Saturday, April 20, 2013

Kebakaran di Kampung Syed - NGO bukan Islam cepat beri bantuan

Pada hari Isnin, 15 April, dua buah rumah di kampung saya di Pulau Pinang kebakaran. Sebuah daripadanya musnah sama sekali manakala sebuah lagi musnah  80 peratus. Kebakaran berlaku kira-kira pukul 3.40 petang dan puncanya belum pasti 100 peratus.
Saya dan dua orang anak saudara bergegas pulang kerana kedua-dua rumah berkenaan dimiliki oleh ahli keluarga besar yang menghuni tanah wakaf khas keluarga. Kami tiba di Kampung Syed, di Jalan Burma, George Town, kira-kira pukul 9.30 malam dan terperanjat melihat keadaan rumah yang kebakaran itu.
Keadaan dalam rumah Syed Sharaff (tingkat atas).
Apa yang menarik perhatian saya ialah antara NGO yang mula-mula tiba memberi bantuan  'kecemasan' dalam bentuk wang tunai RM300 (untuk satu keluarga) dan sedikit bahan makanan (halal kata mereka) kepada mangsa kebakaran adalah sebuah yayasan Buddha - "Buddhist Tzu-Chi Foundation". Wakil yayasan Buddha itu, Puan Ang Suat Keng berkata pertubuhan kebajikan yang ditubuh pada tahun 1993 itu memberi bantuan dan pertolongan kepada manusia yang ditimpa kecelakaan tanpa mengira bangsa dan agama. Ianya bertujuan untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat. Yayasan itu aktif dalam kerja-kerja kebajikan termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kemanusiaan.

Menurut seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang yang turut hadir menilai kerosakan selain memberi bantuan kecemasan, yayasan Buddha itu aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan mereka sering yang pertama tiba di tempat kejadian memberi bantuan. 

Rumah Syed Mohamad bin Syed Salim Aidid tinggal rangka.


Puan Rowena Yam, calon BN DUN Pulau Tikus hadir dalam pertemuan dengan mangsa dan penduduk kampung.
Turut hadir bertanya khabar dan memberi janji untuk membantu ialah wakil parti-parti politik utama di Pulau Pinang, iaitu Barisan Nasional (UMNO dan GERAKAN)  DAP dan PAS. Maklumlah kebakaran berlaku menjelang pilihan raya dan semua pihak perlu turun padang untuk menunjukkan keprihatinan masing-masing. Kita tunggu dan lihat sejauh mana "janji akan ditepati". 

Pada hari Selasa, dua orang wakil dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang berpejabat di Bandar Baru Perda, Seberang Perai hadir untuk memberi bantuan 'kecemasan" sebanyak RM300 kepada setiap ketua keluarga (dua orang) dan memberi borang untuk memohon bantuan. Selain itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Datuk Salleh Man menghantar pegawai khasnya yang turut mewakili PAS untuk meninjau keadaan dan menasihati bagaimana hendak memohon bantuan.
Sebuah daripada dua buah teksi milik penduduk yang musnah.

Calon BN kawasan DUN Pulau Tikus, Rowena Yam memberi jaminan untuk mendapatkan bantuan NGO untuk membina semula rumah, khususnya rumah yang hangus sama sekali. Beliau berkata kontraktor dan arkitek akan membuat penilaian kerosakan terlebih dahulu.

Wakil media hadir meliputi pertemuan antara mangsa kebakaran dengan calon BN DUN Pulau Tikus yang diadakan dirumah Puan Sharifah Maznah Al-Asrar,  Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan  Pulau Pinang. Rumah Puan Sharifah Maznah dijadikan 'pusat operasi sementara' tragedi yang berlaku. 


Antara bantuan segera yang diberi. 
Wakil Buddhist Tzu-Chi Foundation menyerah bantuan kecemasan kepada Puan Nur Shikin. 

Wakil Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyerah bantuan kcemasan kepada Syed Mohamad Aidid.  


6 comments:

Labu8455 said...

Pihak lain datang bagi bantuan tanpa perlu isi borang tapi yang best sekali
pusat Urusan Zakat datang bawak borang suruh mangsa buat permohonan sendiri dan perlu dihantar kepusat urusan zakat dan borang bantuan ni pulak kena ada penyokong yang terdiri dari penghulu atau iman mukim terbabit - nak bagi bantuan pun penuh dengan kerenah berserabut

Anonymous said...

Tuan Syed,

Apa yang saya fahamkan, Ketua UMNO bahagian Cheras berasal daripada di sini.

Mungkin dia sudah sedia maklum tetapi mungkin tidak. Saya telah sampaikan di blognya.

Saya berharap yang menerima musibah akan bersabar dengan dugaan yang diterima.

Sallam

Unknown said...

Benar. Datuk Seri Syed Ali asal dari Kampung Syed, Pulau Pinang. Keluarganya masih ada yang menetap di situ. Saya yakin, dia akan melakukan sesuatu untuk membantu.

Satu perkara yang tertinggal dalam tulisan ini ialah kehadiran dua orang mewakili NGO Kristian pada hari kedua tragedi. Mereka berpusat di Butterworth, Seberang Perai dan mengetahui mengenai kebakaran melalui laporan akhbar.

Saya dapati NGO bukan Islam lebih perihatin.

Anonymous said...

TO : Labu8455 - apa nak serabut isi borang zakat, cuma cop pengerusi qaryah saja. toksah dok merapu kena ada penyokong penghulu, imam bagai. zakat x kira mana-mana parti, klu asnaf layak terima. jgn nk provoke kt sini tulis benda yg merapu2. klu x tau jgn buat statement, bodoh jadinya. semua agensi bagi bantuan kecemasan termasuk zakat, tp nk tanya.. ada depa follow up dgn pemohon untuk bantuan kali kedua, sebab tu kena isi borang. x kan nk buat rumah sebijik, x mau isi borang... jgn dok buat kerja pak pandiaq sgt aihh

Unknown said...

TO : Labu8455 - apa nak serabut isi borang zakat, cuma cop pengerusi qaryah saja. toksah dok merapu kena ada penyokong penghulu, imam bagai. zakat x kira mana-mana parti, klu asnaf layak terima. jgn nk provoke kt sini tulis benda yg merapu2. klu x tau jgn buat statement, bodoh jadinya. semua agensi bagi bantuan kecemasan termasuk zakat, tp nk tanya.. ada depa follow up dgn pemohon untuk bantuan kali kedua, sebab tu kena isi borang. x kan nk buat rumah sebijik, x mau isi borang... jgn dok buat kerja pak pandiaq sgt aihh

Anonymous said...

inilah masanya tuhan uji kita dengan kehebatan-kehebatan bukan islam yang cepat dan mudah membuatkan kita kagum dengan keindahan agama mereka. kita sangka baiklah yang zakat mungkin terikat dengan audit dan sebagainya. diharap pihak zakat dapat membuat penambahbaikan lagi demi kebaikan semua pihak. teruskan zakat teruskan!!!