Friday, April 02, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN KE-64 RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyambut ulang tahun kewujudannya yang ke-64 bulan ini. Semuanya bermula dengan penubuhan sebuah stesen wayarles di Pulau Pinang dan perjalanan selama 64 tahun memperlihatkan kemajuan yang begitu hebat bagi stesen penyiaran milik kerajaan itu.

Tahniah RTM.

Ingatan saya dikebelakangkan kepada awal tahun 50-an di mana semasa kecil dan minda mampu menikmati siaran Radio Malaya, sesuatu yang indah yang masih kekal dalam ingatan. Di Pulau Pinang ketika itu ada tiga buah stesen radio yang boleh diikuti melalui pancaran gelombang pendek dan gelombang sederhana.

Selain Radio Malaya, ada Rediffusion dan Radio Royal Air Force yang dipancarkan dari pangkalan udara Royal Air Force, Butterworth. Melalui gelombang pendek, siaran dari Singapura dan Medan dapat didengar.

Siaran Radio Malaya ke udara dari stesen di Kuala Lumpur kerana pada waktu itu tiada stesen penyiaran di setiap negeri seperti sekarang.

Para penyiar pada waktu itu dikenali sebagai juruhebah dan bukan DJ. Semua juruhebah memiliki suara yang hebat, mantap dan sedap didengar sama seperti kata-kata ia menjadi halwa telinga pendengar.

Saya masih ingat dan sesekali seolah-olah mendengar semula suara-suara keramat juruhebah Radio Malaya, yang hampir semuanya sudah kembali ke Rahmatullah, seperti Haji Abu Bakar Ahmad, Aziz Abu Hassan, Hashim Amer Hamzah, Siti Hawa Zain, Zahrah Za'aba, Murtadza Za'ba, Daud Meah dan Zainal Alam serta kemudiannya Zulkifli Amin, Zulkarnain Hassan dan Ismail Jah.

Dua rancangan yang saya minati ketika itu ialah Kebun Pak Awang dan Mak Iti dengan Anak-anaknya. Sekarang, saya meminati stesen Klasik Nasional.

Para juruhebah Radio Malaya dahulu menggunakan bahasa Melayu yang sempurna, indah dan tidak dinodai dengan campur aduk bahasa Inggeris. Mereka benar-benar mendaulatkan bahasa Melayu dengan sebutan yang betul dan jelas serta mudah difahami pendengar.

Kita tidak nafikan perubahan besar dari segi penggunaan alat penyiaran yang canggih tetapi dari sudut penggunaan bahasa Melayu, saya berpendapat para juruhebah silam jauh lebih baik. Mungkin juruhebah canggih yang kini dikenali sebagai DJ atau "Disc Jockey", tidak menggunakan bahasa Melayu tetapi bahasa Malaysia, maka penggunaan bahasa Melayu dalam erti kata yang sebenar telah dikurangkan.

Saya juga tidak faham kenapa mesti menggantikan juruhebah dengan DJ sedangkan peranan dan tugas DJ pada hakikatnya tidak kena dengan tugas mereka. Setahu saya, DJ membawa maksud "a person who uses samples of recorded music to make techno or rap music" dan pengertian lain ialah "dinner jacket".

Inilah padahnya apabila bahasa Melayu ditukar menjadi bahasa Malaysia, umpamanya maklumat ditukar kepada informasi, siaran langsung menjadi "live", perhubungan diganti dengan komunikasi, kakitangan penerbitan menjadi kru, hasil jadi produk, pengarang lagu jadi komposer dan banyak lagi.

Walau apapun, kita rakamkan ucapan tahniah kepada RTM.

BN TAK SEHARUSNYA KETEPIKAN MIC

Pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat kawasan undi Hulu Selangor nampaknya menjadi rebutan di kalangan dua parti komponen, iaitu UMNO dan MIC, walaupun mengikut amalan dan tradisi BN, kerusi itu diperuntukkan kepada MIC.

Pemimpin UMNO peringkat Bahagian, Perhubungan Negeri dan Majlis Tertinggi dah pun membuka mulut mahukan calon dari UMNO bertanding pada pilihan raya 25 April ini atas tiket BN. Hujah mereka Hulu Selangor bermajoriti pengundi Melayu dan UMNO lebih mampu menjamin kemenangan berbanding MIC.

Hujah mereka agak sempit dan benar-benar bercanggah dengan semangat kesepakatan BN dan boleh menimbulkan lebih banyak masalah kepada BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Benar, kawasan undi itu mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang majoriti pengundi Melayu akan sokong UMNO atau BN. Kemenangan bergantung besar kepada sokongan pengundi semua kaum - Melayu, Cina, India dan etnik minoriti lain.

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO terutama yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi dan ada yang berjawatan Menteri tidak berfikir panjang mengenai sokongan semua kaum dan bukan satu kaum sahaja untuk memenangi pilihan raya? Ke mana nak dicampak konsep dan semangat 1Malaysia?

Jika pucuk kepimpinan BN melakukan kesalahan dengan tidak memilih calon BN dari parti MIC, maka mereka akan menghadapi undi bantahan atau undi protes daripada pengundi bukan Melayu dan ini akan mengakibatkan BN kalah di Hulu Selangor.

Dengan menolak calon MIC di kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu, BN sudah tentu menghadapi kemarahan masyarakat India dan juga Cina kerana jika ia boleh berlaku di Hulu Selangor, ia sudah pasti boleh berulang di kawasan-kawasan undi lain yang diwakili oleh sama ada MCA ataupun Gerakan di Semenanjung.

Inilah padahnya jika BN tidak mengekalkan status quo di Hulu Selangor, iaitu mengekalkan peruntukan kerusi itu kepada MIC dan bukan memberi kepada UMNO.

Ia bukan soal kaum atau ras, ia juga bukan soal hak tetapi ia adalah soal yang melibatkan kata sepakat dan perkongsian kuasa yang dipersetujui oleh semua parti komponen BN.

Semoga pucuk kepimpinan BN tidak membuat kesilapan di Hulu Selangor jika inginkan sokongan semua kaum pada PRU-13 nanti.

Thursday, April 01, 2010

Kepentingan Yahudi ada di mana-mana termasuk di Malaysia

Isu Apco Worldwide yang dikatakan terlibat dalam pengenalan slogan One Israel semasa pentadbiran Ehud Barak (sekarang Menteri Pertahanan Pentadbiran Benyamin Netanyahu), turut terlibat dalam pengenalan konsep 1 Malaysia menjadi perbahasan dan perbalahan hangat di dalam dan luar Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret menghadapi Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana dituduh mengaitkan One Israel dengan 1 Malaysia.

Kita tunggu apa kesudahannya tetapi yang pasti kepentingan Yahudi atau kepentingan ekonomi orang Yahudi sudah lama berada di Malaysia sama seperti ia berada di hampir seluruh dunia.

Banyak syarikat luar yang membuka cawangan di Malaysia mempunyai kepentingan ekonomi orang Yahudi, sama ada Yahudi Amerika atau Yahudi Eropah. Ia bukan perkara baru dan diterima ramai.

Kehadiran syarikat-syarikat berkenaan bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia termasuk orang Islam, tetapi turut memberi sumbangan kepada hasil pendapatan negara.

Kita terima kehadiran syarikat-syarikat berkenaan tanpa ragu-ragu dan tanpa menimbulkan sebarang masalah.

Dalam dunia hiburan, kita sering menonton rancangan-rancangan hiburan yang diedarkan atau diterbitkan oleh syarikat-syarikat yanhg mempunyai kepentingan orang Yahudi dan tak kurang juga rakyat negara ini dan dunia yang memuja artis-artis Hollywood atau Eropah yang merupakan orang Yahudi. Tiada masalah dan tiada bantahan.

Antara syarikat yang mempunyai kepentingan orang Yahudi dan yang berada dalam pasaran Malaysia ialah CocaCola, Dell Inc., Starbucks, Oracle, Toys 'r' us, Baskins Robins, Sun Microsystems, Haagen Dasz, Dunkin Donuts, Cisco Systems, Mattel, Google, BitTorrent, Facebook, Disney, Columbia Pictures, MGM, CBS, Universal Studios, Levi's, DKNY dan Calvin Klein.

Kehadiran semua syarikat itu sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui siaran televisyen satelit dan tv tak berbayar serta pawagam-pawagam di seluruh negara tidakpun menjadi masalah.

Ya, kita sama ada sedar atau tidak, telahpun menerima, menikmati dan mendapat faedah daripada kehadiran syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan ekonomi orang Yahudi. Ia bukan sesuatu yang baru.

Sebenarnya penguasaan kepentingan ekonomi Yahudi dalam syarikat-syarikat berkenaan telah begitu lama dirancang dalam usaha Zionis Yahudi menguasai dunia. Mereka sudahpun menguasai ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat dan sebahagian besar ekonomi Eropah. Di Asia Tenggara mereka banyak menguasai ekonomi sebuah negara jiran di selatan tanah air selain bertindak sebagai penasihat pertahanan.

Usaha menguasai ekonomi dan politik dunia terkandung dalam beberapa 'protokol' yang disediakan oleh puak Zionis dalam apa yang disebut sebagai "The Protocols of The Elders of Zion."

Oleh itu, jikapun benar kepentingan Yahudi terlibat dalam konsep 1 Malaysia, ia tidak menghairankan.

Dalam Protokol VII (5), disebut: "We must compel the governments of the goyim to take action in the direction favored by our widely-conceived plan, already approaching the desired consummation, by what we shall represent as public opinion, secredly promoted by us through the means of that so called "Great Power" - the Press - which, with a few exceptions that may be disregarded, is already entirely in our hands."

Adakah ia satu kebetulan dengan apa yang sedang berlaku di negara ini? Hanya masa yang dapat memberi jawapannya.

Protokol XII menyebut mengenai pentingnya penguasaan ke atas media - We Control the Press.

"Not a single announcement will reach the public without our control. Even now this is already being attained by us in as much as all news items are received by a few agencies, in whose offices they are focussed from all parts of the world. These agencies will then be already entirely ours and will give publicity only to what we dictate to them."

Apakah ia satu kebetulan dengan wujudnya CNN, BBC World, CNBC, Bloomberg, Reuters, UPI dan AP, antara lain?

Bukankah kewujudan agensi-agensi dan stesen tv satelit berkenaan ada kaitan dengan Protokol XII iaitu untuk menguasai media dan dengan itu mempengaruhi pemikiran dan seterusnya tindakan dunia?

Andai kata apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim itu ada kebenarannya, ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Kepentingan Yahudi terutama Yahudi Zionis sememangnya telah disusun rapi sebegitu lama dan dilaksanakan secara halus melalui banyak saluran termasuk media, hiburan, makanan, pakaian dan aksesori lain.

Setakat ini, dunia tidak mampu menolak kepentingan ekonomi orang Yahudi, iaitu kepentingan Israel secara langsung. Inilah hakikat yang kita kena terima.

Walaupun mereka dikatakan bangsa yang dilaknat Allah, mereka masih mampu menguasai ekonomi dunia kerana umat yang tidak dilaknati Allah tidak bersatu, berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri.

Lihat apa yang telah berlaku dan sedang berlaku di Bumi Anbia ekoran daripada tiada kesepakatan dan persaudaraan di kalangan umat Arab. Lihat saja kepada permusuhan antara mazhab di Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Lihat kepada perpecahan dan perbalahan ummah sesama sendiri di Malaysia. Lihat akan kecurigaan antara kita dan negara jiran terutama Indonesia.

Semuanya angkara siapa? Jawapannya terkandung dalam The Protocols Of The Elders Of Zion.

Melayu Bersatu: Rapatnya Anwar sampai dokumen Rahsia kerajaan Israel pun dia boleh dapat

Melayu Bersatu: Rapatnya Anwar sampai dokumen Rahsia kerajaan Israel pun dia boleh dapat

Monday, March 08, 2010

Pilihan raya kerajaan tempatan


Keterangan gambar: Lambang atau Perisai City Council of George Town (CCGT), pihak berkuasa kerajaan tempatan pertama di Malaysia yang dikekalkan hingga sekarang.


Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengadakan semula pilihan raya untuk melantik ahli menduduki majlis kerajaan tempatan.

Pendirian Najib mudah difahami walaupun dia memberi alasan bahawa pilihan raya peringkat kerajaan tempatan hanya akan menambah orang berpolitik atau politiking. Ia ada kebenarannya kerana di Malaysia berpolitik berlebih-lebihan menjadi lumrah kerana hampir semua urusan dikaitkan dengan politik, umpamanya perlantikan untuk lembaga dan badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pemberian tawaran kerja atau tender dan pemberian kontrak.

Saya kurang setuju dengan alasan Najib berasaskan kenyataan dan sejarah pilihan raya kerajaan tempatan.

Bayangkan parti mana yang akan menguasai kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuala Lumpur sekiranya pilihan raya diadakan?

Lihat saja keputusan saban pilihan raya umum yang membabitkan kawasan-kawasan undi dalam bandar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, khususnya. Di KL hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan parti Barisan Nasional, terutama DAP. Begitu juga di Pulau Pinang (bahagian pulau).

Oleh itu, jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli majlis Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang, saudah pasti akan dikuasai oleh parti bukan BN. Datuk Bandar akan dipilih dari kalangan pemimpin DAP atau PKR dan bukan dilantik dari kalangan penjawat awam seperti sekarang. Sudah tentu Najib ataupun kepimpinan UMNO tidak dapat menerimanya.

Sejarah pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis kerajaan tempatan di Pulau Pinang membuktikan kenyataan tersebut.

Saya perturunkan sejarah penubuhan kerajaan tempatan di Pulau Pinang yang menyaksikan pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis pentadbiran dibuat buat pertama kalinya di Malaysia.

Pihak pentadbiran penjajah Inggeris telah menubuhkan "Municipal Council of George Town" pada tahun 1857, iaitu pihak berkuasa tempatan atau kerajaan tempatan yang pertama ditubuh di Tanah Melayu.

Keterangan gambar: Rumah Allahyarham Syed Mohamad Al-Attas, salah seorang pemimpin/pedagang keturunan Arab yang kini dijadikan Muzium Islam Pulau Pinang. Kewujudan rumah ini dan beberapa harta lain milik orang Islam dalam kawasan bandar raya membuktikan peranan dan sumbangan mereka kepada pembangunan George Town.


Pada bulan Disember 1956, pilihan raya untuk memilih wakil ke majlis Perbandaran George Town, iaitu buat pertama kali di Malaya. Majlis yang dipilih sepenuhnya oleh rakyat itu kemudian bersidang pada 2 Januari, 1957 dan memilih seorang peguam mewakili MCA/Perikatan, G.H.Goh selaku Presiden mengalahkan D.S. Ramanathan dari Parti Buruh (Labour Party). Pemilihan itu dibuat bsehari selepas Ratu Elizabeth II menganugerah taraf bandar raya kepada George Town, bandar pertama di Timur Jauh yang diberi pengiktirafan itu.

Berikutan taraf George Town dinaikkan sebagai sebuah bandar raya, maka ahli-ahli majlis yang dipilih rakyat yang majoritinya terdiri daripada Parti Buruh telah memilih Ramanathan sebagai Datuk Bandar pertama.

Pilihan raya majlis kerajaan tempatan George Town diadakan mengikut jadual dan ia dikuasai oleh gabungan dua buah parti berhaluan kiri dan pro-komunis, iaitu Parti Buruh dan Partai Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) yang membentuk Barisan Sosialis atau Socialist Front.

Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai oleh Parti Perikatan yang diterajui oleh MCA di Pulau Pinang. Kawasan di luar pentadbiran Majlis Bandar Raya ditadbir oleh Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) yang ahlinya tidak dipilih oleh rakyat tetapi dilantik.

Berikutan tercetusnya Konfrontasi Indonesia dan atas alasan keselamatan, Kerajaan Persekutuan telah menggantung pilihan raya kerajaan tempatan, iaitu pada tahun 1965 dan setahun kemudian peranan atau tugas Majlis Bandar Raya George Town dipindahkan ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada tahun 1974, sebuah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan atau Local Government Management Board diwujudkan untuk mentadbir sebuah majlis perbandaran yang meliputi keseluruhan pulau. Setahun kemudian MDLB dibubar untuk diletakkan di bawah sebuah majlis kerajaan tempatan yang baru, iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Anehnya, taraf George Town sebagai sebuah bandar raya masih kekal tetapi tanpa sebuah majlis pentadbiran yang sepatutnya.

Kedudukan George Town sebagai sebuah bandar raya tunggal di Malaysia kekal dari 1957 hingga 1972 apabila Kuala Lumpur dimasyurkan sebagai sebuah bandar raya, iaitu yang kedua selepas George Town.

Sekiranya kita mendukung amalan demokrasi secara menyeluruh dan betul, maka pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis kerajaan tempatan seharusnya diadakan. Rakyat atau pengundi seharusnya diberi hak untuk memilih wakil mereka dan bukan dibuat secara lantikan seperti sekarang.

Kita sedar sekiranya pilihan raya diadakan untuk kerajaan tempatan, amat sukar bagi BN untuk menguasainya di Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur tetapi itulah sesuatu yang seharusnya dihadapi dan diterima oleh sebuah gabungan parti-parti politik yang dikatakan juara rakyat.

Pilihan raya kerajaan tempatan juga dapat menguji dan memberi jawapan sebenar sejauh mana rakyat menerima konsep atau semangat juang 1 Malaysia.



Judges Can Fly – in the face of Rule 137 of the Federal Court Rules! (Part 1)

Judges Can Fly – in the face of Rule 137 of the Federal Court Rules! (Part 1)

Friday, March 05, 2010

Bebaskah wakil rakyat bebas?

(Gambar: Parlimen - lambang amalan demokrasi - yang dilihat dari arah Galeria Seri Perdana)

Kebelakangan ini satu demi satu wakil rakyat isytihar keluar parti yang mereka wakili untuk dipilih sebagai wakil rakyat dan bertukar peranan sebagai wakil rakyat bebas.

Jika dilihat dari sudut demokrasi, itu adalah hak mereka, tetapi jika dilihat dari sudut realiti atau keadaan sebenar, mereka mengkhianati rakyat yang memilih atau menyokong mereka dan parti yang diwakili.

Perbuatan melompat parti atau meninggalkan parti, tak kira sama ada parti yang memerintah atau yang menjadi pembangkang, tidak seharusnya disokong kerana yang memilih mereka adalah rakyat, oleh itu mereka seharusnya kembalikan hak untuk menentukan siapa yang layak mewakili rakyat kepada rakyat.

Tetapi, budaya atau sifat sedemikian begitu asing kepada mereka yang bergelar wakil rakyat kecuali dengan sebab-sebab tertentu seperti yang dilakukan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu untuk membuka jalan kepada suaminya, Anwar Ibrahim. Itupun boleh dikatakan satu perbuatan yang bukan sahaja mengkhianati pemilihan rakyat tetapi berkepentingan sendiri.

Kemunculan wakil rakyat bebas, sama ada di Dewan Rakyat (Parlimen) atau Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan perkara baru. Bezanya, dahulu ia melibatkan satu dua orang wakil rakyat tetapi sekarang, ia seolah-olah menjadi satu arah aliran yang bakal mencatat sejarah.

DUN Pulau Pinang dalam tahun-tahun lewat 60-an hingga lewat 70-an menyaksikan seorang wakil rakyat bebas yang terus mendapat sokongan rakyat. Mendiang C.Y. Choy yang satu ketika merupakan orang kuat Parti Buruh (Labour Party) bukan sahaja sukar ditumbang oleh pentadbiran BN yang diketuai oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, malah dia dihormati lawan kerana memperlihatkan keberkesanannya selaku wakil rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Mendiang Choy benar-benar berperanan sebagai ADUN Bebas dengan menyuarakan hasrat rakyat dan menyokong usaha-usaha pentadbiran yang memberi faedah kepada rakyat. Setiap kali dia bangun untuk berucap dalam DUN, semua orang mendengarnya dengan penuh minat. Dia tidak bermain politik murahan tetapi mengutamakan masalah rakyat.

Keberkesanan C.Y. Choy selaku ADUN Bebas telah dihargai oleh Kerajaan Negeri BN Pulau Pinang dengan menamakan semula sebatang jalan dalam kawasan undinya sempena namanya, itu Jalan C.Y. Choy.

Di Selangor pun wujud seorang wakil rakyat bebas yang berjaya. Warga Emas di Selangor dan mungkin di Malaysia tentu kenal akan nama Allahyarham Cik Gu Jabar, ADUN Bebas yang mewakili Kampung Laut beberapa penggal.

Peranan dan populariti Allahyarham hampir sama dengan mendiang C.Y. Choy, iaitu mereka bertindak dan berperanan sebagai wakil rakyat sejati. Allahyarham Cik Gu Jabar bukan tidak dipancing oleh UMNO untuk memihak kepada BN dengan bermacam tawaran, tetapi dia menolaknya. Dia bukanlah seorang wakil rakyat yang mengejar jawatan, pangkat dan kedudukan seperti sebilangan wakil rakyat yang ada hari ini.

Itu dahulu. Serkarang lain pula ceritanya.

Wakil-wakil rakyat yang keluar parti untuk menjadi wakil bebas berbuat demikian kerana beberapa sebab, yang ketara soal peribadi, jauh hati, kecewa dan mungkin kerana tidak mendapat sesuatu yang dihajati. Saya percaya kekecewaan adalah faktor utama.

Kepada mereka yang memilih untuk menjadi wakil rakyat bebas dan tidak seharusnya "mesra" kepada mana-mana parti politik, harus sedar akan peranan sebagai wakil rakyat bebas, iaitu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Sebagai Ahli Dewan Rakyat atau ADUN Bebas, mereka seharusnya bersikap bebas, iaitu menyokong apa-apa dasar atau tindakan pemerintah yang memberi faedah kepada rakyat dan menentang perkara-perkara yang difikirkan tidak memberi faedah atau menyusahkan rakyat. Mereka harus berani bertindak.

Sebagai wakil rakyat bebas, mereka tidak terikat dengan arahan whip parti seperti wakil-wakil rakyat yang mewakili parti, umpamanya BN dan Pakatan Rakyat.

Mereka juga tidak terbatas mematuhi dasar dan pendirian parti kerana mereka bebas daripadanya. Mereka boleh mengundi mengikut naluri hati dan tidak terpaksa mengikut arahan whip parti seperti yang dihadapi oleh wakil rakyat berparti.

Dalam hubungan ini, saya tidak setuju dengan pendirian beberapa orang wakil rakyat pembangkang yang keluar parti menjadi wakil bebas "mesra BN". Bebas semestinya bebas, bukan separa bebas seperti yang dilakukan oleh wakil rakyat bebas "mesra BN". Ini kerana mereka tidak terikat dengan arahan whip parti kerana mereka tidak berparti dan dengan itu, di mana letaknya "kemesraan" yang dimaksudkan?

Jika tidak tahu, maka tindakan mereka keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas boleh di samakan dengan perbuatan melompat parti dan mengkhianati sokongan rakyat.

Sang katak yang pandai melompat tinggipun tahu di mana ia hendak mendarat, tetapi apabila melompat melintasi jalan, ia boleh lenyap dilenyek di tengah-tengah jalan, maka berakhirlah riwayat si katak lompat itu.