Tuesday, May 21, 2013

SELAMAT ULANG TAHUN KE-45 BERNAMA

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA memperingati ulang tahun ke-45 ia memulakan operasi pada 20hb Mei. Sejak tarikh itu pada tahun 1968, BERNAMA melalui kemajuan dan peningkatan dalam tugasnya selaku agensi berita. BERNAMA kini bukan sahaja bergerak selaku agensi berita tetapi sebgai sebuah stesen penyiar - radio dan televisyen - selain dalam bidang perhubungan awam dan khidmat rundingan. 

BERNAMA ditubuh melalui Akta Parlimen pada 6hb April, 1967 dan pelancaran secara rasmi diadakan pada 30hb Ogos, 1967 sempena ulang tahun ke-10 kemerdekaan negara. Majlis pelancaran diadakan di bangunan Parlimen dengan dihadiri oleh Perdana Menteri almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Jemaah Menteri.  

Sepanjang kewujudannya, kakitangan BERNAMA tidak terlepas daripada bergerak cergas dalam kesatuan sekerja yang berperanan melindungi dan membela nasib petugas terutama peringkat sokongan. Ini dapat dilihat melalui sekeping foto yang dirakam pada tahun 1985 yang menunjukkan ahli kesatuan sekerja BERNAMA berpiket menyokong tuntutan gaji oleh CUEPACS. Setahu saya, itulah kali pertama dan terakhir pihak kesatuan sekerja BERNAMA berpiket.
Sejak memulakan operasi di sebuah banglo kerajaan beralamat 222 Jalan Pekeliling (sekarang Jalan Tun Razak), tidak jauh dari bangunan Wisma BERNAMA yang ada sekarang, ramai petugas yang mencurah khidmat bakti telahpun meninggal dunia dan tidak kurang pula yang bersara. Boleh dikatakan hampir semua petugas yang ada sekarang menyertai BERNAMA beberapa tahun selepas 20 Mei 1968. Dalam foto di atas (1980-an), hanya tiga orang yang masih berkhidmat dengan BERNAMA termauk selaku Pengerusi (A. Rahman Sulaiman), Ketua Pengarang (Zulkifli Salleh) dan Editor Penyuntingan Bahasa Inggeris (M Govind Nair). Yang lain termasuk Menteri Penerangan Tan Sri Mohamad Rahmat, Pengerusi, Setiausaha Bernama dan dan beberapa orang petugas kanan telah pun  meninggal dunia.
 
Kepada BERNAMA saya rakamkan ucapan SELAMAT MEMPERINGATI TARIKH MEMULAKAN OPERASI dan jalankan tugas berpandukan etika kewartawan sebenar. Ini penting kerana kebelakangan ini kewibawaan BERNAMA mula dipersoal terutama menjelang pilihan raya umum.  

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt,

Tuan Syed.

Saya selalu singgah ke blog tuan apabila tuan bercerita tentang BERNAMA. Saya ingin memohon tuan menulis tentang bernama tv dan berharap pihak tuan dapat memberi pendapat bagaimana perlu diperbetulkan bernama tv. Sahabat2 yg lain juga boleh menyumbangkan idea untuk tujuan itu.

Walaupun bernama tv adalah entiti yg masih baru kira2 5 tahun lepas. Sebelum ini dikenali sebagai jabatan audio visual yang telah beroperasi lebih kurang 13 tahun lalu.

Sewaktu beroperasi sbg jabatan av , bernama tidak menghadapi masalah yg terlalu besar.malah jabatan ini telah menyumbang pendapatan. melalui perkhidmatan berita tv untuk 4 saluran astro dan visual berita untuk RTM.

Semenjak tertubuhnya bernama tv , kerjasama bernama bhd dan bernama tv synergy pada tahun 2008, bermulalah episod duka.Bernama tv mula bersiaran di saluran astro 502 pada tarikh 28 Februari 2008.Pada satu tahun operasinya, dianggap satu sejarah untuk BERNAMA kerana menjadi pelopor berita tv 24 jam di Malaysia.Dan episod duka bermula pada ogos 2009 apabila Pengurus Besar BERNAMA yang baharu telah berkonfrantasi dengan pemilik saham terbesar bernama tv synergy.

Walau bagaimanapun operasi siaran berita tv berjalan seperti biasa. Hujung tahun 2009- pemegang saham terbesar telah melepaskan btv sementara kpd red berry untuk diuruskan. Pertukaran pengurusan btv kpd red berry bukan membawa kepada kebaikan malah semakin parah.

Berita ini sampai kepada Menteri Penerangan , Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim dan beliau telah cuba membantu menyelamatkan btv. Beliau telah mengarahkan BERNAMA mengambil semula bernama tv dan diuruskan oleh pihak bernama sendiri..Proses peralihan pengurusan dikatakan sedang berlangsung.

Selepas pru13 , Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim tidak lagi menjadi menteri kabinet, masalah mula timbul bila Menteri Komunikasi dan Multimedia yg baru memberi kata putus sekiranya bernama tv tidak menunjukkan peningkatan beliau mencadangkan menutup sahaja bernama tv.Perkara ini menjadi keresahan staff2 bernama tv yang dikira hampir mencecah 200 orang.

Untuk pengetahuan tuan, staff bernama tv dari mula bekerja sehingga hari ini tidak mendapat kenaikan gaji. Semangat bekerja mereka semakin luntur, tetapi semenjak bernama mengambil alih pengurusan bernama tv ada sedikit harapan untuk mereka kerana gaji mereka tidak lambat seperti pernah berlaku di zaman red berry. Malah pengurusan BERNAMA telah membuat tindakan pro aktif .

Di bawah pengurus besar yg baharu, Datuk Yong, byk rancangan2 baru diterbitkan seperti jurnal bernama, helo malaysia mandarin, tamil, dan terakhir sekali adalah rancangan informasi hiburan telecine.

Tetapi berita mahu menutup bernama tv oleh menteri agak mengecewakan staff. Pihak BERNAMA sendiri masih terkial-kial untuk menentukan status mereka.Usaha untuk menyerap mereka ke skim komersial masih tertangguh kerana menurut pengurusan BERNAMA, pemegang saham terbesar Datuk Suhaimi tidak mahu melepaskan bernama tv.

Sebelum menutup bernama tv , sebagai org yg berkuasa turunlah padang kaji lah dulu apa masalah yang sebenarnya berlaku .Studio 1 sudah berusia lebih 10 tahun, peralatan sudah semakin tenat. Studio 2 pun begitu juga. Staff bernama tv bekerja dalam serba kekurangan dan tiada kenaikan 5 tahun berturut-turut. Bonus jangan mimpilah. Bagaimanalah mereka mampu meningkatkan kualiti dengan pelbagai masalah.Janganlah pak menteri hanya membandingkan RTM dengan Bernama tv. Lihatlah dulu permasalahan yang berlaku.


Kegagalan bernama tv bukan disebabkan para pekerja, tetapi adalah kerana kelemahan pengurusan dan kegilaan kuasa individu2 tertentu Kisah bernama tv akan ditutup akan sentiasa berulang-ulang, apabila muncul rejim2 baru., yang menjadi mangsa adalah para pekerja.Secara tidak langsung menjejaskan nama baik BERNAMA.

Ok itu sahaja tulisan saya, mungkin ada kesilapan maklumat saya mohon maaf, tetapi apa yg saya tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman saya di sini.



Hero to zero
Julai 2013
bernama tv