Saturday, January 02, 2010

Lagak bergaya RPK sempena tahun baru


Foto ini menunjukkan blogger Raja Petra Kamaruddin atau RPK menyambut tahun baru 2010 bersama-sama dua orang wanita Poland di salah sebuah negeri, mungkin Poland, di Eropah.

Dalam portal beritanya, Malaysiatoday, RPK secara sinis berkata beliau tidak tahu sama ada Malaysia memeterai atau tidak perjanjian ekstradisi dengan Poland. Beliau tidak bimbang kerana katanya Eropah adalah sebuah benua yang luas dan beliau bebas ke mana-manapun di sana.

RPK yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan tertentu, berjaya keluar dari Malaysia untuk ke Eropah. Menurut laporan media, beliau dan isteri menghuni sebuah pangsapuri mewah di London.

Dalam beberapa laman blog yang mengulas kemunculan RPK di Eropah khususnya England, mereka berkata ia tidak menghairankan kerana di Malaysia, enjin pesawat pejuang pun boleh hilang, inikan pula manusia.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana kecekapan dan kemampuan pihak berkuasa di negara ini untuk membawa pulang RPK bagi menghadapi tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Dunia sedang memerhati Malaysia.


8 comments:

Anonymous said...

WOW!!! Saya salute Pak Tuan, comment cukup sinis, mengambil bahan berita dalam masa yang sama memberi comment sinis kepada Polis.
Utusan/Berita Harian atau NST patut mengambil contoh bagaimana nak tulis. Ini tidak , akhir nya nilai berita sudah tiada dan UMNO jadi mangsa.....

Zukri Valenteno said...

Pak Tuan yang dihormati,

Kalau Polis Malaysia nak tangkap RPK ni depa dah buleh tangkap, noktah.

Tidak ada masalah nak tangkap blogger ini sekiranya mereka mahu, di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

Semasa bertugas sebagai pemberita meja jenayah Bernama di lewat 1980an saya tahu akan mo polis kita menangkap seorang daripada 4 perompak Bank Negara yang ketika itu bersembunyi di Indonesia. Lambat dan cepat sahaja yang menentukan kejayaan mereka.

Janganlah dok cabar sangat Polis Malaysia. Saya amat yakin dan percaya pihak berkuasa memang sebenarnya berkuasa.

zv

Blower said...

salam tuan syed,

Bukan tak boleh tangkap RPK, tapi sengaja kot tak tangkap. Kalau tangkap, kena bawa mahkamah, banyak 'rahsia' kena korek. Sama dgn pakwa elly wong, hairan gak sampai la nih masih tak tahu 'wherebout'...malaysia bolehland

Hehehe

Anonymous said...

Salam Pak Tuan,Amarika dengan segala alat alat changgih,masih belum jumpa Osama Ldin,apakah Malaysia boleh jumpa RPK.

Unknown said...

Amerika bukan saja tak mampu tangkap Osama tapi mereka tak tahu di mana Osama berada secara khususnya.

Sebaliknya, Malaysia tahu di mana RPK berada tapi persoalannya sama ada kita dapat bawa baliknya untuk menghadapi pertuduhan. Bukan senang nak dapatkan perintah ekstradisi dari mahkamah Inggeris.

Anonymous said...

Salam sejahtera Tuan Syed,

Saya rasa daripada buang masa cari/tangkap RPK bukankah lebih bijak dan berbaloi untuk PDRM dan kerajaan Malaysia amnya untuk menyiasat akan kesahihan kesemua maklumat/tuduhan/pendedahan yang diutarakan oleh RPK melalui tulisannya diblog Malaysia Today.

Saya rasa isu-isu seperti:-

a) kes kehilangan 2 injin jet (dan entah apa lagi perkara yang telah hilang di dalam ATM).

b)Kes TBH

c)PKFZ

d)dan lain-lain kes

diberi keutamaan dan diselesaikan secepat mungkin. Oleh yang demikian, saya rasa usaha menjejaki RPK bukan satu isu utama di mana kita ada bertan-tan isu-isu lain yang lebih penting untuk diselesaikan..

Sekian dan terima kasih

Mike Tan said...

Nampaknya kerajaan masih belum bangun dari slumber.Kalau BN tidak
mampu dan berhasrat membetulkan
kudis social-economi dan politik,saya rasa mungkin BN akan
jadi tidak releven lagi pada PR 13.

Biarlah ejensi peguatkuasa jalankan tugas mereka yang sebenarnya tanpa ugutan dan penyelewengan demi keselamatan dan
kesejateraan rakyat.Janganlah gunakan mereka sebagai alat politik
untuk senyapkan suara ketidakpuasan
dan menindas pihak yang berbeza pandangan politik.

Golongan muda sekarang berpelajaran dan siber sevi.Mereka
tahu keadaan yang sebenarnya di Malaysia sekarang.Mereka akan jadi
kuasa penentu pada PR 13 nanti.

Demi negera yang amat kita sayangi,tolonglah bangun dari slumber sebelum negara kita menjadi saperti Zimbawi yang amat menyedikan.

Anonymous said...

polis sebenarnya dah jemu dengan RPK, malah semua orang tahu penangkapannya tak lebih atas faktor politik semata-mata, bukannya atas faktor ancaman kepada negara

diharap pihak polis tidak diperbodohkan oleh orang politik khususnya dari kalangan umno dan tokoh politik korupnya

musa hassan kawan dengan penjenayah berbahaya di Malaysia tak dikira sebagai ancaman pada negara ke ?


bekas pesakit,
tapah