Thursday, November 19, 2009

Court: MACC can only question witnesses during office hours

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tak boleh soal-siasat saksi pada waktu malam.

Keputusan Mahkamah itu merupakan satu tamparan hebat kepada SPRM dan ia memberi ingatan kepada para pegawai agensi itu bahawa mereka tidak terlepas daripada aturan dan peraturan semasa menjalankan tugas.

SPRM bukan agensi yang mempunyai kuasa mutlak untuk bertindak tanpa mematuhi aturan dan peraturan.
Para pegawai SPRM tidak kebal dan tidak boleh bertindak sesuka hati, itulah mesej yang harus difahami oleh SPRM.

SPRM bebas menyiasat, mungkin bebas mengambil tindakan (saya kata mungkin kerana saya percaya dalam kes-kes tertentu, ia tidak bebas untuk mendakwa), tetapi SPRM tidak terlepas daripada mematuhi undang-undang, aturan dan peraturan.

Court: MACC can only question witnesses during office hours

1 comment:

Anonymous said...

Tuan Syed,
Kurang setuju dengan keputusan mahkamah ini kerana banyak sebab antaranya bilangan kes rasuah sangat banyak. Bayangkah dalam senarai Transperancy International ranking kita masih dikedudukan yang memalukan walaupun kita sering mengatakan kita adalah negara Islam membangunan yang terkedepan. Sedangkan Islam sangat menentang keras perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalau nak disebut harihari kita dengar orang bercerita. Semalam saya duduk minum kopi o dengan seorang pemimpin parti peringkat cawangan bercerita tentang rasuah yang dilakukan oleh pegawai kerajaan di kawasannya.

Bagi saya kalau perlu rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah seperti perang yang kita harus menentangnya siang dan malam dan ini satu jihad yang dibenarkan disisi Islam. Demikian pandangan saya yang kerdil ini.

Rosli dhoby