Monday, May 17, 2010

Tsunami pengundi Cina



Bagilah apa saja, mereka terima. Berpuluh malah beratus juta ringgit diturunkan atas nama bantuan dan pembangunan serta dalam semangat 1 Malaysia. Semua orang tentu menerimanya dan yakinlah pucuk pimpinan bahawa mereka akan sokong (undi) parti pemerintah.

Pengundi Cina di Hulu Selangor dapat lebih daripada durian runtuh, malah pokok durian tumbang di kampung-kampung baru dan penempatan majoriti Cina. Tetapi majoriti pengundi Cina tidak mengundi parti pemerintah walaupun calonnya menang.

Pengundi Cina di Hulu Selangor mengundi calon Melayu yang diletakkan oleh parti gabungan yang disebut sebagai pembangkang di Dewan Rakyat tetapi pemerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Jelas sekali pengundi Cina tidak mengundi mengikut kaum. Mereka mengundi siapa sahaja yang bukan mewakili parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional.

Berkat daripada pilihan raya kecil di Hulu Selangor, masyarakat Cina tiba-tiba merasai yang mereka dihargai. Perkampungan dan penempatan mereka dikunjungi pemimpin-pemimpin besar negara dan negeri, yang mewakili kerajaan BN di peringkat persekutuan dan kerajaan Pakatan Rakyat di peringkat negeri.

Minta apa saja, mereka dapat. Inilah untungnya jika ada pilihan raya kecil. Tetapi, apabila mengundi, itu hak mereka, itu kuasa yang ada di tangan mereka. Ia tidak semestinya diterjemahkan sebagai sokongan kepada parti memerintah (BN).

Pengajaran di Hulu Selangor nampaknya tidak dijadikan teladan oleh pihak BN apabila menghadapi pilihan raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Rakyat di Sibu, Sarawak.

Sekali lagi berduyun-duyun pemimpin BN peringkat persekutuan dan negeri di Semenanjung turun ke Sibu dan seperti biasa, banyak peruntukan dan bantuan diturunkan ke sana yang dikatakan beratus juta ringgit.

Stesen-stesen penyiaran milik kerajaan dan yang dikawal oleh gergasi media mesra pemerintah, tidak habis-habis menyiarkan berita berkaitan Sibu. Tidak kurang hebat juga liputan media cetak mesra pemerinrtah. Tiba-tiba Sibu menjadi begitu hebat. Ada saja berita yang nak disalur dan disampaikan kepada rakyat tentang sokongan rakyat Sibu kepada BN.

TV3 sekali lagi mengundang calon BN untuk diwawancara (satu bentuk kempen) dalam rancangan Soal Jawab. Hebat sungguh Sibu, sebuah kawasan atau daerah undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan dikatakan sebagai kubu kuat BN.

Kepimpinan BN cukup yakin rakyat di Sibu akan menyokong parti mereka. Kenapa tidak, apa saja yang diminta ditunaikan seolah-olah kerajaan persekutuan menyediakan cek kosong untuk membelanjakan wang rakyat untuk rakyat dalam semangat 1 Malaysia!

Yang jelas, majoriti pengundi Cina di Sibu tidak menyokong BN. Mereka memilih DAP yang mewakili Pakatan Rakyat.

Pengajaran yang diberi oleh pengundi Cina di Hulu Selangor masih kabur dan tidak jelas di kalangan pemimpin-pemimkpin BN seperti Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin apabila mereka berdepan dengan pilihan raya kecil di Sibu.

Pengundi masih di gula-gulakan dengan bantuan-bantuan segera untuk sekolah-sekolah Cina dan projek-projek pembangunan yang sebelum ini tidakpun mendapat perhatian. Itulah yang dapat dirumuskan.

Pemimpin BN tidak sedar akan tsunami pengundi Cina yang bermula pada pilihan raya umum lalu dan diulangi di Hulu Selangor. Pemimpin BN terutama UMNO masih tidak sedar yang rakan mereka iaitu MCA, Gerakan, SUPP dan LDP tidak mampu mendapatkan sokongan orang Cina manakala MIC gagal memikat pengundi keturunan India. Pengundi Melayu pula berpecah tiga, ada yang menyokong UMNO, ada yang menyokong PAS dan ada yang menyokong Parti KeAdilan Rakyat.

Untuk memenangi pilihan raya, parti-parti politik memerlukan sokongan semua kaum, bukan satu kaum. Untuk itu, mereka mesti bersikap adil dan saksama kepada semua kaum. Politik perkauman sudah basi.

Sekirahnya BN masih leka akan kedudukan politik semasa dan kehebatan ledakan teknologi maklumat yang melahirkan media baru, maka BN seharusnya bersedia untuk menghadapi nasib malang yang menimpa LDP di Jepun yang seusia dengan UMNO.

Pisau dan mentimun ada di tangan pemimpin BN.


10 comments:

d'enricher said...

Tuan,

Saya rasa, sejak dari PRK Hulu Selangor kira MICBN menang kalahkan PKRPR, BN dapat satu balik.

Lepas tu semalam PRK Sibu, DAPPR dapat balik satu yang terlepas.

Apa sekalipun, rakyat kawasan tersebut dah untung, berjuta juta dibelanjakan dan dijanjikan. Sekarang kira adakah kata akan dikota.

Sampai bila lah agaknya, kita akan berhadapan dengan situasi macam ni, bercerita tentang bangsa yang mana untung dan yang mana rugi. Kata nak cerita untuk semua rakyat malaysia dimana mereka/kita tidak dipinggirkan.

Yang susah dan yang memerlukan bantuan dibantu agar mereka merasakan keperihatinan pemerintah terhadap mereka.

Rakyat dah tidak 'bodoh' dan boleh digula-gulakan. Orang bagi mereka ambil, tapi bab undi, kita tengok dulu.

Rasanya, Kedah ada "snap election" ke dalam masa terdekat. Kalau ada, berapa banyak agaknya nak belanja nak ambil alih kedah.

Saya dah mulakan "Countdown PRK13", kalau kita kira sampai 7hb Mac 2013, ada lagi 1028 hari.

Kalau di UK, Brown dah kena serah Kerajaan pada Cameron, Clegg dapat jadi TPM, kat Malaysia kalau PM tak jadi PM Rakyat Malaysia, ada yang jadi sejarah jadi PM tersingkat macam Brown.

Haru dibuatnya.

A.Alshukor

man dego kg. bendera said...

Kalau ada PR lagi suruh najib bagi berjuta-juta kat sek. cina.
Ulok dan ulok lagi.Inilah yang dikatakan bijak
Hidup Najib...... Hidup Umno.

Anonymous said...

Kalau tak bantu SJKC nanti Chinese susah nak cari makan.. BM/BI/Tamil majoriti tak faham!!

Negara China/Taiwan/HongKong need them as dumping grounds to help push low quality and immitation products from their countries.

Bota

AFRAR YUNUS said...

salam pak tuan,
tepat sekali. warga 'lama' sudah mula berkurangan. malaysia akan diisi oleh warga muda sebagai pengundi. media baru menjadi pilihan. pencapaian maklumat lebih banyak dan mudah. sudah tentu perubahan akan berlaku.

Anonymous said...

Saudara Syed,

Saya kira era memberi gula-gula dan menurap jalan untuk pilihanraya kecil sudah tamat. Pengundi sekarang semakin matang dan tidak mudah untuk dibeli untuk kemudahan jangka singkat.

Pada era 1940'an negara Nazi Jerman menggunakan kementerian propaganda (Ministry of Propaganda) dengan media cetak dan radio untuk menyebarkan propaganda kerajaan. Teknik ini sudah ketinggalan zaman.

Media massa awam yang terlampau ketara berat sebelah dalam liputan berita sebenarnya memberikan kesan sebaliknya. Kalau nak berpropaganda pun biarlah berhemah dan bijaksana. Sekarang sudah abad ke 2000.

Sallam

Jay Bee

Anonymous said...

Pak Tuan Syed,
Lihatlah bagaimana Pisau telah digunakan ke atas Timun dalam senario ini:

PDRM telah memberikan senjata baru kepada PAKATAN
RAKYAT kerana menyenarai hitamkan pesalah jalanraya.
Ada mereka yg disenarai hitamkan dengan tujuan memaksa
melangsaikan saman trafik walaupun mereka tidak menerima
apa-apa notis.Mereka terpaksa(baca dipaksa) membayar saman
(dibaca samun) tiga ratus ringgit setiap kesalahan.
Kesemua mereka yang terpaksa membayar saman mengucapkan terimakasih kepada Kerajaan. Dan akan membayarnya dengan Pangkah
Pakatan Rakyat pada bila-bila masa yg ada kesempatan atau setidak-tidaknya pada PRU 2013.
Kesemua mereka yang terlibat menanggap saman adalah cara kerajaan
BN mencari sumber kewangan.
Hal ini belum pernah terjadi sebelum najib menjadi ketua pemerintah.
Terimakasih pada PDRM!

Anonymous said...

Jika MO yang sama digunakan BN, tidak mustahil 'bencana alam = tsunami + gempa bumi' menimpa BN pd PRU ke-13 nanti.

Mungkin lebih dahsyat drpd PRU ke-12. Mungkin selepas ni BN bakal terlepas Perlis drpd genggaman dan Perak kembali ke tgn Pakatan Rakyat.. Tidak mustahil!

Kenapa? Jika PRK boleh la semua pemimpin BN baik persekutuan + negeri turun berkempen TAPI pd PRU ke-13 sudah semestinya masing-msing mahu 'jaga' kawasan sendiri.

Fikir-fikirkanlah!

p/s: sgt seronok tgk berita 17 Mei 2010, lepas DAP menang di Sibu berita BN tewas 'sekejap' je RTM siarkan. Kalau BN menang seminggu tak habis.. Btulx3!!!

Anonymous said...

Tuan Imran.
Orang Melayu tidak lagi perlu dibantu kerana mereka sudah kaya raya hasil kuasa politik. Orang Cina mesti kena tolong kerana tanpa sokongan orang Cina kuasa politik Melayu akan hilang.
Lihatla kawasan majoriti Melayu yang memyokong BN, semuanya pesat membngunan, tidak ada orang miskin, tidak ada lagi rumah paan berbumbung rembia. Sekolah Kebngsaan pun semua baru.Semua kawasan pendalam dibekalkan letrik dan air, semua jalan kampong pun macam lebuhraya. Pasarraya disetiap penjuru. Maka tidak perlu diberi bantuan lagi. Kesian kpda orang cina yang kebanyakannya tinggal di bandar-bandar dan pekan,semua susah malah ada ya g kebuluran keana tiada berupaya membeli makanan. Orang Melayu kena tolong mereka, berikan lesen judi, tambahkan peruntukan SJKC, ramaikan mereka dalam perkhidmatan awam, berikan kerayatan kepada mereka agar mereka boleh mengundi, layakan mereka daripada sekolah cina swasta mendapat PTPTN. Inilah semangat 1Malaysia. Saya ingin cadangkan supaya berilah peluang mereka (orang cina) jadi PM pula barulah seronok. Bila mereka berkuasa pasti mereka akan tolong orang melayu untuk kembali masuk ke hutan. Pemimpin Melayu yang kaya raya dan baik hati ini akan mereka "rehatkan" di rumah-rumah batu yang dikawal 24 jam di sungai buluh dan kajang. Raja-raja Melayu akan dikenali raja kelawar, lekuk, diamond dan raja spade, kerana jika pemimpin Melayu tak berwaspa, Malaysia akan dijadikan sebuah negara republik. Pada masa itu, tidak guna lagi menangis. Biar menangis darah sekali pun, jasa dan bangsa melayu tetap hilang di muka bumi negara s diri.

Mat rempit

paktam said...

PRU13
1-Undi Melayu/Bumiputra sahaja.
2-Dalam kawasan majoriti melayu kalau BN letak cina/india kita letak bebas iaitu Melayu/Bumiputra.
3-Dalam kawasan majoriti cina kita undi BN. Tidak terdapat kawasan majoriti India, oleh itu mereka tidak ada wakil dan ini adalah realiti.
4-Secara matematik Melayu/Bumiputra tetap berkuasa.
5-PKR dan PAS bukan Melayu dan Islam.
6-MCA/Gerakan/MIC masih belum releven.
Ini perlu di tulis dalam blog PM Najib. Mungkin tidak di siarkan tetapi pasti ada yang bacanya. Harap di sampaikan kepadanya.
Apa kata anda?

Unknown said...

Sibu jatuh ke tangan DAP kenapa kuasa Melayu disebut-sebut? Orang Melayu (orang Umno) terlalu takut kehilangan kuasa memerintah (membolot kekayaan) dan berbuat apa sahaja demi mempertahankannya. Perjuangan mempertahankan hak-hak Melayu dilaung-laungkan sehingga menimbulkan perselisihan di antara kaum. Apa yang berlaku sebenarnya orang-orang itu hanya mahu menjaga poket diri sendiri. kalau betul memperjuangkan kaum, mengapa masih ramai yang hidup dalam kesusahan, sukar mendapatkan pendidikan tinggi, pekerjaan, peluang bisnes dan sebagainya?
Isu masalah Cina sepatutnya tidak timbul. Ia boleh dielakkan jika kerajaan di bawah Umno sanggup membantu sekolah-sekolah Cina sejak dulu lagi. Bantu lah sikit-sikit jika taknak bantu banyak-banyak agar jerawat kekal jerawat dan bukannya menjadi bisul. Sekarang ni bisul dah meletup menghasilkan parut yang sebegitu besar sehingga perlu plastic surgery untuk mencantikkan kulit itu.
Apabila tiba election, kompeni Cina jugak yang dminta menyumbangkan dana.
Berbalik kepada by-election Sibu. Kenapa dijanji berpuluhan juta kepada mereka yang jelas tidak mahu menyokong BN. Nun di rumah-rumah panjang Iban dan kampung-kampung Melanau/Melayu yang masih belum ada letrik dan air bersih, jalanraya, biasiswa pengajian, sekolah yang cukup prasarananya dan peluang perniagaan tidak pula ditaburkan janji puluhan juta ringgit Malaysia. Rata-rata rumah panjang dalam lingkungan 20km masih belum ada jalan berturap, air bersih dan juga letrik. Itu masalah yang lebih besar daripada masalah banjir yang diutarakan oleh pengundi Cina di kawasan bandar.
Nescaya pilihan raya negeri Sarawak akan memperlihatkan lebih ramai penyokong tegar BN beralih arah kepada PR.
Orang-orang BN dari SUPP juga terlalu sibuk mempertahankan jawatan parti sehingga lupa rakyat.
Majoriti 300+ boleh dilihat sebagai undi protest. Masih boleh diselamatkan sekiranya BN benar-benar jujur dan ingin menyelamatkannya pada masa akan datang.
Pengundi semakin bijak. Dah 10 tahun kita memasuki milenium baru. Ubahlah pemikiran itu wahai orang-orang BN.