Sunday, November 05, 2006

Apabila Sultan Johor bertitah, ada yang gelabah

Saya amat tertarik dengan ketiadaan reaksi pihak media, terutama Kumpulan Media Prima dan Kumpulan Utusan Melayu, yang amat jelas "tidak berani" untuk memperbesarkan titah Sultan Johor yang mahukan Tambak Johor diroboh. Kenapa?

Kita masih ingat betapa ghairahnya media di bawah kawalan Media Prima seperti TV3, NST dan Berita Harian serta kumpulan akhbar Utusan Melayu, memperbesar-besarkan titah ucapan Sultan Johor apabila baginda menyindir Tun Mahathir supaya buat perangai macam orang bersara.

Semua media yang dikawal oleh Media Prima dan Utusan membuat laporan susulan yang merupakan provokasi untuk mendapatkan ulasan atau komen pemimpin-pemimpin politik sebagai sokongan kepada titah Sultan Johor dan membidas Tun Mahathir.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga diumpan ulasan kononnya kenyataan Sultan Johor melambangkan isi hati rakyat.

Kenapa tiada berita susulan apabila Sultan Johor mahukan Tambak Johor diroboh? Agakan yang dapat saya buat ialah media berkenaan mendapat arahan daripada orang tertentu supaya "mematikan" isu itu kerana ia selari dan memihak kepada pendirian dan perjuangan Tun Mahathir.

Media Malaysia sebenarnya media "pak turut" yang tidak mempunyai tulang belakang. Semua bos media Malaysia hanya pandai jaga periuk nasi walaupun terpaksa menggadai prinsip dan kebebasan akhbar.

Kenyataan Sultan Johor itu juga membuktikan apa yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat Johor tidak menyokong Tambak Johor diroboh dan diganti dengan jambatan sebagai amat meleset dan jauh menyimpang daripada kebenaran.

Jelas sekali rakyat Johor dan Sultan Johor mahukan Tambak Johor diroboh untuk mempermudahkan laluan kapal dari Barat ke Timur dan sebaliknya seperti yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir.

Kenyataan Pak Lah semasa isu jambatan berbangkit bahawa rakyat Johor tidak mahu jambatan dan mahu mengekalkan Tambak Johor tidak dapat dinafikan adalah satu pembohongan!

2 comments:

Anonymous said...

saya baru sahaja selesai menunaikan umrah semasa ramadahan dan sempat meraikan aidilfitri di Mekah. Sebegitu tenang sekali di sana dengan kekhusyukan beribadah kepada Ilahi.
saya terjumpa blog ini by chance apabila mencari maklumat berkenaan masyarakat Arab-Malaysia. Isu yang diutarakan oleh Bapak amat menarik perhatian saya sebagai orang muda yang gemar memerhati senario politik dan pemerintahan negara kita. Kisah-kisah yang selama ini hanya didengari melalui pihak ketiga kini sudah saya alami sendiri apabila terlibat dengan civil service yang kadang-kadang membuat rasa muak dan jelik dengan sifat/perangai mereka yang diamanahkan rakyat sebagai pemimpin.
Sebagai rakyat johor, saya rasakan perkara yang sama sebagaimana yang dinyatakan.

Anonymous said...

As a young citizen of Malaysia, it deeply saddens me to watch this political drama being showcased by the "current" Malaysian government. I also consider recent statements made by the government with regards to the Sultan of Johor's request to forgo the Causeway as an insult to my intelligence. They must think that all Malaysian are dumb enough to swallow whatever they feed us.

I appeal to the "current" Malaysian government to think before you act. Its really annoying to see ministers immediately backing the "current" PM whenever a decision is made be it good or bad. Reminds me of a particular scene in the movie Titanic where the actors said "You jump, I jump". If one day the "current" PM decides to jump, would the other ministers follow suit? I'm guessing not.

God blessed us with the most powerful supercomputer in the world, our brain. I beg these ministers to be responsible humans and use theirs wisely. Do not simply agree with someone even when you know that they are wrong.

The 4th caliph of Islam, Ali Bin Abi Talib once said:

"Remember that if your possession is wealth, then you are incumbered to look after it but if it is knowledge, then you are blessed as your knowledge shall look after you".

The TRUTH is Mighty and will always PREVAIL!