Thursday, January 12, 2012

Mufti WP kata tak salah guna wang zakat

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh  berkata wang zakat boleh diguna bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.


Kita hormati dan akur akan pendapat mufti yang arif lagi bijaksana itu. Tetapi, ia bukan bererti kita tidak boleh persoalkan kebijaksanaan dan kewarasan berkaitan perkara itu, walaupun kita bukan bertaraf mufti atau ulama yang waraq dalam segi hukum-hakam agama.

Mufti, melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes qazaf yang difailkan oleh ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej-Jen (B) Jamil Khir Baharom dan dua pegawai jabatan berkenaan, adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Fisabilillah, hujah mereka adalah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

Kita ingin bertanya kepada yang bijaksana mufti sama ada kes qazaf yang difailkan itu tidak bertujuan menegakkan urusan agama, mencari kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam? 

Keadilan dan kesaksamaan dalam mentadbir undang-undang Islam dan hukum syarak tidak seharusnya memihak kepada orang yang didakwa gagal atau tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes yang difailkan itu.

Kita sedar akan pengertian fisabilillah atau fi sabil Allah yang diamalkan di Malaysia adalah luas dan tidak hanya merangkumi soal jihad atau perang kerana Allah. Di Malaysia ia bersifat umum dan merangkumi semua kebajikan untuk jalan Allah

Jika dihayati akan pengertian fisabilillah, kita akan dapati bahawa keempat-empat imam mazhab sepakat bahawa jihad itu perang kerana Allah, oleh itu penyaluran wang zakat terhadap tentera yang terlibat dengan jihad adalah harus. Mereka juga sepakat bahawa zakat tidak harus untuk tujuan maslahah umum.

Mazhab Syafie sendiri memfokuskan makna fisabilillah hanyalah untuk jihad (perang kerana Allah) walaupun pengertian jihad kini diperluaskan untuk mencakupi urusan-urusan lain di jalan Allah dengan mengharuskan pembahagian zakat kepada semua bentuk kebaikan seperti mengkafankan mayat dan pembinaan  masjid.

Kita dapat fahami bahawa fisabilillah bermaksud maslahah-maslahah umum umat Islam bagi tujuan agama dan negara tetapi bukan untuk persendirian.

Dari kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, kita dapat ertikan bahawa jihad fisabilillah secara umumnya merujuk kepada perjuangan di jalan Allah, melindungi dan memelihara agama serta meninggikan kalimat tauhid seperti berdakwah dan berusaha menerapkan hukum Islam.

Bukankah sepatutnya Jamil Khir Baharom selaku menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menjalankan tugas yang diamanahkan untuk memelihara agama serta meninggikan kalimat tauhid dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes qazaf berkenaan?

Apa yang berlaku ialah wang zakat digunakan untuk mempertahan apa yang tidak dilakukan dan inilah yang menjadi tanda tanya (?).

Kita ingin dengar dan tahu apa pula kata para mufti di negeri-negeri lain. Adakah mereka sekata dan sehaluan dengan pendirian Mufti Wilayah Persekutuan?


  

12 comments:

mr edz said...

Lawak.. kat mana fisabilillahnyer tuan mufti oi...

Anonymous said...

salam pak tuan,

wahai mufti WP: FI SABI JAHANAM laaaaa... statement dr org yg tak ceqedik. mcm mn dia boleh jadi mufti?

man tg tokong

maie1958 said...

kenyataan dari orang jenis ini lah yang menjahanamkan islam...

-thethinker- said...

menteri kaya pun pakai wang zakat , pengemis muslim terus mengemis dan tinggal kat kaki lima ... patut duit zakat tu share la ngan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

Anonymous said...

puak2 sakai nie mana mau share duit zakat dgn org len selen dari puak2 depa. bak kata p romlee....satu utk ang, dua utk aku. satu utk ang...5 utk aku. hahahaha. ada ka pi amik duit zakat bayaq duit guaman. tak mengaji agama ka apa ka puak2 nie. seqopa duit zakat harta meqedak mak bapak depa punya... apa punya turrr.

man tg tokong

Anonymous said...

Tuan Syed,

Sekiranya Mufti Kuala Lumpur mengatakan sedemikian, maka ia akan menanggung beban atas apa yang ia katakan.

Yang mencuit hati kita adalah ramai orang-orang miskin di Malaysia ini yang sepatutnya mendapat zakat tidak dapat zakat walhal senang-senang boleh dikeluarkan wang sebegitu banyak 60,000 lebih untuk yuran guaman.

Kita yang mengeluarkan zakat mengharapkan duit ini diamanahkan supaya orang yang sepatutnya menerima zakat dapat terima zakat terutamanya kepada yang miskin. Bukan untuk bayar yuran guaman.

Jawapan Mufti bahawa hal ini boleh dikategorikan sebagai FiSabillillah adalah umum. Sepatutnya Mufti harus memberikan penerangan yang lebih panjang atau alasan yang jelas (derive) bagaimana ia memutuskan sedemikian.

Sepanjang usia saya, saya sudah banyak melihat setengah-setengah orang yang berilmu agama, bukan digunakan ilmu itu untuk kebaikkan masyarakat tetapi menggunakannya dan menterjemahkan ugama untuk kepentingan lain.

Orang Johor

Anonymous said...

Tuan Syed,

Mungkin ada di antara Mufti-Mufti di negeri-negeri lain yang bersetuju dan ada yang tak bersetuju dengan pandangan Mufti WP.

Seperti dalam kes yoga, hanya Mufti Perak yang mengatakannya haram pada awalnya.

Supaya orang ramai tidak terus keliru, manakala orang bukan beragama Islam pula tidak terus memandang serong terhadap agama Islam, saya rasa amat bermanafaat lain-lain Mufti juga memberikan pendapat mereka dan seterusnya satu keputusan rasmi dikeluarkan.

Sayugia dinyatakan, seperti dalam skandal NFC, Ketua Audit Negara sendiri yang menyatakan dalam lapuran rasminya tentang salah guna wang zakat ini dan bukannya pembangkang. Logiknya, kalau tidak bersetuju dengan lapuran rasmi ini, maka tentu ada penjelasan rasmi pula.

ZMS

Unknown said...

Allah berfirman: "(bersedekahlah, berzakatlah) untuk orang-orang fakir yang tertentu yang terikat oleh perjuangan jihad mereka pada jalan Allah menyebabkan mereka tidak dapat berusaha mencari mata pencarian mereka di bumi Allah". - Al-Baqarah: 273

Tidak tahu pula saya sama ada seorang berjawatan menteri dengan pendapatan tetap setiap bulan selain imbuhan lain termasuk kereta, kos penyelenggaraan dan kos petrol, peralatan rumah, pinggan mangkuk percuma, elaun perjalanan, elaun cuti tahunan, elaun pemandu, telefon bimbit dan elaun berkaitannya serta elaun pembantu rumah, layak menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman, walaupun dalam bentuk pendahuluan.

Seperti yang ramai menyatakan bahawa terdapat sebegitu banyak umat Islam yang hidup dalam keadaan teramat daif yang jauh lebih memerlukan bantuan dana zakat.

Anonymous said...

Tuan Syed,

Seorang pemimpin tertinggi UMNO pernah menegaskan 'seseorang pemimpin UMNO mestilah bersih dan kelihatan bersih.'

Dengan segala macam keraguan tentang keperibadian Jamil Khir khususnya berhubung penyalahgunaan wang zakat, apa kah beliau masih layak memegang jawatan menteri?

ZMS

Unknown said...

ZMS,


Inilah kedudukan di Malaysia. Kebertanggungjawaban adalah satu perkataan yang asing bagi orang politik, khususnya.

PM pula kelihatan lemah kerana tidak mengambil tindakan.

Anonymous said...

tok mufti tu pun geng OKU... Orang Kuat Umno

Anonymous said...

Kecoh semalaya bila org Islam pegi gereja utk mendapatkan bantuan... Lalu dituduh usaha murni pihak gereja ni sebagai rasuah utk dikristiankan... Nak mintak kat pihak zakat, banyak songeh... hmmmmmm.... tp, bila pak menteri yg kaya raya, senang plak... Jahanam negara nie....