? Mana portfolionya? Setakat portfolio "celup" dari radio jenama Indonesia, jangan ingat hebat! Itu sajakah kriteria yang BERNAMA lihat untuk seorang "director" buat radionya? Syed Jamil pula, "glamer" sangatkah? Semasa zaman "pemerintahannya" pun, berapa kali sangat mukanya keluar tv? Setakat muka tempel belakang menteri, makcik jual keropok pun boleh!

Jika orang biasa, nak buat sesuatu projek besar, kenalah cari orang yang betul-betul pakar, bukan setakat "tangkap muat" atau sekadar untuk mengisi masa lapang orang pencen! Apa ni kawan? Main-main dengan duit kerajaan?

Azman Ujang apa tahu? Dia ikut saja. Janji "habuan" untuknya ada.
Tak kiralah habuan macam mana.

Pak Tuan, jangan disoal Azman Ujang. Dia tidak tahu apa-apa pun.Azman Ujang hanya sekadar boneka murahan di tepi jalan.

Soalan perlu ditanya kepada Pengerusi BERNAMA sendiri yang dah lama kepingin nak "memerintah negeri". Apa macam Datuk?

AFRAR YUNUS said...

Pak Tuan
tu dia eh..satu projek di bawah satu kepimpinan. hak dulu lingkup, hak ni mecamana pula. tak pa, asaikan kroni dapat habuan..apa ada. rakyat saja yang miss "soru"

Anonymous said...

A famous quote says

"We hang the petty thieves and appoint the great ones to public office".

That's what it is all about.

Unknown said...

Lokin,

kalau nak beroperasi dari Tingkat 15 Wisma Bernama, bagaimana pula dengan peralatan penyiaran? Sempatkah dalam tempoh terdekat ini untuk membelinya? Mampukah Bernama kerana peralatan penyiaran bukan boleh ditempah begitu sahaja dan harganya juga mahal.

Buat permulaan, menurut perisik saya, stesen radio ini akan menumpang di IBC yang sedia mempunyai alat penyiaran. Saya katakan menumpang tetapi saya percaya ada "bayaran" tertentu.

Benar kata saudara. Ini bukan projek besar Azman Ujang, pengurus besar yang tidak berpengalaman dalam bidang pentadbiran sama sekali itu. Azman nampaknya memikul biawak hidup. Sekiranya Azman seorang pengurus besar yang "ada kuasa", sudah tentu dia tak akan laksanakan projek ini kerana tidak menguntungkan dan satu pembaziran. Tapi, apa boleh buat. Azman tetap Azman.

Nampaknya, penasihat lebih berkuasa! Sorong papan, tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, suruh mengaji manalah tahu.

Lokin said...

Pak Tuan,

Menurut "perisik" saya pula, konti radio ini memang akan dibuat di Tingkat 15 Wisma Bernama sendiri kerana kononnya, tidak "cost effective" menyewa dari RTM---(Rakan Tunggu Mati). Barangnya pula lama dan dah "out season". Untuk radio mereka ni, kononnya peralatan mesti baru, konti mesti baru. Otak udang lama tak apa! Ini kan bisnes Melayu?

Apa nak endah tentang peralatan Pak Tuan... orang BODOH pun boleh jawab. "BELI SAJA"!!! Duit boleh tarik sana sini, siapa mau tanya? Tidak perlu kain diselak, pekung busuk berbau juga. Ceritanya, dulu BESSAR pinjam duit BERNAMA, sekarang BERNAMA pinjam duit BESSAR! BESSAR bikin "untung" juta-juta. Tiba masa kini "bayar" semula. Keluar poket kanan, masuk poket kiri. Kalau radio tak laku nanti, nasibnya tak ubah jadi macam Bernama TV. Peralatan berselimut tunggu timbang besi buruk. Itulah jadinya kalau orang yang melaksanakannya berpelajaran takat sekolah pondok kampung sena. Tak sedar-sedar diri juga?

Tentang masa pula...mestilah sempat punya, ini bukan calang-calang penipu. Kita tengok siapa pula bekalkan peralatannya nanti. Mungkin "golongan" penyamun itu juga punya kroni! Penipu pun perlukan skil juga, perancangan dah lama, bukan baru seminggu dua. Bukan perancangan seorang dua. Sebab itu perlu tempatkan orang-orang dia merata-rata. Lembaga Bernama tak hairan pun. Pengerusi Bernama tahu apa? Dia pun tumpang sekaki juga.

Khabarnya, kontraktor asing sudah keluar masuk nak peranap tingkat 15 ala 40 penyamun ALi Baba.

Waktu ini, Union Bernama perlu tanya. Jangan jadi anjing tua tak bergigi!

Ibarat kata pelawat ini..."We hang the petty thieves and appoint the great ones to public office".

Baguslah tu.

Unknown said...

Terima kasih Lokin. Nampaknya mereka bergerak begitu cepat. Nak lari dari apa? Jawapannya tentu kita sedia maklum.

Saya ada dua lagi perkara yang nak dibangkitkan. Yang pertama berkaitan kewibawaan Bernama selaku agensi berita dan kedua berkaitan pembabitan GM dengan orang yang tidak kena sebab ada kena mengenalah tu.

Saya harap, warga kerja Bernama yang majoritinya jujur dan bertanggungjawab, tidak akan rasa terkilan kerana apa yang berlaku bukan perbuatan mereka.

Tunggu!

Anonymous said...

Pak Tuan,

Bunyinya macam ada rahsia sahaja? Teruskan Pak Tuan, kami rakyat Bernama memang dah tak tahan. Makin busuk pekung nak dihidu. Baunya melantung, pekung hingga ke seluruh pelusuk ceruk.

Staf Bernama bukanlah menetang pembangunan. Bukan juga tidak bersetuju Bernama berkembang maju. Bernama ada tv? Bagus. Bernama ada radio? Bagus. Bernama terkenal di seantero dunia? Lebih bagus. Sokong 100%. Siapa tidak mahu, bekerja dengan sebuah agensi "gergasi" yang unggul dan berwibawa?

Yang menjadi duri dalam daging ialah petualang yang membuat onar di atas nama pembangunan. Pembangunan yang hanya pada nama sahaja tetapi pada hakikatnya, lubuk emas kepada manusia-manusia berhati busuk dan haloba ini.

"Mari kita lihat siapa yang kena? Baling dadu hanya 3 kali. Itu ajaran Tuk Guru." Memang benarlah kata-kata Ibrahim Pendek itu.

Anonymous said...

Bro Syed,

What do you think of Bernama's current Chairman? He seems to be the man behind the wheel now.

All said and done about the rest of the chiefs (also ex-chief), but not a single comment (from you) on Datuk Anuar Zaini.

Unknown said...

Thank you for your provocative question...,

First of all, you must understand that the chairman is simply tasked to chair the Board of Governor's meeting. The Board meets about once in two months, but I am not sure whether they do it now. The Board is tasked to manage Bernama on which the government and the newspapers are equally represented.

The chairman has no executive power, that is, he is not the executive chairman. The chief executive is the general manager. That is why this position must be given to the right person with the much needed vision to guide Bernama. What can you say of the previous GM and the newly appointed one? Do they fit like a glove?

To be honest, I am not that familiar with the present chairman but I am aware that he is PM Abdullah Badawi's "man". He served Pak Lah when the latter was Defence Minister, and he remains till today as one of the key advisers to Pak Lah. His close relationship with the prime minister is the main reason why he is often in the limelight including moderating local tv talk shows. I am unable to say whether he is the man behind the scene. Your guess is as good as mine.

It is obvious that the present top two leaders in Bernama owes "some one" a favour. They have to "curry favour with someone" if you understand what it means.

Anonymous said...

Bro Syed,

Your words are true.

The Chairman has no executive right to administer Bernama. But, should he be spared from all the scenes ie. crime scenes? Well...think again.

In the present situation, he has all "the executive right" he needs by appointing the two-you-know-whom to govern Bernama. These duo, paired up with the HR Manager aka a Sloth become the perfect scammers. All of these three are the "yes-boss" type and would do anything just to make sure their "places" are secured. They would "Polish", Lick and Glorified whoever be the no.1. In the present case, is no other than the arrogant-self-proclaimed "Executive Chairman". The reason for his instant "executive-able post" is no other than what you just said, his position as one of Pak Lah's "men". Pak Lah is not as powerful as his advisors, dont you think? Pak Lah's advisors automatically equipped with a special "executive-able switch" which can be used anywhere, anyhow.

Bro Syed,

This is my view of ex-GM and current GM. SJ was known as a GM who ruled his own game while AU is just a joker in town. During his tenure, Anuar and SJ never compromised.(As such was potrayed) But, with AU, is otherwise. AU prostrates wholly before the Chairman. Now, back to our discussion...just, why the present "ruler" and the ex-ruler who are very much known to despise each other yet at the same time "complementing" each other in these so called radio project (and other projects God Knows-What?). Maybe, it's a profesionalism at work. But as I said...think again.

The so called "enemy" was even appointed as an "advisor" for the project. Why do you think that the chairman who craves for "power" would do such favor for someone like an ex-GM (who used to deny his interference in many things and even told him to play his role right as a non-executive chairman?) Sounds not really right, does it? Indeed. Now, let the questions be more interesting. Let the plot goes and the ending would not be that surprising!

Unknown said...

A big thank you to you, Bro. Yes, I did provoke you and I am glad you responded.

What I was trying to do is to point out that for obvious reasons, the genuine executives allowed some one who is non-executive to dictate things for them. You have given the answers, Bro.

Well, as the saying goes, we do not expect "pigs to fly" do we?

I was made aware by recent news reports that the Bernama chairman is also the chairman of the UM Medical Centre (board?).

He must be one hell of a super guy to be appointed to lead two institutions in a country of 26 million people. The country must be running short of qualified individuals or there could be too many rotten apples in Malaysia that one man has to be appointed to sit or head statutory bodies/ government agencies.

Anonymous said...

kalau di buat kat tingkat 15 duit dah tentu projek bagi kat sapa?
ALA.. kalau tanya kat diorang mesti jawapannya mesti la bagi kat bessar sebabnya BESSAR tu bukannya orang lain . anak syarikat . bernama gak untung.kan bessar tu 100% bernama punya.DUIT PUSING BALIK KAT BERNAMA.
TAPI BERAPA BANYAK DAH BESSAR BAGI KAT BERNAMA?
Asyik duit bapak jugak yang diorang kebas.
Kalau duit masuk kat bessar sapa yang dapat komisyen?.
CEO? COO? SALES EXEC? PENASIHAT? LEMBAGA?

MACAM LA BERNAMA NI TAK BOLEH BUAT RADIO SENDIRI.

Anonymous said...

Bosan, jelik, jelak, benci, mual...seribu satu perasaan membaca pekung2 dan kurap insan2 keji di BERNAMA ni. Hairan bin ajaib apabila dilihat, tiada satu pun penulisan di blog ini yang cuba-cuba menyokong atau setidak-tidaknya cuba membela atau menafikan tohmahan dan cacian terhadap konco-konco penyamun BERNAMA & BESSAR ini. Dayus sangatkah mereka ini untuk terdetik membela diri. Atau tiada satu manusiakah yang menyokong mereka ini? Kesian....inikah insan-insan yang berminda kelas dunia yang cuba dibentuk oleh kerajaan??? Sanggupkah mereka jika suatu hari nanti anak-anak mereka sendiri terbaca blog ini dan mengecap mereka bacul kerana tidak mempertahankan diri? Atau mereka terlalu leka dibuai nafsu haloba, hingga tergamak menyundalkan keimanan dan maruah diri. Seruan kepada warga Bernama (yang kebanyakannya `tawaduk' dengan penindasan sebegini oleh pihak atasan ini) sekurang-kurangnya angkatlah tanganmu mohon hidayah Tuhan agar golongan ini mendapat balasan yang setimpal dengan kezaliman mereka. Mungkin ada yang menganggap tulisan di blog ini ibarat anjing menyalak bukit...tapi yakinlah tiada sesiapun yang dapat lari dari perhitungan Allah. Dan perhitunganNya bukan dihitung dari nilaian wang ringgit yang diperolehi.

Anonymous said...

Sdra Syed Imran,

Inilah masalahnya apabila Bernama mempunyai orang yang kurang masak dan tidak berpendidikan tinggi sebagai pengurus besar. Andainya tidak berpendidikan tinggi janganlah nak diharapkan tahu selok belok mengenai bisnes. Apabila pengurus besar ini seorang bangang dan berada dalam alam pencen maka segala angkara pun akan berlakulah, dan berlaku di depan mata!

Kesianlah kepada warga bernama yang setia dan bertungkus lumus sedangkan segala macma laba dan habuan orang lain dok tenyeh!

Namun, apa nak buat, kan? Yang ada di bernama hari ini semuanya dayus, tertutup suaranya, tertutup matanya dan tertutup telinganya macam speak no evil, see no evil and hear no evil. Sedangkan devil dan evilnya bermaharajalela!!!

Pendek kata, Bernama is a forgone conclusion.

Anonymous said...

Sesiapa tahu tentang projek "metal cladding" bangunan Bernama? Bukan duit projek itu kerajaan dah lulus, ke? Apa cerita? Mana pergi projeknya? Tak nampak bayang pun...alahai penyamun tarbus ...ko menipu lagi? Mana duit tu penyamun? Masuk poket "bessar" ke? Buntat la korang.

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,

Tolong jawab boleh? Pak Syed sudah pasti punya pengalaman luas.

Bolehkah dalam perundangan gomen ni, ambil orang kerja ikut suka? Suka-suka reka "jawatan", reka kekosongan, sebab nak ambil kroni masuk? Tak ada iklan kerja kosong pun, tahu-tahu ada orang masuk kerja. Macam bapak punya kompeni saja. Buktinya...berlambak depan mata. Sekarang berlaku berleluasa di Bernama.

Takat heboh projek radio ni, buat makhluk perosak ni gelak saja. Takat undang-undang gomen, apa la sangat? Tempat lain lagi teruk, depa kata. Gomen tak kisah pun. BPR pun masalah.

Anonymous said...

pak syed,

azman ujang, pengurus besar bernama yang masih ingat dia masih ketua pengarang... mengerah wartawan bernama membuat story ikut citarasa dia.

mungkin pak syed boleh nasihatkan kawan lama pak syed tu... biarlah yong kp baru run the show pulak.

azman ujang tak payah masuk campur lah...zaman dia jadi kp dah berakhir.

sebagai pengurus besar azman patutnya ada tugas yang lebih besar daripada mengganggu perjalanan operasi bernama dengan arahan-arahan ala kp nya itu.

kalau jiwa beliau masih kuat utk menulis, lebih baik letak jawatan gm dan terima tawaran akhbar the star sebelum ini.

Anonymous said...

Berdiam diri bukan menandakan mereka benar, nak membalas, takut salah perhintungan, nanti menjerat leher sendiri. Jalan terbaik, bolot apa yang patut, jangan peduli apa orang nak kata. Diam saja, yang penting, pangkat ada, duit dapat. Selagi boleh, usaha Qarun diteruskan. Sokongan tengah kuat, esok lusa, tak tau lagi.

Buat apa nak buang masa menjawab di blog ini?

Unknown said...

Kepada pertanyaan sama ada boleh, mengikut peraturan kerajaan, mengambil pekerja sesuka hati. Jawapannya tidak. Tetapi, di Malaysia apa yang tak boleh? Banyak aturan dan peraturan dibuat, tetapi banyak pula yang tidak mengikutnya.

Mengenai BPR, saya ada menulis yang BPR mempunyai kuasa penuh untuk menyiasat, tetapi tidak bebas untuk mengambil tindakan. Kes-kes tertentu mesti dirujuk dan mendapat "restu" pihak atasan. Saya tahu benar hakikat ini semasa di JPM dulu. Tapi, mereka akan membuat penafian. Biasalah tu!

Saya setuju, Azman Ujang tidak harus campur tangan dalam urusan seharian Jabatan Pengarang. Itu tugas dan tanggungjawab Ketua Pengarang. Sebagai Pengurus Besar, AU ada hak untuk mengambil tahu tetapi tidaklah sampai bertindak seolah-olah dia masih KP. Itu tak betul. Kalau sebuah bahtera dikendalikan oleh dua orang nakhoda, lambat laun bahtera itu akan karam atau keadaan dalam bahtera menjadi kelam kabut kerana anak kapal hilang kepercayaan kepada ketua. Mungkin AU tak tahu apa tugas sebenarnya kerana dia masih dilamun mimpi.

Anonymous said...

Pak Syed,

Yang jelik dan peliknya, masa jadi KP tak buat kerja KP, dah jadi GM, terhegeh-hegeh nak buat kerja KP. Kerja GM pulak dia tak buat.Apa otak dia pakai? Tak tahu skop kerja ke? Bernama tak bagi job scope jawatan GM kot! Sebab tu tak faham bahasa!

Penasihat punya cerita pulak, dah Penasihat tu buat-buatlah jadi penasihat, tapi masih perasan diri tu GM...tak tahu malu...masih ada hati nak mengarah sana sini. nasihat sajalah radio tu...kenapa dok tenyeh orang sana sini?

Si Chairman pulak, tak faham-faham bahasa ke? Dok menyibuk jaga "administration" tu kenapa? Dah nak sangat ada kuasa, ambil saja jawatan GM tu...barulah kena...

Yang sekolah tinggi, dan yang tak pas periksa, sama-sama bangang!

Anonymous said...

Sdra Syed Imran,

Saya baru dapat tahu bahawa seorang bekas petugas pejabat Tokoh Wartawan Negara sedang menjaja projek automasi bernama kepada sesiapa yang boleh memberi wang pendahuluan sebanyak RM 100,000. Ini amat mengejutkan!

Alkisahnya, petugas ini yang suka menamakan dirinya seorang haiwan liar yang buas yang selalu di katakan dek orang akan mati meninggalkan belang sedang menjaja projek ini karna katanya mendapat restu daripada mantan bossnya. Dia kini menjadi broker kerana katanya "hulur dulu, gerenti beres projek (projek!) di bernama". Maksudnya bukanlah 1 tapi banyaklah projek di bernama agaknya.

Masyallah Pak Habib! Apa nak jadi dengan bernama ni??? Ente tahu ka ini cerita? Macam-macam ada di bernama ni, iya kan??

Sulayman Aklaken

Anonymous said...

Sedihla jugak mendengar cerita di bernama...Macam dah tak ada sesiapa yang peduli atau sesiapa yang boleh berbuats esuatu. Nak diharapkan union, boleh harap jadi pak angguk yang bangang dan hadir majlis makan karipap dan minum kopi o sahajalah! Itu sahajalah standard union di bernama -- standard karipap dan kopi o, kadang-kadang dapat la makan roti jala cicah kuah ayam, kuah sahajalah...ayam orang lain dah kebas!! tih tih tih...

Orang union pun dah dayus sedayus-dayusnya! kepala union cakap ari tu macam dia baru sahaja sampai di kl ni... Nampaknya orang luar dan mantan warga bernama macam Tuan yang lebih prihatin. Yang ada dalam bernama semua dah simpan buah zakar di rumah untuk dikunci oleh isteri...

Kah! Kah! Kah! Union Bernama standard karipap dan kopi o....

Anonymous said...

Kalau Pak syed berkata gitu nampak gaya BPR tak masuk la ke BERNAMA nie ya. Maka malang sungguh la BERNAMA dan kerajaan dimuniplulasi oleh MEREKA MEREKA YANG DURJANA.

Kat BERNAMA nie paling senang untuk dibuat duit. Buat satu projek yang agak bagus boleh jadi mengarut bila di berikan pada MEREKA yang durjana .

APA la bole di buat oleh BPR?. nak masuk kena tunggu RESTU la pulak .

AGAK AGAK SAPA LA YANG BERI ARAHAN TU YEA?

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar hanya kepada-Nya kamu berserah"
(Al-Baqarah: 172)

Anonymous said...

Wujud nya masalah-masalah ini bermula apabila seseorang mewujudkan COMS dan seterusnya BESSAR. Apabila gagalnya COMS maka mereka lari mewujudkan BESSAR.

Mereka ini lihat tiada kes atau dilindungi maka mereka merancang untuk menggali sepuas-puasnya.
Mereka kata mereka dapat banyaaaaaaaaak projek diluar .
Boleh dapat untung. Tapi mana untungnya. Projek kementerian penerangan - berapakah keuntungannya?.. atau rugi kah mereka.
projek PLANTERS - masih untung ke?
atau mengalami kerugian
projek kementerian pelajaran - masih membayar penalti lagi ke?
dan bermacam macam lagi projek (mereka yang kata la).
setakat jual kabinet komputer kat BPR tu untung JUTA ke?
dulu kata nak disenaraikan kat bursa saham. mana dia?
BQUOTE mana dia?. dah jalan ke? atau dah banyak pelanggan ke?
kalau tengok website mereka banyak sungguh cawangan mereka ni kat dunia.
Jadi untuk menampung perbelanjaan meraka ini menggalinya sepuas hati di bernama. Mungkin bagi habuan sikit kat orang orang atas untuk tutup mulut.
Maka bertambah la perbelanjaan BERNAMA untuk menanggung biawak hidup ini.
Baru ada usul nak terminate di bahagian AV dah macam cacing kepanasan.

Anonymous said...

bro syed,
apa kata kita beri peluang kepada cucu tok tam yang rajin menulis dan meluahkan perasaan dalam you punya blog. saya rasa dia mampu berdasarkan pengalamannya yang lalu. kita lantik dia jadi ceo radio bernama pula dan kita tengok dia boleh kendalikan atau tidak? dia pun banyak idea juga tu.

Anonymous said...

masalah nak laporkan BPR.. bos BPR pun kena siasat... ni yg susah

Anonymous said...

Pak Tuan Syed Imran,

Mintak mahap banyak2 la. Saya sudah tidak berminat lagi untuk menulis di sini atau di mana-mana blog lagi disebabkan menulis ribuan perkataan pun tidak akan mengubah apa-apa keadaan di mana juapun. Justeru lebih baik diam dan baca saja apa yang orang dok tulis sini dan sana sini.

Kadangkala tulisan saya yang mengutarakan pendapat yang bernas, radikal, revolusionari, dan "out-of-the-box" tidak tercapai dek minda depa yang membaca kerana depa belum bersedia dengan hasil minda saya. Lebih baiklah saya berdiam diri.

Zaki Cucu Tok Tam
Anakbukit, Alor Setar, Kedah

Unknown said...

Aiseh Bro Zaki, takkan dah patah semangat! Sekurang-kurangnya apa yang diperturunkan dapat juga membuka minda orang, kalau tak banyak sikitpun jadilah! Kadang kala apa yang kita tulis, orang tak suka, tak apalah, asalkan maksud kita sampai.

Anonymous said...

bro syed,
kenapa dengan cucu tom tam anak bukit tu? nadanya merajuk saja. janganlah putus asa bro kerana perjuangan masih belum selesai lagi. jangan mudah give up. saya rasa cucu tok tam ini seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, tetapi lain pula jadinya kerana dia nampaknya kecewa. dia perlu ingat bahawa provokasi itu adalah salah satu unsur dalam geraksaraf perangsaraf. saya tidak yakin cucu tok tam tak tahu elemen ini kerana dia pernah bekerja dengan menteri penerangan yang juga setiausaha agung umno. jangan begitu brader. bro syed nasihatlah sikit cucu tok tam tu kerana saya tahu dia adalah rakan bro syed dan pernah bekerja sama dengan bro syed di bernama dahulu. salam untuk cucu tok tam.

Anonymous said...

Buat Zaki Tok Tam,
Awat jadi lagu tu? Jangan patah semangat. Hak kita yang lain dak tak dak dah. Kalu yang ini pun (bersuara melalui tulisan)kita nak lepaskan buat tak peduli, lama-lama hancur lebur negara ini dikerjakan oleh depa.

Yang ada kat Bernama la ni bukan jerung yang berkepala orang. AU tu salah seorang darinya. Kepala segala jerung ada lagi tapi tak payah sebut lah. Ambil maklum sendiri la yang tu.

Jangan berhenti menulis.

Unknown said...

Bro Zaki Tok Tam,

Perlukah saya tambah apa yang diperkatakan di atas? Mereka mahu bro terus menulis dan begitu juga saya.

"Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah."
(Sayidina Abu Bakar As-Siddiq)

Anonymous said...

Cubaan ulang pertanyaan, ada sesiapa tahu tentang projek "metal cladding" bangunan Bernama? Apa cerita? Mana pergi duit projeknya? Tak nampak bayang pun?

Anonymous said...

Kalau Bloggers...depa bersatu hati buat "Bloggers United"...dalam kes Bernama ni pulak...dah kena macam ni, kena tindas, kena aniaya, tak terpikirkah semua staf nak buat Bernama United, ke?

Penat la dok baca kat sini tapi apa pun tak jadi? Yang menganiaya makin menjadi-jadi menganiaya, yang teraniaya makin teraniaya. Projek tak projek, tetap kena kebas!

Anonymous said...

Radio Bernama? Elok lah tu, satu perkembangan yang sihat. Kenapa nak halang?

Tak sabar pula nak dengar DJnya ke udara...jangan jam pertama sahaja, dan jam seterusnya nyanyian dangdut!

Bukan lah menghina, tapikan...bila teringat orang yang bikin projek ni, rasa geli hati pula.

Berani sungguh Bernama (Bessar ke) melabur duit (atas angin) untuk projek tah hapa-hapa. Projek memang bagus, tapi..faham-faham saja. Kita tunggu dan dengar saja radio ni ke udara. Tungguuuuuu...

Anonymous said...

Sdra Syed Imran,

Rasa-rasanya saya kenal cucu tok tam ni. dia seorang yang tidak mudah kecewa dan patah semangat ataupun begitu senang mengalah. semasa dia di angkasapuri pun dia menghadapi masalah yang maha besar iaitu sikapnya yang blunt dan brute serta mindanya yang tajam tidak begitu disenangi oleh segelintir di sana. kemudian ada usaha untuk menyingkirkannya namun disebabkan semangat juangnya yang tinggi dia kekal sehingga bersama-sama bossnya menamatkan tugasan mereka di sana.

Sehingga kini dia tidak pernah meminta-minta sesuatupun daripada bossnya di melaka kerana ingin berdikari. tidak macam orang lain yang berdoyon-doyon ke melaka untuk pelbagai permintaan termasuklah pangkat dan darjat negeri. perjuangan bagi cucu tok tam memanglah sukar akan tetapi dia tetap berdikari.

Sudah lama tidak kedengaran mengenai cucu tok tam sehinggalah dia rajin menulis di sini. Saya rasa sdra syed sewajarnya mengesa dia menulis semula sekiranya dia benar-benar ingin tidak lagi menyumbang apa-apa pendapat di sini. Saya setuju degan sdra syed bahawa kadang-kadang kita yang marhaen ini tidak punyai apa-apa selain menulis untuk mengemukakan pendapat.

Saya sependapat dengan sdra syed bahawa perjuangan ini belum selesai dan mesti diteruskan. kepada cucu tok tam janganlah berhenti menulis kerana pendapat anda dihargai dan tulisan anda disenangi.

Rakan Lama Cucu Tok Tam